Thursday, April 30, 2009

Kawasaki Ninja...emm boleh tahan


Balik dari bank bayar installment keta petang tadi, aku singgah kat kedai Naza Bike kat Nilai. Tersangkut pula tengok Kawasaki Ninja ZX 10. Amacam. hati rasa berkenanlah...

selamat tinggal E46



lagi 10 hari sebelum aku berangkat ke luar negeri. Sebahagian hutang-hutang dah advanced sikit-sikit. Banyak lagi yang belum settle. Tengahari tadi Rm 4000 habis untuk E46 aku. Tak bayar kan, nanti balik kena blacklist parah pulak. Sayang juga nak tinggalkan E 46 ni, ye lah, tak ada orang yang menguruskan. Selama ni sebulan sekali aku servis dia, tuning, belek itu belek ini, ye lah, dengan kata lain setiap hari minggu, selepas menguruskan semua pets aku kat sangkar, siram bunga-bunga dilaman, last sekali mesti aku meniarap kat bawah keta metallic aku tu. Sepanjang 4 bulan ni alamatnya aku hanya tengok gambar-gambar sajalah...

Sebenarnya dah hampir dua tahun aku aku pakai E 46 ni. Boleh tahan juga dia punya handling. terfikir juga aku untuk ajak member-member beemers joint sekali blog ni utk discuss pasal keta ni. Tapi fikirkan ini blog peribadi, lebih kepada diary peribadi aku, maka aku pendamkan saja niat itu. bagaimanapun kali ni aku selitkan juga gambar-gambar keta tu buat tatapan sepanjang aku kat luar negara nanti.

Monday, April 27, 2009

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH DALAM PENTADBIRAN PUSAKA ORANG-ORANG ISLAM: MASALAH DAN PENYELESAIAN

1.0 Pendahuluan

Konflik bidangkuasa antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Tinggi Sivil mengenai hal pentadbiran harta pusaka orang Islam sering berlaku terutamanya apabila tiada peruntukan yang jelas sebelum tahun 1988. Selepas dipinda dan ditambah Artikel 121 (1A) pada Perlembagaan Persekutuan yang memberi kedudukan bidangkuasa istimewa kepada Mahkamah Syariah, namun masih banyak berlaku pertindihan bidangkuasa mengenai beberapa perkara yang berkaitan dengan harta orang-orang Islam yang terdiri daripada wakaf, nazar, harta pusaka, dan wasiat umat Islam kerana mahkamah sivil sehingga kini masih campur tangan kes bidangkuasa mahkamah syariah dalam beberapa perkara.

Oleh sebab itu, penulis merasakan terdapat banyak kekangan statut dan pertindihan bidangkuasa yang menjadi masalah utama Mahkamah Syariah di dalam menjalankan pentadbiran pusaka orang-orang Islam. Justeru itu di dalam kertas kerja ini, penulis akan menyatakan masalah yang dihadapi oleh Mahkamah Syariah dan kaedah penyelesaian di dalam menghadapi konflik undang-undang dan bidangkuasa berkaitan pentadbiran pusaka umat Islam di negara kita.

2.0 Bidangkuasa Mahkamah Syariah Dalam Pentadbiran Harta Pusaka Orang-Orang Islam

Mahkamah Syariah dalam bidangkuasa Mal hanya boleh membicarakan dan membuat keputusan terhadap semua tindakan dan prosiding yang melibatkan orang-orang yang beragama Islam dan telah diperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidangkuasa ke atas orang yang bukan Islam dan sebarang keputusannya tidak boleh menggugat pemilikan harta orang bukan Islam.

Peruntukan berkaitan bidangkuasa Mahkamah Syariah bagi harta pusaka dapat dilihat misalnya di dalam seksyen 49(3)(b)(v)- (ix) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 telah menyatakan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah dalam bidangkuasa mal hendaklah mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang berhubungan dengan wasiat, wakaf atau nazar, pembahagian dan perwarisan harta berwasiat dan tak berwasiat, serta penentuan orang-orang yang berhak mendapat pembahagian harta pusaka si mati yang beragama Islam.

Bidangkuasa Mahkamah Syariah adalah sangat sempit dan terhad dalam menjalankan pentadbiran harta pusaka orang-orang Islam di Malaysia. Bidangkuasa Mahkamah Syariah dalam pentadbiran harta pusaka umat Islam di Malaysia ialah mengesahkan benefisiari (waris) yang berhak kepada harta pusaka si mati yang beragama Islam dan mengesahkan kadar bahagian benefisiari berkenaan. Menurut Seksyen 50 Akta Pemtadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 misalnya telah memperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah berhak menentukan bahagian dan orang-orang yang berhak mendapat harta pusaka.

Peruntukan-peruntuk an di atas dengan jelasnya menunjukkan bahawa bidangkuasa Mahkamah Syariah adalah terbatas hanya mengesah dan memperakukan dua perkara di atas dalam bentuk Sijil Faraid sahaja. Mahkamah Syariah tidak berbidangkuasa dalam melaksanakan perintah pembahagian. Perintah Mahkamah Syariah akan diguna pakai oleh Mahkamah Tinggi dan badan-badan lain dalam menentukan pembahagian pusaka orang-orang Islam.

3.0 Masalah Bidangkuasa Mahkamah Syariah Dalam Pentadbiran Harta Pusaka Orang-Orang Islam

Perlembagaan Persekutuan telah menentukan bidangkuasa Mahkamah Syariah dan setakat mana undang-undang Islam dapat dilaksanakan di negeri-negeri Melayu. Kedudukan Mahkamah Syariah dan bidangkuasanya adalah berdasarkan peruntukan perlembagaan yang memberikan kuasa kepada negeri untuk menjalankan pentadbiran undang-undang Islam. Undang-undang Islam yang dijalankan oleh Mahkamah Syariah dianggap sebagai undang-undang diri (personal law). Justeru itu, kuasa Badan Perundangan negeri adalah untuk menggubal perkara-perkara mengenai undang-undang Islam seperti mana yang diperuntukkan dalam Jadual Kesembilan, Senarai Dua. Ini termasuk kuasa menubuhkan mahkamah yang mempunyai bidangkuasa ke atas orang Islam sahaja.

Walaupun peruntukan ini jelas memperkatakan bidangkuasa negeri, namun banyak lagi undang-undang Persekutuan yang mengehadkan dan menyekat bidang dan pemakaian undang-undang negeri. Hal ini menjejaskan bidangkuasa mahkamah Syariah dalam menjalankan pentadbiran harta pusaka orang-orang Islam di Malaysia. Sebagai contoh undang-undang Persekutuan yang berkaitan dengan pusaka iaitu terdapat Akta Probet dan Pentadbiran 1959 dan Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 yang menghalang pemakaian Enakmen Undang-Undang Islam di setiap negeri. Oleh sebab itu, Mahkamah Syariah hanya diberi kuasa untuk menentukan bahagian waris di bawah undang-undang Islam (faraid) yang dinamakan Sijil Faraid. Adapun pentadbiran harta pusaka, probet dan surat kuasa mentadbir harta pusaka pula adalah termasuk dalam Senarai Persekutuan Perkara 4(e), Senarai Satu, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.

Berkenaan kekangan statut Akta Probet dan Pentadbiran 1959 terhadap pemakaian bidangkuasa Mahkamah Syariah dapat dilihat situasinya di dalam kes rayuan Jumaaton & Raja Delila lwn Raja Hizaruddin , perkara yang dipertikai di antara perayu dengan responden ialah harta pusaka peninggalan si mati iaitu Allahyarham Raja Nong Chik Raja Ishak, usahawan Melayu yang agak terkenal juga di Lembah Klang. Semasa hayatnya, si mati ada menubuhkan Arensi Holdings (M) Sdn. Bhd. (Arensi), sebuah syarikat yang kemudiannya disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur. Apabila si mati meninggal dunia pada 10 Februari 1994, lebih 11 juta unit saham syarikat didaftarkan atas nama responden.

