Tuesday, January 17, 2023

Januari 2014

2013 hampir benar ke penghujung. Banyak catatan pahit manis. 12 bulan perjalanan yang penuh liku. Rasanya tidak tercatat dalam paparan ini, bukan kerana kesibukan tugas atau kecemburuan masa, tetapi perjalanan yang telah diatur oleh qadha' qadar Allah tidak memberi peluang untuk dikongsikan bersama. Banyak yang terlalu peribadi dan tidak perlu dikongsi. 

Sepanjang tahun ini juga merupakan satu langkah sukar. setiap tapak yang diatur tidak semuanya memijak aspal atau jalan berturap. banyak juga lecah, lumpur dan lopak malah arus yang diharungi. Beruntungnya tahun ini kerana banyak pengalaman yang kurang diingini telah terjadi. Sedikit sebanyak memberi ruang untuk berfikir kembali.
Alhamdulillah, umur sememangnya mematangkan manusia. mendekati hari tua umpama bertenggek ditangga menunggu masa mengetuk pintu kematian. terima kasih pada tuhan kerana memberikan sedikit ruang masa untuk berhenti lelah di tapak tangga. Renungan semula ke bawah menampakkan kembali jerit perih perjalanan yang telah dilalui. Mampu sampai kehujung Disember ini sudah satu anugerah Illahi yang perlu ditenung kembali. 

kesedihan, kesukaran serta kepayahan mahupun rentetan kejayaan yang dilalui dan dikecapi sebenarnya patut mengingatkan kita pada mati, mati tidak berkongsi meskipun bersekali, tetap bersendirian biarpun ditanam selubang berjiran. Jadi kesukaran atau kejayaan sepanjang tahun ini hanyalah satu iklan yang berselingan bagi drama kehidupan. Jika filemnya masih panjang, maka rehat yang sementara ini memberi ruang kepada kita untuk mencatur kembali episod perjalanan tahun-tahun kehadapan. Semoga beberapa detik sebelum menjengah tahun hadapan masih lagi sempat untuk kita muhasabah diri.

Sungguh, tahun ini banyak mengajar mengenali diri!

Merenung kembali sepanjang tahun ini mengingatkan saat-saat sukar sepanjang di JBG. perpindahan ke jabatan baru dijangka membungakan kesenangan dan impian yang dihajati. Tapi lautan dugaan memang tiada tepi. Kesukaran berterusan hinggalah ke Disember ini. Allah beri apa yang diimpi, tapi pemberiannya tidak semua sekali. Alhamdulillah, ternyata itu baik kerana ilmu Illahi itu amat tinggi, jika tidak, lupa diri memang sudah pasti!

Biarpun gagal untuk berbakti dan kerja tidak seimbang dengan gaji, ia bukan salah pak menteri atau pertikaian Tan Sri-Tan Sri. Ia adalah qadha illahi. Syukur kerana boleh menerima dugaan ini. Syukur kerana rezeki juga bukan hanya dari gaji. 

Benarlah kata ilmuan, penghinaan itu jika dikaji, sebenarnya makin menambah kemuliaan, kesukaran itu jika diteliti, semakin menenangkan hati, kelemahan jika diatasi semakin menguatkan diri, cemuhan jika diberi, semakin meningkatkan penghargaan diri. Maka terimalah segalanya kerana semua itu hak Allah dan bukan milik peribadi. Alhamdulillah..

Dalam kesukaran itu sempat juga menerbitkan dua buah buku. Ternyata kesukaran menjadi inti pati kepada kejayaan. Satu yang dicetak untuk edisi yang diperbaharui dan satu lagi hasil asli. Rezeki dari penulisan itu bukan hanya mengimbangi gaji, tetapi harapannya ilmu yang dikongsi sememangnya pahala yang bakal ditadah nanti. Moga hasrat itu tidak terpesong dari hati. Rezeki juga diberi illahi membuka peluang mengajar anak-anak di universiti. Memang, hasrat asal hanyalah untuk mengganti gaji, tetapi ilmu yang dikongsi cuba diberi sepenuh hati, moga bekalan yang tulus itu memudahkan urusan selepas mati. 

Tazkirah ini hanyalah untuk diri sendiri. 
Tidak perlu difahami
sekadar untuk catatan  kemudian hari.

Thursday, January 12, 2023

ALMUKARAM TUAN GURU USTAZ HAJI MOHAMED TRANG B. ISSA


KH Almukaram Tuan Guru  Ustaz Haji Mohamed Trang B. Issa
Wakil Talqin  Pesantren Suryalaya

Almukarram Ustaz Haji Mohamed Trang B. Issa dilahirkan pada Hari Isnin tanggal 25 April 1932 bersamaan 20 Zulhijjah 1350H di Kpg.Sepna’ , Daerah Bintagor, Bahagian ke-3 Sibu Sarawak (pada masa itu). Beliau kini menetap di 185, Lorong Canderawasih 6A2, Kampung Semerah Padi, 93050 Petrajaya, Kuching, Sarawak.

