Tuesday, December 20, 2011

Persidangan PKJ ke 87, MAIWP sebagai Tuan Rumah dan Pulau Labuan menjadi lokasi


18 Disember - Seramai 60 orang ketua jabatan dan pegawai kanan Jabatan / Majlis Agama Islam Negeri  dan Agensi seluruh Malaysia tiba di Pulau  Labuan bagi menghadiri Persidangan Ketua-ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia ( PKJ) kali ke 87. 


  
Hotel Grand Dorset Labuan, lokasi Persidangan PKJ ke 87
Buat pertama kalinya MAIWP diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah sempena persidangan ini yang diurusetiakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Ketibaan para peserta telah disambut oleh YBhg. Dr. Muhammad Yamin bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) MAIWP serta pegawai-pegawai kanan MAIWP di Lapangan terbang Labuan.

YBhg Dato Hj Othman KP JAKIM Mempengerusikan Mesyuarat


Antara peserta Persidangan yang terdiri dari Ketua-Ketua Jabatan

Antara ketua jabatan yang hadir adalah YBhg. Dato' Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM; YBhg. Datuk Haji Che Mat bin Che Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) merangkap Setiausaha MAIWP; YBhg. Datuk Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR); YBhg. Dato' Dr. Syed Omar bin Syed Ikhsan, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Perak; YBhg. Dato' Haji Mohd Rahim bin Jusoh, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan; YBhg. Datu Haji Putit bin Matzen, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Sarawak, Timbalan Ketua Pengarah (Syariah) Jabatan Bantuan Guaman, Ketua Pendaftar JKSM, Tabung Haji, KAGAT, BAKA dan lain-lain peserta persidangan.

Persidangan ini yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Ketua Pengarah JAKIM  ini  berlangsung selama 3 hari bermula 18 sehingga 20 Disember 2011.
Kesukaran mendapatkan tiket kapal terbang pada musim cuti persekolahan dan perayaan krismas menyebabkan saya tiba lewat ke Persidangan kali ini. Tiba di Airport Labuan lebih kurang jam 9.40mlm, di mana persidangan telah pun bermula seawall jam 8.00 malam. 

 
 YB Datuk Yusuf Haji Mahal, Ahli Parlimen Labuan 
yang sudi menjemput peserta persidangan 
makan malam di Restoran Terumbu warisan, 
Restoran ikan segar terbaik di Pulau Labuan
 
Persidangan bersambung keesokan harinya 19/12/2011 seawal jam 8.00 pagi dan berakhir jam 4.30petang. Sebelah malamya peserta persidangan telah dijemput untuk menghadiri makan malam di Terumbu Warisan oleh YB Ahli Parlimen Labuan, Datuk Hj Yusuf Bin Haji Mahal. Ikan segar yang dihidangkan di Restoran Terumbu Warisan  cukup untuk member kenangan pada kami sepanjang di Labuan.  Persidangan kali ini juga merupakan Persidangan terakhir buat Tuan Hj Alias Zakaria, YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang dijadualkan menamatkan perkhidmatannya beberapa minggu lagi.
Di akhir program, MAIWP telah member ole-ole berupa barangan laut buat peserta persidangan. Terima Kasih MAIWP.

Ceramah Undang-Undang Tatacara Mal di Cempaka Suite Service, KL


KUALA LUMPUR - Bahagian Latihan jksm telah mengadakan Program Kursus Pemahaman Undang-Undang Tatacara Mal, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) di Seri Cempaka Service Suites, Kuala Lumpur pada 26 hingga 28 April 2011. Kursus Pemahaman Undang-Undang Tatacara Mal adalah merupakan sebahagian daripada kursus-kursus teras yang menjadi dasar kepada bahagian latihan yang diwujudkan untuk memberikan pendedahan secara total kepada Pegawai-Pegawai Syariah lantikan baru berkaitan Undang-Undang Tatacara Mal yang digunapakai di Mahkamah Syariah.

