Sunday, March 21, 2010

Rumah Rasulullah SAW

Rumah Rasulullah SAW. Rumah asal telah dirobohkan dan 
dibangunkan semula untuk dijadikan perpustakaan.

Rumah Rasulullah

Pada tahun 2005 dahulu, terdapat perdebatan untuk meruntuhkan rumah tempat lahirnya Rasulullah SAW. Dikatakan rumaha ini adalah rumah Abdul Mutalib dan di rumah inilah nabi SAW membesar. Pihak pemerintah Saudi mengambil keputusan untuk merobohkan rumah ini bagui memberi laluan kepada pembesaran Masjidil Haram. jarak antara rumah ini dengan masjidil Haram adalah agak hampir. Tindakan untuk menutup rumah ini adalah bagi mengelakkan kemusyrikan kerana ramai pengunjung meratapi dan menangisi rumah Nabi SAW yang boleh menjadikan mereka musyrik. wallahua'lam

Jabal Rahmah, Tempat pertemuan Adam dan Hawa


Pagi ini, 24hb September,  aku bangun bersahur jam 3.30 pagi. Kemudian cepat-cepat kami bersiap untuk mengerjakan solat subuh di Masjidilharam. Aku mengenakan jubah putih labuh dan serban merah yang dibeli di pasar al Harem di Madinah berhadapan dengan masjid Nabawi. Buat pertama kalinya aku mengerjakan solat tahiyatul masjid, solat taubah dan solat tahajjud di masjidilharam yang amat khusyuk di tingkat atas (tingkat 3) bangunan Masjidilharam. Amat jelas dengan pandangan bumbung kaabah yang mulia.
Sekembalinya dari Masjidilharam, lebihkurang jam 7.30 pagi kami berkumpul di lobi hotel untuk mengerjakan ziarah di kota Mekah. Kami dibawa ke  Jabal Nur iaitu tempat terdapatnya gua Hira’ dimana Rasulullah SAW menerima wahyu yang pertama (iqra’ bismirabbika…), Bukit Thur tempat Nabi saw bersembunyi dari golongan Musyrikin Quraisy yang ingin membunuhnya. Kemudian kami menuju ke Jabal Rahmah, tempat di mana Siti hawa berdoa untuk bertemu kekasihnya yang juga suaminya Nabi Adam AS selepas terpisah apabila diturunkan dari syurga.
Di Jabal Rahmah, dikatakan tempat yang amat mustajab doa bagi mereka yang ingin mencari jodoh. Wallahu’alam.



 Jabal Rahmah, di puncak inilah Siti hawa RA berdoa agar diketemukan dengan Nabi adam As.



Bersama Imam Sultan gajab menaiki unta dengan upah 10-20 riyal...

Di Jabal Rahmah juga aku berpeluang menaiki unta yang telah lama aku idam-idamkan. Pengembala-pengembala unta dari golongan Arab badwi ini menggunakan tipu helah dengan meletakkan unta betul-betul berhadapan dengan pintu bas. Si unta pula adalah binatang yang amat patuh pada tuannya, tidak akan berganjak selagi tidak diarahkan oleh tuannya bangun sehinggalah ada diantara jemaah yang sudi menunggangnya. Aku memilih seekor unta dan menunggang bersama ku ialah Imam Sutan Gajab. Pengembala unta tersebut membawa untanya mengelilingi kawasan dataran tempat parking dan mengambil beberapa keping gambar. Selesai mengambil gambar, beliau meminta upah yang amat mengejutkanku, tujuh puluh rial bagi tujuh keping gambar, Masyaallah! Mereka adalah pendusta besar, meskipun hati terasa agak marah dengan kejadian itu, aku memendamkan perasaan kerana niat ingin beribadat. Lagi pun mereka tidak akan kaya jua dengan hanya mencekik darah jemaah umrah seperti itu. Aku kemudiannya mendaki puncak Jabal rahmah bersendirian.



Buka puasa dan solat Maghrib di Masjidil Haram

Balik dari solat subuh di Masjidilharam, aku tidak menyertai jemaah yang lain kerana kepenatan mengerjakan ihram malam tadi. Aku terus balik ke bilik hotel dan merebahkan badan langsung tertidur. Jam 11.30 am, aku dikejutkan oleh pakcik Adam untuk bersiap-siap mengerjakan solat zuhur di Masjidilharam.

Menjelang petang, setelah solat asar, kenikmatan lain mulai merasuk. Berbondong-bondong kaum Muslimin mulai memadati Masjidilharam untuk menunaikan solat maghrib dan tentunya berbuka puasa bersama. Di halaman masjid, puluhan orang membahagi-bahagikan makanan, mulai dari kurma, susu, pisang, roti, dan makanan lain. Di dalam dan di luar masjid sudah terhampar plastik panjang yang di atasnya tersaji kurma dan air zamzam. Ribuan kaum Muslimin dari seluruh penjuru dunia menantikan azan magrib untuk berbuka puasa bersama. Ketika azan berkumandang, serentak ribuan kaum Muslimin melakukan buka bersama, regukan secangkir air zamzam dan sebutir kurma menghilangkan rasa haus dan lapar di tanah suci itu dengan kenikmatan yang tiada tara. 


Kebersamaan dan kesatuan sosial menyatu dalam jalinan kasih sayang di antara kaum Muslimin. Selesai acara berbuka, iqamah berkumandang untuk mengajak menunaikan solat maghrib. Menjelang isya’, jemaah kembali berkumpul untuk menunaikan salat isya’ dilanjutkan dengan solat tarawih. Di depan Kaabah, solat isya’ dan tarawih terasa lebih khusyuk, apalagi dipandu lantunan suara imam Masjidilharam yang bening menyentuh kalbu membaca ayat-ayat Allah dengan fasih, lantang, dan merdu mengimami saf jemaah yang rapat menghadap Kaabah. Imam menghabiskan surah al Baqarah untuk tarawih pada malam kedua di Masjidilharam. Meskipun surat-surat yang dibaca begitu panjang, namun tak terasa lama karena nikmatnya mendengar ayat-ayat Allah yang indah dan dibaca dengan fasih dan enak didengar. Selesai tarawih, dilanjutkan dengan tawaf sunah, mengelilingi Kaabah mengharap mardhatillah.

