Tuesday, December 20, 2011

Persidangan PKJ ke 87, MAIWP sebagai Tuan Rumah dan Pulau Labuan menjadi lokasi


18 Disember - Seramai 60 orang ketua jabatan dan pegawai kanan Jabatan / Majlis Agama Islam Negeri  dan Agensi seluruh Malaysia tiba di Pulau  Labuan bagi menghadiri Persidangan Ketua-ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia ( PKJ) kali ke 87. 


  
Hotel Grand Dorset Labuan, lokasi Persidangan PKJ ke 87
Buat pertama kalinya MAIWP diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah sempena persidangan ini yang diurusetiakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Ketibaan para peserta telah disambut oleh YBhg. Dr. Muhammad Yamin bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) MAIWP serta pegawai-pegawai kanan MAIWP di Lapangan terbang Labuan.

YBhg Dato Hj Othman KP JAKIM Mempengerusikan Mesyuarat


Antara peserta Persidangan yang terdiri dari Ketua-Ketua Jabatan

Antara ketua jabatan yang hadir adalah YBhg. Dato' Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM; YBhg. Datuk Haji Che Mat bin Che Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) merangkap Setiausaha MAIWP; YBhg. Datuk Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR); YBhg. Dato' Dr. Syed Omar bin Syed Ikhsan, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Perak; YBhg. Dato' Haji Mohd Rahim bin Jusoh, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan; YBhg. Datu Haji Putit bin Matzen, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Sarawak, Timbalan Ketua Pengarah (Syariah) Jabatan Bantuan Guaman, Ketua Pendaftar JKSM, Tabung Haji, KAGAT, BAKA dan lain-lain peserta persidangan.

Persidangan ini yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Ketua Pengarah JAKIM  ini  berlangsung selama 3 hari bermula 18 sehingga 20 Disember 2011.
Kesukaran mendapatkan tiket kapal terbang pada musim cuti persekolahan dan perayaan krismas menyebabkan saya tiba lewat ke Persidangan kali ini. Tiba di Airport Labuan lebih kurang jam 9.40mlm, di mana persidangan telah pun bermula seawall jam 8.00 malam. 

 
 YB Datuk Yusuf Haji Mahal, Ahli Parlimen Labuan 
yang sudi menjemput peserta persidangan 
makan malam di Restoran Terumbu warisan, 
Restoran ikan segar terbaik di Pulau Labuan
 
Persidangan bersambung keesokan harinya 19/12/2011 seawal jam 8.00 pagi dan berakhir jam 4.30petang. Sebelah malamya peserta persidangan telah dijemput untuk menghadiri makan malam di Terumbu Warisan oleh YB Ahli Parlimen Labuan, Datuk Hj Yusuf Bin Haji Mahal. Ikan segar yang dihidangkan di Restoran Terumbu Warisan  cukup untuk member kenangan pada kami sepanjang di Labuan.  Persidangan kali ini juga merupakan Persidangan terakhir buat Tuan Hj Alias Zakaria, YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang dijadualkan menamatkan perkhidmatannya beberapa minggu lagi.
Di akhir program, MAIWP telah member ole-ole berupa barangan laut buat peserta persidangan. Terima Kasih MAIWP.

Ceramah Undang-Undang Tatacara Mal di Cempaka Suite Service, KL


KUALA LUMPUR - Bahagian Latihan jksm telah mengadakan Program Kursus Pemahaman Undang-Undang Tatacara Mal, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) di Seri Cempaka Service Suites, Kuala Lumpur pada 26 hingga 28 April 2011. Kursus Pemahaman Undang-Undang Tatacara Mal adalah merupakan sebahagian daripada kursus-kursus teras yang menjadi dasar kepada bahagian latihan yang diwujudkan untuk memberikan pendedahan secara total kepada Pegawai-Pegawai Syariah lantikan baru berkaitan Undang-Undang Tatacara Mal yang digunapakai di Mahkamah Syariah.

Matlamat utama program ini ialah untuk memantapkan dan meningkatkan tahap pengetahuan dan kefahaman secara komprehensif kepada peserta dalam Undang-Undang Tatacara Mal supaya pelaksanaan tatacara mal di semua negeri dapat diseragamkan.

Peserta terdiri daripada Pegawai-Pegawai Syariah lantikan baru tahun 2010 dalam gred LS 41 seramai 40 orang yang terlibat secara langsung  dalam tugas kehakiman dan pengendalian kes di Mahkamah  sebagai Pegawai Sulh, Peguam JBG, Pegawai Penyelidik dan Pendakwa Syarie yang berkhidmat di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri-Negeri, JBG dan Jabatan Agama Islam. Oleh kerana, mereka ini masih baru berkhidmat sebagai Pegawai Syariah  maka kekurangan pengalaman merupakan satu halangan untuk bekerja secara professional dan mereka  belum mantap dari segi perundangan tatacara mal, maka satu pendekatan yang lebih praktikal dan komprehensif hendaklah dilaksanakan bagi memberikan pendedahan berterusan di samping memberikan keyakinan diri dan memantapkan ilmu para peserta.

 Sedang menyampaikan ceramah Unadang-Undang Tatacara Mal

 Antara peserta yang hadir
 
 Saya telah  diberikan tanggungjawab sepenuhnya bagi memenuhi objektif kursus ini dengan menyampaikan  ceramah  berkaitan pemahaman Undang-Undang Tatacara Mal. Sebanyak 3 slot iaitu lebih kurang 6 jam telah diperuntukkan bagi tujuan tersebut. Tenaga pengajar lain yang memikul amanah sama ialah Tuan Zulfikri Bin Yasoa - Pegawai Penyelidik Hakim Rayuan dan Tuan K.P. Ramachandran - Mantan Pesuruhjaya Cukai Pendapatan.
Peluang menyampaikan ceramah ini digunakan sepenuhnya  bagi menyebarkan ilmu kepada pegawai-pegawai lantikan baru dan persediaan  saya untuk pembentangan kertas kerja yang lebih besar di IKIM tak lama lagi. Peluang yang sama juga telah digunakan untuk mempromosikan buku karangan terbaru 'Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah- Prinsip dan Amalan'. Alhamdulillah buku tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan.

MADRID II

  Kota Madrid seawal abad ke 9 pernah diperintah oleh gabenur Umayyah Andalusia dan kota ini dikenali sebagai 'majrit' dari kata asa...