Matlamat utama program ini ialah untuk memantapkan dan meningkatkan tahap pengetahuan dan kefahaman secara komprehensif kepada peserta dalam Undang-Undang Tatacara Mal supaya pelaksanaan tatacara mal di semua negeri dapat diseragamkan.

Peserta terdiri daripada Pegawai-Pegawai Syariah lantikan baru tahun 2010 dalam gred LS 41 seramai 40 orang yang terlibat secara langsung  dalam tugas kehakiman dan pengendalian kes di Mahkamah  sebagai Pegawai Sulh, Peguam JBG, Pegawai Penyelidik dan Pendakwa Syarie yang berkhidmat di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri-Negeri, JBG dan Jabatan Agama Islam. Oleh kerana, mereka ini masih baru berkhidmat sebagai Pegawai Syariah  maka kekurangan pengalaman merupakan satu halangan untuk bekerja secara professional dan mereka  belum mantap dari segi perundangan tatacara mal, maka satu pendekatan yang lebih praktikal dan komprehensif hendaklah dilaksanakan bagi memberikan pendedahan berterusan di samping memberikan keyakinan diri dan memantapkan ilmu para peserta.

 Sedang menyampaikan ceramah Unadang-Undang Tatacara Mal

 Antara peserta yang hadir
 
 Saya telah  diberikan tanggungjawab sepenuhnya bagi memenuhi objektif kursus ini dengan menyampaikan  ceramah  berkaitan pemahaman Undang-Undang Tatacara Mal. Sebanyak 3 slot iaitu lebih kurang 6 jam telah diperuntukkan bagi tujuan tersebut. Tenaga pengajar lain yang memikul amanah sama ialah Tuan Zulfikri Bin Yasoa - Pegawai Penyelidik Hakim Rayuan dan Tuan K.P. Ramachandran - Mantan Pesuruhjaya Cukai Pendapatan.
Peluang menyampaikan ceramah ini digunakan sepenuhnya  bagi menyebarkan ilmu kepada pegawai-pegawai lantikan baru dan persediaan  saya untuk pembentangan kertas kerja yang lebih besar di IKIM tak lama lagi. Peluang yang sama juga telah digunakan untuk mempromosikan buku karangan terbaru 'Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah- Prinsip dan Amalan'. Alhamdulillah buku tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan.

Saturday, November 19, 2011

Seminar Antarabangsa 3 Hari Perundangan Islam di Pusat Pameran Pertahanan Antarabangsa Brunei(BRIDEX) 12-14 Oktober 2011, Jerudung Park Brunei Darussalamntarabangsa

Belumpun reda kesedihan kehilangan arwah ibu tersayang pada 8 Oktober yang lalu, panggilan tugas memaksa ana ke bandar Seri Begawan untuk menghadiri Seminar Antarabangsa Perundangan Islam yang berlangsung di Pusat Pameran Pertahanan Antarabangsa Brunei (BRIDEX) yang berlangsung pada 12-14 Oktober 2011. Perjalanan ke sana menaiki Royal Brunei  di KLIA pada 11 oktober 2011  jam 5.40pm  yang mengambil masa 2 jam penerbangan. Meskipun sepanjang perjalanan hati masih meronta terkenangkan arwah ibu yang kuburnya tak sampai 2 hari dikebumikan, arahan majikan perlu dipatuhi demi tugas.

Tiba di Bandar Seri Begawan lebih kurang jam 8 malam telah ada teksi hotel yang sedia menunggu. Johny, pemandu teksi yang ramah berbangsa Philipine membawa kami terus ke HOliday Lodge hotel yang jaraknya lebih kurang 35 minit perjalanan dari lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. Sesampainya ke Hotel ana terus check in dan mengambil kesempatan untuk solat dan terus tidur kerana kepenatan.

