Tuesday, June 18, 2013

COVER BARU BUKU UNDANG-UNDANG TATACARA MAL

Awal Jun lalu saudara Fitree dari Anugerah Cekal Sdn Bhd  menunjukkan kepada saya design baru untuk cover buku Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah Prinsip dan Amalan. Design baru itu tidak jauh bezanya dengan design lama cuma sedikit pembaharuan.  Antara sebab dikekalkan design lama kerana alasan pembaca sudah mengenali buku tersebut dan perubahan besar-besaran mungkin akan menjejaskan pemasaran.

Dummy awal bagi edisi baharu juga telah disiapkan  dengan penambahan lebih 40 halaman dan insyaallah memberi maklumat baharu kepada para pembaca. Apa pun sebagai penulis saya tidak mahu mengulas lanjut kerana sebahagian besar pembaca sudah memaklumi kandungannya. Penambahan ketara pada tajuk-tajuk baru dengan rujukan kepada lebih 27 kes baru yang dilaporkan dalam jurnal. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, undang-undang tatacara mal adalah suatu yang hidup dan tidak bersifat kontemporari semata-mata kerana perkembangan undang-undang berkembang melalui keputusan kes, sehubungan dengan itum banyak kes-kes terbaru yang dilaporkan dimuatkan dalam edisi baharu ini yang sedikit sebanyak mengubah paradigma sisitem kehakiman syariah di Malaysia.

InsyaAllah edisi baharu buku Undang-Undang Tatacara Mal Mahakmah Syariah: Prinsip dan Amalan akan berada dipasaran pada hujung bulan Jun 2013.

Selamat membaca. Tempahan juga boleh dibuat dari sekarang.



Friday, June 14, 2013

Lagu untuk ibu


Setitik air susu yang masuk ke mulut
Besar hajat ibu nak tengok ku hidup
Air susu ibu nilai tadak rego
Walau pitih beribu denge duit berjuto
Kutengok muko ibu sejak mudo sapa tuo
Dahi kedut seribu ube putih penuh ppalo
Tapi aku tahu ibu banyok jaso
Air tange ibu seribu bau seribu raso
Oh ibu oh ibu terima kasih ibu

Sejak kecik hinggo dewaso
Nyamok sekor tak bui ketik mu dok jaga
Make minum kain baju tak bui kure
Didik aku denge penuh kasih saye
Bila besar baru aku kenal diri
Tak ternilai jasa ibu tabur budi
Tange paha kaki sanggup jadi jambe
Relo susah diri pegho aku soghe

Ibu yang dah tuo dok perati anok-anok
Hok dia tabur jaso bilo besar
Anak yang berjaya ditaruh harape
Bekal hari tuo tepat dia nak menumpe
Oh ibu oh ibu jasamu kukene

Selama ini ibu duduk jadi hamba
Hari ini ku nak balas segala jasa
Sakit deme make minummu  ku jaga
Nak bui  sene hidupmu di maso tuo
Jasa baik budi ibu ku tak lupo
Walau setitik air susu kurasa
Nok buleh ku sore mu ngandung sembile bule
Letih penat badan mu tak ghoyat ko ore
Kucium tange ibu mintak halal mintak ampun
Segala salah aku banyak sangat kalu hitung

Hari ini ku tahu nilai kasih ibu kandung
Budi dan jaso ibu setinggi-tinggi aku sanjung
Pado anok-anok hok masih ada ibu
Tolonglah pakat tengok walau sekali sari seminggu
Harta dia tak nak harap kasih anak cucu
Tengok mato anak terubatlah segala rindu

Oh ibu oh ibu kusaye pada mu
Oh ibu oh ibu halallah make dan minumku
Oh ibu oh ibu ampunkan dosaku
oh ibu oh ibu terima kasih ibu

-Sulizi Awang

video

Thursday, June 13, 2013

JALI NNISE: THE LEGEND KOTA BHARU

 3 Jun 2013. Kebetule ambo ada janji temu dengan saing di Istana Balai Besar Kota Bharu. Janjinye puko 9 pagi. Lebih kure 9.05 minit ambo dah sapa tengango  di Pade Bank. Tunggu-tunggu tak dak napok pun baye. lebih kure puko 9.15 barulah dia ada telepon, ghoyat takleh maghi awal kena tunggu puko 11 setengah baru buleh sapa. Katanyo nak gi klinik dulu bawok anok ceghah perut.

