Thursday, March 22, 2012

Siba sikit Info Main tteri


Main Teri merupakan salah satu perubatan tradisi yang amat popular dan diamalkan oleh masyarakat Melayu Kelantan-Pattani sejak beberapa abad yang lampau. Di kalangan Tok Teri (Ketua kepada kumpulan Main Teri) sendiri terdapat beberapa pandangan yang berbeza mengenai sejarah dan asal-usul Main Teri.Ada yang menganggap Main Teri telah bermula sejak zaman cucunda Nabi, iaitu Hassan dan Hussein dan perkataan 'Teri' itu dirujuk kepada puteri nabi, Siti Fatimah.Terdapat juga Tok Teri yang menghubungkan Main Puteri dengan Puteri Saadong, seorang tokoh legenda dalam tradisi lisan rakyat Kelantan. Pandangan yang lain pula merujuk kepada kuih puteri mandi, kerana kuih itu disediakan sebelum upacara Main Teri dilangsungkan.

Manakala pendapat yang lain lagi menghubungkan Main Teri dengan hubungan jiwa dan rosak, iaitu tradisi perubatan untuk mematerikan iaitu menyatukan roh dan jiwa yang sakit.Dalam perubatan tradisi Main Teri terdapat gabungan antara unsur Islam dengan unsur magis dan ritual.

Selepas sahaja upacara 'baca kenduri' yang sebutan bacaannya bercampur antara ayat-ayat al-Quran dengan jampi dan mantera, Tok Teri akan tampil di depan para pemuzik dan pesakit yang akan diubati. Khalayak akan menyaksikan upacara menurun yang benar-benar terjadi di hadapan mereka. Pesakit akan diseru dan dibangkitkan angin dari dalam dirinya dan angin sakit itu akan dipindahkan ke dalam diri Tok Teri yang bertindak sebagai pengantara.
Tok Teri akan bersoal jawab dengan Tok Minduk. Melalui soal jawab antara Tok Teri dengan Tok Minduk inilah rahsia penyakit yang dideritai oleh pesakit akan diketahui.

Semasa proses perubatan ini Tok Teri akan berubah-rubah perwatakannya, seperti menjadi orang cacat, bercakap sengau, menjadi bengis dan garang, menjadi budak terencat akal, menjadi orang tua nyanyuk dan pelbagai watak lain untuk menceritakan kekusutan jiwa pesakit. Pada bahagian ini khalayak dapat menyaksikan bagaimana aspek lakonan terbentuk semasa Main Teri dan karakter-karakter ini pasti mencuit hati sehingga mencetuskan gelak-ketawa.

Tok Teri akan meminta pemuzik yang mengiring memainkan pelbagai lagu mengikut jiwa pesakit. Elemen muzik dan unsur nyanyian ini menuntut keupayaan Tok Teri bagi mengalunkan pelbagai lagu dan rentak. Lagu-lagu itu seperti lagu paluan bertabuh dalam wayang kulit, kemudian beralih kepada lagu dalam makyung sekiranya pesakit ada kaitan penyakitnya dengan angin Dewa Muda. Pada masa dulu dikatakan lebih 50 buah lagu dalam Main Teri, namun hari ini, tidak sampai 10 buah lagu 'gerak teri' yang masih dimainkan. Antara lagu-lagu yang lazim dinyanyikan adalah Kijang Mas, Lagu Mengulit, Lagu Pendekar, Lagu Cik Muda, Lagu Menora, Lagu Cik Kojo dan Lagu Abe. Semasa proses perubatan dengan bacaan jampi dan mantera, bertih iaitu padi yang dibakar atau goreng, dan beras kunyit akan ditaburkan kepada sekeliling bangsal tempat persembahan. Tok Teri akan menjadi lupa melalui proses 'menurun' yang dilakukan dengan iringan muzik oleh awak-awak atau disebut juga sebagai panjak. Gelengan kepala Tok Teri akan semakin kuat pusingannya mengikut rentak muzik yang dimainkan oleh para panjak. Ketika inilah pesakit yang sedang berlunjur atau terbaring itu akan bangun menari mengikut paluan muzik oleh panjak-panjak. Sekiranya pesakit mempunyai angin pendekar, dia akan bersilat dengan Tok Teri. Sekiranya dia memiliki angin bertumbuk (tomoi) dia akan mengajak untuk bertomoi dengan Tok Teri. Tok Teri kebiasaan akan melayan pesakit mengikut angin pesakit.
Dalam Main Teri, alat muzik yang digunakan seperti rebab, serunai, tetawak, gendang, geduk, canang dan juga kesi. Alat-alat muzik ini akan berada di hadapan Tok Teri yang berdepan dengan Tok Minduk.Tok Minduk pula akan berada pada satu tempat secara statik dengan alatan muzik di sebelah kanannya. Sekiranya Tok Minduk memiliki kemahiran sebagai pemuzik, kebiasaannya dia akan bercakap sambil menggesek rebabnya.   Baru-baru ini Teater Elit dengan kerjasama DBP telah membawa Abang Mat Tok Teri atau nama asalnya Che Mohd. Zailani Che Moh untuk membuatkan pertunjukkan Main Teri.  Abang Mat yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan, merupakan antara beberapa orang Tok Teri yang masih ada dan mengamalkan tradisi tersebut tatkala ia diancam kepupusan.
Dia memiliki pengalaman sebagai Tok Teri lebih 15 tahun dan tidak dinafikan mempunyai kekuatan dan bakat sebagai pemain utama Main Teri. Tok Teri ini pernah mengubat pesakit di seluruh Kelantan, Terengganu, Pahang, Kuala Lumpur dan ke selatan Thailand.
Main Teri dikaitkan dengan unsur angin yang akan dibangkitkan oleh Tok Teri atau dalam bahasa Main Teri disebutkan sebagai 'isih'. Nama-nama 'isih' atau angin tersebut termasuklah Raja Dua Belas tersebut dikenali sebagai Sulung, Bimbaran Empat, Pahlawan Empat, Sertan Empat, Megat Empat, Cik Siti Putih Nahkoda Anjung, Mamud Kuning Hayun Manis Hitam Ayun Baka, Anak dewa Di Gunung, Awang Pengasuh, Mahat Gemala Gajah, Awang Kasim Gila, Anak Dewa Tujuh, Anak Kumbang Tujuh, Hala tujuh, Bidang Tujuh dan Hitam Perlima Laut.