Meninggalkan Madinah menuju ke kota Suci Mekah

-->

3.00 am 22hb September,  Aku mengerrjakan solat subuh terakhir di Masjid Nabawi. Terasa sayu sewaktu meninggalkan pekarangan Masjid kerana ini adalah subuh terakhir ku di masjid ini. Entah bila rezeki ku untuk kembali mengerjakan solat subuh yang syahdu dan tak pernah ku temui semenjak hayatku kecuali di Masjid Nabawi. Bagaimanapun, aku agak hairan kerana Imam tidak mengadakan sujud sajadah sedangkan  pagi ini adalah pagi jumaat. Menurut ustaz Yahya, Di Masjid Nabawi, Sujud sajadah hanya di buat dua kali sahaja dalam sebulan dan bukan pada setiap kali hari jumaat. Aku kemudiannya mengerjakan Ziarah wida’ dan salam selamat tinggal kepada Rasulullah SAW di makamnya.

Jam 11.30 tengahari, kami bersiap untuk mengerjakan solat jumaat di Masjid Nabawi. Solat yang panjang dan mengasyikkan. Sebaik selesai solat, aku bergegas pulang ke hotel untuk makan tengahari dan mandi sunat ihram kerana selepas ini kami akan berangkat ke kota Mekah untuk mengerjakan ibadah Umrah. Dari bilik Hotel, aku merenung sayu perkuburan Baqi’ yang menempatkan sahabat Rasulullah Saw iaitu saidina Uthman bin Affan dan isteri-isteri baginda Rasulullah saw termasuklah Siti Khadijah.  Jam 2.35 pm, bas sudah sedia menunggu kami untuk bergerak ke kota Mekah. Aku dan jemaah lain telah bersiap memakai pakaian ihram. Kami kemudiannya bertolak ke Bir Ali. Setibanya di Bir Ali, semua jemaah umrah bersedia untuk mengerjakan solat sunat tahiyyatul masjid dan berniat ihram. Ustaz Yahya berpesan agar aku menanggalkan jam dan cincin dan semua pakaian yang bersarung. Perjalanan dari Bir Ali ke Kota Mekkah mengambil masa beberapa jam lagi. Sepanjang perjalanan di atas bas, ketua rombongan kami, Tuan Haji Jaafar   dan   ustaz   muda   Imam  Azli, pembimbing  ibadah kami mengumumkan kepada jemaah untuk memulai ihlal ihram dengan berucap “Labbaika allahumma umratan (Ya Allah! Kami penuhi panggilan-Mu untuk menunaikan ibadah umrah)” dilanjutkan dengan membaca talbiyyah; “Labbaika allahumma labbaik, labbaika laa syarika laka labbaik, innal hamda wan ni'mata laka wal mulk laa syarikalak.”



 mengambil kesempatan untuk berehat sementara menunggu
jemaah lain menyelesaikan solat di perhentian rehat sepanjang jalan ke Mekkah.

Talbiyyah dibaca terus berulang-ulang; tak terasa air mata menitis, bibir basah dengan talbiyah, dan hati teriris atas anugerah Allah yang memberikan kesempatan umrah di bulan Ramadan. Talbiah berterusan dibaca sehingga kami singgah di perjalanan untuk mengerjakan solat Maghrib dan Isyak. Sewaktu singgah di kawasan rehat, pemandu bas memberitahu bahawa di Mekah orang ramai telah mengerjakan solat terawih kerana esok umat Islam akan berpuasa. Perjalanan yang panjang selama lebih kurang tujuh jam menyebabkan aku menghabiskan masa dengan melayani perasaan dan tertidur sepanjang perjalanan. Jam 10.30 malam, kami tiba di Kota Suci Mekah dan melewati sempadan tanah haram.
Hatiku bercampur baur antara resah dan keliru. Menurut Ustaz Yahya, hati yang resah menggambarkan ketidak istiqamah kita dalam mengerjakan ibadat. Keyakinan yang kuat akan menghilangkan rasa resah. Aku cuba menghadapi keadaan tersebut dan melawan perasaan yang berbelah bahagi, akhirnya keyakinanku mencapai tahap yang maksimum dan berserah kepada Allah kerana niat ku adalah untuk mengerjakan ibadat. Sesampainya di Kota Mekah, kami menginap di hotel Qasr al Nakhil, iaitu dari arah Marwah. Kami memasuki Babul Salam melalui Bab Osman untuk mengerjakan tawaf Umrah. Terpandang sahaja kaabah, aku terus berdoa dan hatiku terus meruntun dan taajub melihat kehebatan bangunan kaabah. Hati kecil ku tidak putus-putus berdoa. Melalui pintu Babussalam, kami memasuki Masjidilharam untuk melaksanakan tawaf dan saie. Di tengah jemaah yang menyemut kami menyeruak mencari garis coklat sejajar Hajar Aswad untuk memulai tawaf.  Dengan pakaian ihram putih melekat di tubuh, kami mulai mengelilingi Kaabah yang agung; berputar tujuh putaran dalam lingkaran mardhatillah. Putaran demi putaran melewati hingga putaran ketujuh. Peluh mulai menitis kerana padatnya manusia, tetesan rahmat dan kurnia-Nya di depan Kaabah yang berwibawa.
Selesai pusingan ketujuh, kami menuju makam Ibrahim dan berdoa lalu solat dua rakaat, dan kembali ke garis coklat mengakhiri tawaf untuk selanjutnya menuju bukit Safa bagi memulai saie. Di bukit Safa, tak kuasa air mata menitis ketika takbir dikumandangkan tiga kali dan berdoa seraya mengangkat tangan, memohon ampunan Allah    dan akhirnya menyelesaikan semua rukun umrah dengan tawaf di kaabah dan mengerjakan solat sunat Ihram di hadapan kaabah, kemudian mengerjakan saie di Bukit Safa dan Marwah. Sehabis selesai saie, aku bertahalul dengan menggunting rambut di kaki bukit Marwah. Anggapanku bukit Safa dan Marwah adalah bukit seperti mana anggapan dan pandangan biasa, tetapi rupa-rupanya bukit itu tidak lagi kelihatan kerana terdapat binaan-binaan yang disediakan bagi memudahkan jemaah mengerjakan saie.

