Wednesday, May 20, 2009

merbah jambul


Gambar ihsan Zai 6181.

Emmm....

petang semalam aku terima call dari puan Norehan bagi tahu mengenai trip ke Uk JPA dah setuju bagi sponsor. Syukur. Hari ni pagi-pagi lagi aku siapkan sume dokumen yang perlu. Kerja ofis aku dah tak sempat buat dah. Jam 10.30 Bahagian Latihan JPA Cik Asfanillah call aku bagitahu fax dari JPA minta aku claim elaun baju panas dan surat persetujuan terima tawaran hadiah latihan Persekutuan. Yang tak syoknya dia minta aku fax kan kembali ke Bahagian Latihan JPA hari ni jugak. Apa lagi terkejar-kejar aku dibuatnya. Siap semua dokumen, Boss pula ada tamu. terpaksalah pulak aku tunggu sampai dia orang selesai borak. Tengok jam dah 12.30 lebih. Borang belum sain lagi, ofis dah tutup dah. Tak pe lah buat je petang nanti.

Tengahari tengah aku dok melamun, Puan Norehan call lagi. Kali ni katanya aku kena sediakan Bank draf RM362 untuk fee Student Visa. Besok kena serah kat VFS SDN BHD untuk apply Visa kat British Embassy. Sekali lagi aku terkejar-kejar nak siapkan seme benda tu. Jam 3.30 baru beres. Aku pun dah letih, makan pun belum. Lepas sembahyang zohor je, aku terus start kete balik umah. harap-harap Boss tak cari hari ni....

Baru separuh jalan, penyewa yang sewa umah aku kat KL call, mengadu katanya air dah kena potong 2 hari sebab maintenance aku tak bayar. Betul ke? ... Aku cuba call manegement yang jaga umah tu, katanya aku tak bayar maintenance RM12,000.00 lebih sejak tahun 2002. Apa pulak, aku beli rumah tu pun baru 2006 yang lalu. SNP agreement pun sain pada hujung tahun 2007. Bulan 4 2008 baru settle semua transaksi, tak kan aku kena tanggung semua. Tak pasal-pasal aku kena gi KL deal ngan manegement perumahan tu. Jam 6.00 petangm persetujuan dicapai aku kena bayar 30% daripada RM2000, jumlah tertunggak sejak April 2008. Fuhh lega.. air katanya akan sambung petang ni..
Sampai umah jam 7.30 lebih. Dah maghrib. tak sempat nak jengok Mek Na, Mek Yah, Murai dan Mat Il...fuhh penat betul hari ni....