Salasilah keturunan Almukarram Ustaz Haji Mohamed Trang B. Issa bermula daripada Daeng Manna’ yang juga digelar Daeng Manna’un yang berasal dari Tanah Bugis, Sulawesi Selatan (Bone), Indonesia. Daeng Manna’ mempunyai keturunan bernama Daeng Abd. Ghafur yang lebih dikenali dengan nama Daeng Purah. Seterusnya Daeng Abd. Ghafur mempunyai keturunan bernama Daeng Hashim. Dari Daeng Hashim, maka lahirlah Daeng Salleh. Daeng Salleh pula mempunyai keturunan bernama Daeng Mohd. Said atau lebih dikenali dengan gelaran Massaid. Daeng Mohd. Said seterusnya mempunyai keturunan bernama Issa atau Daeng Issa. Hasil perkahwinan Daeng Issa dan Hjh. Siti Awa bt. Hj. Masleh, maka lahirlah Ustaz Haji Mohamed Trang B. Issa.

Almukarram Ustaz Haji Mohamed Trang B. Issa pernah bersekolah di Abang Ali, Sibu pada tahun 1939- Beliau mempelajari ilmu agama daripada Tuan Haji Johor Siddiq yang berasal dari Sambas dan Haji Mohd. Kadri yang berasal dari Banjar. Beliau juga mempelajari ilmu usuluddin, fiqh, tasauf, hadith, tafsir Al-Quran, nahu, saraf, balaghah daripada Sayyid Haji Junaidi b. Sayyid Uthman al-Idrus dan Sayyid Haji Madhi b. Sayyid Uthman al-Idrus. Pada tahun 1954-1957 beliau menyambung pengajian ilmu agama di Ma’ahad Johor Bharu dan mempelajari ilmu perguruan di Johor Bharu pada tahun 1957-1958. Almukarram Ustaz Haji Mohamed Trang B. Issa turut mempelajari ilmu bacaan Al-Quran dan tajwid daripada Syeikh Azraie Abd. Rauf di Sungai Deli, Medan, Indonesia pada tahun 1970-1972. Beliau juga mendalami ilmu tasauf khusus daripada K.H.A. Shohibul Wafa Tajul Arifin (Abah Anom) di Pondok Pesantren Surayalaya, Kacamatan Pagerageung, Kabupaten Tasikmalaya, Jawa Barat, Indonesia pada tahun 1987-1988.

Pada tahun 1958-1961, Almukarram Ustaz Haji Mohamed Trang B. Issa bertugas sebagai
Pengetua Sekolah Agama Madrasah Hamidiah di Sibu, Sarawak yang didirikan oleh dermawan bernama Yang Mulia Abg. Haji Abd. Razak b. Abg Hamid. Merupakan mantan Pegawai Agama Astana Negeri Sarawak, Guru Al-Quran dan Qori Negeri Sarawak. Beliau pernah bertugas sebagai guru agama/da’ie di kawasan luar Bandar (bahagian ke-3 Sibu) pada tahun 1961-1969. Tun Abdul Rahman Ya’akub telah melantik Almukarram Ustaz Haji Mohamed Trang B. Issa sebagai Pegawai Perhubungan di Jabatan Agama Islam Sarawak, Sibu pada tahun 1973-1985 dan kemudian berpindah ke Jabatan Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak dan bertugas sebagai Pegawai Agama Islam dan Imam pada tahun 1985-1987. Beliau telah bersara pada tahun 1989-1994. Almukarram Ustaz Haji Mohamed Trang B. Issa telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Agama Islam selama 6 tahun dari tahun (1986-1989)1 & (1989-1992)2. Beliau juga dilantik sebagai Ahli Majlis Fatwa Negeri Sarawak selama 7 tahun dari tahun (1984-1988)3 & (1988-1991)4.

Rujukan:
1 (No. Rujukan Lantikan Tahun 1986-1989 : PKM/SULIT/56/B)
2 (No. Rujukan Lantikan Tahun 1989-1992: PKM/SUK/SUL/56/B)
3 (No. Rujukan Lantikan Tahun 1984-1988: MI/33/A/SR(52))
4 (No. Rujukan Lantikan Tahun 1988-1991: MI/33/A/SR(53)).
https://baitulhikmah165.wordpress.com/peluang-khidmat/

TQN: SATU PENGENALAN

Tarekat Qodiriah Naqsyabandiah adalah thoreqat yang mutabar antara ratusan toreqat yang dianuti oleh umat Islam di seluruh dunia. Thoreqat Qodiriah Naqsyabandiah adalah gabungan 2 thoreqat terbesar iaitu Thoreqat Qodiriah yang dibawa oleh Syeikh Abdul Qodir Jailani dan Thoreqat Naqsyabandiah yang dibawa oleh Syeikh Mohd Nuruddin Bahauddin An-Naqsyabandi.