Selesai mengerjakan Umrah lebih kurang jam 12.30 malam, ustaz Yahya membawa kami balik ke Hotel. Dalam perjalanan pulang kami singgah di kedai aiskrim Asmah dan aku belanja mereka makan aiskrim Asmah yang amat lazat di masjidil haram. Mengenai kelazatan aiskrim ini, sehingga dalam hati ku terdetik jika sekiranya aiskrim tersebut tidak cair, sudah pasti ku bawa pulang untuk dirasa oleh anak-anak. Di bilik Hotel, kami sekali lagi tinggal sebilik dengan Ustaz Yahya, Pakcik Adam dan Nekmat. Keadaan bilik yang agak panas menyebabkan aku tidur diatas lantai sahaja. Jam 3.00 pagi aku bangun bersahur dan bersiap untuk mengerjakan solat Subuh yang pertama di Masjidilharam.


Saturday, March 20, 2010

Ziarah Madinah

Ziarah Madinah adalah tidak sempurna jika tidak menjejakkan kaki ke tempat penting di Madinah. menjejakkan kaki ke tempat tersebut bukan saja menyedarkan diri tentang kerdilnya diri sebagai hamba Allah berbanding para sahabat dan orang yang terdahulu. Perjuangan mereka mendatangkan keinsafan yang dalam di jiwa. Maha besar Allah bagaimana kentalnya jiwa umat Islam terdahulu mengharungi dugaan bagi meninggalkan bekal dan tinggalan untuk umat kini menghargainya dengan penuh keimanan.

 Peta kedudukan tempat-tempat tertentu yang bersejarah di Kota Madinah

Masjid Nabawi
Telah dijelaskan sebelum ini mengenai Masjid Nabawi. Masjid Nabawi didirikan tahun 622 M atau tahun pertama hijriah, setelah Nabi Saw hijrah dari Mekah ke Madinah. Pembangunan mihrab dilakukan setelah memindahkan arah kiblat dari Baitul Maqdis ke Masjidil Haram di Mekah tahun 2 H. Ada Raudhah di dalam masjid yang adalah tempat yang paling makbul untuk berdoa, seperti sabda Rasulullah Saw, “Antara rumahku dengan mimbarku adalah Raudhah di antara taman-taman surga [diriwayatkan 5 ahli hadits].

Makam Baqi’

Terletak di sebelah rimur dari Masjid Nabawi. Di tempat itu dimakamkan Utsman bin Affan Ra dan para isteri Nabi Saw, iaitu Siti Aisyah Ra, Ummi Salamah, Juwairiyah, Zainab, Hafsah binti Umar bin Khaththab, dan Mariyah Al Qibtiyah Ra. Putera-puteri Rasulullah Saw seperti Ibrahim, Siti Fatimah, Zainab binti Ummu Kulsum, serta beberapa sahabat Nabi Saw juga dimakamkan di sana.


Masjid Quba

Terletak di daerah Quba, sekitar 5 km sebelah selatan Madinah. Waktu Nabi Saw berhijrah ke Madinah, orang pertama yang menyongsong kedatangan Rasulullah adalah orang-orang Quba. Di sini Nabi Saw menempati rumah Kalsum bin Hadam, kemudian Rasulullah saw pun mendirikan masjid di atas sebidang tanah milik Kalsum. Di masjid ini lah yang pertama kali diadakan shalat berjemaah secara terang-terangan.

 masjid Quba'

Jabal Uhud
Jabal Uhud adalah nama sebuah bukit terbesar di Madinah. Letaknya sekitar 5km di sebelah utara pusat kota Madinah. Di lembah bukit ini pernah terjadi perang dahsyat antara kaum Muslimin sebanyak 700 orang melawan kaum musyrikin Mekah sebanyak 3.000 orang yang dinamakan Perang Uhud. Para syuhada yang tewas di Uhud dimakamkan di tempat tersebut di pemakaman yang dikelilingi tembok.

 Jabal Uhud
Di bukit tersebutlah berlakunya peperangan 
kaum Muslimin dengan kaffir Quraisy

 makam syuhada' Uhud

Masjid Qiblatain
Masjid tersebut mula-mula dikenal dengan nama masjid Bani Salamah karena dibangun di atas bekas rumah Bani Salamah. Pada tahun ke 2 H waktu Zhuhur di masjid tersebut tiba-tiba turunlah wahyu surat Al-Baqarah ayat 144. Dalam solat tersebut mula-mula Rasulullah Saw menghadap ke arah Masjidil Aqsa, tetapi setelah turun ayat tersebut, beliau menghentikan sementara, kemudian meneruskan shalat dengan memindahkan arah kiblat menghadap ke Masjidil Haram. Dengan terjadinya peristiwa tersebut akhirnya masjid ini diberi nama masjid Qiblatain yang berarti masjid berkiblat dua.

 masjid Qiblatain

Pada tahun 1993-1995 Masjid ini masih memiliki 2 mimbar/kiblat, hanya saja pada mimbar yang menuju arah ke Masjid Aqsa sudah tidak digunakan lagi, disana hanya terpampang bukti-bukti sejarah yang dijelaskan dengan tulisan dalam berbagai macam bahasa, termasuk dalam bahasa Indonesia, Turki, Arab, Inggeris, Jerman dsb bahwa mimbar inilah sebagai bukti sejarah bahawa sebelum ayat tersebut turun Rasulullah SAW sedang menjadi Imam di Mimbar ini.
Tapi kini Mimbar tersebut (yang mengarah ke Masjid Aqsa) sudah dirobohkan oleh pihak Kerajaan Wahabi, sehingga tidak lagi kelihatan Mimbar peninggalan sejarah itu. Tidak ada lagi keistimewaan Masjid dengan 2 kiblat di Masjid ini, hanya tinggal nama saja yang masih disebut Masjid Qiblatain tapi kenyataannya mimbarnya hanya satu saja.
Konon alasan pihak Kerajaan Saudi merobohkan mimbar yang mengarah ke Masjidil Aqsa kerana terdapat beberapa umat Islam yang melakukan solat mengikut sunnah menghadap kiblat ke arah Masjid Aqsa. Keadaan ini menurut mereka memungkinkan seseorang itu musyrik.
Sumber: (ditulis 2007), http://bankwahabi.wordpress.com/2007/12/12/penghancuran-situs-situs-sejarah-oleh-kaum-wahabi-saudi/
Wallahu a’lam.

