Saturday, August 1, 2009

'Albertopolis' di South Kensington, menyimpan sejarah pendidikan, kesenian dan kebudayaan di United kingdom



30hb Julai 2009, kami sekali lagi berpeluang ke Knightbridge bagi mengadakan lawatan sambil belajar di sepanjang kawasan South Kensington, London. Antara tempat yang kami sepatutnya lawati ialah Muzium Albert dan Victoria, Muzium alam Semulajadi, dan sebagainya. Tidak hairanlah kalau Negara ini dikenali sebagai ‘Museum country’ kerana di South Kensington dan Knightbridge sahaja ianya menempatkan lebih dari lima muzium

South Kensington adalah sebuah daerah di Royal Borough of Kensington dan Chelsea di London.Keluasannya sekitar 2.4 batu persegi atau 3.9 km barat-laut Charing Cross. Agak sulit juga untuk menentukan batas sempadan South Kensington, namun yang paling jelas untuk mengenali kawasan ini ialah terdapatnya bangunan-bangunan yang menmpatkan kawasan komersial di sekitar stesyen kereta api bawah tanah dan taman-taman yang indah seperti Thurloe Square, berhadapan dengan Victoria dan Albert Museum. Kawasan kecil di lingkungan sekitar stesyen Gloucester Road juga dianggap sebagaisebahagian dari South Kensington, termasuklah sekitar exhibition road,yang mana kawasan ini mencakupi bangunan-bangunan dan muzium yang terkenal di dunia seperti national History Museum, Muzium Sains, Royal Albert Hall, Imperial College London , Victoria dan Albert Museum, Royal Geographical Society, Royal College of Music dan Baden-Powell House.

imperial tower



Jiran terdekat kepada South Kensington ialah Knightsbridge, Chelsea, Kensington.Sekitar South Kensington ini juga merupakan kawasan perumahan paling eksklusif di dunia. Di kawasan ini tinggalnya sejumlah besar ekspatriat Perancis terutamanya yang bekerja di pusat kewangan, demikian juga dari Sepanyol, Itali, dan warga Timur Tengah.Kewujudan masyarakat Perancis disini boleh dilihat dengan adanya bangunan kedutaan, dan sebuah sekolah menengah Perancis yang besar iaitu ‘Lycée Français Charles de Gaulle’ – terletak betul-betul berhadapan dengan Natural History Museum. Terdapat juga institusi pengajian tinggi seperti Franch Institute, juga beberapa kedai buku dan kafe Perancis di sekitar South Kensington ini. Tube stesyen yang terdekat dengan kawasan ini ialah stesyen underground South Kensington dan Gloucester Road.

Sebahagian besar Kawasan ini tidak dibangunkan sehinggalah pertengahan abad ke-19. Sebelumnya, kawasan ini adalah kawasan pertanian yang subur dan membekalkan sebahagian besar makanan basah seperti sayuran dan buah-buahan ke keseluruh kota London.Bagaimanapun, di sekitar tahun 1851, Pembukaan Great Exhibition di Hyde Park,yang seluas 87 ekar di south kesington ini yang mempamerkan galeri hasil seni dan sains, Pembinaan stesyen underground di Gloucester dan South kensington dan sebagainya telah menyemarakkan lagi perkembangan daerah ini. Pada tahun 1860an dan 1870an, South Kensington muncul sebagai kawasan terminal utama yang menghubungkan politik,komersial dan kewangan ditengah-tengah kota yang merangkumi Westminster, West End dan Kota London. Sepanjang kawasan ini, kita boleh menemui bangunan-bangunan bersejarah seperti:
1) Royal College of Music;
2) Royal College of Art;
3) Kensington Palace;
4) Speakers Corner

Terdapat juga sebuah gereja yang dikenali sebagai Brompton Oratory dan beberapa buah muzium seperti;
1)Natural History Museum;
2)Science Museum;
3)Victoria and Albert Museum; dan
4) Serpentine Gallery.

Manakala terdapat dua taman yang indah di sini yang dikenali sebagai ;
1) Kensington Garden; dan 2) Hyde Park.