Thoreqat-thoreqat tersebut telah digabungkan oleh Syeikh Ahmad Khatib As-Syambasi Ibn Abdul Gaffar, seorang Ulama Nusantara yang terkenal pada zamannya yang bermukim di Mekah dan menjadi Mursyid kepada Thoreqat Qodiriah di Mekah pada awal abad ke 13 hijrah jadilah Namanya Thoreqat Qidiriah wa Naqsyabandiah dan berkembang di negeri-negeri nusantara. Syeikh Thalhah kalisapu cerebon adalah salah seorang murid kepada Syeikh Ahmad Khatib As-Syambas dan dikenali sebagai tokoh thoreqat yang prominen dengan karamah beliau selain Syeikh Abdul Karim Banten dan Syeikh Khalil madura, semasa belajar di Mekah dan Syeikh Thalhah telah diangkat sebagai Mursyid dan mengembangkan ajaran daripada thoreqat anutannya di Cerebon, Jawa Barat Indonesia. Syeikh Abdullah Mubarak Bin Nur Muhammad (Abah Sepuh) telah mengambil talqin Thoreqat Qodiriah Naqsyabandiah daripada Syeikh Thalhah dan menjadi murid beliau dan kemudian diangkat sebagai Mursyid Thoreqat Qodiriah Naqsyabandiah yang kemudiannya mengembangkan ajaran ini di Pondok Pesantren Suryalaya, Jawa Barat, Indonesia yang ada sekarang.


Syeikh Ahmad Khatib As-Syambasi Ibn Abdul Gaffar

Pondok Pesantren Suryalaya telah didirikan oleh pengasasnya Syeikh Abdullah Mubarak Bin Nur Muhammad (Abah Sepuh) pada tanggal 5 September 1905 masehi dengan restu Gurunya Syeikh Thalhah menjadikannya sebagai Pusat Pegembangan Thoreqat Qodiriah Naqsyabandiah di nusantara sehinggalah beliau wafat pada tahun 1956 dan disemayamkan di Kejambaran Rahmaniah Puncak Suryalaya. KH Ahmad Sohibulwafa Tajul Arifin (Abah Anom) adalah anak kepada Abah Sepuh dan penerus kepada pimpinan Pondok Pesantren Suryalaya juga berkapasiti sebagai Mursyid Thoreqat Qodiriah Naqsyabandiah satelah wafatnya Ayah beliau Abah Sepuh. Dan di bawah pimpinan Abah Anom, Pondok Pesantren Suryalaya telah berkembang maju merentasi seluruh pelusuk Jawa dan Indonesia saterusnya Malaysia (termasuk Sabah dan Sarawak), Singapura, Brunei bah ke seluruh dunia.


KHA Sahibul Wafa Tajul Arifin (Abah Anom)

Dalam rangka pengembangan dan penyebarluasan ajaran Thoreqat Qodiriah Maqsyabandiah, Abah Anom sebagai Syeikh Mursyidnya melantik Wakil-Wakil Talqin yang berperanan sebagai wakil mursyid memberikan tunjuk ajar dan bimbingan amaliah kepada ikhwan-ikhwan yang mengambil dan mengamalkan ajaran thoreqat ini. Di Malaysia wakil-wakil talqin yang telah ditauliahkan oleh Syeikh Mursyid Abah Anom antaranya ialah:-
  1. Ybhg. Tun Haji Sakaran Dandai yang juga dalam kesepakatan para ikhwan telah melantik beliau sebagai Penasihat Agung TQN Pondok Pesantren Suryalaya di Malaysia, selain beliau-
  2. Ym. Ustaz Haji Mohd Zuki As-Sujak bin Shafie di Kedah;
  3. Ym. Prof. Dr. Haji Abdul Manan Al-Marbawi Bin Haji Muhammad di Terengganu;
  4. Ym. Ustaz Haji Saifuddin Al-Hafiz Bin Haji Maulup di Negeri Sembilan;
  5. Ym. Ustaz Haji Mansor Salleh di Semporna, Sabah;
  6. Ym. Ustaz Haji Abdul Manaf Bin Abidallah di Tawau, Sabah
  7. al Mukarram Tuan Guru Haji Mohammad TrangIssa, Bintangor, Sarawak
Tun Sakaran Dandai (paling kiri)


