Thursday, August 27, 2009

Ramadhan di kota London


hari ini 27 Ogos 2009, merupakan hari ke 6 umat Islam berpuasa. Di kota london, sepertimana bandaraya-bandaraya besar lainnya, suasana bulan ramadhan tetap sama. Sesekali melangkah kaki ke kota London pada siang hari di bulan Ramadhan langsung tidak menunjukkan kekurangannya berbanding bandar-bandar lain di dunia yang pernah saya lawati. Kedai-kedai makan atau restoran muslim masih dibuka seperti biasa seperti bulan-bulan lainnya, bagaimanapun suasananya agak hening tidaklah sepertimana biasa yang sering dipenuhi oleh pengunjung-pengunjung yang mencari makanan halal. Meskipun di kota London, tidak ada penguatkuasaan bagi orang-orang Muslim yang tidak menunaikan ibadah tersebut, kebanyakan orang-orang muslim di London menghormati bulan puasa. Begitu juga rakyat British yang lain, mereka menghormati bulan ramadhan dan memberi ruang yang luas kepada pekerja-pekerja muslim untuk menunaikan ibadah sepanjang bulan Ramadhan.
Pasar-pasar Ramadhan tumbuh bagai cendawan terutamanya  disekitar kawasan yang dihuni oleh penduduk muslim etnik Pakistan, bangladesh, Arab dan sebagainya. bagai tak terasa yang kami kini sedang berada di negara yang majoritinya bukan Muslim.
Masjid-masjid di sekitar London menghidupkan malam Ramadhan dengan bacaan al Quran, solat maghrib dan isyak berjamaah serta solat tarawih.Pada malamnya pula diisi dengan qiam al lail, tahajjud dan seterusnya solat fajr. kebanyakan masjid pula menyediakan iftar percuma atau makanan untuk berbuka secara percuma terutamanya pada hujung minggu seperti hari sabtu dan ahad seperti di masjid east london, west london, jamia Mosque Hanwell dan sebagainya. bagi masjid-masjid besar seperti Regent park dan sebagainya pula, mereka menyediakan iftar percuma sepanjang bulan Ramadhan dan sajian disediakan secara percuma dari derma orang ramai. Pengunjung yang ramai dan memenuhi kebanyakan masjid menjadikan kita kadang-kadang keliru yang kita masih berada di bumi England yang dikuasai oleh majopriti kristian. Tidak ada apa yang menghalang urusan ibadah Muslim sepanjang bulan Ramadhan disini dan ianya dilaksanakan dengan aman dan tenang.
Berada di masjid waktu siang di kota London, terutamanya menjelang waktu zohor dan asar amat menenangkan jiwa. Bacaan al-Quran kedengaran diserata pelusuk masjid yang dibaca oleh pengunjung kedengaran setiap waktu. Suara kanak-kanak yang belajar al Quran amat mendamaikan jiwa. Kadang-kadang keytenangannya dirasakan lebih sempurna berbanding dengan sesetengah masjid  di Malaysia.
Disini, mengunjungi masjid kita tidak terasa sangat bimbangkan barang-barang berharga seperti kasut atau jam yang tertinggal di bilik wudhuk, insyaallah ia tidak disentuh  atau dicuri walaupun kafdang-kadang jenayah tersebut seringkali juga berlaku. ketenangan itu menjadikan kekhusukan menjalani ibadah puasa dan ibadat di masjid kurang tergagnggu.

