Saturday, June 20, 2009

First Experience di car Boot Sale kat Pekan Denham

Pagi sabtu 20hb Jun 2009 aku menerima panggilan telefon dari Hazlin mengajakku ke Denham, sebuah pekan di pinggir London untuk melihat orang Inggeris menjual barangan mereka. terasa juga aku untuk melihat bagaimana rupanya car Boot sale tersebut. lantas aku menghubungi ustaz Ramli mengajaknya ikut bersama. Di dewan Besar TVU, sudah ada 3-5 orang peserta perempuan sedia menunggu kami untuk pergi bersama-sama.
Dari Brentford kami menaiki bas menuju ke Hanwell. Di Hanwell, kami menukar bas untuk mengambil perjalanan ke Uxbridrige. sekali lagi kami menukar bas sebelum sampai ke pekan Denham. Kemudia baru berjalan kaki lebih kurang 5 minit menuju ke sale garage yang disediakan. Bertukar-tukar bas dalam perjalanan adalah suatu perkara yang biasa di UK. Tidak hairanlah kerana sistem pengangkutannya adalah cekap dan mudah. kalau di KL, bertukar 3 kali bas dalam masa 45 minit rasanya tentulah menyesakkan dada,mungkin anda akan bertaubat tak nak naik bas lagi. Berbeza disini, perjalanan adalah amat mudah malah ianya agak selesa.Anda masih boleh membaca akhbar atau melihat pemandangan sekitar selama dalam perjalanan.

Di Denham, bayaran sebanyak 1pound dikenakan bagi pejalan kaki yang ingin memasuki tempat garage sale yang disediakan, iaitu di atas padang milik persendirian.Alamak, banyaknya kereta.... Nampak mat salleh memikul barangan yang dibeli berbondong-bondong. Bila kami sampai di dalamnya, kelihatan pelbagai barangan dijual dengan harga yang amat murah, dari 50p hinggalah satu pound. Macam-macam barang terpakai. Katanya car boot adalah cara mat salleh nak lupuskan barangan mereka. Rumah Mat Salleh ni sebenarnya rumah biasa. Disini tak macam di KL. Rumah-rumah tak boleh direnovate sesuka hati. Itu sebab rumah mereka kelihatan cantik dan sama. So, rumah mereka yang sempit dan kecil kecil itu menyebabkan mereka tak boleh atau tak ada tempat nak simpan barang-barang lama mereka, jadi melalui amalan car boot sale inilah mereka jual bagi melupuskan barangan lama. Sekali pandang, ianya lebih kurang seperti pasar malam atau pasar tani atau pasar pagi kat Malaysia. tapi car Boot lebih tersusun dan teratur.Alah, macam pasar lama dalam filem Conan the Barbarian, filem epik atau filem roman zaman Julius Caesar. Mereka jual barang secara terbuka tanpa payung. jadi kalau hujan atau musim sejuk mereka tak berniagalah. Peluang car boot sale atau garage sale ini hanyalah pada musim panas sahaja.
Kami pusing satu padang yang punyalah luas, rasa nak tercabut kepala lutut dan berat kaki melangkah. Banyak juga barang yang nak dibeli, tapi tak terbeli kerana terlalu banyak. Tak apa, ini adalah pengalaman pertama. Minggu depan kalau ada peluang aku akan datang lagi dan borong sepuasnya kalau barang yang aku nak tu ada lagi.

No comments:

Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah

 Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...