Jika ingin melihat monument pula, disini juga adalah tempatnya kerana terdapat Albert memorial yang berdekatan dengan National Natural History dan Marble Arch yang terkenal itu. Tidak ketinggalan disebelah sudutnya pula terdapat sebuah dewan terkemuka yang dikenali sebagai Royal Albert Hall. Manakala di Knightbridgenya pula, terdapat sebuah pusat membeli belah yang terkenal diseluruh dunia, iaitu the Harrods


Royal Albert Hall

Royal Albert Hall merupakan venue seni yang terletak di kawasan Knightsbridge, di sekitar Bandar Westminster, London. Royal Albert Hall merupakan salah satu dari bangunan yang paling berharga di United Kingdom. Bangunan ini dibuka dan diresmikan oleh Ratu Victoria pada tahun 1871,yang memaparkan dunia artis dan kesenian muzik di seluruh dunia. Setiap tahun lebih dari 350 host performances termasuk konsert klasik, rock dan pop, opera dan balet, tenis, upacara penghargaan, program pendidikan dan kemasyarakatan,pertunjukan amal dan sebagainya.


Royal Albert Hall, sewaktu majlis peresmian pembukaannya pada tahun 1871


Royal Albert Hall Sekarang.

Dewan ini pada awalnya hendak dinamakan sebagai Central Hall of Arts and Sciences, tetapi nama tersebut telah diubah oleh Queen Victoria kepada Royal Albert Hall of Arts and Sciences sewaktu perletakan batu asas bagi perasmian bangunan tersebut, dan dinamakan sempena memperingati mendiang suaminya Prince Albert yang meninggal sebelum bangunan ini disiapkan.

The Royal Albert Hall dirancang oleh Captain Francis Fowke dan Jeneral Henry Scott dari Royal Engineers dan dibangunkan oleh Lucas Brothers. Rekabentuk bangunan ini dipengaruhi oleh unsure-unsur amphitheatres kuno. Rekabentuknya juga seakan ‘arena d Hiver’ di Paris, dengan susunan batu bata merah, hiasan blok terra cotta yang dibuat oleh Gibbs dan Canning Limited dari Tamworth manakala rekabentuk Kubah dirancang oleh Rowland Mason Ordish. Dari sudut perkembangan muzik, banyak artis-artis terkenal dan tersohor mengadakan konsert disini sejak dahulu sehingga sekarang. Misalnya, The Beatles dan Kumpulan Rolling Stones pernah bergabung mengadakan konsert disini pada 15 September 1963,Jimi Hendrix pada 26 oktober 1969, pada tahun 1969 dan 1988, Miss World beuty Pageants, Led Zappelin pada 9 januari 1970, Lata Mangeshkar dari India pada 1974, ABBA pada 1977, malah penyanyi Malaysia juga iaitu Siti Nurhaliza menempah Royal Albert Hall untuk konsert solonya pada 1 April 2005 yang lalu.(yang penting buat di Albert Hall)

Royal College of Music


The Royal College of Music adalah sebuah kolej muzik yang mana rekabentuknya diilhamkan oleh Sir Arthur Blomfield, lokasinya terletak di Prince Consort Road di South Kensington London,berdekatan dengan Imperial College, bertentangan betul-betul dengan Royal Albert Hall dan bersebelahan dengan Royal College Of Art serta lima minit berjalan kaki dari Sains, Natural History Museum dan Victoria and Albert Museum. Sebuah asrama disediakan bagi menempatkan 170 orang murid dalam satiu masa dan mula dibuka pada tahun 1994.Sejak ianya didirikan pada 1882 oleh Prince of Wales, Edward VII, College ini sering dikaitkan keluarga dan kerabat diraja.Ketika ini, Royal College of Music dinaungi oleh Her Majesty,The Queen.Selama 40 tahun, Her Majesty Queen Elizabeth dan Ibu The Queen adalah Presiden, pada tahun 1993 HRH The Prince of Wales menjadi Presiden kepada College music ini.

Royal College Of Music.



Natural History Museum

Natural History Museum mula membuka pintunya kepada umum pada hari Easter tahun 1881, namun ia sebenarnya bermula sejak lebih dari 250 tahun dahulu. Segalanya bermula apabila seorang ahli fizik dan pengumpul alam semulajadi, Sir Hans Sloane, meninggalkan koleksinya yang berharga untuk tatapan umum pada tahun 1753. Sir Sloane adalah orang yang memainkan peranan penting dalam mengumpul specimen awal di British Muzium, namun, sebagai koleksi tambahan, termasuklah spesimen yang dikumpulkan oleh ahli botani bernama Joseph Banks pada tahun 1768-1771 yang menyertai pelayaran bersama Captain James Cook dengan kapal HMS Endeavour,keperluan kepada menyimpan sejarah alam semulajadi mula menjadi perhatian. Sir Richard Owen, supritendent dari British Museum National History Collection, menyuarakan kepada kerajaan British waktu itu bagi mendapatkan sebuah muzium yang diperlukan bagi menyimpan dan mengumpul semua specimen yang ada. Beliau berhasrat untuk mempamirkan spesies-spesies yang berkaitan yang ada dalam simpanannya.

tulang Dinosour, betul, bukan tipu. cuba tengok Night in a Museum....


cantik... dua botak kat dinosaur...