Masjid Khandaq
Khandaq berarti parit. Dalam sejarah Islam yang dimaksud Khandaq adalah peristiwa penggalian parit pertahanan sehubungan dengan peristiwa pengepungan kota Madinah oleh kafir Quraisy bersama sekutu-sekutunya. Peninggalan Perang Khandaq yang ada hanyalah berupa lima buah pos penjagaan pada peristiwa Khandak yang sekarang dikenal dengan nama Masjid Sab’ah atau Masjid Khamsah.
Semoga manfaat.
http://orgawam.wordpress.com/2008/08/13/denah-masjid-nabawi/

Raudhah, Taman Syurga


Solat  di Masjid Nabawi memperoleh pahala 1000 kali dibandingkan masjid lain, kecuali Masjidil Haram dengan pahala 100,000 kali. Sehingga jamaah haji umumnya melakukan program Arba’in yakni solat 40 kali di Masjid Nabawi (solat 5 waktu selama 8 hari), jika kita ambil hikmahnya maka Arba’in sebetulnya mendidik jamaah  haji untuk selalu melakukan solat 5 waktu dimasjid secara berjamaah. Jika kita bekerja di siang hari, maka harus disempatkan untuk solat Subuh dan Isya di masjid.

Barangsiapa melaksanakan shalat Isya’ dengan berjamaah, maka laksana ia beribadah setengah malam, dan barangsiapa melaksanakan shalat Isya’ dan Fajar dengan berjamaah, maka laksana ia beribadah semalam suntuk (HR Muslim).

Seberat-berat shalat bagi orang-orang munafik adalah shalat Isya’ dan Fajar. Seandainya mereka mengetahui pahala keduanya maka mereka akan mendatanginya walaupun harus merangkak (HR Mutafaq ’alaih)

Bercakap mengenai Masjid Nabawi, pada adatnya tidak sah jika seseorang tidak mengambil peluang untuk bersolat dan berdoa di hadapan Raudhah.

Kamar Nabi saw dengan isterinya Siti Aisyah terletak disamping Masjid, sehingga ketika Nabi saw i’tikaf  beliau cukup dengan hanya menjulurkan kepalanya dipintu kamar untuk disisirkan rambutnya oleh Siti Aisyah. Lokasi antara kamar dan mimbar inilah yang dikenali dengan Raudhah atau Raudhatul Jannah (Taman Syurga) dengan luas (22 x 15) m2, dimana berdo’a disini akan dikabulkan oleh Allah swt.

Ketika Nabi saw meninggal, beliau dikuburkan didalam kamarnya dan Siti Aisyah tetap tinggal dikamar yang sama, kemudian ketika Abu Bakar ra mendekati ajal beliau minta izin kepada Siti Aisyah agar dapat dikuburkan disamping sahabat yang  paling dicintainya dan Aisyah mengizinkannya. Seperti diketahui Abu Bakar adalah ayah dari Siti Aisyah. Kemudian ketika Umar bin al-Khatab mendekati ajal,  beliau juga minta izin Siti Aisyah untuk dikuburkan disamping sahabatnya, padahal Siti Aisyah sudah merancang untuk dikuburkan disamping suami dan ayah yang sangat dicintainya tetapi kerana rasa hormatnya kepada Umar bin al-Khatab maka Siti Aisyah juga mengizinkannya. Setelah Umar bin al-Khatab dikuburkan  disamping Nabi saw, maka Aisyah tidak pernah membuka aurat dikamarnya kerana telah ada orang asing bukan mahramnya yang telah dikubur di kamarnya. Begitulah mulianya Siti Aisyah, meskipun laki-laki yang bukan mahramnya telah meninggal tetap saja Siti Aisyah tidak mahu menampakkan auratnya didepan kuburan Umar bin al-Khatab. Posisi kuburan ketiga orang yang sangat dimuliakan oleh umat Islam itu seperti  posisi solat antara Imam dan Ma’mum, artinya Abu Bakar menjadi ma’mum-nya,  kemudian Umar bin al-khatab menjadi ma’mumnya Abu Bakar.

Kuburan pada awalnya terletak diluar masjid, tetapi suatu ketika dulu ada usaha untuk mencuri jasad daripada  kuburan Nabi saw maka dimasukkan kedalam masjid. Seorang munafik yang tinggal disekitar Masjid Nabawi di mana  setiap hari dia menziarahi makam Baqi’(makam para syuhada Uhud) yang tidak jauh dari Masjid Nabawi. Suatu malam Wali (Gabenor) Madinah bermimpi bahawa ada seseorang berniat jahat untuk membongkar kuburan Nabi saw, kemudian diselidiki siapakah pelakunya. Akhirnya ditemukan rumah orang munafik dengan terowongan yang telah digali dan mengarah  kekuburan Nabi saw, ternyata sang munafik melakukan ziarah kekuburan Baqi’ bukan untuk menghormati syuhada Uhud tetapi untuk membuang tanah galian dari terowong. Sang munafik akhirnya dihukum mati atas kejahatannya. Untuk mengamankan dari pencurian, maka kuburan Nabi saw, Abu Bakar dan Umar bin al-Khattab dicor sekelilingnya dengan timah dan kuburan dimasukkan kedalam   masjid. Jika kita mengunjungi Masjid Nabawi saat ini, dibelakang mimbar ada jalan untuk memberi kesempatan penziarah mengunjungi kuburan Nabi saw dan tidak dibolehkan solat di kawasan ini kerana di depan Imam. Posisi kuburan ditandai dengan kubah hijau diatasnya.