Tok Teri akan mengucapkan:
Sulung kecik Penganjur raja nakding
Penganjur dewa Sayang pengasuh
Sifat Gading permata hitam
Negeri kota tahkit
Kebayat bunga
Seniur raja
Tanah isi SealamMinang kaba

Telat gading Gere kecik
Dulang suasa Gedung manik
Ganti pura


Main Teri, walaupun satu kaedah perubatan tradisional, tetapi yang menariknya di dalam persembahan perubatan Main Teri terdapat unsur-unsur teater moden yang menggabungkan lakonan, nyanyian, tarian, mimos dan muzik.Sebab itu juga Main Teri dianggap teras asal kepada segala bentuk persembahan tradisi Kelantan-Pattani seperti makyung, wayang kulit, dikir barat, bageh dan beberapa bentuk permainan tradisi yang lain.Bagaimanapun di Kota Bharu sendiri umpamanya, amat sukar untuk mencari seorang Tok Teri yang masih meneruskan tradisi tersebut. Kumpulan Main Teri yang masih bertahan berjumlah tidak lebih daripada tiga kumpulan iaitu di Pasir Puteh, Tumpat dan Tanah Merah (kumpulan Abang Mat sendiri).

Main Teri juga menghadapi cabaran 'pengharaman' kerana unsur-unsur bacaan jampi mantera banyak bertentangan dengan anutan akidah Islam.Masa depan Main Teri sebenarnya sedang menuju ke hujungnya yang runcing. Hampir tidak ada generasi muda yang berminat untuk meneruskan tradisi ini sebagai mata pencarian.Sebagai sebuah persembahan perubatan yang berkait rapat dengan teater tradisi, langkah yang diambil oleh Teater Elit untuk memperkenalkan Main Teri kepala khalayak seni di Kuala Lumpur adalah wajar diteruskan atau dihidupkan.

Ia perlu dilihat di luar daripada lingkungan perubatan atau pengubatan, sebaliknya sebagai seni persembahan yang merangkumi pelbagai unsur seni persembahan dalam satu rangkuman.

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1122&pub=utusan_malaysia&sec=Sastera&pg=sa_01.htm&arc=hive

kalu kumpulan tteri tu, payoh sikit nak royak, kalu tok tteri tu bulih la tebe2 royak. sebab kadang2 tok tteri ni pon dio supo tuke karut jugok, tidak terikat dengan satu2 kumpulan..antara hok kita tahu gak drosid batu kare, bidin gabus, hasan golok, abe mat tok tteri gua jedok (hok main kat DBP aritu). tu hok dekat2 nga kapung kita la tuh..
Ihsan http://www.dikirbarat.net/forum/main-peteriteri/main-teri-di-ancam-kepupusan/?wap2

Thursday, March 15, 2012

BUDOK JAME LO NING



Budok-budok jame lo’ning

Starik kito jame du’lu, ore puteh buak kapa terbe

Ore kito baru panda buak ko’re

Ore puteh la’ca rokek ko bule

Ore kito ukah punyo ca’wak kote


Lo’ning ore puteh eksport motosika

Budok-budok kito panda bek’ki ejuh, bek’ki enda

Tugaknye pereh moto tok ingat khaba

Nye kona lepe, sapa tu’bik bite kama

Date-date gak bunyi beruhhhh…!!!