Sesekali sempat juga bertarawikh di masjid-masjid berdekatan disekitar London. Setiap malam kami menuju ke masjid yang berbeza bagi merasakan kelainannya. Apa yang berbeza sedikit ialah waktu solat yang tidak sama antara masjid dengan masjid yang lain, selebihnya ia hampir sama dengan mana-mana masjid lain di seluruh dunia.
menunggu bas selepas selesai solat tarawih di Regents park Mosque, London
iftar percuma di East London Mosque
Iftar percuma di Muslim World league Mosque
Selepas solat tarawih di Muslim League Mosque

solat tarawih di East London Mosque

Ulasan Tun mengenai hukuman sebat

MENYAMBUT MERDEKA

As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on August 24, 2009 3:05 PM

1. Tahun ini kita akan sambut Hari Merdeka dengan menyebat seorang wanita Melayu kerana minum beer.

2. Cerita hukum sebat telah disebar luas di seluruh dunia. Saya tak tahu apakah ini akan memberi imej baik atau tidak baik kepada agama Islam. Sebagai orang Islam kita tidak harus ambil berat pandangan orang lain terhadap Islam dalam melakukan suruhan agama.

3. Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak? Apakah hukuman ini terdapat dalam undang-undang syariah di Malaysia.

4. Bagi undang-undang biasa jenayah ditentukan bersama dengan hukuman kepada pesalah yang didapati bersalah. Jika Kerajaan tidak mengkanunkan undang-undang syariah melalui proses perbahasan dan kelulusan oleh dewan-dewan undangan, atau melalui fatwa oleh ulama-ulama, bolehkah tulisan-tulisan ulama tertentu dijadikan asas hukum mengikut pendapat hakim?

5. Apakah ada larangan dalam Islam untuk mengkanunkan undang-undang syariah?

6. Saya tanya soalan ini kerana terdapat perbezaan pendapat terhadap hukuman yang telah dijatuhkan keatas wanita ini. Janganlah kata saya tak Islam dan akan masuk neraka. Saya cuma tanya.

7. Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan; "Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil". Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama?

8. Keadilan dan timbang rasa jelas menjadi ajaran yang utama dalam Islam. Mereka yang tidak adil dan tidak bertimbang rasa tidak mengikuti semangat keIslaman.

9. Mereka yang ahli dalam ilmu fiqah memanglah berhak menulis kitab berkenaan undang-undang Islam. Tetapi sebagai manusia biasa kemungkinan membuat tafsiran yang salah memang ada.

10. Islam mendesak supaya kita rujuk kepada Al-Quran apabila kekeliruan berlaku atau menemui jalan buntu.

11. Sudahkah kita rujuk kepada Al-Quran berkenaan dengan minum beer (arak) dan hukuman yang perlu dikenakan supaya keadilan tercapai? Tak perlu kita ambil berat pandangan orang tetapi umat manusia perlu tahu bahawa agama Islam menjunjung tinggi keadilan.

12. Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan.

al fatihah buat Senator Prof Datuk Dr Ismail Salleh

Senator Prof Datuk Dr Ismail Salleh telah meninggal dunia dalam penerbangan di Singapura. Beliau merupakan Senator dari kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan pertama yang dilantik. Pakar ekonomi itu meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura hari ini. 
Menurut laporan, pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Prof Dr Ismail disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura sebaik tiba di hospital itu pada kira-kira pukul 8 pagi. Hospital itu kini dalam proses bedah siasat untuk mengetahui punca kematian, Arwah yang merupakan bapa kepada enam orang anak, pernah menyandang tugas selaku Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech .Beliau dilahirkan di Pasir Mas Kelantan pada 1947 dan pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya di bidang pengajian antaranya anugerah Guiness Book of Record sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat Doktor Falsafah. Beliau pernah melanjutkan pelajaran di University Illinois pada 1973 dan memulakan tugasnya sebagai pensyarah Jabatan Ekonomi Analisa Universiti Kebangsaan Malaysia sekembalinya ke tanahair.
Jenazah beliau dijangka akan dikebumikan petang ini di Kajang.