Sumber: RAUDHAH DALAM SEJARAH Oleh: Azhari

Sejarah Ringkas Masjid Nabawi

Masjid an-Nabawi (bahasa Arab: المسجد النبوي‎ al-Masjid al-NabawÄ«y) atau Masjid Nabi merupakan masjid kedua paling suci mengikut kepercayaan umat Islam. Di sini juga terdapat Makam Rasullullah S.A.W. Masjidil Haram merupakan masjid paling suci dan Masjid Al Aqsa merupakan masjid ketiga paling suci dalam Islam.

Masjid ini asalnya dibina sendiri oleh Rasullullah sendiri, bersebelahan dengan rumah yang baginda diami selepas peristiwa Hijrah pada tahun 622 Masihi. Masjid pertama yang didirikan oleh Rasullullah semasa peristiwa Hijrah ialah Masjid Quba. Rasullah saw membangunkan masjidnya atas asas taqwa.Masjid ini terletak kira-kira 597m dari aras laut.Kedudukannya di tengah-tengah bandar Madinah menjadikannya seperti bulan purnama dan permata yang bersinar,sesuai dengan peranannya sebagai sumber cahaya dan keindahan Islam.Tanah tapak masjid ini berasal daripada tempat mengering tamar kepunyaan dua orang anak yatim (Suhail dan Sahl).Rasulullah saw kemudiannya membeli tanah tersebut.Kawasan ini dipenuhi dengan pokok-pokok tamardan juga runtuhan-runtuhan lama yang kemudiannya dibersihkan dan diratakan untuk didirikan masjid.Kisah tanah ini terpilih untuk dijadikan tapak masjid sungguh unik sekali.Setelah Rasulullah saw keluar dari Quba' menuju ke kota Madinah,orang ramai berebeut-rebut mengheret tali unta Rasulullah saw untuk membawa baginda sebagai tetamu ke rumah masing-masing.Namun demikian Rasulullah saw menyerahkan kepada unta baginda untuk membuat pilihan.Unta itu terus berjalan sambil berpaling ke kanan dan ke kiri seolah-olah mencari sesuatu,sehinggalah ia berhenti di tempat mimbar yang ada pada hari ini.Selepas ia berhenti, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud " Insyaallah, di sinilah tempatnya"

Masjid Nabawi dibina buat pertama kalinya pada tahun pertama hijrah (622M) iaitu pada hari kedua setibanyan Rasulullah saw di kota Madinah.Keluasan asalnya kira-kira 850.5m persegi dan 2.9m tinggi.Atapnya diperbuat daripada pelepah-pelepah pokok tamar, disimen dengan tanah liat.Rasulullah saw sendiri turut sama dalam pembinaan ini dengan memikul dan membawa batu-batu.Pada ketika zaman Rasulullah saw dan Khulafa' Rasyidin,Masjid Nabawi tidak memiliki menara.Orang yang pertama sekali membangunkan menara Masjid Nabawi ialah Umar ibn Abdul Aziz pada tahun 93 H, iaitu dikeempat sudut Masjid.Ukuran keluasan Masjid Nabawi selepas pembesaran terakhir ialah ; tingkat bawah seluas 98,500 m persegi,boleh menampung seramai 167,000 m persegi dan tingkat atas seluas 67,000m persegi,boleh menampung seramai 90,000 jemaah.Jumlah keseluruhannya ialah 165,500m persegi dan boleh menampung lebih kurang 257,000 orang jemaah.Masjid Nabawi sekarang mempunyai 27 buah kubah bergerak, 543 buah kamera bagi mengawal keadaan di luar dan dalam masjid,4 buah eskalator dan 18 buah tangga biasa.

Sumber: http://sinarrasul.blogspot.com/2008/04/sejarah-masjid-nabawi.html

Menara masjid

Ketika zaman Rasulullah SAW dan Khalifah Ar-Rasyidin, Masjid Nabawi tidaklah memiliki sebarang bentuk menara. Orang yang pertama sekali membina menara Masjid Nabawi ialah Umar bin Abdul Aziz pada tahun 93 Hijrah, iaitu dengan mendirikan empat menara masjid yang berketinggian lebih kurang 27.5 meter pada empat sudut. Kemudian diikuti Qaitbay dengan membangunkan menara kelima di Babur Rahmah. Kelima-lima menara Masjid Nabawi ini terus dipertahankan sehinggalah tiga buah menaranya diruntuhkan untuk memberi laluan kepada projek Perluasan Saudi Pertama. Kemudiannya tiga menara yang diruntuhkan telah diganti dengan dua buah menara baru setinggi 72 meter. Lalu pada Projek Perluasan Saudi Kedua ditambah lagi dengan 6 buah menara Masjid yang setiap satunya berketinggian 104 meter, tinggi hilal 6 meter dan beratnya mencecah 4.5 tan. Sehingga kini Masjid Nabawi mempunyai 10 buah menara masjid. Perlu juga diketahui bahawa tinggi menara Masjid utama ialah 44.53 meter, sedangkan menara di Pintu Salam (Babus Salam) adalah setinggi 38.85 meter.( Rujuk Buku Sejarah Madinah Al-Munawwarah Bergambar, editor by; Dr. Muhammad Ilyas Abdul Ghani. m/s 31.Edisi Pertama 1426 Hijrah/2005 Masihi. ISBN: 9960-49-477-0)
Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_an-Nabawi

 ruang dalaman Masjid
Masjid Nabawi, Madinah Munawwarah
Bumbung di ruang laman luar Masjid
Bumbung biasanya dibuka tatkala hari jumaat atau 
hari-hari tertentu untuk menampung kebanjiran jemaah
Bahang panas kembali beransur sejuk dan tenang sebaik bumbung dipasang