Dato Mohd Zuki bin Shafie pengasas Pondok Remaja Inabah, Malaysia di Kampong Paya, Mukim Padang Temak, Kuala Nerang juga di kenali Tuan Guru Haji Mohd Zuki As-Sujjak Shafie. Pondok berkenaan di bangunkan berasaskan model di Suryalaya, Jawa dan mulanya di buka di Langgar tahun 80an sebelum berpindah ke Kampong Paya, 1996. Beliau juga merupakan wakil Talqin Tariqat Qodiriyah Naqsyabandiyah. Pondok itu juga terlibat dalam merawati penagih. Dalam menghargai jasa beliau, telah dianugerahi ADK, BKM dan pada hari keputeraan , 2017 telah dianugerahi DSDK

Prof. Dr. Haji Abdul Manan Al-Marbawi Bin Haji Muhammad
al Mukaram Tuan guru Haji Mohammad Trang Issa
Guru Mursyid dan pengasas Baitul Khidmat sarawak

NOTA MURSYID

Asas dan tujuan Thoriqah Qodiriah wa Naqsyabandiah

إِلَـهِيْ اَنْتَ مَقْصًودِيْ وَرِضَاكَ مَطْلًـوبِيْ اَعْـطِنِي مَحَبَّتـَكَ وَمَعْرِفَتَـكَ

maksud dari doa itu tadi:

”Ya Tuhanku hanya engkaulah yang ku maksud, dan keredhaanMu yang ku cari, berikan kepada ku kemampuan untuk mencintaiMu dan Maakrifat kepadaMu“

Doa tersebut mengandungi 3 elemen:

1. Taqarrub terhadap Allah SWT:

ialah mendekatkan diri kepada Allah dengan jalan ubudiyah, yang mana dalam hal ini dapat dikatakan tidak ada sesuatunya pun yang menjadi tirai penghalang antara abid dan ma bud , antara khaliq dan mahluk.

2. Menuju Jalan Mardhaatillah:

ialah menuju jalan yang diredhai Allah SWT baik dalam ubudiyah mahupu luar ubudiyah alhasil dalam segala gerak geri manusia, diwajibkan mengikuti dan mentaati perintah-perintah Tuhan dan menjauhi serta meninggalkan larangan-laranganNya.

3. Kemahabbahan dan Kemakrifatan terhadap Allah SWT:

artinya: Rasa cinta dengan terang makrifat terhadap Allah ” Dzat Laisaka mithlihi syai`un ” , yang mana dalam mahabbah itu terkandung keteguhan jiwa dan kejujuran hati. Kalau telah tumbuh mahabbah timbullah rupa-rupa hikmah, di antaranya membiasakan diri dengan selurus-lurusnya dalam hak dzohir bathin, dan dapat pula mewujudkan ” keadilan “, yakni dapat menetapkan sesuatu dalam haknya dengan sebenar-benarnya. Pancaran daripada mahabbah datang pula belas kasihan kepada sesama makhluk, diantaranya cinta pada nusa kesegala bangsa berserta agamanya.

Thoreqah Qodiriyah Naqsyabandiyah ini adalah salah satu jalan yang ditempuh buat membukakan diri agar tercapai arah tujuan yang tersebut di atas tadi.

– KHA Sohibulwafa Tajul Arifin.


TANBIH


Bismillaahir rahmaanir rahiim.

Tanbih ini dari Syeikhuna Almarhum Syeikh Abdullah Mubarak bin Nur Muhammad yang bersemayam di Patapan Suryalaya Kejembaran Rahmaniah.

Sabda beliau kepada khususnya segenap murid-murid pria mahupun wanita, tua mahupun muda,

“Semoga ada dalam kebahagiaan, dikurniai Allah Subhanahu Wa Ta`ala kebahagiaan yang kekal dan abadi dan semoga tak akan timbul keretakan dalam lingkungan kita sekalian."

Pun pula semoga Pimpinan Negara bertembah kemuliaan dan keagungannya supaya dapat melindungi dan membimbing seluruh rakyat dalam keadaan aman, adil dan makmur zahir mahupun batin.

Pun kami tempat orang bertanya tentang THORIQAT QODIRIAH NAQSYABANDIAH, mengatur dengan tulus ikhlas Wasiat kepada segenap murid-murid:

Berhati-hatilah dalam segala hal, jangan sampai berbuat yang bertentangan dengan Peraturan AGAMA mahupun NEGARA.

Taatilah kedua-duanya tadi sepantasnya demikianlah sikap manusia yang beriman, tegasnya dapat mewujudkan kerelaan terhadap hadirat Ilahi Rabbi yang membuktikan perintah dalam AGAMA mahupun NEGARA.

Insafilah hai murid-murid sekalian, janganlah terpaut oleh bujukan nafsu, terpengaruh oleh godaan Syaitan, waspadalah akan jalan penyelewengan terhadap perintah Agama mahupun Negara, agar dapat meneliti diri, kalau-kalau tertarik oleh bisikan Iblis yang selalu menyelinap dalam hati sanubari kita semua.