Kelantan sifatkan Dr Ismail Salleh manusia luar biasa 
 
Kerajaan Kelantan menyifatkan kematian pakar ekonomi, Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh, 61 merupakan satu kehilangan besar kepada negara. Anggota Exco kerajaan negeri, Dr Mohamad Fadzli Hassan berkata, kemampuan luar biasa yang dimiliki Allhayarham cukup dikagumi, lebih-lebih beliau merupakan orang kurang upaya (OKU). "Beliau seharusnya menjadi idola kepada OKU dan rakyat negara ini kerana mempunyai kemampuan yang cukup hebat. "Dr Ismail turut dikenali di peringkat dunia kerana beliau seorang OKU mempunyai kepakaran yang jarang dimiliki orang lain," katanya di sini. 
Dr Ismail meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura awal hari ini. Dan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Besar Singapura kira-kira jam 8 pagi tadi. Allahyarham mencipta sejarah sebagai senator pertama yang dilantik daripada kalangan OKU yang cacat penglihatan di Malaysia. Beliau juga bekas timbalan ketua pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa. Dr Ismail juga Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech yang diasasnya. Meninggalkan seorang balu dan enam anak. Arwah dilahirkan di Pasir Mas pada 2 September 1947.
Semasa hayatnya pernah mendapat anugerah Guiness Book of Records sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat ijazah Doktor Falsafah. _
_

Monday, August 24, 2009

salam ramadhan buat yang tersayang...

Salam Ramadhan al mubarak;
Ihsan :http://www.e-zakat.com.my/baru/sistem/e-kad/ekad_preview.asp?idno


buat yang tercinta;
Rusleda Awang;
anak-anak yang dirindui:
Zawinnajah Nazeira Nadzri
EinanNabella Nadzri
EmalinNuha Nadzri
NurinNeissa Nadzri


kehilangan sementara ini pun sudah amat terasa; bayangkanlah jika ia selama-lamanya, seperti orang lain yang tidak punya apa-apa....maka hargailah masa yang ada.
Semoga ramadhan al mubarak ini menyatukan lagi kasih sayang yang sedia ada...
Salam ramadhan dari papa untuk isteri dan anak-anak semua.

Mohd Nadzri bin Abdul Rahman Ibrahim
Brentford TW9 8QW
London

sedikit kenangan manis disini....

Salam,

Hari ini kurang lebih dah 85 hari aku berada di bumi Eropah khususnya England. Tinggal beberapa hari saja lagi untuk kami berangkat pulang ke Malaysia. Jika sebelum ini dicoretkan kesukaran-kesukaran, masalah yang membelenggu kepala tok penghulu, kali ni nak sebut pula perkara-perkara yang menjadi kenangan manis kami disini. Barulah fair… lagipun kata Ustaz Ramly, Punca kepada masalah ialah kerana masalah itu tidak diluahkan, Menyimpan masalah itulah yang menjadi barah kepada diri sendiri, ianya mungkin akan menghasilkan dendam, benci dan beribu perkara yang tak elok untuk ditulis disini. Benar Ustaz. Untuk mengurangkan masalah kita kena berhibur, malangnya disini tak berpeluang pula tengok tv atau buat aktiviti-aktiviti hiburan lain, apa yang kami selalu buat ialah berborak dan berjenaka sesama sendiri pantang mendapat waktu yang terluang. Itulah satu-satunya hiburan yang kami perolehi. Bila berborak tu, maka banyaklah pula cerita-cerita manis untuk dikongsi.
So diruangan ini terfikir pula untuk saya sebut beberapa peristiwa manis yang berlaku dikalangan kami…..

Anda tahulah, kami ni datang ke London dengan bekalan ilmu yang cukup sedikit. Bahasa Inggeris kami memang tak cukup makan walau pun kat Chow kit, inikan pula kat London… Tapi dah terlanjur kat London, terpaksalah kami gagahkan juga untuk berinteraksi dengan orang-orang sini, terutamanya bila time nak makan. Ye lah,kalau tak, kebulurlah kami….Satu ketika, sahabat-sahabat yang kelaparan ni, datanglah ke kedai nak beli ayam. Bila diasak oleh tokey kedai, member punyalah kelam kabut….terus tersasul nak beli ayam tertukar cakap “ I want three kitchen, please skin off…”. Tokeh kedai senyum je.. biasalah orang putih tak gelak pada orang yang salah cakap. Tukang gelak tu mestilah dikalangan member juga! Apa tak gelaknya, nak beli ayam dicakapnya nak beli dapur, siap buang kulit lagi...