Seakan jemaah berada dalam masjid yang sebenar

Raudhah dan Masjid Nabawi




Keterangan :
1. Makam Rasulullah Saw
2. Makam S. Abu Bakar as Shiddiq
3. Makam S. Umar ibn Khaththab
4. Tempat yang menurut suatu riwayat disediakan untuk Nabi Isa AS, ada 2 kemungkinan iaitu berada luruh dengan Rasulullah saw atau berada dibelakang S Umar ibn. Khaththab
5. Tempat peristirahatan Siti Aisyah ra.
6. Tempat kedatangan malaikat Jibril ketika menyampaikan wahyu kepada Rasulullah saw.
7. Dinding kamar Siti Aisyah, yang dibangun sendiri oleh Rasulullah saw, hingga saat ine tembok tersebut masih berdiri kukuh
8. Dinding makam berbentuk segilima, yang dibangun oleh Umar ibn Abd Aziz, agar makam Rasulullah saw tidak menyerupai ka’bah dan terlalu dikultuskan oleh umat Islam.
9. Dinding segi lima lapis kedua yang dibangun oleh sultan Qait bay dari Mesir
10. Tiang-tiang yang memperkuat dinding segilima lapis kedua
11. Bahagian dari raudhah yang terdapat dibahagian dalam tembok kamar makam.
12. Bahagian dari raudhah yang terdapat diluar kamar makam, (nombor 12 tidak terdapat pada detail gambar, kawasan ini adalah tempat yang biasanya dijadikan rebutan oleh ummat Islam)
13. Kawasan dengan nombor 13 adalah bukan bahagian dari raudhah.
14. Kediaman siti Fathimah ra.
15. Mihrab didalam kediaman siti Fathimah, yang dibangun oleh sultan Qait bay
16. Mihrab tempat tempat Rasulullah seringkali bertahajud seorang diri
17. Tempat Rasulullah shalat tahajud berjamaah bersama ahl suffah, tempat ini berada dibelakang kediaman st Fathimah
18. Lubang besar terletak dibahagian depan, lubang ini lurus searah dengan makam Rasulullah saw
19. Lubang kecil terletak dibagian depan searah dengan makam syaidina Abu Bakar ra
20. Lubang kecil dibagian depan searah dengan makam syaidina Umar Ibn Khaththab ra
21. Tempat beberapa batu sisa-sisa kediaman Rasulullah saw, yang kemudian dibuang pada masa Khalifah Al Walid ibn Abd. Malik
22. Usthuwanah al Sarir, tempat Rasulullah saw beristirahat ketika terlalu capai beribadah
23. Usthuwanah al Wufud, tempatRasulullah seringkali menerima tamu-tamu penting
24. Usthuwanah al Hirs, tempat para shahabat bersiaga menjaga Rasulullah saw, seringkali syaidina Ali ibn Abi Thalib bersiaga ditempat tersebut
25. Bab Al Taubah, pintu masuk makam dibahagian depan
26. Bab Aisyah, pintu masuk makam dibahagian samping dari arah raudhah
27. Lubang kisi-kisi yang lurus searah dengan kepala Rasulullah saw yang mulia.
28. Lubang kisi-kisi yang lurus searah dengan kaki Rasulullah saw yang mulia
29. Beberapa pintu masuk menuju makam Rasulullah saw
30. Lingkaran kubah kecil yang berada tepat diatas makam Rasulullah saw
31. Lingkaran kubah lapis kedua, yang disebut kubah al zarqa’
32. Lingkaran kubah lapis ketiga, atau kubah al khadra’ (kubah hijau) yang terlihat dari bagian luar makam.
33. Bagian dari kamar makam (tertulis dengan nomor 32)
34. Panggung setinggi kurang lebih 30 cm, tempat para ahl suffah berjamaahshalat tahajud bersama Rasulullah saw
35. Panggung setinggi kurang lebih 60 cm, tempat ahl suffah biasa berkumpul
36. Usthuwanah al taubah
37. Usthuwanah A’isyah
38. Mihrab tempat shalat Rasulullah saw
39. Usthuwanah al Mukhallaqah
40. Minbar Rasulullah saw
41. Panggung tempat adzan
.

Mengenali Masjid Nabawi Secara Dekat


Ruang Dalam Masjid Nabawi
Terima kasih kepada Author by Imtiaz Ahmad M. Sc., M. Phil. (London), translated by Ir. H. Ismail Umar and Hj. Titie Wibipriatno
Beberapa ahli sejarah telah menggambarkan ruangan dalam Masjid Nabi SAW. Misalnya Syaikh Dehlawi (958 H – 1052 H) telah menuliskan dengan detail ruangan berikut dalam bukunya “Sejarah Madinah”. Nombor-nombor berikut adalah nombor yang bersesuaian dengan ruang  Masjid yang terdapat pada akhir buku ini.



