hari ini 27 Ogos 2009, merupakan hari ke 6 umat Islam berpuasa. Di kota london, sepertimana bandaraya-bandaraya besar lainnya, suasana bulan ramadhan tetap sama. Sesekali melangkah kaki ke kota London pada siang hari di bulan Ramadhan langsung tidak menunjukkan kekurangannya berbanding bandar-bandar lain di dunia yang pernah saya lawati. Kedai-kedai makan atau restoran muslim masih dibuka seperti biasa seperti bulan-bulan lainnya, bagaimanapun suasananya agak hening tidaklah sepertimana biasa yang sering dipenuhi oleh pengunjung-pengunjung yang mencari makanan halal. Meskipun di kota London, tidak ada penguatkuasaan bagi orang-orang Muslim yang tidak menunaikan ibadah tersebut, kebanyakan orang-orang muslim di London menghormati bulan puasa. Begitu juga rakyat British yang lain, mereka menghormati bulan ramadhan dan memberi ruang yang luas kepada pekerja-pekerja muslim untuk menunaikan ibadah sepanjang bulan Ramadhan.
Pasar-pasar Ramadhan tumbuh bagai cendawan terutamanya disekitar kawasan yang dihuni oleh penduduk muslim etnik Pakistan, bangladesh, Arab dan sebagainya. bagai tak terasa yang kami kini sedang berada di negara yang majoritinya bukan Muslim.
Masjid-masjid di sekitar London menghidupkan malam Ramadhan dengan bacaan al Quran, solat maghrib dan isyak berjamaah serta solat tarawih.Pada malamnya pula diisi dengan qiam al lail, tahajjud dan seterusnya solat fajr. kebanyakan masjid pula menyediakan iftar percuma atau makanan untuk berbuka secara percuma terutamanya pada hujung minggu seperti hari sabtu dan ahad seperti di masjid east london, west london, jamia Mosque Hanwell dan sebagainya. bagi masjid-masjid besar seperti Regent park dan sebagainya pula, mereka menyediakan iftar percuma sepanjang bulan Ramadhan dan sajian disediakan secara percuma dari derma orang ramai. Pengunjung yang ramai dan memenuhi kebanyakan masjid menjadikan kita kadang-kadang keliru yang kita masih berada di bumi England yang dikuasai oleh majopriti kristian. Tidak ada apa yang menghalang urusan ibadah Muslim sepanjang bulan Ramadhan disini dan ianya dilaksanakan dengan aman dan tenang.
Berada di masjid waktu siang di kota London, terutamanya menjelang waktu zohor dan asar amat menenangkan jiwa. Bacaan al-Quran kedengaran diserata pelusuk masjid yang dibaca oleh pengunjung kedengaran setiap waktu. Suara kanak-kanak yang belajar al Quran amat mendamaikan jiwa. Kadang-kadang keytenangannya dirasakan lebih sempurna berbanding dengan sesetengah masjid di Malaysia.
Disini, mengunjungi masjid kita tidak terasa sangat bimbangkan barang-barang berharga seperti kasut atau jam yang tertinggal di bilik wudhuk, insyaallah ia tidak disentuh atau dicuri walaupun kafdang-kadang jenayah tersebut seringkali juga berlaku. ketenangan itu menjadikan kekhusukan menjalani ibadah puasa dan ibadat di masjid kurang tergagnggu.
Sesekali sempat juga bertarawikh di masjid-masjid berdekatan disekitar London. Setiap malam kami menuju ke masjid yang berbeza bagi merasakan kelainannya. Apa yang berbeza sedikit ialah waktu solat yang tidak sama antara masjid dengan masjid yang lain, selebihnya ia hampir sama dengan mana-mana masjid lain di seluruh dunia.
menunggu bas selepas selesai solat tarawih di Regents park Mosque, London
iftar percuma di East London Mosque
Iftar percuma di Muslim World league Mosque
Selepas solat tarawih di Muslim League Mosque
solat tarawih di East London Mosque
2 comments:
Hey i am suuper boy
I basically broke it and need it for school and really don't want to send it in with the warranty. Is there somewhere I can get it fixed or a new cover?
__________________
[url=http://jail-break-ps3.blogspot.com/2010/12/jail-break-ps3.html]Jail break ps3[/url]
Post a Comment