Tengok, betapa besarnya bangunan Natural History Museum.

Lokasi yang dipilih ialah ialah di South Kensington.bangunan ini asalnya direkabentuk dan ilham oleh arkitek bernama Captain Francis Fowke,bagaimanapun sebelum ianya terhasil, Captain Fowke telah meninggal dunia dan usaha itu diteruskan oleh seorang arkitek muda dari Manchester bernama Alfred Waterhouse pada 1865. Waterhouse mengubah design Renaissance Fowke yang dipenuhi sculpture ke rekabemtuk ala Romantic Germany sehingga terhasilnya bangunan seperti yang kita lihat hari ini. Pada tahun 1883 koleksi sejarah alam semulajadi ini mula dikumpulkan di bangunan ini. Di muzium ini menyimpan pelbagai koleksi hebat termasuklah tulang atau rangka dinosaur yang terbesar pernah ditemui di dunia, Di bangunan ini juga terdapat Muzeum Geologi, dulunya adalah berasingan tetapi pada tahun 1885, ianya disatukan dengan Natural History Museum, iaitu di zon merah, bahagian Geological survey. Selain dari beberapa artifak lama, Muzium ini juga menyediakan ruang khas mengenai Charles Darwin dan mempamirkan teori evolusinya , iaitu asal usul manusia dari seekor beruk. Boleh lah tengok-tengok…


The Victoria And Albert Museum

The Victoria and Albert Museum (seringkali dikenali dengan nama panggilan ringkas sebagai V & A) di London adalah sebuah muzium dekoratif dan rekacipta yang terbesar di dunia. Mempunyai koleksi tetap melebihi dari 4,5 juta objek.

Dinamakan sempena nama Prince Albert dan Queen Victoria dan dirikan pada tahun 1852,sehingga sekarang, ianya berkembang mencakupi keluasan sekitar 12.5 ekar (0.05 km2) dan mempunyai 145 galeri.

The VA Museum


Ia mengandungi koleksi kesenian 5000 tahun yang lalu,iaitu dari zaman kuno sehingga ke hari ini, dari hampir semua media dan dari pelbagai kebudayaan termasuk Eropah, Amerika Utara, Asia dan Afrika Utara. Museum ini merupakan sebuah muzium yang yang ditaja oleh jabatan Kebudayaan, Media dan Sukan, United Kingdom. Koleksinya terdiri dari bahan-bahan seramik, kaca, tekstil, costumes, perak, barang besi, perhiasan, furniture, medieval objects, patung,bahan bercetak, gambar dan foto-foto yang merupakan di antara yang terbesar dan paling komprehensif di dunia

Kesemua kawasan-kawasan ini dikenali sebagai “Albertopolis” kerana bukan sahaja dinamakan sempena dengan nama Prince Albert, tetapi juga merangkumi kawasan yang menghimpunkan deretan sejarah kebudayaan, kesenian, pendidikan dan ilmu di Britain.


Nak masuk ke muzium-muzium ni, punyelah panjang beratur…tapi beraturlah juga, pasal cikgu Inggeris, Ms Deborah kira satu-satu, tak boleh mengelat. Lagi pun masuknya percuma, sekarang ni susah nak dapat ilmu seperti ini secara percuma,kat Malaysia, nak tengok gambar keris Hang tuah pun kena bayar, dah lah boring dan panas kat dalam, tu pun gambar lukisan yang baru dilukis, macamanalah budak-budak nak minat dan nak ambil tahu pasal sejarah bangsa…….

1 comment:

Anonymous said...

[url=http://www.xn--zwrotypodatkw-mlb.opole.pl]zwrot podatku anglia[/url] [url=http://www.xn--twj-podatek-reb.wroclaw.pl]zwrot podatku wielka brytania[/url] [url=http://www.xn--rozliczenie-podatkw-i5b.bytom.pl]zwrot podatku anglia[/url]

Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah

 Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...