Dalam satu perjumpaan resmi, kalau tak silap kat Budhist Temple. Adalah penyelaras Budhist tu tunjukkan cara-cara bertafakur, ala.. macam yoga tu. Kawan ni tengok sebijik macam filem kung fu, so lalu dia kuatkan semangat untuk bertanya si sifu tu, “ In meditation process, did you include some of marital art act?” Sifu tu agak tercengang juga…Nasib baik ada dua tiga kawan yang terdengar soalan tu betulkan semula, yang dimaksudkan oleh sahabat ni ialah memasukkan elemen seni pertahankan diri dalam meditasi…bukan seni bergelumang dengan isteri… “martial art, bukannya marital art”. Nasib baik kawan lain tak dengar. Bila Tanya semula sahabat tu, dia kata, “soalan tu pun dah memang tak confident, tu sebab tanya perlahan…”. Ok lah tu…..

Seorang sahabat kami nak gunting rambut. Almaklumlah dah 2 bulan lebih tak bergunting. Kebiasaannya sebulan sekali dia dah potong. Rimas pula bila dah bergulung-gulung rambut tu. So, pergilah dia kat satu saloon. Tukang gunting tu pun tanyalah, "nak potong macam mana," so selamba je sahabat ni jawab, “middle”. Maksudnya pertengahan tidak pendek, tidak panjang. Kata tukang gunting tu, middle potong tengah je, macam ‘punk’, kalau separuh medium…kalau half, setengah kepala… Kawan kat belakang hampir tercekik gelak geli hati, nasib baik lah tak kena potong macam rambut Misbun era 80an dulu… Balik nanti mesti jadi Ustaz Punk.

Waktu lapang kami sering bersembang pasal komunikasi ni.. sekali kawan-kawan adalah ceritakan pengalaman mereka kat tanah arab. Masalah yang sama juga mereka alami, iaitu masalah bahasa. Arakian diceritakan satu cerita mengenai student kita yang teringin sangat nak makan telur, so pergilah dia ke satu kedai. Malangnya sahabat ni tak ingat apa perkataan telur dalam bahasa arab. Maka dengan susah payahnya dia cuba jelaskan pada tokeh kedai tu, bunyinya hampir begini.. "al Sya’i allazi yadkhulu min qabli dajajati, launuha abyadh” (maksudnya lebih kurang "sesuatu yang keluar dari belakang ayam, warnanya putih)”. Dengar cerita tu apalagi, kami pun gelak sakan.

Satu lagi, student kita juga, berjalan di Mesir, bila mendapati dirinya sudah sesat dan dia sudah hilang pedoman, so dia cuba dapatkan bantuan seorang hamba allah, Katanya “Inni fi dholalun mubin” (saya dalam kesesatan yang amat nyata). Iaitu mengambil sebahagian ayat al quran. Mendengarkan kenyataan tersebut, Hamba Allah si Arab itu terus memintanya beristighfar dan mengucap semula, bukan menunjukkan jalan kepadanya.

Demikianlah sedikit sebanyak coretan manis yang kami perolehi disini. Sekurang-kurangnya gelak tawa itu mengurangkan rindu kami pada keluarga disana.

Sunday, August 23, 2009

Setelah 80 hari; Terkenang Kembali Kata-kata Dato' KP...

