Monday, January 19, 2015

Muzakarah Pegawai Syariah/ Pendakwa Syarie Di Jabatan Peguam Negara, Jabatan Bantuan Guaman, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri-Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri, Kementerian Pembangunan Wanita, Kebajikan Dan Masyarakat Dan JAKIM Tahun 2014

Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod (Seksyen Keurusetiaan), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menganjurkan Muzakarah Pegawai Syariah/ Pendakwa Syarie Di Jabatan Peguam Negara, Jabatan Bantuan Guaman, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri-Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri, Kementerian Pembangunan Wanita, Kebajikan Dan Masyarakat Dan Jakim Bagi Tahun 2014 pada 2 Disember 2014 bertempat di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Program ini telah berlangsung dengan jayanya dengan dipengerusikan oleh YAA Tan Sri Dr. Ibrahim bin Lembut, Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan disertai bersama oleh pegawai-pegawai Syariah di agensi tersebut.

Muzakarah yang diadakan secara berkala sebanyak 2 kali setahun ini bertujuan untuk membincangkan dan menyelaraskan isu-isu yang dibangkitkan oleh pegawai-pegawai Syariah di agensi mengenai pentadbiran kehakiman Syariah, perundangan Syariah, pembangunan sumber manusia dan sebagainya di semua peringkat perkhidmatan. Walau bagaimanapun, pada tahun ini Muzakarah ini hanya dapat dilaksanakan sekali sahaja memandangkan kekangan kewangan yang dihadapi oleh pihak JKSM. Segala ketetapan yang telah diputuskan dalam muzakarah hendaklah dipersetujui dan disepakati serta dapat dimanfaatkan oleh semua pihak.

Format penganjuran program pada kali ini dimulai dengan sesi slot sebelah paginya iaitu pembentangan oleh Tuan Awang Armadajaya Bin Awang Mahmud dari Jabatan Peguam Negara berkaitan tajuk ‘Tatacara Penyampaian Proses Saman di Mahkamah’. Manakala selepas daripada itu program diteruskan dengan Ketetapan Muzakarah bagi isu-isu yang telah dibangkit oleh para peserta muzakarah. Muzakarah ini telah dengan jayanya selesai pada jam 1.00 tengahari.



ihsanhttp://www.jksm.gov.my/jksmv2/index.php?option=com_content&view=article&id=1009%3Amuzakarah-pegawai-syariah-pendakwa-syarie-di-jabatan-peguam-negara-jabatan-bantuan-guaman-pejabat-penasihat-undang-undang-negeri-negeri-jabatan-agama-islam-negeri-negeri-kementerian-pembangunan-wanita-kebajikan-dan-masyarakat-dan-jakim-bagi-tahun-20&catid=75%3Abpkr&Itemid=183&lang=bm

MADRID II

  Kota Madrid seawal abad ke 9 pernah diperintah oleh gabenur Umayyah Andalusia dan kota ini dikenali sebagai 'majrit' dari kata asa...