12 Oktober 2011, pendaftaran seminar bermula  dengan titah baginda Sultan Brunei  merasmikan perasmian. Ana tabik dengan para pembentang dan wakil-wakil kerajaan  Brunei Darussalam yang lantang dan berani bercakap mengenai perundangan Islam, sesuatu yang sukar untuk kita temui disini kecuali melalui kancah politik. ianya tidaklah menghairankan kerana suasana tersebut direstui oleh pemerintah tertinggi kerajaan Brunei.

sebagai peserta jemputan luar negara, kami disediakan makan tengahari. keadaan ini amat menguntung kami kerana lokasi seminar adalah terpencil dan terletak dipinggir bandar  di mana amat sukar untuk mencari kedai makan.  Lokasi BRIDEX yang menjadi tempat persidangan adalah berdekatan dengan JERUDUNG PARK, iaitu taman hiburan sekeluarga yang terbesar di Brunei.

Bergambar di hadapan Dewan Seminar BRIDEX

 Antara peserta dari Malaysia

hari-hari lapang kami habiskan dengan bersiar di sekitar Bandar Seri Begawan yang tidaklah sesibuk metropolitan KL tetapi suanasana yang tenang tanpa hiruk pikuk traffic dan pemandu yang berhemah menjadikan kami merindui Bandaraya ini.  Kebanyakan kedai dan pasaraya serta hotel-hotel ternama dimiliki oleh bumiputra Muslim. papan tanda kedai juga rata-ratanya bertulisan jawi. Syiar Islam amat teserlah di sini. Mencari kedai makanan halal adalah sesuatu yang amat mudah dan kita tak perlu ragu-ragu kerana hampir keseluruhan kedai menjual makanan halal dan terkawal.

bertolak balik Ke KLIA pada hari jumaat 14 Oktober 2011, hari yang sama berakhir seminar. Ana tidak menunggu lama untuk pulang ke KL kerana kesedihan kehilangan ibu masih terasa menjadikan mood untuk bersiar-siar langsung tidak ada ditambah dengan suasana berkabung, meskipun masa yang panjang boleh digunakan untuk tujuan tersebut. 

papan tanda premis niaga kebanyakannya bertulisan jawi

Apa pun, lawatan yang singkat  dan observe ringkas membuatkan saya sudah hampir mengenali negara Brunei Darussalam secara dekat. keramahan rakyatnya dan suasana yang tenang menjadikan hati terlalu rindu untuk menjejak kaki sekali lagi ke kota ini.




Titah baginda Sultan Brunei mengenai perundangan Islam


BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Okt -- Melaksanakan Undang-Undang Syar’iah merupakan salah satu cita-cita utama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.


Baginda Sultan semasa berkenan mengurniakan titah perasmian 
SeminarAntarabangsa Perundangan Islam di Dewan Persidangan
Pusat Pameran Pertahanan Antarabangsa (BRIDEX), 
Jerudong, kelmarin. - Gambar oleh Yuddin HB

“Jangan kata TIDAK atau TUNGGU DULU lagi sebab kita sudah pun cukup segala-galanya, ada kemampuan dan ada kuasa untuk melaksanakannya,” tegas Baginda Sultan dalam titah perasmian Baginda di Seminar Antarabangsa Perundangan Islam dengan tema “Ke Arah Pelaksanaan Undang-Undang Syar’iah” pagi ini.

Siapakah kita di hadapan Allah untuk berkata TIDAK atau TUNGGU DULU sedang undang-undang itu bukanlah baru digubal tetapi telah termaktub dalam Al-Quran dan Al-Hadis semenjak dari 1400 tahun lebih lagi,” tambah Baginda Sultan ketika menyentuh semula mengenai cita-cita utama Baginda itu

Apabila Undang-Undang Syar’iah terlaksana maka barulah bumi yang permai ini dapat diungkap sebagai “Baldatun Thayyibatun wa Rabbun Ghafur” iaitu Negeri Yang Baik dan Tuhan Maha Pengasih, titah Baginda Sultan.

Negara Brunei Darussalam walaupun kecil tetapi ini tidaklah menghalang kita untuk mengambil langkah-langkah melaksanakan Undang-Undang Syar’iah kerana selaku orang Islam kita wajib melaksanakannya sebagai memenuhi tuntutan Allah Ta’ala.

Baginda Sultan seterusnya bertitah, “Kita tidak ada pilihan lain selain daripada mematuhi semua perintah Allah. Inilah kewajipan utama kita. Salah satu daripada perintah itu ialah melaksanakan undang-undang-Nya. Itu adalah Undang-Undang Syar’iah.”