Semasa hayatnya si mati mempunyai dua orang isteri dan sepuluh orang anak. Perayu pertama dan kedua adalah balu kedua si mati dan anak hasil pernikahan kedua itu, manakala responden adalah anak si mati dari balu pertama. Secara ringkas, apa yang dituntut oleh kedua-dua perayu ialah saham dalam Arensi yang kini didaftarkan atas nama responden itu adalah sebenarnya harta pesaka peninggalan si mati dan bukan harta mutlak responden, oleh itu hendaklah dibahagi-bahagikan kepada semua waris si mati mengikut hukum faraid. Penentang telah menafikan tuntutan itu.

Pada 17 Disember 1996, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur (Mahkamah Sivil) membuat satu perintah (atas persetujuan semua waris si mati) bahawa Amanah Raya Berhad (ARB) dilantik sebagai pentadbir harta pesaka si mati secara terhad selama empat bulan mulai dari tarikh perintah itu. Apabila kes tuntutan pembahagian harta pusaka si mati ini mula dikemukakan di hadapan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, dua isu awalan telah dibangkitkan, iaitu:

(a) Sama ada kedua-dua perayu dalam kes ini ada locus standi untuk memfailkan kes ini terhadap responden kerana mereka bukan pentadbir harta pesaka si mati dan tidak mendapat apa-apa wakalah dari semua waris lain untuk mewakili mereka dalam tuntutan itu, dan
(b) Sama ada Mahkamah Syariah ada bidang kuasa mendengar tuntutan ini dan mengeluarkan perintah atau membuat keputusan seperti yang dipohon oleh perayu.
Setelah mendengar hujah peguam bagi kedua-dua pihak, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah memutuskan bahawa Mahkamah Syariah tidak ada bidang kuasa mendengar kes itu mengikut seksyen 46(b) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993. Oleh yang demikian, tuntutan itu telah ditolak.

Terkilan dengan penolakan tuntutan mereka, kedua-dua perayu kemudian mengemukakan rayuan mereka ke Mahkamah Rayuan Syariah (MRS). Dalam keputusannya setebal 12 halaman, Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan (selaku Pengerusi Panel Rayuan), Datuk Sheikh Ghazali Abdul Rahman, menyatakan dalam penghakimannya bahawa undang-undang mengenai probet dan surat mentabdir harta dimasukkan dalam Senarai Persekutuan (Senarai 1, jadual ke-9, Perlembagaan Persekutuan) dan bukan dalam Senarai Negeri (Senarai 2, Jadual yang sama). Justeru, beliau membuat kesimpulan bahawa ''Badan Perundangan Negeri dan Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa atau bidang kuasa dalam perkara probet dan surat mentadbir harta itu.''
Sheikh Ghazali seterusnya menegaskan bahawa: ''Sungguhpun semua pihak dalam kes ini adalah orang Islam, namun demikian kuasa untuk mentadbir harta pusaka telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi (sivil). Ini disebabkan oleh kerana perkara probet dan surat mentadbir pusaka diletakkan di bawah senarai kuasa perundangan Persekutuan (Senarai 1 Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan) dan tidak dikecualikan bagi orang Islam. Oleh kerana itu, undang-undang mengenai probet dan pentadbiran pusaka terdapat dalam Akta Probet dan Pentadbiran 1959 (Akta 97).''
Terdapat kes lain yang melibatkan orang bukan Islam yang mencabar bidangkuasa Mahkamah Syariah dalam hal pentadbiran harta pusaka orang Islam seperti kes Eeswari Visuvalingam lwn Kerajaan Malaysia, iaitu kes berkenaan dengan tuntutan untuk mewarisi harta (pencen) suaminya yang telah memeluk Islam sebelum mati sedangkan isterinya (plaintif) tetap dengan agama asal. Hal ini telah dirujukkan kepada Mufti Wilayah Persekutuan oleh Kerajaan Malaysia. Fatwa Mufti mengatakan bahawa plaintif tidak boleh menuntut pencen tersebut kerana mengikut Hukum Syarak seorang yang bukan Islam tidak boleh mewarisi harta pusaka orang Islam. Namun Mahkamah Sivil memutuskan bahawa plaintif berhak mendapat pencen kerana pencen hanyalah satu hak di bawah statut. Oleh itu, tidak timbul persoalan mewarisi harta pusaka orang Islam ataupun bukan Islam.
Berdasarkan keputusan tersebut, bidangkuasa Mahkamah Syariah hanya melibatkan pihak-pihak yang beragama Islam sahaja. Jika terdapat salah satu pihak yang bukan beragama Islam, maka ia berada di bawah bidangkuasa Mahkamah Sivil untuk menyelesaikan kes tersebut walaupun perkara yang dipertikaikan berada di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah. Hal ini menyebabkan undang-undang sivil dirujuk, manakala undang-undang Islam dan hukum Syarak diketepikan.
Disamping itu, hakim Sivil yang bukan beragama Islam juga didapati menghadapi masalah tidak memahami Hukum Syarak ketika mengendalikan kes pusaka yang boleh menyebabkan tangguhan kes yang dibicarakan. Ini dapat dibuktikan dalam kes mengenai pentadbiran pusaka orang Islam, iaitu In The Estate of Tunku Abdul Rahman Putra Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid. Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa bidangkuasa atas perkara-perkara ‘probet dan pentadbiran’ tidak dikurniakan ke atas Mahkamah Syariah. Sebaliknya mahkamah sivil iaitu Mahkamah Tinggi hendaklah melaksanakan bidangkuasanya.

Meskipun Yang Arif Hakim Low Hop Bing memutuskan bahawa Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa dalam perkara-perkara probet dan pentadbiran, namun Yang Arif Hakim tidak menafikan bahawa Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa dalam persoalan keesahan perkahwinan dan keesahan anak-anak dalam perkahwinan yang berlaku yang melibatkan orangorang menganut agama Islam. Justeru, para peguam bagi pihak-pihak yang bertikai telah bersetuju supaya perbicaraan digantung untuk dirujuk kepada Mahkamah Syariah.

4.0 Penyelesaian Untuk Mengatasi Konflik Bidangkuasa di antara Mahkamah Syariah dengan Mahkamah Sivil Dalam Pentadbiran Harta Pusaka

Kaedah penyelesaian yang diambil untuk mengatasi permasalahan konflik undang-undang dan konflik bidangkuasa di antara Mahkamah Syariah dengan Mahkamah Tinggi Sivil berkenaan dengan pentadbiran harta pusaka orang-orang Islam adalah dengan beberapa cara:

a) Mahkamah sivil perlu menolak terus untuk membicarakan persoalan yang berkaitan dengan harta pusaka orang Islam. Malahan mahkamah sivil perlu mengiktiraf bahawa forum terbaik untuk membincangkan pentadbiran harta pusaka orang-orang Islam adalah bidangkuasa mahkamah syariah.
b) Status dan bidangkuasa Mahkamah Syariah hendaklah diperbaiki dan ditambah bidangkuasanya oleh pihak kerajaan. Hal ini boleh dilakukan dengan tindakan pihak kerajaan mencadangkan usul dengan sokongan dua pertiga ahli parlimen bersetuju untuk menggubal perlembagaan persekutuan agar dimasukkan beberapa pindaan baru mengiktiraf bidangkuasa mahkamah syariah.
c) Mahkamah sivil yang memiliki bidangkuasa ke atas pentadbiran harta pusaka orang-orang Islam perlu mendapatkan keterangan pakar daripada sarjana Islam dan keputusan Majlis Fatwa dalam menjalankan proses perbicaraan kerana ia adalah berkaitan dengan harta pusaka umat Islam. Justeru itu ia amat diperlukan untuk membantu menegakkan keadilan.

