Tuesday, June 23, 2009

Dari Joinville Le Pont ke Kota Paris

Menghirup udara pagi di banjaran alps Lutter Brunen, Switzerland amat menyegarkan. Pagi ini kami perlu bersiap-siap untuk memulakan perjalanan ke Paris. Jam 9.00 pagi kami sudah bersedia dan semua peserta menunggu di dalam Farris Holiday di tempat masing-masing. Agak sayu juga untuk meninggalkan pekan Lutter Brunen yang indah. Kami memulakan perjalanan seawal pagi menuju ke kota Paris. Jam 1.00 tengahari kami tiba di Basel, Switzerland dan semua peserta berhenti rehat untuk menjamu makanan tengahari. Kami menyambung semula perjalanan selepas berhenti rehat selama setengah jam. Perjalanan ke kota Paris amat panjang dan membosankan. Perjalanan dianggarkan memakan masa selama 10 jam. Pemandangan di kiri dan kanan jalan selain dari banjaran alps yang memanjang di switzerland, ladang-ladang gandum dan oat di perancis yang luas saujana mata memandang.
Kami tiba di camp site yang terletak di pekan Joinville-Le pont, kira-kira 10 km dari kota Paris. dari kem perkhemahan kita boleh berjalan kaki atau menaiki bas dengan tambang sebanyak 1Euro menuju ke stesen tram ke pekan JoinVille Le pont. Dari situ boleh mengambil trem terus menuju ke Kota Paris dengan bayaran sebanyak 4.45Euro untuk perjalanan singkat atau 7 Euro untuk perjalanan selama sehari suntuk.

Dari Joinville Le pont, kami mengambil train sehingga ke stesyen Nation. Di Stesyen Nation, kami menukar perjalanan dan menaiki train menuju ke Chatelet Les halles. Di Chatelet Les Hallet, kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki dan menikmati keindahan kota Paris.

Kota Paris agak berbeza dengan kota-kota besar lain di Eropah. Kota ini dibangunkan oleh Gauls, yang membina selat kecil dikiri pinggir sungai Seine. Kota ini dikenali dengan nama Lutettia waktu itu oleh Julius Caesar yang menguasai Perancis pada tahun 53BC. Kota Paris kemudiannya menjadi pusat peradaban pada tahun 987 apabila Hugues Capet, pengasas kuasa dinasti beraja Perancis. Antara tahun-tahun 1180-1270, banyak bangunan-bangunan termasuk universiti di bangunkan di kota Paris.Sebahagian bangunan tersebut masih kekal sehingga kini.

Dari stesyen keretapi Chatelet Les hallet, kami berjalan kaki meronda kota Paris dan mendapati bangunan tinggalan sejarah masih kekal digunakan sehingga sekarang. Malah hampir keseluruhan kota lama Paris adalah terdiri dari bangunan-bangunan lama yang masih kekal keasliannya. Akhirnya selepas naik turun tangga di tengah-tengah kota Paris, kami tiba di Basilique Du-Sacre-Cour, sebuah gereja yang dibina oleh marguirete -Marie pada abad ke 17. Pada 25 Julai 1873, Bangunan ini dijadikan sebagai tempat National assembly. dari Sacre-Cour, kita boleh melihat sebahagian dari kota Paris yang indah.






Puas bergamabar di kota Sacrasimun atau Sacre-cour, kami berjalan ke bawah dengan menuruni anak tangga satu demi satu di celah-celah deretan rumah dan kedai di kota Paris. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Place Du tertre, satu kawasan di mana ahli seni mula membina nama mereka. Kawasan ini dibina dari abad ke 14M oleh Monmantre Abbey. pada abad ke 18, ia dikenali sebagai Jantung Montmanrtre, yang mana pada tahun 1790, tempat ini dijadikan dewan bandaran yang pertama.awasan ini merupakan tempat lahirnya pelukis-pelukis agung seperti Corot, Delacroix, gericault, Degas, Renoir, Cezzanne,manet, Van Gogh dan Tolouse Lautret serta lain-lain lagi.Dataran ini amat popular dengan lukisan potret, karikatur dan kartunis. terdapat banyak cafe, cabaret dan restoran di sekitar kawasan ini. Menurut papan tanda yang diletakkan di sudut kawasan ini, "seseorang tidak akan mengenali kota Paris jika ia tidak mendaki 'la-Butte'", iaitu tangga yang membawa ke kawasan ini. Memang benarlah, apabila kami mendaki la butte, hampir keseluruhan isi kota Paris kami terokai, kami dapat melihat kehidupan rakyat Paris yang sederhana, merempat atau pun kaya, pekerja mengangkat sampah, buruh yang kais pagi makan pagi dan peniaga yang kaya dan bergaya, semuanya ada di sepanjang perjalanan menuju kesini, dan mereka berkumpul di Place Du Tertre untuk melepaskan kepenatan setelah seharian bekerja atau ingin mencari keseronokan.

No comments:

Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah

 Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...