Lebih baik buktikanlah kebajikan yang timbul dari kesucian:

i. Terhadap orang-orang yang lebih tinggi daripada kita, baik dzohir mahupun bathin, harus kita hormati, begitulah seharusnya hidup rukun, saling harga menghargai.

ii. Terhadap sesama sederajat dengan kita dalam segala-galanya, jangan sampai terjadi persengketaan, sebaliknya harus bersikap rendah hati, bergotong royong dalam melaksanakan perintah Agama mahupun Negara, jangan sampai terjadi perselisihan dan persengketaan, kalau-kalau kita terkena firmanNya ” adzabun Alim “, yang bererti duka nestapa untuk selama-lamanya dari Dunia sampai Akhirat (Badan payah hati susah).

iii. Terhadap orang-orang yang keadaannya di bawah kita, janganlah hendak menghinanya atau berbuat tidak senonoh, bersikap angkuh. Sebaliknya harus belas kasihan dengan kesedaran, agar mereka merasa senang dan gembira hatinya, jangan sampai merasa takut dan liar, bagaikan tersayat hatinya. Sebaliknya harus dituntun dibimbing dengan nasihat yang lemah lembut yang akan memberikan keinsafan dalam menginjak jalan kebajikan.

iv. Terhadap fakir miskin, harus kasih sayang, ramah tamah serta bermanis budi, bersikap murah tangan menceminkan bahawa hati kita sedar. Cuba rasakan diri kita peribadi, betapa pedihnya jika dalam keadaan kekurangan, oleh kerana itu janganlah acuh tak acuh, hanya diri sendiri yang senang, kerana mereka jadi fakir miskin itu bukanlah kehendak sendiri, namun itulah kudrat Tuhan.

Demikianlah sesungguhnya sikap manusia yang penuh kesedaran, meskipun terhadap orang-orang asing kerana mereka itu masih keturunan Nabi Adam a.s. , mengingat ayat 70 surah al-isra yang artinya :

"Sangat kami muliakan keturunan Adam dan Kami sebarkan segala yang berada di darat dan di lautan, juga kami mengutamakan mereka lebih utama dari makhluk lainnya “

Kesimpulan dari ayat ini, bahawa kita sekalian seharusnya saling harga menghargai, jangan timbul kekecewaan, mengingat surah al-maidah yang ertinya :

"Hendaklah tolong menolong dengan sesama dalam melaksanakan kebajikan dan ketaqwaan dengan sungguh-sungguh terhadap Agama mahupun Negara, sebaliknya janganlah tolong menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan terhadap perintah Agama mahupun Negara".

Adapun soal keagamaan, itu terserah agamanya masing-masing, mengingat Surah al-Kafirun ayat 6 :

“Agamamu untuk kamu, Agamaku untuk Aku."

maksudnya janganlah terjadi perselisihan, wajiblah kita hidup rukun dan damai, saling harga menghargai, tetapi janganlah sekali-kali ikut campur.

Cubalah renungkan pepatah leluhur kita: Hendaklah kita bersikap budiman, tertib dan damai, andaikan tidak demikian, pasti: "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna" kerana yang menyebabkan penderitaan diri peribadi itu adalah akibat dari amal perbuatan diri sendiri.

Dalam Surah an-Nahli ayat 112 diterangkan bahawa : "Tuhan Yang Maha Esa telah memberikan beberapa contoh, yakni tempat mahupun kampung, desa mahupun negara yang dahulunya aman tenteram (gemah rimpah loh jinawi), namun penduduknya/penghuninya mengengkari nikmat-nikmat Allah, maka lalu berkecamuklah bencana kelaparan, penderitaan dan ketakutan yang disebabkan sikap dan perbuatan mereka sendiri ."

Oleh kerana demikian, hendaklah segenap murid-murud bertindak teliti dalam segala jalan yang ditempuh, guna kebaikan dzohir-bathin, dunia mahupun akhirat, supaya hati tenteram, jasad nyaman, jangan sekali-kali timbul persengketaan, tidak lain tujuannya "Budi Utama_Jasmani Sempurna “ (Cageur-baguer).

Tiada lain amalan kita, Thoriqat Qodiriah Naqsyabandiah, amalkan sebaik-baiknya guna mencapai segala kebajikan, menjauhi segala kejahatan dzohir-bathin yang bertalian dengan jasmani mahupun rohani yang selalu diselimuti bujukan nafsu, digoda oleh perdaya Syaitan.

Wasiat ini harus dilaksanakan dengan saksama oleh segenap murid-murid agar supaya mencapai keselamatan Dunia dan Akhirat.