1. TIANG DUTA/UTUSAN: Nabi SAW menggunakan tempat ini untuk menemui para utusan yang datang. Beberapa Sahabat terkemuka duduk disekitar beliau selama pertemuan berlangsung.
2. TIANG PENGAWAL: Menjadi tempat berdiri para pengawal Nabi SAW. Matori berkata, “Pintu rumah Aisyah RA berhadapan dengan tiang ini, dan Nabi SAW melalui pintu ini menuju ke Masjid Nabawi.”
3. TIANG TEMPAT TIDUR: Abdullah bin Umar RA bercerita, “Nabi SAW menggunakan tempat ini sebagai tempat tidur beliau selama i’tikaf.”
4. TIANG ABU LUBABAH: Tertulis padanya. Seperti disebutkan dalam tafsir Ibnu Katsir, Nabi SAW bermaksud untuk menghukum bani Quraizzah (sebuah suku Yahudi) atas pengkhianatannya kepada Nabi SAW. Abu Lubabah RA ditunjuk sebagai penengah. Dia secara tidak sengaja membocorkan rahsia Nabi SAW kepada suku Yahudi itu. Abu Lubabah segera menyedari kesalahannya dan mengikat dirinya sendiri pada tiang ini, hingga Allah SWT menerima taubatnya. Setelah tujuh hari, Nabi SAW menerima wahyu mengenai diterimanya taubat Abu Lubabah dan melepaskan ikatanya dengan tangan beliau sendiri. Al Qur’an, Surat Al Anfal, Ayat 27–28 diwahyukan untuk meberikan kepada kita sebuah pelajaran. Yakni mengkhianati kepercayaan adalah sebuah kesalahan yang sangat fatal bagi para Sahabat Nabi SAW, sehingga mereka melakukan tindakan yang luar biasa untuk memperbaiki kesalahannya.
5. TIANG AISYAH: Tabrani menyebutkan Aisyah RA meriwayatkan bahwa Nabi SAW bersabda, “Ada tempat yang sangat penting di dalam Masjid Nabawi yang mulia, jika seorang mengetahuinya, mereka akan mengadakan undian untuk mendapatkan kesempatan agar bisa shalat di sana”.
Suatu hari para Sahabat bertanya kepada Aisyah RA tentang tempat ini. Beliau menolak untuk memberitahukan tempat tersebut. Akhirnya para Sahabat pergi, sedangkan Aisyah RA masih bersama dengan anaknya Abdullah bin Zubair RA. Bagaimanapun para Sahabat memperhatikan bahwa Abdullah bin Zubair RA melakukan shalat dekat dengan tiang Aisyah. Para Sahabat meyakini bahwa Aisyah RA telah memberitahu tempat tersebut secara rahasia kepada Abdullah bin Zubair.
Nabi SAW pernah mengimami shalat dari titik ini selama beberapa hari setelah perubahan qiblat dari Masjid Al Aqsa ke Ka’bah di Makkah. Baginda juga selalu mengimami shalat dari titik yang sekarang dikenal sebagai Mihrab Nabawi As Syarif.
6. TIANG MUKHALLAQAH: Jabir RA meriwayatkan seperti disebutkan dalam hadits Buhari, “Nabi SAW bersandar pada sebatang pohon kurma (yang awalnya terletak pada tempat dimana tiang ini berada) ketika melakukan khutbah Jumat, kaum Ansar dengan hormat menawarkan pada Nabi SAW, kami dapat membuat sebuah mimbar untukmu, jika engkau menyetujuinya”.
Nabi SAW menyetujuinya dan sebuah mimbar yang terdiri dari 3 anak tangga dibina. Ketika Nabi SAW duduk di atas mimbar ini untuk berkhutbah, para Sahabat mendengar batang pohon kurma itu menangis seperti anak kecil. Nabi SAW mendekati pohon yang sedang menangis ini dan kemudian memeluknya. Pohon ini lalu tenang setelah sebelumnya terisak-isak seperti unta betina. Pohon kurma tersebut menangis karena ia tidak digunakan lagi untuk mengingat Allah SWT.
Sejak itu batang pohon tersebut diberi sejenis pewangi yang disebut Khaluq. Dan kemudian, tiang dimana pohon kurma itu dulu berada, dikenal dengan sebutan tiang Mukhallaqah.
7. MIHRAB NABAWI: Tidak ada mihrab di dalam Masjid Nabawi selama zaman  Nabi SAW dan empat Khalifah yang pertama. Pada tahun 91 H, Umar bin Abdul Aziz pertama kali melakukan shalat di sini di dalam sebuah bentuk mihrab. Jika kita berdiri di dalam mihrab ini dan melakukan shalat, tempat sujud kita akan terletak di tempat dimana kaki Nabi SAW berpijak. Dinding tebal mihrab ini menutupi tempat sujud Nabi SAW yang sebenarnya.
8. MIHRAB USTMANI: Khalifah Utsman RA mengimami shalat di tempat ini. Sekarang, Imam Masjid Nabawi juga mengimami shalat di sini. Umar bin Abdul Aziz kemudian membangun sebuah mihrab di sini.
9. MIHRAB HANAFI: Sebelumnya Imam shalat dari empat Mazhab (Hanafi, Syafi’i, Maliki, dan Hambali) mengimami shalat di Masjid Nabawi secarah terpisah pada waktu yang sedikit berbeza dan tempat yang berbeza. Imam Hanafi mengimami shalat pada tempat ini. Namun kini, hanya satu shalat berjamaah yang diselanggarakan di Masjid Nabawi, yang dipimpin oleh Imam dari Mazhab Hambali. Hal ini berlaku sejak kekuasaan dipegang oleh Pemerintahan Saudi.
10. MIHRAB TAHAJUD: Nabi Muhammad SAW melakukan shalat tahajjud di tempat ini.
11. MIMBAR: Seperti disebutkan dalam hadits Bukhari Muslin dan diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda “Antara rumahku dan mimbarku adalah salah satu taman dari taman-taman surga dan mimbarku akan berada di telaga Kautsar pada hari Kiamat”. Berbagai pemerintahan muslim mengirimkan mimbar untuk Masjid Nabawi dari waktu ke waktu. Mimbar yang ada sekarang, dikirim oleh Sultan Murad ke-3 dari Dinasti Usmani pada tahun 998 H.
12. TEMPAT MUAZZIN: Tempat ini, berupa balkoni segi empat, terletak di sebelah Utara Mimbar Nabi. Tempat ini selain sebagai tempat adzan juga sebagai tempat shalat muadzin dan untuk menguatkan suara takbir pada shalat lima waktu.
13. PANGGUNG DISEKITAR TEMPAT TAHAJJUD: (tidak ada keterangan – pen.)
14. PANGGUNG TEMPAT PETUGAS KEAMANAN: Jika kita memasuki Masjid Nabawi dari Bab Jibril, panggung ini akan berada di sebelah kanan. Dibangun oleh Sultan Nuruddin Zanki. Panggung ini sebenarnya bukanlah tempat dari Ahlu Suffah, seperti perkiraan banyak peziarah.
15. TEMPAT AHLU SUFFAH: Suffah berarti tempat berteduh. Sahabat Nabi yang miskin dan tidak memiliki rumah, bertempat tinggal di Suffah. Di sini mereka mendapat pendidikan tentang Islam dan mengamalkannya. Jika kita berjalan dari tiang Aisyah berlawanan dengan arah qiblat, Suffah berada setelah tiang ke-5. Namun setelah Nabi SAW memperluas Masjid pada tahun ketujuh Hijriah, Suffah dipindah sekitar sepuluh meter kearah Timur, seperti yang tergambar pada ruang Masjid Nabawi.
16. BAB (PINTU) BAQI’: Pintu ini berhadapan dengan Bab Salam.
17. BAB (PINTU) JIBRIL: Terletak di bagian Timur, disebut juga Bab Nabi, karena beliau selalu masuk melalui pintu ini. Adapun alasan penyebutan Bab Jibril adalah sebuah riwayat dari Aisyah RA, “Ketika Nabi SAW pulang dari Khandaq, dan meletakkan senjata kemudian mandi, Jibril AS mendatangi Beliau seraya berkata, ‘Engkau meletakkan senjatamu?, Demi Allah kita belum (bisa) meletakkan senjata, pergilah menuju mereka’, Nabi SAW berkata, ‘kemanakah?’, Jibril AS menjawab, ‘ke sini’, dia menunjuk Bani Quraizzah. Maka Nabi SAW keluar menuju mereka.”
18. BAB (PINTU) NISA: Pintu ini dibuka oleh Umar ibn Khattab tahun 12 H. Beliau mengatakan, “Alangkah baiknya kalau pintu ini dikhususkan untuk wanita”.
19. BIR (SUMUR) HA: Jika kita memasuki Masjid dari bagian paling kiri dari Bab Fahd, sumur ini berlokasi sekitar15 meter ke dalam Masjid dan ditandai dengan 3 lingkaran. Nabi SAW terkadang mendatangi sumur ini dan meminum airnya. Sumur dan taman yang mengelilinginya dimiliki oleh Abu Talhah. Ketika dia mendengar ayat 92 surat Ali Imran yang berbunyi:
Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
Abu Talhah RA segera mengimfakkan taman ini karena mengaharapkan Ridha Allah SWT. Inilah contoh bagaimana para Sahabat bereakasi terhadap ayat-ayat al Qur’an dan secara spontan langsung mengerjakan perintah Allah dengan sungguh-sungguh dan sepenuh hati.
20. BAB (PINTU) SALAM: Umar ibn Khattab RA membuka pintu ini yang terletak di tembok Masjid bahagian Barat, ketika dilakukan perbaikan Masjid tahun 12 H. Dinamakan Bab as Salam karena letaknya sejajar dengan tempat penghormatan berupa salam kepada jasad Rasulullah SAW.
21. RUMAH ABU BAKAR RA: Jika kita berjalan dari mimbar melalui Bab Siddiq, rumah ini berlokasi setelah tiang ke-5 sejajar dengan Bab Siddiq. Suatu hari Nabi SAW bersabda, “Semua pintu rumah-rumah yang terbuka langsung ke dalam Masjid harus ditutup kecuali pintu rumah Abu Bakar”. Hal ini menimbulkan dugaan bahwa Abu Bakar RA akan menjadi khalifah pertama.