Salam,

Hari ini lebih kurang 84 hari aku berada di bumi Eropah khususnya England. Tinggal beberapa hari saja lagi untuk kami berangkat pulang ke Malaysia. Sebagai Ketua Delegasi yang diamanahkan oleh Ketua Pengarah JAKIM, banyak amanah dan tanggunjawab yang menjadi satu beban untuk kupikul sehingga misi ini selesai. Hadir ke bumi England ini sebagai peserta kursus dan mengendalikan perkara-perkara sampingan bunyinya amat mudah sebagai seorang ketua.

Sekali imbas, tugasku hanyalah sebagai perantara antara dua pihak jika kami berurusan, mengetuai segala urusan rasmi dan ketua kelas, atau jika ada sakit demam, mungkin ketualah yang akan uruskan masalah-masalah yang timbul. Itu adalah sangkaanku sebelum ini. Hakikatnya , sebagai ketua delegasi kali ini, segala beban itu ternyatalah perlu dipikul sebaik mungkin tanpa ada berat ringan atau pilih kasih antara sesama peserta. Tetapi rupanya banyak perkara lain yang tidak terjangka, sedikit sebanyak memberi kesan dan menyusutkan fikiran. Ditambah berita anak-anak di Malaysia yang sering sakit dan beberapa kali keluar masuk hospital, dua kali kemalangan yang melibatkan isteri dan kerosakan teruk kenderaan, ibu yang sering jatuh sakit di kampung dan bebanan kes tertangguh yang tak dapat diselesaikan sehingga aku kembali ke Malaysia, sedikit sebanyak kerap mengganggu emosi.

Menjadi ketua kepada delegasi pegawai-pegawai kanan adalah mudah jika mereka bersikap professional. Caranya pasti berbeza berbanding peserta kursus atau pelajar biasa. Bagaimanapun, itu terpulang diatas peserta sendiri menilai siapa diri mereka. Jika kehadiran mereka ke Eropah ini sebagai pelajar, maka tindakan, sikap dan perilaku juga sebagai pelajar, jika mereka hadir dengan anggapan mereka adalah pegawai kanan jabatan, maka mereka akan bertindak sebagai seorang pegawai kanan jabatan, meskipun pada hari minggu, jika mereka rasakan mereka adalah pegawai kerajaan yang berkursus, mereka hanya hadir kelas dan enjoy sakan selepas tamat program, ada juga yang semata-mata mengambil peluang hadir ke sini untuk menerokai setiap sudut bumi England beraksi sebagai pengembara dan banyak lagi terpulang kepada persepsi masing-masing. Wah, jka melihatkan situasi ini, anda tentu faham, betapa sukar untuk mengatur mereka!

Ternyata 90 hari disini banyak merungkai pengalaman baik dan buruk. Warna-warna kehidupan yang pelbagai, sikap yang bermacam-macam dan pasti sekali mudah untuk menilai seseorang. Terkenang kembali kata-kata Ybhg Datuk Wan, "Mengembara dapat mengenali siapa sebenarnya kawan dan lawan….." Benar sekali.

Mengingati kembali rona-rona yang dilalui, antara pengalaman pahit yang ditempuhi ialah beberapa ketika sebelum kami bertandang kesini.

Dua minggu sebelum ke London, surat tawaranku dibatalkan oleh JPA kerana sesuatu sebab yang tak dapat dielakkan. Bagaimanapun, atas nasihat dan bantuan pegawai bahagian latihan JAKIM, penyertaanku akhirnya dibenarkan disaat-saat akhir, kalau tak silap, dua hari sebelum kami berlepas. Bayangkan bagaimana persediaan fizikal dan mentalku….