Penulis berpendapat bahawa untuk memberikan bidang kuasa secara eksklusif kepada Mahkamah Syariah yang dikira dapat memenuhi kehendak pindaan Artikel 121(1A) Perlembagaan Persekutuan ini, ianya memerlukan persediaan dan pelaksanaan berbentuk jangka panjang. Menerusinya juga, selain daripada memasukkan pihak bukan beragama Islam ke dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah, usaha boleh dibuat untuk menjadikan perkara-perkara yang membabitkan pihak beragama Islam termasuk mengenai pentadbiran harta seperti dalam perkara probet dan pentadbiran dimasukkan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Namun, ianya memerlukan masa di mana pindaan yang besar perlu dilakukan khususnya membabitkan Perlembagaan Persekutuan dan lain-lain statut yang berkaitan sebagaimana yang telah disebutkan sebelum ini. Para hakim dan peguam Mahkamah Syariah pula perlu memperlengkapkan diri dengan bidang-bidang yang belum mereka biasa sebelum ini. Kesemua ini bukanlah sesuatu yang mustahil, tetapi memerlukan masa untuk merealisasikannya.

Penulis berpandangan agar langkah terbaik untuk diimplementasikan dalam senario konflik perundangan ini yang dapat menyeimbangkan konflik yang berlaku adalah dengan menyatukan kedua-dua hakim bicara daripada Mahkamah Syariah dan Sivil dengan mewujudkan satu “Syariah Bench” dalam sesuatu perbicaraan pusaka di Mahkamah Sivil. Hakim Mahkamah Syariah akan memutuskan persoalan Hukum Syarak dalam kes yang dibicarakan di mana ianya hendaklah mengikat keputusan yang akan dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sivil. Hakim di Mahkamah Sivil pula akan menentukan perkara-perkara lain dan memutuskan kes yang dibicarakan.

Cadangan di atas juga telah ditimbulkan oleh Bekas Ketua Hakim Negara, YAA Tun Ahmad Fairuz bin Dato’ Sheikh Abdul Halim sebelum ini semasa beliau menyampaikan ucaptamanya di Majlis Perasmian Syarahan Umum Syariah dan Undang-Undang Tuanku Najihah Yang Pertama oleh Fakulti Syariah dan Undang-Undang KUIM pada 11 Ogos 2005 yang lalu dalam kertas bertajuk “The Relationships Between Syariah & Civil Law in the Malaysian Legal System: Developments & Future Posibilities” .

Pandangan yang sama turut dikemukakan oleh YAA Dato’ Abdul Hamid bin Haji Mohamad, Hakim Mahkamah Rayuan (ketika itu) dalam artikelnya bertajuk “Civil and Syariah Courts in Malaysia: Conflict of Jurisdictions” (lihat [2002] 1 MLJA 130; [2002] 1 MLJ cxxx). Terdapat satu lagi pandangan daripada YAA Dato’ Abdul Hamid dalam persoalan konflik bidang kuasa ini, iaitu melalui pendekatan menyatukan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil pada semua peringkat. Cadangan YAA ini dapat dilihat sebagaimana berikut (YAA Dato’ Abdul Hamid bin Haji Mohamad, ibid.).:

“….. People qualified in civil law as well as people qualified in Islamic law are appointed judges of the same court at all levels. Islamic law cases, civil or criminal, are heard by judges qualified in Islamic law. Non-Islamic law cases are heard by judges qualified in civil law. If, in a case there are issues involving both laws, two judges should sit, one from each discipline. The judge with Islamic law qualification decides issues of Islamic law. The judge with civil law qualification decides the other issues. The final judgment, the judgment of the court, is given by both of them, jointly”.

Menurut beliau cadangan di atas akan dapat menyelesaikan masalah-masalah lain yang berlaku sebelum ini yang dihadapi oleh Mahkamah Syariah berkaitan kakitangan, pentadbiran dan penguatkuasaan. Cadangan kedua daripada YAA di atas nampaknya juga boleh dimasukkan di bawah pertimbangan jangka panjang. Nampaknya pengwujudan “Syariah Bench” tadi lebih sesuai dibuat dalam konteks masakini dan ianya tidaklah serumit cadangan-cadangan yang lain. Pembentang berpandangan bahawa pendekatan sebegini juga dapat mengurangkan tangguhan kes yang dibicarakan.

5.0 Kesimpulan

Permasalahan yang dihadapi oleh Mahkamah Syariah dalam menjalankan pentadbiran berkenaan dengan kes harta pusaka orang-orang Islam amat memerlukan kepada penelitian dari segi penggubalan statut agar memberi ruang kepada Mahkamah Syariah menjalankan bidangkuasanya membahagikan harta pusaka dan mentadbirnya. Justeru itu juga, kerjasama yang baik daripada Mahkamah Sivil juga amat diperlukan ke arah memahami prinsip Hukum Syarak agar keadilan lebih mudah tercapai dan tidak lama penangguhan kes pusaka berlaku.

Apa pun, yang penting di dalam bahagian ini adalah untuk mempastikan penghakiman yang diberikan adalah adil kepada pihak-pihak yang bertikai dan selaras dengan undang-undang terbabit, khususnya undang-undang Islam itu sendiri. Bukanlah tujuan perbincangan ini untuk menimbulkan suasana perebutan bidangkuasa di antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil. Selama ini pun, Mahkamah Sivil ada juga dikatakan berkongsi bidang kuasa dengan Mahkamah Syariah dalam perkara yang dibincangkan ini, bukannya semata-mata merebut bidangkuasa. Wallahu a’lam.

RUJUKAN

Perlembagaan Persekutuan

Ahmad Mohamed Ibrahim. 1983. Ke arah Islamisasi Undang-Undang di Malaysia: Masalah dan Kemungkinan. Kertas Kerja Seminar Perundangan Islam Kebangsaan, Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam UKM, bangi.

Jurnal Hukum. 1998. Jilid 12. Bhg. 2. Bahagian Hal Ehwal Islam: Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur.

Mahmud Saedon A. Othman. 1995. Bidangkuasa Mahkamah Syariah. Jurnal Hukum, Jilid Ketujuh, bil. 1: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, Syaaban 1410H/1990

Mahmood Zuhdi Abdul Majid. 1995. Pentadbiran Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia, Jurnal Syariah. Jilid 3. Bil. 1. Fakulti Syariah. Akademi Pengajian Islam: Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Md Yazid Ahmad & Ibnor Azli Ibrahim. 2006. Kekangan Statut Ke Atas Bidangkuasa Mahkamah Syariah Dalam Pentadbiran Harta Orang-Orang Islam di Malaysia. Kertas Kerja Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Harta dalam Islam. Anjuran KIPSAS dan Jabatan Syariah. Fakulti Pengajian Islam: UKM, bangi.

Md Yazid Ahmad & Amir Fazlim Yusoff. 2006. Konflik Bidangkuasa Mahkamah Sivil Dan Mahkamah Syariah Berhubungan Harta Orang Islam di Malaysia: Analisa Ringkas Kes-Kes Yang Berkaitan. Kertas Kerja Prosiding Konvensyen Kebangsaan Pengurusan Harta Pusaka, Wasiat, dan Wakaf. Anjuran MAIDAM dan UKM. Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam: Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.