Nye masuk straigh dale keda roti cana


Bunyi kokeng-kokeng nye lembe habis puyuk kuali meje krusi

Tue keda ke’juk sakik jatung berbule-bule

Tue moto selok kero tok ingak khaba

Masuk spita, tubik spita

Sapa lo’ning jale me’peh tigo slenda


Budok-budok jame lo’ning

Kalu kito nok bek’ki bia comel

Dio pulok koho duk nyenye

Kalu kito tok maroh

Dio duk ralik isak dadoh

De nyo pening mari habih bare dio ratoh


Habih rumoh ore dio gie cu’ri, dio belasoh

Nye kebah habih reto bendo ore kapung

Kalu di masjid ore gie semaye berduyung-duyung

Dio pulok duk ketek slipar jepung

Male-male dio jadi muse bule

Tok leh itik, dio kebah anok aye toge


Tapi dio tok sedar

Tubuh comel jadi pelek

Jale tu gak, loklek-loklek supe je’puk lembek

Date-date gak reboh bek…

To de wak gie klinik

HOK SENGOTI


hok sengoti
Laghe tok serupo denge suroh,
Hok comey bakpo duk pakat kato hudoh,
Saye sohh doh laeng denge beci,
Jerok mamey tok serupo denge jerok celagi.
Takot.. ado keno mengeno denge ketar gegar,
Serupo dahago ado sabit denge lapar,
Ngiga sebenarnyo ada sabit denge kemama,
Selok tak dok bezo denge tok kaba.
Sapo kato buluh tu galoh,
Sapo kato tekeng tu tok bekekoh,
Naka laeng sikit denge jahat,
Dawa pun oghe duk pangge krawak.
Kalu tunggo tok serupo turuh pagar,
Sengotilah tolo tok srupo denge panda,
Lagu mana gadoh, belah tu jugoklah lorat,
Toksohlah wak loloq tok kena hok mano dakak Hok mano krabak.
Demey tok keboh bezo denge leloh,
Senyung semeweh tok serupo denge sengeh,
Baling tu laen denge kipah angin,
Bereng.. abe sikit jah pado kerah keng.
Kito tok leh wak tok tetu kalu,
Oghe serabuk ngeleh kito tok tahu,
Kito duk ralit berembah badi cah keting,
Oghe laeng gi seruh-serah.. Kito duk pakat reboh teguling.
Ulat kekek jange wi tuka denge ulat belucah,
Jale bejeket jange kato srupo denge hungga derah,
Kalu karak buleh lagi kito peteri,
Hok gelonggong lagu mano pakat kato tokleh nok isi?
Payoh sengoti nok bekecek nok bekiro
Culah lagu laeng tok srupo denge celiko
Payoh jugk nok bezo mano lakoney mano sandiwaro
Hok sengotinyo, manih leting tu belung tetu ibu gulo!

Lim Swee Tin

Prof Madya Dr Lim Swee Tin lahir di Kelantan pada 26 September 1952. Pada 1988-1992, beliau melanjutkan pengajiannya di Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama sebelum meneruskan perkhidmatan di Negeri Sembilan dan Selangor selama 10 tahun lagi sebagai guru. Pada 1996-1999, beliau melanjutkan pengajian bagi memperoleh Ijazah Sarjana Sastera (M.A) dan 2000-2005 di peringkat Doktor Falsafah (Ph.D). 

Dipetik Dari: http://www.abgshah.com/

BUDU BANTU AWET MUDA : Lagi info pasal Budu;




Oleh Siti Nur Almizan Aripin

SEBUT saja budu, pasti terbayang makanan tradisional masyarakat Pantai Timur, iaitu Kelantan dan Terengganu. Budu kini bukan saja terkenal di negara ini malah sudah sampai ke luar negara.
Makanan tradisional yang diperbuat daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur mendapat perhatian dan dijadikan kajian ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.

Penemuan saintis berkenaan mendapati budu mengandungi gluthaione (bahan antioksidan), mengeluarkan sisa toksik dan mampu meningkatkan daya tahan tubuh (imun) yang dapat memerangi pelbagai penyakit berbahaya serta menghalang kanser.

Kini terbukti makanan tradisional yang sering dianggap kuno itu setanding dengan ubatan berteknologi tinggi malah menyimpan seribu satu rahsia yang selama ini tersimpan tanpa ada yang peduli.