Friday, March 19, 2010

Tiba di Kota Madinah

Selepas sarapan pagi, kami berkumpul di lobby Allia Hotel, Amman jordan untuk memulakan perjalanan ke Kota  Madinah. Berangkat ke lapangan terbang Antarabanggsa Queen Allia dan seterusnya menaiki AK 740 Airbus Royal Jordanian ke Jeddah. Dari Jeddah, kami mengambil bas berhawa dingin menuju ke Madinah. Sedikit masalah timbul sewaktu melepasi kawalan imigresen dan salah seorang jemaah telah kehilangan beg menjadikan kami lewat bertolak ke Madinah.
Perjalanan dari Jeddah ke Madinah menaiki bas melalui padang pasir tandus dan berdebu memakan masa separuh hari perjalanan.  Jam 6.30pm, kami dikejutkan dari tidur apabila bas berhenti di kawasan Rehat dan kami mengambil kesempatan untuk solat berjamaah dengan diimamkan oleh Imam Sultan Gajab. kemudiannya bas menyambung perjalanan melalui malam yang kelam di  padang pasir.
Tiba di Kota Madinah jam menunjukkan pukul  10.30 malam. Suasana tiba-tiba bertukar hingar bingar dan sibuk. Penduduk Kota Madinah kebanyakannya tidak tidur waktu malam dan kebanyakan kerja dibuat waktu ini.
Madinah adalah bumi  yang paling dikasihio oleh Allah. Ia merupakan tempat nabi berhijrah dan tempat tidur baginda manakala penduduknya pula adalah jiran-jiran  serta penolong baginda. madinah juga adalah gedung iman dan disanalah iman dapat bertahan sehingga akhir zaman. Di pintu-pintu masuknya terdapat pengawal yang terdiri dari malaikat. Dajal dan penyakit taun tidak akan dapat memasukinya. Ia juga merupakan negara terakhir  di dunia ini yang akan diruntuhkan. Ia juga merupakan tempat diturunkan wahyu. Hampir semua tempat di Madinah diturunkan ayat-ayat al-quran dan diriwayatkan hadis-hadis. Ia adalah haram Allah dan Rasulnya (haramain). 
Dikatakan juga sesiapa yang berniat buruk terhadapnya, Allah akan membalasnya seperti garam yang larut di dalam air. Ianya terhindar dari segala keburukan dan kejahatan kerana sesungguhnya Rasulullah SAW  pernah berdoa untuknya yang bermaksud:
"Ya Allah, jadikanlah kami semua agar tetap menyintai kota Madinah sebagaimana yang Engkau anugerahkan perasaan cinta kepada Kota Mekkah, bahkan lebih dari itu".

 Bergambar dihadapan Hotel dengan sebahagian jemaah

Bas yang membawa kami kemudiannya berhenti di  sebuah hotel bernama al-'Alia Zahra'., betul-betul berhadapan dengan Masjid al-Nabawi.  Setibanya kami pengurusan hotel terus membawa kami ke ruang makan untuk makan malam yang telah lama disediakan. Kami dijamu dengan makanan Thailand yang lazat dan menyelerakan. Selepas makan malam, kami terus tertidur kerana kepenatan seharian perjalanan.
Masjid Nabawi sebelum Subuh pemandangan dari tingkap Hotel Zahra
Baraka LLah

MADRID II

  Kota Madrid seawal abad ke 9 pernah diperintah oleh gabenur Umayyah Andalusia dan kota ini dikenali sebagai 'majrit' dari kata asa...