Ok lah. Begheh. baghu puko 9.20. Peghut pun mula rasa lapa tak make pagi lagi. Ambo jale kaki soghe-soghe litah Bazaar Buluh Kubu. jale sterit...napok pasar Siti Khadijah..Mulonya ingat nak make nasi belauk atas keda (pasar), tapi teringat pulok ko nasi bukuh sebelah pasar lamo bedepe ngan stesen bas sebelah Chin Seng. 


 
 Sebelah Chin Seng ni ada keda kopi 
pat drebar kereta sewa tunggu pasenjey
 
Denge nek ta tak pecat, baju putih kacing llenge wak masuk ddale, ambo litah jale alah ko stesen bas. Ada duo tigo oghe kerling kok ujung mato..Bokali dio tengok ambo pelik paka po D.O jjale kok Kota Bharu. Agah bokali budak ni dale hati....

Litah stesen bas...tak hmeno-meno ppulut ingate lamo..

Dulu maso skoloh, ambo dey jadi hero ssining.....


Pitah kok kereta sewa, kona kkanan hilir market lamo (market tak tahu mano doh, keno rombak) ado keda ssutir pat drebar teksi dan kereta sewa tunggu passenjey. samo mace dulu.. Ore pu ore samo, cumo ppalo jah putih beruban.. Tuo doh blako. Ado sore duo tu ambo kenal lagi, tapi sekyo tak kenal doh ambo. Lagi pun dulu ambo budok, lo ni tuo doh jugok. Paka pulak baju kacing llenge ta tak pecat, ko- demo tu tak kenal.

Tengoh sedak make, blake ambo keno tepok."Cih Menate ning, Balik kkapung tak ajin maghi pat aku..! Tok soh nnusuk la, belikat mung pun aku kenal!...."

"Agah menate ning lo ning...Aku dengar kabar mu jadi Oghe besar kololupo..paka baju pun supo dokto, mung sesat alah kuano sapa ssining?"

Menasaboh pun oghe kata agah....(aku kato dale hati laa)

"Cih! Jali..." Ranggah dulu nak gege pun..." sahut aku bele ssengih...

Rupo-ruponya Jali hok tepok belake ambo. Jali ni tue-tue, lejen Kota Bharu jame ghitu. Ambo tak sey bbual lah ssining..semua oghe pun tahu... Lama tak jjupo nge Jali ado la dale 15 tahun. Banyok bendo nak ghoyat. Tubit habih sekalie cerito sekalie namo saing-saing dulu kalo. Setengah pade setengah ambo pun tak ingat doh..  Bbual ngan Jali buke sokmo-sokmo.   Terasa budok balik semeta-meta. Ralit bbobok nge Jali Nnise, ambo tak kabar jam doh puko 12. Peduli lah ke janji temu, esok buleh mari lagi.

 Lejen Kota Bharu. Jali Nise. Tuo doh lo ni...


Tajuk : Lagenda Jali Nise ( JNTL )
Melodi Lagu Ciptaan : Ary Ariasputera
Lirik Ciptaan : Satria Mega

Terpahat sudah satu legenda
Tanah serendah sekebun bunga
Jali nise ampunyala nama
Nama sebesar dalam arena...

Rambut kerinting afro lagakmu
Bagai mafia berkulit hitam

Ngerinya warga lihat matamu
Bagai terpisah nyawa badan ..

kau jali Kau lah lagenda

Bisa matamu tak siapa menentang
Suara garau memanglah jantan
Siapa melawan buruk padahnya
Jari dipetik berduyun yang datang..