Mohamed Azam Mohamed Adil. 2000. Bidangkuasa dan Kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia Pasca Alaf 20: Ke Arah Mana?. Jurnal Syariah. Jilid 8. Bil.2. Akademi Pengajian Islam: Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Mohd. Al-Adib Samuri. 2006. Bidangkuasa Membicarakan Bagi Kes Berkaitan Wakaf dan Harta Pusaka di Mahkamah Sivil: Analisis Kes Selepas Pindaan Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan. Kertas Kerja Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Harta dalam Islam. Anjuran KIPSAS dan Jabatan Syariah. Fakulti Pengajian Islam: UKM, bangi.

Mohd Ridzuan Awang. 2006. Pengurusan Pusaka dan Wasiat Orang Islam di Malaysia. Kertas Kerja Prosiding Konvensyen Kebangsaan Pengurusan Harta Pusaka, Wasiat, dan Wakaf. Anjuran MAIDAM dan UKM. Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam: Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.

Salleh Buang. 1998. Peguam menulis: Mahkamah Syariah tiada kuasa? Utusan Malaysia, Selasa, 21 Julai.

Siti Mashitoh Mahamood. 2006. Bidangkuasa Pentadbiran Harta Pusaka di Malaysia: Perspektif Perundangan Syariah dan Sivil. Kertas Kerja Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Harta dalam Islam. Anjuran KIPSAS dan Jabatan Syariah. Fakulti Pengajian Islam: UKM, bangi.

Siti Mashitoh Mahamood. 2000. Perundangan Wakaf dan Isu-Isu Berbangkit. Akademi Pengajian Islam : Universiti Malaya, Kuala Lumpur.


Wan Abdul Fattah Wan Ismail. 2005. Ke Arah Memperkasakan Institusi Kehakiman Islam di Malaysia. Diskusi Syariah dan Undang-Undang. Siri Kedua. Fakulti Syariah dan Undang-Undang: Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai.



sumber: http://mahir- al-hujjah. blogspot. com/2009/ 02/bidangkuasa- mahkamah- syariah-dalam. html
__._,_.___
Messages in this topic (1) Reply (via web post) | Start a new topic
Messages | Files | Photos | Links | Database | Polls | Members | Calendar
To listen our recorded lecture on the web, go to:
http://www.esnips.com/fm/9fc2a6c2-0228-43c1-b699-4e8fdc0fba9d/?v=593594&source=ws/
look at http://www.bio-asli.com/?id=alamkia.
Yahoo! Groups
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
Recent Activity

Visit Your Group
Give Back

Yahoo! for Good

Get inspired

by a good cause.
Y! Toolbar

Get it Free!

easy 1-click access

to your groups.
Yahoo! Groups

Start a group

in 3 easy steps.

Connect with others.
.

__,_._,___

Sunday, April 26, 2009

Anak ikut agama asal ibu bapa

Anak ikut agama asal ibu bapa
Oleh Nor Azma Laila
norazma@bharian.com.my

Datuk Seri Nazri Aziz
Pertukaran agama bukan alasan lepas diri daripada perkahwinan

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama.

Keputusan itu, yang dibuat dalam mesyuarat Kabinet kelmarin, adalah langkah penyelesaian jangka panjang berhubung isu pertikaian status agama kanak-kanak berkenaan apabila ibu atau bapa mereka menukar agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Nazri Aziz, berkata Kabinet membuat keputusan itu bagi mengelak individu yang tidak bersalah,

terutama anak-anak, menjadi mangsa dan dilayan dengan tidak adil.

"Anak perlu dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka. Bagi pasangan yang bercadang menukar agama, mereka sepatutnya menyelesaikan terlebih dulu semua masalah berkaitan tanggungjawabnya. "Penukaran agama tidak boleh dijadikan alasan untuk membubarkan sesuatu perkahwinan secara automatik atau untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap anak-anak," katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen, semalam.


Beliau merujuk kes Mohd Ridzuan Abdullah atau K Patmanathan, 40, bekas penganut Hindu, yang kini memeluk Islam.

Mohd Ridzuan dilaporkan turut menukar agama anaknya, Tevi Darsiny, 12, Karan Dinesh, 11, dan Prasana Diksa, setahun, serta memohon hak penjagaan terhadap tiga anaknya itu di Mahkamah Syariah walaupun ibu mereka, Indra Ghandhi, 35, masih beragama Hindu.

Berikutan itu, Indra meminta bantuan Hindu Sangam di Ipoh kerana mendakwa Mohd Ridzuan menukar agama tiga anak mereka tanpa kehadiran dan memaklumkannya terlebih dulu.

Nazri berkata, lebih banyak kes seumpamanya dijangka muncul pada masa akan datang dan kerana itu Kabinet terpaksa membuat keputusan.
Sebagai penyelesaian jangka pendek, katanya, Kabinet mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom, menemui Mohd Ridzuan bagi menjelaskan keputusan jemaah Menteri itu.

"Kabinet juga membuat keputusan sekiranya sesuatu perkahwinan didaftarkan di Mahkamah Sivil, maka ia hanya boleh dibubarkan mengikut undang-undang sivil.

"Jangan jadikan agama, contohnya Islam, sebagai alat untuk melepaskan diri daripada perkahwinan kerana perbuatan seperti ini akan mencemarkan nama agama itu," katanya.

Beliau berkata, Kabinet turut bersetuju bahawa tarikh penguatkuasaan undang-undang Islam terhadap seseorang mualaf ialah tarikh dia memeluk agama itu.

Bagi menguatkuasakan keputusan itu, Pejabat Peguam Negara akan diminta meneliti semua undang-undang berkaitan yang perlu dipinda, tetapi tidak termasuk undang-undang syariah, yang terletak di bawah bidang kuasa Sultan.

Nazri berkata, kerajaan juga bersedia mendengar sebarang pandangan masyarakat mengenai keputusan berkenaan bagi kebaikan semua pihak.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/BeritaUtama/20090423230737/Article/

Sedih nak tinggalkan Mek Yah, Mat Eil, Mek Na dll





sedih pulak rasanya nak tinggalkan jalak, Mat Eil, Mek Yah dan Mek Na.

Wednesday, April 22, 2009

Tawaran Ke London

Alhamdulillah semalam aku ada dua berita penting.
satu berita baik dan satu lagi agak kurang menarik.
Dua-dua berita ini saling berkaitan.

Berita pertama, jam 10.30 am aku menerima satu panggilan telefon dari Hajah Fauziah, JAKIM, Jabatan Perdana Menteri memaklumkan bahawa JPA telah mengeluarkan tawaran berkursus ke London selama tiga bulan. MAsanya lagi 10 hari. Emm.. bunyi macam bagus. Aku terus menerima tawaran tersebut tanpa ragu dan memberikan kesanggupan. Hal-hal lain fikir kemudian.

berita kedua, jam 11.30 lebih, mungkin 11.45 tapi sebelum jam 12, aku terima lagi satu panggilan. kali ini dari CIMB KL. Berita yang tak seronoknya, loan aku kena reject sebab kawan yang pakai keta aku dia tak bayar. Nasib lah. Sebenarnya aku ada cuba buat personal loan nak settlekan hutang-hutang dan menyelenggara semula kewangan. Pagi tadi dah seronok bila dapat tawaran ke London, aku pula sebelumnya ada apply loan, bolehlah beraya sakan, wang ada. Seronok pun belum hilang, datang plak berita kata loan tak lepas. Aisey man, kelam kabut juga aku nak cari duit ni. Masa dah singkat.

