Wednesday, October 26, 2011

Luah rasa untuk ma


Tekah kecik ambo
Dia tak pernah marah tak pernah akat sora
Marah dia nyanyian angin
Murih dia sapuan bayu

Kita buat piel dia tak pernah ajar denge cubit denge  ceko
Terbulah kita dia tak pernah balas denge jerkoh peroh
Jauh sama sekali nak wi rotan nak kata huduh
Saye dia tak pernah kure
Benci dia tak pernah ada
Buke sakat dia  gosok dia ulik
Dia cium dia sapu
Tadak tepat daki tadak tepat gatal
Ada kudih kering  pun dia  kopeh buang

Masa muda  ambo
Banyok wat salah banyak wat dia duka
Tapi marah dia tak pernah ado
Runsingnya dia tengok kan ambo
Bersaing berkawe hampir nak lupo dunio
Mujor ada dia tulong tegur tulong peringat
Tangis mak cepat ambo beringat….

Ambo bbini buke dia tak suko
Tapi dia sedih sebab anak  hak dia saye ore lain pulok jago
Dia tahu kasih bini tak serupa denge sayenya dia
Dari jauh dia  perati dia jaga
Make minum kalu buleh dia yang nak  sedia
Sakit ambo dia masih lagi rasa
Susoh ambo dia yang tak jenera

Anok ambo cucu cucu dia
Rapat pun tidaklah sebelah mana
Dok jauh hati teringat sokmo
Tange ayun cucu paha dok riba ambo
Saye dia bertambah sokmo

Jange kata anok tak saye ke ibu
Tapi saye ibu tak pernah tadak ko anok
Cumo kita tak pernah berasa
Kerana kita tak akan rasa
Meme kita tak rasa

Melainkan
Dia dah tak ada!

Al- fatihah utk ma

8 oktober 2011

Saturday, October 15, 2011

al-fatihah buat Ma - 8/10/2011



Sabtu, 8 Disember 2011 bersamaan 10 Zulkaedah 1431H di wad ICU Hospital Besar Pulau Pinang, ibu tercinta telah pergi meninggalkan kami semua. Ma pergi menemui Illahi  dua hari sebelum menyambut hari lahirnya ke 71 pada 10/10/2011.  Tiada kata yang mampu diucapkan di sini selain ridha mengenai ketentuannya dan doa kehadratNYA agar roh ibu ditempatkan bersama orang-orang yang solihat. Amin.

Tuesday, October 4, 2011

SAING


Ingat pese muloh ayoh
nok bersaing pandai-pandailah cari saing
banyak saing mace-mace saing
saing baik suka tulo saing
ada saing suko bersaing-saing
jange puok kita saing make saing

saing rapat dipanggil saing korib

berehi bbual sapa lupo masuk gorib
saing kurang ajar jenih mmapuh gu
buat tak molek pahtu tak ngaku

saing biasa-biasa saing kedai kopi

bila bbual kkecek nak bbadi
buko cerito pasal peribadi
dio saja yang biso sekali

Ada saing masa senang

Depan ore ngaku warih
Bilo susah lalu pun tak kelih

Ada saing jenih mudah beraso
Silap sikit mase muko
Payah pulok kita nak ggayo
Tidur pun tak jenera dok mmikir bakpo
Ada bersaing jate nge ttino
ralit bersaing perut jadi bbano
Ada pulok bersaing sama jate
wat tak tahu pasa sama-sama keno

Saing hok takleh lupo saing sengoti
Sene kito dia tak cari
Susah kito dia tak lari
Piel kito dia tak bbari
Huduh kito dia tak caci
Baik kito dia tak puji
Salah kito dia tak keji
Silap kito dio bekki
Supo sahabat denge nabi

Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah

 Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...