KELEBIHAN BUDU


Sesiapa yang impikan wajah kekal tegang dan bebas daripada kedutan sebelum waktunya, anda disarankan supaya memakan budu kerana kajian mendapati ia berpotensi melawan radikal bebas sekali gus menghalang proses penuaan.
Malah, budu berupaya mencegah penyakit aterosklerosis (timbunan lemak di dinding pembuluh darah), koroner jantung, kencing manis dan kanser pada peringkat awal. Selain itu, kandungan budu mempunyai zat antibakteria cirit-birit, penurunan kolesterol darah, pencegah sakit jantung dan tekanan (hipertensi).
Pengambilan budu sebagai makanan tambahan juga mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit cirit-birit kronik dan mampu menyembuhkan dalam tempoh yang singkat. Dalam erti kata lain, budu boleh menggantikan makanan tambahan untuk sesiapa yang berhasrat untuk menambahkan berat badan.

PENCEGAH KANSER
Budu mengandungi jumlah mineral zat besi, kalsium, magnesium dan zat antioksidan dalam bentuk isoflavon yang sangat diperlukan tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.
Radikal bebas adalah atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Adanya antioksidan di dalam budu, ia akan bertindak mencegah pembentukan radikal bebas.
Ini terbukti apabila penyelidik di Universiti Carolina, Amerika Syarikat menemui unsur genestein dan phytoestrogen di dalam budu yang sememangnya terbukti dapat mencegah kanser, proses penuaan dan barah payu dara.
Selain sumber protein berkualiti tinggi di dalam ramuan budu, makanan tradisional ini turut mengandungi sumber serat yang baik. Kandungan seratnya mampu mencapai antara 8 hingga 10 peratus bagi setiap 100 gram budu. Jumlah itu lebih daripada mencukupi seperti disarankan Pusat Penyelidikan Kanser Kebangsaan iaitu sebanyak 30 peratus.

MERANGSANG SEL OTAK
Mengambil budu dalam sajian lengkap harian dikatakan boleh meningkatkan IQ. Budu mampu merangsang sel otak dan memperkukuhkan ikatan antara neuron serta menguatkan neuron yang lemah.

MERAWAT KEMBUNG PERUT
Budu turut merencatkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab gejala kembung perut kalangan kanak-kanak dan remaja.

KANDUNGAN VITAMIN
Terdapat dua kumpulan vitamin pada budu iaitu vitamin larut air (B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).


Vitamin B adalah sumber vitamin utama terkandung dalam budu dan terbahagi kepada pecahan lain seperti B1 (thiamin), B2 (roboflavin), asid pantotenat, niasin, B6 dan b12 (sianokobalamin).

Secara saintifiknya, budu menjadi penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan bakteria klebsiella pneumoniae dan citobacter frundiin. Ia tidak dimiliki daripada mana-mana sumber makanan laut, ikan dan daging. Ia mampu membentuk sel darah merah dan mencegah penyakit anemia, sakit perut dan berat badan menurun.


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/CeriaMenawan/20070930123848/Article/

Info mengenai budu

Sapa berehi budu terr...Gu, mari kita bekongsi skit pasa budu


Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol.

Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis


 antara budu  yang ada di pasaran
Khasiat
Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman[1], [2], [3]. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. [4]

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal [5]. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. [6] Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya [7], kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.[8] Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). [9]

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitamin ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

 Budu, kalu  campur asam pauh, uhh..sedap weihh


Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.
Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.

Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.[10]

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikatmenemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.[11]


Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan, kerana ia telah disepara cerana oleh bakteria. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

Kelemahan
Budu mempunyai bau yang agak kuat dan kurang digemari ramai. Selain itu ia mempunyai kandungan asid urik yang agak tinggi dan tidak sesuai bagi mereka yang menderita sakit gaut, kencing manis, darah tinggi, jerawat batu, barah payudara dan keguguran rambut kronik.

Rujukan
  1. Food : Budu Terengganu kegemaran Pantai timur
  2. Short Communication Microbiological, histamine and 3-MCPD contents of Malaysian unprocessed ‘budu’
  3. Characteristics of Fish Sauce Made from Pacific Whiting and Surimi ...
  4. http://www.dietihub.com/anchovy-nutrition/
  5. Characteristics of Fish Sauce Made from Pacific Whiting and Surimi ...
  6. Four Incredible Health Benefits of Anchovies.
  7. Dimethyl Amino Ethanol (DMAE) is one of the classic "Smart Nutrients" having been discussed in the original Smart Drugs & Nutrients book. DMAE occurs naturally in some foods notably fish.
  8. (Inggeris) Fish Really May Be Brain Food.
  9. Various Component and Bacteria of Budu Produced in Malaysia. ; Accession number;02A0612857
  10. (Inggeris)More evidence that fish is brain food.
  11. Anti cancer
Pautan luar
  Dipetik dari:   http://ms.wikipedia.org/wiki/Budu

MADRID II

  Kota Madrid seawal abad ke 9 pernah diperintah oleh gabenur Umayyah Andalusia dan kota ini dikenali sebagai 'majrit' dari kata asa...