Aku ada beberapa hari untuk buat keputusan tepat.
keluar negara beberapa bulan boleh memberi kesan tak baik pada kewangan aku, dan sudah tentunya memberi imej buruk bila aku gagal langsaikan bayaran bulanan beberapa bulan. Paling penting, kad kredit, keta, rumah. Kredit kad boleh maintain lah sebulan ke sebulan, keta dan rumah kena bayar advance.

Anak-anak kat rumah kena fikir juga.
Sekolah, wang belanja. etc.
Isteri pun satu hal juga. 4 bulan beb.

Mek Na (anak Kera) aku, mamat si Murai Batu, Minah murai, Tupai buah dan segala macam burung-burung aku serta si jalak ayam hutan yang aku sayang itu akan aku tinggalkan. Sapa nak uruskan.. makan minum serta penyelenggaraan mereka selalunya aku yang uruskan.

E46 aku pun kena selenggarakan dengan betul. Mahunya advance dalam 2-3 bulan. Si merah 328 ada lagi balance dalam 3000++ pun janji kena settle sebelum Mei 2009.

banyak juga kerumitan.
Aku kena bertenang dan uruskan yang terbaik. Dah jumpa Boss, dia nasihatkan supaya jangan lepas peluang. Pergi saja ke London, kamu akan memperolehi lebih kebaikan dari kerugian. kesukaran disini cuba selesaikan. Ada kesempitan sudah pasti ada kemudahan.

Saya akan cuba Boss. nanti saya akan fikirkan yang terbaik.

ulasan buku

semalam 22 april 2009, sambil melayan perasaan, aku melayari internet dan terbaca satu artikel ringkas mengenai ulasan buku. Rupanya buku 'penghinaan mahkamah' yang ditulis itu telah dikupas secara ringkas di dalam utusan malaysia pada hujung tahun lepas (8/12/2008). Bersama ini diturunkan ulasan ringkas itu.

ARKIB : 08/12/2008
Sehari Sebuah Buku
Banyak prinsip dan konsep bidang kuasa yang berkaitan penghinaan mahkamah sama ada mengikut undang-undang sivil atau undang-undang Islam didapati mempunyai persamaan. Ini kerana kedua-duanya bermatlamat keadilan.
Tetapi dalam undang-undang Islam penghinaan mahkamah tidak terhenti setakat di mahkamah sahaja kerana ia berkait dengan hukum hakam, akidah, keagungan Allah SWT dan kemuliaan Rasulullah SAW. Jadi perbuatan menghina mahkamah dalam undang-undang Islam lebih berat dari sudut kesalahannya.
Buku ini membincangkan bentuk kesalahan menghina mahkamah demi memastikan perintah mahkamah dipatuhi dan kedudukan serta ketinggian institusi itu dihormati.
Judul: Penghinaan Mahkamah: Undang-Undang Sivil & Undang-Undang Islam
Penulis: Mohd. Nadzri Abdul Rahman
Penyunting: Abdul Basir Mohamad
Penerbit: Mahzum Book Services
ISBN: 983-2422-05-1
AMIRUL SYAFIQ AZMAN
Utusan Malaysia

Saturday, April 18, 2009

Tanda-Tanda Kematian

Jumaat 17hb April, YAA Dato kebetulannya tak ada kat ofis kerana menghadiri satu majlis di Putrajaya. Aku diamanahkan untuk mengetuai bacaan Yasin dan tazkirah pagi jumaat tu. Kebetulannya aku ada terbaca satu artikel ringkas mengenai tanda-tanda kematian di internet. Maka dari artikel itu aku panjangkan untuk makluman semua staf dan pegawai kat ofis moga bermanfaat. Artikel itu ada diturunkan disini sebagai panduan untuk kawan-kawan semoga ianya memberi manfaat pada kita semua.

TANDA TANDA KEMATIAN (1)
March 17th, 2007 by salam
Catatan : Tulisan ini kami kutip dari situs http://www.tranungkite.net/. Malaysia; materi ceramah oleh Ustad Abdullah Mahmud, dalam suatu kursus di Kuala Lumpur.
Adapun tanda-tanda kematian menurut ulama adalah benar dan nyata, hanya amalan dan ketakwaan kita saja yang akan dapat membedakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hingga akhir hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehingga beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali, hanya ketika sampai bahagian tubuh dan kepala saja beliau telah memanggil abangnya yaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertobat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walau bagaimanapun, semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam saja, sedangkan orang-orang kafir yaitu orang yang menyekutukan Allah, nyawa mereka ini akan dicabut tanpa peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbagi pada beberapa keadaan :
Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disadari oleh mereka- mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya apakah mereka sadar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah waktu Asar. Seluruh tubuh mulai dari ujung rambut sampai ke ujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging sapi yang baru disembelih, dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan- akan bergetar. Tanda ini rasanya nikmat, dan bagi mereka yang sadar dan berdetak di hatinya bahwa mungkin ini adalah tanda kematian maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah sadar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesadaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaat. Bagi yang sadar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 Hari Sebelum Hari Kematian
Tanda ini juga akan terjadi sesudah waktu Asar. Bagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas Arash Allah swt. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita antaranya adalah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang waktu. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.




Bila Malaikat Mencabut Nyawa
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda :
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibril A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibril A.S.”
Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibril A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahwa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

“Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.”
Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.”
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.
Maka berkata tangan : Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.”

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.”
Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:”Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.”
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:”Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.”Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : “Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.” Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:”Roh itu menuju ketujuh tempat :
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Moga-moga setiap kita dan keluarga diampuni Allah dan diberkati hidup dan mati hingga dapat mempersiap sediakan bekalan untuk hari kemudian kita. Bacalah kandungan ini agar dapat menjadi ingatan kita semua. Insyallah mulalah bertaubat, yang masih malas sembahyang ubah sikap umur kita semakin hari semakin meningkat. Rezeki dicari biarlah betul-betul halal. Biar sesal dahulu jangan sesal kemudian. Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan berharap saudara saya semua begitu juga. Cubalah kita ingat mengingat sesama kita selagi mampu.

sangkar dah penuh

Hari tu saudara aku beri pula seekor anak kera. Umurnya lebih kurang enam bulan. Mulanya berat juga aku nak terima, tapi memandangkan tiada tempat untuk dia simpan anak kera tu, maka aku pun sangguplah. Masalahnya, aku ni bukan suka sangat nak pera anak kera ni, memanglah dia tu jinak dan boleh di buat kawan dan mainan, tapi kesian lak bila aku tengok dia. Aku tak nak ambil pun, fikirkan aku lebih punyai masa dan tempat untuk menjaganya, maka aku terima lah. Tapi fikirkan sangkar aku dah makin penuh, susah hati juga aku dibuatnya. kalau kawan-kawan ada behasrat nak memeliharanya, boleh lah hubungi aku.