Amin.



Patapan Suryalaya, 13 Februari 1956






https://usiasemporna.wordpress.com/thoreqat-qodiriah-naqsyabandiah/ (dan sebahagian gambar foto)

BURSA: IBU KOTA PERTAMA TURKI UTHMANIYYAH


Menurut sejarawan, bahawa Prusias I, raja Bitinia, menyusun rancangan bandar untuk Bursa dengan bantuan Hannibal, jeneral Carthaginian yang terkenal, antara 185-184 B.C. Hannibal datang ke Bithynia selepas Carthage kalah dalam "Perang Pontic Kedua" dengan Rom. Akibat kekaklahan tersebut, popularitinya telah berkurangan dan dia melarikan diri ke Anatolia di mana dia disambut oleh Prusias I yang berkonflik dengan Raja Eumenes dari Pergamum. Hannibal mendirikan khemah tentera di lereng utara gunung "Olympus of Mysia". Prusias dan Hannibal mula membina sebuah bandar di kawasan yang mempunyai gambaran keseluruhan dataran besar di bawahnya. Bandar baru itu dinamakan sebagai Prusia ad Olympum sempena nama raja Prusias I. Lama-kelamaan ia menjadi Prusa yang di Turkikan menjadi Bursa hari ini.

ketika era pemerintahan Rom, Bursa mempunyai kedudukan strategik di hujung barat daya Bithynia. Ia tidak sampai 74 B.C. bahawa raja terakhir Bitinia mewariskan kerajaan itu kepada Rom. Akhirnya ia digabungkan dengan Pontus sebagai wilayah dalam empayar pada 63 B.C. (Bithynia et Pontus). Untuk sebahagian besar sejarah Bithynia, Nicomedia (Izmit) dan Nicaea (Iznik) adalah dua bandar utama yang bersaing untuk menonjol dengan Bursa menduduki lokasi strategik di sempadan.

Pada 40 M. Dio Chrysostom dilahirkan di Bursa. Dia kemudian menjadi seorang ahli retorik dan ahli falsafah yang terkenal di seluruh empayar. Dia dibuang dari Itali dan Bitinia atas sebab politik bermula pada 82 M tetapi pengasingannya berakhir dengan kematian Maharaja Domitian. Sebanyak 80 ucapannya masih dijadikan panduan pada hari ini.

Tradisi gereja Ortodoks Yunani (Greek) berpendapat bahawa St. Peter dan saudaranya Andrew melawat Bursa dan mendirikan gereja pertama pada pertengahan abad pertama M. Pada awal abad ke-2, semasa beliau menjadi gabenor Bithynia et Pontus, Pliny the Younger meminta nasihat daripada maharaja mengenai bagaimana dia harusmengatasi masalah menghadapi orang Kristian yang di wilayah itu yang enggan tunduk kepada Rom dan enggan menyembah tuhan Rom. Pliny juga merupakan orang yang mengubah suai kamar mandi Rom lama di Bursa.


Bandar Bursa diduduki secara berterusan sejak penubuhannya, bagaimanapun terdapat sangat sedikit struktur zaman Rom yang boleh dilihat hari ini kerana bangunan lama telah diganti dan digunakan semula. Terdapat beberapa artifak Rom di Muzium Arkeologi yang terletak di Taman Budaya tetapi nampaknya tidak ada sebarang artifak di muzium yang berkaitan secara langsung dengan bandar Rom Bursa itu sendiri.


Bandar asal terletak di dalam tembok purba yang boleh dilihat di seberang Zafer Plaza Mall yang terdapat di hujung barat Cumhuriyet Avenue "Walls ". Taman Teh Yamaç betul-betul berada di dasar dinding timur yang berdekatan dengan Masjidil Haram atau ‘Grand Mosque’.


Suasana di Bursa yang menggamit jiwa menjadikan ia destinasi pelancongan istimewa kerana di sinilah bermulanya sejarah Empayar Uthmaniyah. Nilai sentimental dan sejarah khususnmya masjid agung atau Grand Mosque di Bursa ini meletakkannya sebagai sebuah khazanah yang tidak ternilai. Ia juga dikenali sebagai muzium kaligrafi kerana masjid agung itu dihiasi seni kaligrafi Islam yang cantik pada sekeliling dinding. Terletak di tengah-tengah Empayar Uthmaniyah, Grand Mosque of Bursa yang berusia 600 tahun ini adalah ibu kota pertama empayar berkenaan dan menjadi antara tempat perlindungan umat Islam paling terkenal selepas Masjidil Haram di Makkah. Struktur monumen suci ini dibina pemerintah keempat Empayar Uthmaniyah, Sultan Bayezid I untuk memperingati kejayaannya ketika Perang Salib Nicopolis.