Menyentuh mengenai titah Baginda sendiri pada 15 Julai 1996 dan dalam Persidangan Majlis Ugama Islam pada 13 Mac 2011 yang ada menyebut secara khusus mengenai Undang-Undang Jenayah Syara’, Baginda Sultan bertitah menekankan itu juga sepatutnya mendapat perhatian yang serius dan segera.

Kalau kita masih juga berkata TIDAK atau TUNGGU DULU, ini adalah tidak kena,” tegas Baginda Sultan pada majlis perasmian di Dewan Persidangan, Pusat Pameran Pertahanan Antarabangsa (BRIDEX), Jerudong itu.“Di manakah kita dengan Al-Quran dan Al-Hadis itu? Kerana itu Beta amatlah terpanggil tanpa sebarang keraguan untuk melihat satu Akta Undang-Undang Jenayah Syara’ wujud dan dilaksanakan di samping tidak pula menolak undang-undang biasa juga akan masih diguna pakai.“Dalam makna Akta Jenayah Syara’ adalah diperlukan sementara Akta Sivil biasa masih saja tidak diketepikan,” titah Baginda Sultan menjelaskan.

“Dalam Persidangan Majlis Ugama Islam pada dua hari yang lepas Beta ada menyebut tentang kerjasama di antara pihak Perundangan Islam dan Perundangan Sivil. Kedua-dua pihak ini telah pun menjalani kerjasama yang baik dan kerjasama itu perlu diteruskan.

“Kita di negara ini telah melakukan sesuatu yang sangat indah lagi unik dalam perkara perundangan. Kita telah dan sedang berusaha mengIslamkan semua undang-undang kita. Kita telah dan sedang menyesuaikan semua undang-undang sivil yang ada dengan kehendak Islam dalam makna Sivil itu dikekalkan tetapi dalam bentuk dan rupanya yang lebih sempurna berteraskan Islam.”
Menurut Baginda Sultan dalam titahnya itu apabila Undang-Undang Jenayah Syara’ dilaksanakan di negara ini secara amali namun pada masa yang sama masih mengekalkan Undang-Undang Sivil, maka akan lebih ketara lagi kepentingannya. Baginda bertitah memberikan contoh, misalnya apabila sesuatu kes jenayah itu tidak dapat ditangani dengan Akta Syara’ disebabkan oleh faktor tertentu maka ia akan kita tangani secara sivil yang juga telah diselaraskan dengan kehendak Syara’.

“Apakah tidak cantik ini? Pada hemat Beta ia adalah sangat cantik dan malah unik. Beta berharap Seminar ini akan dapat mencetuskan idea-idea baru yang kukuh untuk mempercepatkan wujudnya Akta Jenayah Syara’ yang sedang kita tuju. Beta percaya Allah Ta’ala sedang menyuluh kita dengan rahmatNya kerana cita-cita ini dan malah sedang membekalkan kepada kita kekuatan untuk itu.” “Beta dengan ikhlas dan kerana Allah jua tidak lupa mengucapkan syabas dan tahniah kepada Mahkamah-Mahkamah Syar’iah yang berjaya mengadakan Seminar yang bersejarah ini.”

Baginda Sultan bertitah menyatakan bahawa Seminar itu adalah satu usaha yang sangat baik ke arah menyahut cita-cita Baginda untuk melaksanakan Undang-Undang Syar’iah, sebagaimana yang pernah Baginda titahkan berulang kali, lebih-lebih lagi ia merupakan salah satu cita-cita utama Baginda yang telah sekian lama disuarakan tetapi sehingga kini masih lagi ditangani.

Dipetik dari akhbar Pelita Brunei dengan ihsan http://www.islamituindah.my/hudud-jangan-berlengah-lagi

MADRID II

  Kota Madrid seawal abad ke 9 pernah diperintah oleh gabenur Umayyah Andalusia dan kota ini dikenali sebagai 'majrit' dari kata asa...