Ini lah rupenya sang kera tu. Namanya Mek Na. Jinak binatangnya. Suka sangat main ngan budak-budak. Dengan aku dia tak rapat sangat, mungkin dia marah aku ikat tali kat leher dia. Bukannya apa, dia ni cerdik sikit, dia boleh keluar dari sangkar yang tak sepertinya itu, bimbang juga aku nanti dicekiknya anak murai aku, tak pasal-pasal naik darah aku, so aku ikat dia. Rasanya dia tak sesuai lah untuk dijadikan salah seekor dari komuniti sangkar aku...

ayam hutan

Ayam Hutan adalah salah satu daripada haiwan, species burung yang boleh didapati di Malaysia. Nama sainsnya ialah Gallus gallus. Juga dikenali sebagai Ayam Denak
dan dalam bahasa inggeris ianya lebih dikenali sebagai Red Junglefowl.Ciri-ciri

Ayam Hutan ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Ayam Hutan ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan badan yang diliputi bulu pelepah. Paruh Ayam Hutan tidak bergigi.
Makanan

biasanya ayam hutan makan serangga yang terdapat di sekitar habitat hidupnya seperti di ladang kelapa sawit. haiwan ini juga makan biji-bijian hutan.
Pembiakan

Ayam Hutan membiak dengan bertelur. Telur Ayam Hutan bercangkerang keras.
Rujukan

* BirdLife International (2004). Gallus gallus. Senarai Merah IUCN 2006 untuk Spesies Terancam. IUCN 2006. Dimuat turun pada 9 May 2006. Database entry includes justification for why this species is of least concern




gambar Ihsan zulishak

Friday, April 17, 2009

AYAM HUTAN




Ayam hutan ini adalah pemberian abang pada hari sabtu 12hb April yang lalu. Ayam ni ambik kat kampung Subang. Bawa balik taruk dalam beg je. Dia punye diam 80km traveling langsung tak bunyi suara. Bawa balik rumah, terus masukkan dalam reban. Mulanya pelik gak, langsung tak bergerak dan tak bunyi suara. Sepanjang malam tu senyap jer.. Dua tiga kali aku survey malam tu tengok betul ke tidak ayam ni, tah-tah dah lentuk sebab 1 jam lebih terperap dalam beg. Tengok o.k. je. Malam tu aku tidur macam biasa je. Lebih kurang jam 5.00 pagi, sebelum azan subuh, aku terkejut besar bila dia mula berkokok tak berhenti sampai jam 8.00. Naik bimbang juga nanti jiran-jiran komplen.


Saturday, April 11, 2009

Lagi Pasal Merbah Jambul




MERBAH JAMBUL/Red-whiskered Bulbul

Scientific name: Pycnonotus jocosus
Family: Pycnonotidae
Order: Passeriformes

Featured Bird Groups
Introduced birds

What does it look like?
Description

The Red-whiskered Bulbul is not easily mistaken for any other species of bird in Malaysia. It has a pointed black crest, white cheeks, brown back, reddish under tail coverts and a long white-tipped tail. The red whisker mark, from which it gets its name, is located below the eye, but is not always easy to see. Both male and female birds are similar in plumage, while young birds are duller with a greyish-black crown. Red-whiskered Bulbuls are not timid around humans, perching prominently on the top of bushes or on power lines.

Bulbuls are common in urban areas, where they inhabit parks, gardens and along creeks.

What does it do?
Feeding

Red-whiskered Bulbuls feed on a variety of native and introduced fruits, insects and flower buds. Groups of up to 50 or so birds may gather around a food source, although smaller groups of three to five birds are more common. Birds chatter noisily as they actively feed among the dense bushes.
Breeding

Red-whiskered Bulbuls build an open cup nest of rootlets, bark and leaves, lined with soft fibre. The nest is usually placed in a low tree fork. Two or three broods may be reared in a season. Both birds incubate the eggs and care for the young birds. The eggs are pale pink, streaked and spotted with shades of red.

References

Pizzey, G. and Knight, F. 1997. Field Guide to the Birds of Australia. Angus and Robertson, Sydney.

Schodde, R. and Tideman, S.C. (eds) 1990. Reader's Digest Complete Book of Australian Birds (2nd Edition). Reader's Digest (Australia) Pty Ltd, Sydney

Burung Merbah Jambul






Merbah jambul atau Red whiskered bulbul

Description:

The Red-Whiskered Bulbul gets its name from the red whisker patch located below its eye. This bird feeds on a variety of fruits, insects and flower buds, and often does so in flocks of three to fifty birds.


Appearance:


Black face and long, pointed crest. Dark brown hindneck and upperparts. White foreneck, throat, and underparts. White cheek, which is separated from rest of neck by a thin dark line extending from bill to hindneck. Red ear patch and vent. Slender black bill. Long black tail with white tip. Immature birds are similar to adults, but lack the red ear patch, have a grayish-brown crown, and appear duller overall. Sexes similar. 7 inches in length.


Habitat:

Native to southern Asia, but have been introduced into parts of North America, such as southern Florida and Hawaii (unauthorized cage release in O'ahu around 1965).


Nesting:


2-4 pale pink eggs streaked and spotted with red. The eggs have a 24 day incubation period. Fledging occurs in ? days. The nest is a woven cup made from rootlets, bark, and leaves and lined with softer fibers. The nest is usually built in a low tree fork.

Merbah Jambul



Burung Merbah Jambul adalah salah satu daripada haiwan yang boleh didapati di Malaysia. Nama sainsnya ialah Pycnonotus .melanicterus.

Ciri-ciri

Burung Merbah Jambul Hitam ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Merbah Jambul Hitam ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan badan yang dilitupi bulu pelepah. Paruh Burung Merbah Jambul Hitam tidak bergigi.

Makanan

1. Telur semut
2. Telur kerengga
3. Belalang
4. Buah pisang
5. Buah betik
6. Buah mentimun
7. Buah oren
8. Ketola
9. Madu

Pembiakan

Burung Merbah Jambul Hitam membiak dengan bertelur. Telur Burung Merbah Jambul Hitam bercangkerang keras.

Friday, April 10, 2009

White-rumped Shama -Murai batu


White-rumped Shama
From Wikipedia, the free encyclopedia
Jump to: navigation, search
White-rumped Shama
Male White-rumped Shama
Male White-rumped Shama
Conservation status

Least Concern (IUCN 3.1)[1]
Scientific classification
Kingdom: Animalia
Phylum: Chordata
Class: Aves
Order: Passeriformes
Family: Muscicapidae
Genus: Copsychus
Species: C. malabaricus
Binomial name
Copsychus malabaricus
(Scopoli, 1788)
Synonyms

Kittacincla macrura
Cittocincla macrura

The White-rumped Shama (Copsychus malabaricus) is a small passerine bird of the family Muscicapidae. It was formerly classified as a member of the Thrush family, Turdidae, causing it to be commonly known as the White-rumped Shama Thrush or simply Shama Thrush.

Distribution

They are native to South and Southeast Asia, but have been introduced to Kaua'i, Hawai'i, in early 1931 from Malaysia (by Alexander Isenberger), and to O'ahu in 1940 (by the Hui Manu Society).[2] Their popularity as a cage bird has led to many escaped birds establishing themselves.[3]

In Asia, their habitat is dense undergrowth especially in bamboo forests.[4] In Hawaii, they are common in valley forests or on the ridges of the southern Ko'olaus, and tend to nest in undergrowth or low trees of lowland broadleaf forests.[2]

The nominate race is found in the Western Ghats and parts of southern India while leggei is found in Sri Lanka. Race indicus is found in the northern parts of India.[4] Race albiventris is found in the Andaman Islands, interpositus from southwester China to Myanmar, Thailand and the Mergui Archipelago. Southern China has race minor while mallopercnus is found in the Malay peninsula. Race tricolor is found in the Sumatra, Java, Banka, Belitung and Karimata islands. Race mirabilis from the Sunda Strait, melanurus from northwestern Sumatra, opisthopelus, javanus, omissus, ochroptilus, abbotti, eumesus, suavis (Borneo), nigricauda, stricklandii and barbouri are the other island forms.

Physical Characteristics

They typically weigh between 1 and 1.2 ounces and are around 9 to 11 inches in length. Males are glossy black with a chestnut belly and white feathers on the rump and outer tail. Females are more grayish-brown, and are typically shorter than males. Both sexes have a black bill and pink feet. Juveniles have a more grayish or brownish coloration, similar to that of the females, with a blotchy or spotted chest.
Behaviour

The white-rumped shama is shy and somewhat crepuscular[4] but very territorial. The territories include a male and female during the breeding season with the males defending the territory averaging 0.09 ha in size,[2] but each sex may have different territories when they are not breeding.