Digambarkan sebagai 'Hagia Sophia of Bursa,' ia antara tarikan utama pelancong di Turki dan mesti dikunjungi.


Grand Mosque Bursa



Hanya lima minit dari Grand Mosque of Bursa, terdapat makam Sultan Uthmaniyyah Mehmed I. Makam ini sebahagian daripada Kompleks Uthmaniyyah abad ke-14 yang terdiri daripada makam, masjid dan sekolah teologi.

Makam tempat jasad Sultan Uthmaniyyah Mehmed I disemadikan pada 1421 itu dibina oleh putera sultan dan direka arkitek, Haci Ivas Pasha yang turut mereka Masjid Yesil yang juga dikenali sebagai Green Mosque.

Ia dihiasi jubin berwarna-warni di bahagian luar dan dalaman dengan pintu masuk yang mempunyai reka bentuk separa payung.

Selain itu, pengunjung juga dapat melihat kedudukan makam ini lebih tinggi daripada monumen lain di kompleks berkenaan dan dibina dengan struktur heksagon.


makam Sultan Mehmet 1, di Bursa



Di Bursa juga yang berdekatan dengan Konya, terdapat Pengaruh Maulana Rumi, seorang tokoh sufi yang juga satu nama besar di Turki jelas dapat dirasai di Muzium Mevlana.

Monumen ini berbentuk kubah berwarna hijau dan ia didirikan di atas makam penyair, juri, sarjana Islam dan pemimpin agama Parsi yang terkenal sejak abad ke-13 iaitu Maulana Jalaluddin Rumi.

Ia terletak di pusat bandar dan kompleks yang diasaskan oleh Maulana Rumi pada abad ke-14 adalah tarikan pelancongan utama di bandar berkenaan.









Grand Bazaar Bursa, syurga membeli belah
Pelancong dapat menikmati persembahan tarian sufi oleh sekumpulan darwis sufi dan ia dipersembahkan di muzium itu ketika musim panas.



Muzium Mevlana jalaluddin al Rumi di Konya berdekatan Bursa

3 HARI 2 MALAM BERKAMPUNG DI LANGKAWI

 

22 NOVEMBER 2022-Program Muzakarah Hakim Syarie Negeri Melaka anjuran MSNM menjadikan Pulau Langkawi sebagai destinasi Muzakarah AKA percutian hujung tahun. 

Program selama 3 hari 2 malam yang sarat dengan diskusi dan perbincangan dua hala antara Hakim-hakim Syarie dan Pembantu Syariah dikira mencapai matlamatnya apabila semua resolusi yang diputuskan berjaya melangsai masalah yang membelenggu sistem perkhidmatanyang merencatkan urusan kerja selama  ini. Muzakarah yang menghimpunkan semua Hakim Syarie, Pegawai Penyelidik, pegawai-pegawai kanan MSNM termasuk pembantu dan penolong Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri Melaka tersebut dilihat sebagai satu program yang penuh manfaat apabila masing-masing diberi ruang untuk berkomunikasi dan menzahirkan permasalahan dalam tugasan selama ini. 


berkumpul di jeti Kuala Perlis sebelum berangkat ke Pulau langkawi




hari-hari terakhir YA HMTS Abe Mi sebelum persaraan








Tidak lepaskan peluang untuk membeli belah.. coklat? 


'ULU CAMI' GRAND MOSQUE BURSA YANG DAMAI



“Ulu Cami” (Grand Mosque) dibina oleh Yıldırım Bayezid antara 1396 dan 1399. Selepas kemenangan di Nicopolis (Niğbolu) pada 1396, Yıldırım Bayezid ingin membina 20 masjid di Bursa, tetapi atas cadangan Emir Sultan, anaknya- mertua dan salah seorang tokoh penting zaman itu, dia membina hanya satu, “Ulu Cami”, atau Masjidil Haram, menutupinya dengan 20 kubah. 




Masjid ini menjadi contoh terbesar seni bina masjid berbilang kubah dalam seni bina Uthmaniyyah. Para ulama zaman itu mengiktiraf "Ulu Cami"  antara tempat suci dalam Islam sebagai berada di tempat kelima (selepas Mekah, Madinah, Baitulmaqdis dan Damsyik). “Ulu Cami” dibina dengan pelan segi empat tepat. Ia mempunyai tiga pintu, masing-masing satu di bahagian hadapan timur, barat dan utara. Pintu mahkota di fasad utara struktur itu lebih megah berbanding yang lain. Pintu ini dibina daripada marmar. Masjid ini ditutup dengan 20 kubah dengan diameter 11 m setiap satu. Mereka duduk di atas gerbang dan pendatif, yang menghubungkan dua belas tiang besar, pelan persegi dengan dinding utama yang tebal. Kubah di bahagian tengah masjid ini ditutup dengan kaca. Di bawahnya terdapat air pancutan wuduk yang besar dengan 16 penjuru. Bahagian dalam masjid ini dihiasi dengan 129 tulisan, sebahagian daripadanya ditulis oleh ahli kaligrafi terkenal seperti Abdulfettah Efendi, Mustafa Izzet Efendi, Sami Efendi, dan Shefik Efendi. Tulisan-tulisan ini dipersembahkan sebagai contoh seni khat yang sahih. Terdapat salinan Asma-ul Husna, 99 nama Allah, ditulis dengan tulisan "celi sulus" dan "kufi" di seluruh tiang-tiang ini. Tambahan pula terdapat tulisan kaligrafi oleh Sultan Mahmud II.