Seminggu sebelum itu, dalam keadaan penyertaanku sendiri masih belum ketentuan, isu visa menyelubungi peserta kami. Turun naik pejabat VFS di Kuala Lumpur , uruskan surat sumpah dan sebagainya, kos, masa dan penangguhan kes saat-saat akhir terpaksa ditanggung bersendirian…. Antara tindakan tegas yang diambil waktu itu ialah, teruskan ke London tanpa mempedulikan isu visa, apa nak jadi, jadilah…Alhamdulillah, tindakan itu sesuatu yang tepat dan kehadiran kami tidak melalui apa-apa rintangan. Terfikir juga, mungkin masalah Visa sebenarnya ruang dan peluang yang dianugerahkan Allah untuk memberikan peluang aku bersama-sama dengan kumpulan ini… Jika tanpa masalah Visa, aku sebenarnya patut melupakan kehadiran ke London ini, Mengimbau kembali keadaan itu, jika tidak silap perkiraanku, tarikh sebenar kehadiran kami ke London ini dijadualkan pada 25hb Mei 2009. Penerbangan ke London ditangguhkan ekoran masalah Visa kepada 1hb Jun 2009. Ybhg Ketua Pengarah JPA pula meluluskan penyertaanku pada 28hb Mei 2009. Ternyata isu Visa memberikan aku peluang untuk bersama-sama menyertai program ini, sesuatu yang telah disusun jadualnya oleh Allah swt yang maha mengetahui, sudah pasti ianya banyak mengandungi hikmah….

Ketibaan kami di London disambut mesra oleh Pengetua Muslim Kolej. Satu seminggu di London memberikan kami kesempatan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran. Masalah bermula apabila kami terpaksa mengikuti trip ke Eropah, suatu trip yang terpaksa kami ikuti walaupun tidak punyai masa untuk menelitinya. Sesungguhnya trip ke Eropah sesuatu yang amat bermakna dan cukup banyak faedah kepada kami, tetapi ruang untuk membuat pilihan dan percaturan sendiri seharusnya hendaklah diberi, terutama faktor kewangan dan kesesuaian waktu. Hasilnya kami telah ditegur oleh pihak MSD dan aku menjadi sasarannya!, Malangnya kawan-kawan tidak memberi sokongan moral waktu itu. Tak apalah, mungkin ini pengalaman pertama. Alhamdulillah, isu itu diuruskan dengan baik secara sendirian dengan En Adib.

Beberapa hari kemudian, kerana pembatalan suatu majlis, Aku juga jadi sasaran kemarahan. Anda boleh lihat wajah tampan ini dua kali kemerahan dalam tempoh yang singkat apabila ditegur dan dimarahi di hadapan peserta secara terbuka. Terfikir juga, Kenapa kawan-kawan tak pertahankan keadaan ini, dan kenapa aku pulak yang jadi sasaran. Mungkin inilah tugasku…aku pasrah. Bagaimanapun, dua isu ini adalah bukan masalah kumpulan, dan aku tetap akan pertahankan nama baik kumpulan ini.

Bagaimanapun, bila timbulnya masalah dalaman, ia benar-benar mencabar kesabaran. Isu penempatan, bilik penginapan di TVU hanya dikhususkan untuk peserta, bukan untuk keluarga. Masalah timbul bila peserta membawa keluarga. Pening kepala memikirkan keadaan ini. Alhamdulillah,semuanya diselesaikan dengan baik. Bila disiasat dan setelah perbincangan diadakan, sebenarnya tak ada apa pun… So siapa pula yang membesarkan isu ini? Kawan-kawan yang lain juga membawa peserta, tak ada apa-apa pun…Maknanya dikalangan kami ada tukang lapor yang tidak memberikan maklumat yang tepat. Ada lagi, juga pasal penginapan. Setibanya di London, kami ditempatkan di TVU. Malangnya penginapan kami secara rawak dan berselerak. Kami sepakat untuk usahakan semua peserta dapat tinggal bersama di satu level atau aras, memudahkan segala urusan dan muafakat . Apabila urusan bilik dan penempatan diperolehi dan semua peserta diberi peluang tinggal di satu level, ada pula yang buat dajal enggan berpindah dengan berbakul alasan diberikan. Alhamdulillah, pihak TVU tidak mengambil serius hal tersebut dan ianya dapat diatasi bila akhirnya semua peserta sanggup berpindah. Isu ini mudah, tapi sebenarnya ia mencabar kewibawaan. Allah lah yang tahu bagaimana nak pujuk beruang supaya tinggalkan madu. Lebih teruk lagi, jika beruang itu berfikir bahawa dirinya adalah singa...