The voice of this species is rich and melodious which made them popular as cage birds in South Asia with the tradition continuing in parts of Southeast Asia. It is loud and clear, with a variety of phrases, and often mimics other birds. They also make a 'Tck' call in alarm or when foraging.[2] One of the first recordings of a bird ever made was of this species. A recording was made from a captive individual in 1889 using an Edison wax cylinder by Ludwig Koch of Germany.[5]

They feed on insects in the wild but in captivity feed on boiled and dried legumes with egg yolk and raw meat.[6]
Breeding

In South Asia, they breed from January to September but mainly in April to June laying a clutch of four or five eggs[7] in a nest placed in the hollow of tree.[4] During courtship, males pursue the female, alight above the female, give a shrill call, and then flick and fan out their tail feathers. It is followed by a rising and falling flight pattern by both sexes. It the male is unsuccessful, the female will threaten the male, gesturing with the mouth open.

The nest is built by the female alone while the male stands guard.[2][8] The nests are mainly made of roots, leaves, ferns, and stems, and incubation lasts between 12 and 15 days and the nestling period averaged 12.4 days. Both adults feed the young although only the female incubates and broods.[2] The eggs are white to light aqua, with variable shades of brown blotching, and are approximately 0.7 by 0.9 inchesReferences

1. ^ BirdLife International (2006). Copsychus malabaricus. 2006 IUCN Red List of Threatened Species. IUCN 2006. Retrieved on 12 May 2006.
2. ^ a b c d e f Aguon, Celestino Flores & Sheila Conant (1994) Breeding biology of the white-rumped Shama on Oahu, Hawaii. Wilson Bull. 106(2):311-328 PDF
3. ^ Bao-Sen Shieh, Ya-Hui Lin, Tsung-Wei Lee, Chia-Chieh Chang and Kuan-Tzou Cheng (2006) Pet Trade as Sources of Introduced Bird Species in Taiwan. Taiwania, 51(2): 81-86 PDF
4. ^ a b c d Rasmussen PC & JC Anderton (2005) Birds of South Asia: The Ripley Guide. Smithsonian Institution & Lynx Edicions. p. 395-396
5. ^ Ranft, Richard (2004) Natural sound archives: past, present and future. An. Acad. Bras. Ciênc. 76(2):456-460 doi:10.1590/S0001-37652004000200041
6. ^ Jerdon, T. C. (1863) Birds of India. Vol 2. part 1. page 131
7. ^ Whistler, H (1949) Popular handbook of Indian birds. Gurney and Jackson. p. 110
8. ^ Ali, S. and S. D. Ripley 1973. Handbook of the birds of India and Pakistan. Vol. 8., Oxford Univ. Press, Bombay, India.

courtessy fr.http://en.wikipedia.org/wiki/White-rumped_Shama

Murai batu punyai kelas yang tersendiri

Burung Murai Batu, dikatakan burung yang mempunyai kelas yang tersendiri. lihatlah fotonya dan anda akan teruja. Saya pasti!








terima kasih kepada harry kerana sumbangan sebahagian foto. sila lawati blog http://muraibatuaceh.blogspot.com/ untuk blog pecinta murai batu.

Saturday, April 4, 2009

murai kampung



Burung Murai Kampung (bahasa Inggeris: "Magpie Robin") merupakan salah satu daripada haiwan terlindung yang terdapat di Malaysia. Pemburuannya memerlukan lesen pemburuan. Nama sainsnya ialah Copsychus saulari.Ciri-ciri

Burung Murai Kampung ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Burung Murai Kampung mempunyai paruh tanpa gigi.

Jantung Burung Murai Kampung terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

[sunting] Pembiakan

Sebagai burung, Burung Murai Kampung membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.
Burung Murai Kampung Malaysia.

Burung Murai Batu


Burung Murai Batu
Posted by admin in Jenis Murai

Burung Murai Batu (bahasa Inggerisnya: White-rumped Shama ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Copsychus malabaricus.

Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara yang telah diiktiraf sebagai kepelbagaian raya “mega diversity” dari segi bilangan dan kepelbagaian flora dan fauna dengan 15,000 spesies pokok berbunga yang diketahui, 286 spesies mamalia, lebih 1,500 vertebrat darat, lebih 150,000 spesies invertebrat, lebih 1000 spesies rama-rama dan 12,000 spesies kupu-kupu, dan lebih 4,000 spesies ikan laut.
Taburan

Burung Murai Batu boleh didapati di Semenanjung Malaysia. Burung Murai Batu adalah burung tempatan di Asia Selatan, tetapi turut dibawa ke Kaua’i, Hawai’i, pada awal 1931 dari Malaysia, dan ke O’ahu pada 1940. Ia biasanya terdapat di hutan lembah atau dipermatang selatan Ko’olau, dan biasanya bersarang di bawah semak atau pokok rendah hutan daun lebar tanah rendah.


Ciri-ciri fizikal

Burung Murai Batu adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrat), kelas Burung. Dalam aturan : , tergolong dalam keluarga : . Burung Murai Batu adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Burung Murai Batu mempunyai paruh tanpa gigi.

Jantung Burung Murai Batu terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atria, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Ia biasanya seberat 1 dan 1.2 auns dan sekitar 9 hingga 11 inci panjang. Burung jantan hitam berkilat dengan dada warna berangan (chestnut) dan bulu putih pada ekor dan hujung ekor. Burung betina adalah lebih keperangan, dan biasanya lebih pendek berbanding burung jantan. Kedua jantina mempunyai paruh hitam dan kaki merah jambu. Burung jantan muda mempunyai warna keperangan atau kelabu, menyerupai burung betina, dengan dada bertompok.
Tabiat

Ia adalah pemalu tetapi mempertahankan kawasannya. Kawasan ini mungkin dikongsi semasa musim pembiakan dengan burung jantan mempertahankan kawasan tersebut, tetapi setiap jantina mungkin mempunyai kawasan berlainan diluar musim mengawan.

Bunyi nyanyian spesies ini amat merdu dan kaya. Ia amat kuat dan jelas, dengan pelbagai frasa, dan sering kali mengajuk bunyi burung lain. Ia juga menghasilkan bunyi klik (’Tck’) dengan sayapnya apabila resah atau terbang di kawasan terbuka.
Mengawan

Semasa mengawan, burung jantan akan mengejar burung betina, hinggap di atas burung betina, membuat bunyi panggilan nyaring, dan kemudian mengembangkan ekornya. Ini kemudiannya diikuti dengan pola penerbangan turun naik oleh pasangan tersebut. Sekiranya burung jantan gagal menarik minat burung betina, burung betina akan mengancam burung jantan, mengacu dengan paruh terbuka.

Penjagaan telur dilakukan oleh bersama oleh pasangan tersebut. Sarang diperbuat kebanyakannya dari akar, daun, dan batang pokok Paku, dan pengeraman biasanya berlansung selama 12 hingga 15 hari. Telur bewarna putih hingga biru lembut (light aqua), dengan tompokan keperangan, dan sekitar 0.7 hingga 0.9 inci.
Pembiakan

Sebagai burung, Burung Murai Batu membiak dengan cara bertelur. Kebiasaannya Ia akan memilih lubang pada dahan pokok mati untuk bersarang.Burung betina akan bertelur antara 2 hingga 3 biji setiap musim. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarangnya.Semasa proses mengeram yang mengambil masa antara 12-15 hari, burung jantan dan betina akan bergilir mengeram telur dan seterusnya memberi anak yang menetas hinggalah boleh mencari makanan sendiri.
Pengekalan

Burung Murai Batu merupakan haiwan yang dilindungi di Malaysia dan memerlukan lesen pemburuan untuk memburunya.