Mimbar masjid ini dibuat dalam teknik "kundekari" tanpa menggunakan paku atau unsur penyambung lain. Oleh itu, ia mempunyai watak karya seni yang dibina oleh Hadji Muhammad bin Abdulaziz bin Ibnu’d-Devaki. Relief di sebelah timur dan barat mimbar mewakili sistem suria dan galaksi Bima Sakti, masing-masing. Tambahan pula, papan batu nisan di atas pintu mimbar menyatakan bahawa masjid ini telah siap pada tahun 1399, atas perintah  Sultan Yıldırım Bayezid 1.

air pancutan wudhuk


Masjid Agung Bursa ialah mercu tanda yang terkenal di pusat bandar Bursa. yang merupkan ibu kota pertama Uthmaniyyah. Dengan dua menara yang menjulang tinggi dan 20 kubah, bangunan ini adalah salah satu yang paling mengagumkan dan penting di Bursa. Ia juga termasuk dalam inskripsi Tapak Warisan Dunia UNESCO 2014 Bursa. Masjid Besar Bursa dibuka pada tahun 1399 dan dibina dalam gaya seni bina Seljuk, yang terdiri daripada unsur Seljuk dan Uthmaniyyah awal. 20 kubah masjid ini disusun dalam empat baris lima dan disokong oleh 12 tiang. Susunan ini membahagikan bilik segi empat tepat yang besar, 2200 meter persegi kepada beberapa bahagian, membolehkan rasa privasi di tengah-tengah kebesaran bangunan itu. Ciri-ciri dalaman masjid termasuk air pancutan wuduk marmar yang besar terletak di bawah kubah kaca. Dinding dan tiang dihiasi dengan sejumlah 192 sampel kaligrafi yang ditulis oleh 41 orang kaligrafi berbeza, menjadikannya salah satu koleksi kaligrafi Islam yang paling penting di dunia. Pintu dan mimbar diperbuat daripada kayu walnut yang diukir dengan mahir, dan mimbar mengandungi ukiran model berskala sistem suria. Di sebelah timur mihrab yang sangat berhias, tirai pintu berusia berabad-abad dari Kaabah Mekah dipamerkan dalam bekas kaca.

Peluang untuk menunaikan solat tahiyyatul masjid dan solat zohor di sini yang menyamankan. Sesuatu yang tajk sepatutnya dilepaskan. begitu sahaja.


13 JAM PENERBANGAN KE ANKARA TURKIYE

Penerbangan dari KLIA ke Ankara Turkiye agak memenatkan yang mengambil masa lebih kurang 13 jam. Alhamdulillah perjalanan panjang yang ditempuh kurang membosankan kerana dapat bersembang dan bergelak tawa bersama rakan-rakan dan keluarga yang kebetulannya seat yang ditempah berdekatan.

Dari KLIA kami terbang menaiki Mohan Air, syarikat penerbangan dari Iran. Kami transit sementara di Dhaka Airport lebih kurang jam 3am dan tiba di Imam khomeini Airport City Tehran, Iran kurang lebih jam 5.00am sebelum menyambung kembali penerbangan dan mendarat di Ankara Turkiye lebih kurang jam 8.00am keesokkannya.


berghambar di pelepasan Antarabangsa KLIA sebelum berangkat ke Ankara 




Lapangan Terbang Antarabangsa Shahjalal (IATA: DAC, ICAO: VGHS) adalah sebuah lapangan terbang yang terletak di bandar Dhaka, Bangladesh. Lapangan Terbang Antarabangsa Shahjalal terletak pada kedudukan 23°50′34″N 090°24′02″E.  Kami transit di sini lebih kurang 1 jam sebelum terbang semula ke Tehran Iran


Tiba di Imam Khomeini Airport City, Tehran










perjalanan yang panjang

Tiba di Ankara Airport







MADRID II

  Kota Madrid seawal abad ke 9 pernah diperintah oleh gabenur Umayyah Andalusia dan kota ini dikenali sebagai 'majrit' dari kata asa...