Thursday, October 10, 2013

PERJALANAN UMRAH Titipan Kenangan

PERJALANAN UMRAH Titipan Kenangan

Alert icon

2 TAHUN PEMERGIAN IBU KE ALAM BAQA;. AL FATIHAH

Hari ini, 8 Oktober 2013, dua tahun yang lalu,
 ibu tercinta telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini. 
Seakan hanya baru semalam berlalu. 

al-Fatihah untuk ibu tersayang.




Tuesday, October 1, 2013

QADHA' QADAR

Kadang-kadang
Mata sering tertipu dengan mulus warna
Hati selalu terkeliru dengan alun rindu
Otak sentiasa silap mentafsir sesuatu
kerana
Akal terlalu menyanjung ilmu

Iman tidak tegak pada qadha' dan qadar yang jitu
kepercayaan sering disalah anggap
bahawa hanya ilmu dan keyakinan diri sahaja yang perlu
Tanpa mengharap berserah kepadaMu

Rebahnya tinggi sekalian harapan
Terbang dalam deru angin bersalut debu
Bukan kurang cekalnya hati
Atau 
Kurang tabahnya diri

Tapi
Tiadanya rasa
Bahawa 
Penyudah itu dari Tuhan Yang Esa 




Hartamas
2 Oktober 2013

MADRID II

  Kota Madrid seawal abad ke 9 pernah diperintah oleh gabenur Umayyah Andalusia dan kota ini dikenali sebagai 'majrit' dari kata asa...