Murai Cerang dan murai kampung

Ini sepasang love bird. Santai.. buat penghias sangkar. Burung-burung ni sentiasa aku ganti, sebab dua minggu sekali mati kena cekik kat kucing. Burung-burung lain aku tak ambik gambar dia.
Ini pula murai kampung. Dia lagi bising. Kuat makan ulat, cengkerik dan belalang. Time lapang aku selalu ke padang cari belalang sebab nak jamu murai seekor ni. Dia punya bising, penuh satu sangkar. Betullah macam orang kata bagai murai tercabut ekor..
Ini pula burung murai bukit (murai cerang atau murai hutan). Nak jaga burung ni ada susah sikit. setiap hari kena salin air, pasal dia kuat mandi. Dia punya bunyi, amboi...mengasyikkan. Pagi-pagi aku dengar siulannya. Burung ni dihadiahkan oleh abang aku kat aku.







Sangkar Burung V

Selepas dapat naikkan bumbung dan pasang atap tu.. baru aku tahu aku sebenarnya berbakat juga dalam kerja tukang menukang ni...lama juga aku menung kat bawah tu menengokkan hasil kerja yang kemas dan efisien ini...dalam hati berkata, boleh tahan juga.. bangga juga aku..

Dari hari tu, balik kerja je, jam 6.00 petang aku akan meneruskan tugas part time sebagai kontraktor sarang burung ni..setiap hari adalah setengah jam hingga satu jam aku buat sikit-sikit. Kadang-kadang, malam pun aku bantai gergaji papan, gram grum gram...entah-entah jiran pun bengang dengar bunyi bising aku menggergaji papan. Pejam celik pejam celik dah lebih seminggu aku buat kerja ni..

Dah pasang dawai mata punai, kasi plastik tahan panas, ikat syiling...dan lain-lain lagi. Hari ni dah masuk minggu ketiga. Semua bagi moral support. Emak aku pun ada sekali. Alhamdulillah mereka pun tak cakap apa-apa. malah dia orang tolong lagi aku buat kerja. Isteri aku pun sama, kadang-kadang, dia tolong gak gergajikan papan, aku tak kasi pun dia nak buat juga.

So, inilah hasil sangkar burung yang kemas dan efisien melalui kerja yang tak kenal penat dan lelah dari aku, mulai hari ini dah boleh isytiharkan diri aku sebagai seorang tukang.. Puas hati aku.




sangkar Burung IV

Pagi-pagi lagi aku bangun, pakai track suit, dan seragam tukang rumah. Siap dengan tukul dan teh panas. Nasi goreng maid aku dah sediakan. Orang rumah pulak tak ada pegi out station kat Port Dickson.. tak ada sapa yang akan halang kerja aku hari ni.. handphone aku dah off kan..

jam 10 pagi.. belum jadi-jadi lagi atap sarang burung aku ni.. apa hal ni.. pusing sana pusing sini jam 3.00 petang..baru aku dapat naikkan. Tu pun nasib baik anak aku tolong. Fuhh.. penat betul hari ni... pasang atap je dah lebih separuh hari.. dah lah tu, gayat juga aku menonggeng kat atas bumbung tu..


sangkar burung III

Sabtu 21 mac 2008, jam 4-30 petang..Lori bawa kayu-dan barang-barang yang aku tempah dah sampai. Susun barang-barang dulu.. bagi bergerak otot.. jam 6.30, aku congak-congak bagaimana nak mula kan misi penting ni...

aku susun kayu 3x 2 inci 4 batang sepanjang 8 kaki.paku kayu secara bersilang.
dah nampak lah dia punya asas... Macam ok je...



Jam 7.30, dah azan maghrib aku berhenti sambung esok lak.. tengok lah macam mana aku pasang atap dia...

sangkar burung II


Tengok kan plan ni, macam tak jadi je...

jadi tak jadi tu perkara lain.
so, esoknya aku pegi lah kedai..
kayu 3X2 4 batang kosnya 4.50 satu kaki
2x2 8 batang 2.00 satu kaki
1x2 40 sen 1 kaki.
amboi mahalnya.

tak jadi beli atap genting, bantai zink saja, tu pun yang 8 kaki RM35 satu keping.
beli 4 keping dah RM140.
Plywood 2 keping, satu keping RM30, dah jadi RM60
Penukul pun kena beli baru, yang lama tu, tuil-tuil paku, terus patah.
Paku lagi, Pahat pun kena ada, nak bagi kerja nampak kemas lah konon.

Kayu syiling (yang nipis punya tu..) 1 bucket, tokey bagi RM60.00. ok lah.
dawai mata punai, satu gulung RM120/ amboii mahalnya. aku ambil dua gulung, tokey bagi RM90.00 satu, jadi dua dapatlah harga RM180.00
Gunting pemotong dawai dan zink RM25.00
Kira punya kira, ada lah habis juga lebih kurang 700 lebih terbang ...

Tu beli sendiri berkira juga, ambil yang murah-murah saja... patutlah tukang pun minta nak buat sangkar burung cabuk pun dia bantai dekat RM3000/-, baru aku sedar... rupanya mahal juga kos nak buat benda ni...

minta-minta lah jadi... kalau tak melayang begitu saja hampir RM1000 aku spend kan utk semua benda ni...
barang-barang dah ada, kayu dah cukup, tool pun ok.semangat pun berkobar-kobar, masa pun sekarang aku cuti 2 hari, boleh lah mula... cuma kemahiran je tak ada. ya lah, tak pernahnya aku buat semua benda ni seumur hidup. pegang tukul pun menggeletar tangan.. jadi ke ni...

membina sangkar burung


Dalam dua minggu ini tiga ekor burung kesayangan telah mati dibaham kucing-kucing jiran. Sakit hati pun ada, marah pun ada. Bising-bising pun tak ada guna, lagipun burung-burung tu hanya diletakkan di dalam sangkar kecil biasa di tepi rumah. Dah memang adat haiwan, tengok je, apa lagi, dua ekor love bird jadi mangsa. Sebelum ni burung merbah kesayangan. dua minggu sebelumn tu sparrow hilang kepala. kalau burung-burung tu tak mati pun, celik mata pagi-pagi dah tengok sangkar terbalik dan bersepah-sepah. So, penyelesaiannya, mestilah kena buat sangkar yang kuat dan besar bagi mengelakkan gangguan kucing-kucing ni.

Dalam menung-menung tu, terfikir pulak nak minta tukang buatkan satu sarang yang ok. Tanya punya tanya, dia orang minta upah sekali dengan kos barang cecah hampir RM3000. Ya Allah, mahalnya.

Tapi tak apa lah, survey-survey lah dulu.

Kayu-kayu sisa tukang renovation rumah masih ada lagi sikit. tapi nak buat takut tak jadi. senget kang, malu lak pada jiran-jiran.


Ikut plan dalam kepala, luasnya dalam 7X 8. Tingggi dalam 7 kaki
atap zink kang panas, taruk lah atap genting ke apa ke.

pelannya ginilah lebih kurang,....

melawat zoo negara di hujung minggu.

Cuti hujung minggu baru ni, sempat juga bawa family jalan-jalan kat zoo. sempat lah tangkap dua tiga keping gambar sebagai kenangan.





MADRID II

  Kota Madrid seawal abad ke 9 pernah diperintah oleh gabenur Umayyah Andalusia dan kota ini dikenali sebagai 'majrit' dari kata asa...