Kini hanya tinggalah nama
Kemana kamu menghilang

Ngerinya warga lihat matamu
Bagai terpisah nyawa badan

kau jali Kau lah lagenda

Sunday, June 9, 2013

Ziarah Pejabat Timbalan Mufti Umpama Kembali ke Maahad Muhammadi

Tanggal 3 Jun 2013, sempena kunjungan ke Istana Balai Besar Kelantan yang diketuai oleh YAA Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan, kami telah aaturkan pertemuan dengan Pejabat Mufti Negeri Kelantan. selepas taklimat yang disampaikan oleh Dato Ahmad Mahmud, Pengelola Istana Negeri kelantan, ahli rombongan dan beberapa pegawai terlibat mengambil peluang mengunjungi pejabat Jabatan Mufti Negeri Kelantan. Appointment walaupun telah dibuat beberapa hari yang lalu, kami bagaimanapun telah disampaikan berita bahawa Sahibus Samahah Dato Mufti masih berada di utara tanah air kerana menghadiri satu program rasmi dan tidak sempat pulang untuk bertemu kami. Bagaimanapun, kunjungan kami telah disambut oleh Timbalan Mufti Negeri al Fadhil Ustaz Dato Nik Abdul Kadir. Ketiadaan Sahibus samahah Dato' Mufti sebenarnya memberi peluang untuk kami berjumpa kembali dengan mantan Mudir/Pengetua Sekolah Maahad Muhammadi iaitu ustaz Nik Dir kerana dikhabarkan beliau yang menunggu kehadiran kami nanti. Peluang tersebut tidak dilepaskan di mana kami telah disambut dengan penuh mesra dan senyum dari jauh lagi oleh beliau.

Kunjungan tersebut dimulai dengan sedikit taklimat disamping sajian istimewa yang telah siap terhidang. Sewaktu sesi taaruf, suasana formal kembali menjadi  ceria apabila Dato Timbalan Mufti yang lebih gemar dipanggil ustaz menyedari sebahagian besar anggota rombongan yang hadir adalah dari kalangan bekas anak muridnya. Dato yang lebih dikenali sebagi Ustaz Nik Dir di kalangan kami menzahirkan rasa gembira dan seronoknya apabila sebahagian besar dari bekas pelajar Maahad Muhammadi menjawat jawatan yang baik dalam kerajaan negeri dan persekutuan malah masih berterusan memberi sumbangan kepada sekolah yang dicintai. 

Perbincangan yang asalnya formal menyentuh latar belakang jabatan, bidang tugas dan sesi soal jawab bertukar ceria apabila masing-masing memperkenalkan diri sebagai bekas murid yang membesar di Maahad Muhammadi Jalan Merbau, Jalan Pengkalan Chepa dan Pasir Pekan. Kebetulannya, ketiga-tiga tempat tersebut Dato adalah Mudir yang berperanan menjadikan kami seperti hari ini. Perbualan berterusan menyentuh alumni Maahad Muhammadi yang kebetulannya al-Fadhil Dato adalah Penaung. Kemesraan Dato' masih tidak berubah seperti mana di Maahad Muhammadi dulu. Kewarakannya makin terserlah malah mulutnya tidak henti-henti memuji-muji  kami kerana datang menziarahinya. Dato' juga menzahirkan rasa bangganya apabila sebahagian besar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan ditunjangi oleh bekas pelajar-pelajar Maahad, termasuklah Ketua Hakim Syarie, Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Rendah dan sebagainya. Sepanjang perbualan, tak terasa pun kami sedang bersembang dengan seorang Timbalan Mufti yaang disegani, tetapi terasa seolah-olah kami masih dalam bilik Pengetua di Maahad Muhammadi. 

Pertemuan hari tersebut diakhiri dengan acara bergambar kenangan dan doa perpisahan yang didoakan sendiri oleh al-Fadhil Dato'.



Rombongan yang diketuai Oleh YAA Tn. Amran bergambar
 kenangan dengan Ustaz Nik Dir, Timbalan Mufti Negeri Kelantan