Sebagai ketua juga, aku sering dihadapkan dengan pelbagai komen, saranan dan teguran lain yang tak berapa seronok untuk didengar, terutamanya oleh pensyarah dan pengetua Kolej. Antaranya ketepatan waktu, masuk kelas lewat, telefon dalam kelas, tak ikut program, buat hal sendiri, tak ikut kumpulan dan pelbagai lagi. Malangnya teguran itu dibuat kepada ketua kumpulan, bukan kepada peserta. Dah memang menjadi tugasku, maka semua ini harus ku pikul. Masalahnya, aku tak tahu bagaimana nak sampaikan kepada mereka secara khusus?. Semua peserta adalah pegawai kanan jabatan masing-masing. Seharusnya mereka bersikap profesional dan hadir kesini sebagai wakil jabatan. Bukan sebagai pelajar atau penuntut diploma. Mereka seharusnya faham dan menjaga etika masing-masing. Yang susahnya, bila mereka fikir mereka adalah pegawai kanan, mereka sukar ditegur dan mempertikaikan teguran tersebut. Apa pun aku hanya menyampaikan sahaja. Mungkin mereka salah faham dan menjangka semua teguran itu adalah hanya semata aku menjadi ketua!

Kadang-kadang, tidak tahan dengan teguran yang berterusan dari pihak tertentu, aku bertindak keras dan tegas. Kata-kata keras ditujukan kepada semua peserta. Mungkin itu sahaja yang patut aku lakukan kerana sukar untuk menjaga orang yang ada prinsip sendiri. Secara lembut, mereka memberikan pelbagai alasan, dah lah tak ikut, diulanginya lagi perbuatan yang sama. So, teguran keras adalah sesuatu yang patut dan aku tak perlu fikir lagi akan risikonya. Sapa buat, sapa tak buat, semua terima. Lump sum! Kebanyakan peserta mungkin terasa hati ditegur secara keras. Tapi mereka mungkin tidak sedar apa yang mereka telah lakukan sebenarnya tidak disenangi oleh pihak Kolej. Mungkin kesilapanku ialah tidak berterus terang dengan mereka. Apa pun, mereka adalah professional, mereka sebenarnya patut tahu, itu tak sepatutnya mereka lakukan, dimana-mana sahaja, termasuk Malaysia.

Terakhir, aku juga tidak mendapat sokongan terutamanya bila kena buat kerja. Alhamdulillah, semua memberi komitmen yang padu bila mesyuarat dan bercakap. Semua beri cadangan yang hebat-hebat. Tabik pada semua peserta. Tapi ternyata, bercakap hebat itu tidak semestinya kerja juga hebat. Akhirnya aku sendirian terpaksa buat kerja-kerja yang sepatutnya kami kongsi bersama. Terima kasih Hazlin dan berberapa kawan lain yang faham keadaan ini.

Ah, itu hanyalah sebahagian rentetan kecil pengalaman yang tak sedap didengar sepanjang disini. Apa pun, kita kena muhasabah diri sendiri. Dalam tubuh kita terdapat urat yang mana aliran darahnya baik dan buruk. Urat darah itu mengalir ke ubun-ubun. Jika baik darah itu maka ia memberikan maklumat, makrifat dan manafaat yang amat banyak pada tuannya, maka banyaklah perkara positif yang mereka terima. jika yang mengalir urat darah itu sesuatu yang buruk, maka ianya akan meracuni minda dan fikiran masing-masing. Maka tidak adalah sebarang kebaikan yang diperolehi dari program ini, kerana kesudahannya adalah negative bagi mereka. Apa pun, baik buruk itu bukanlah penilaian daripada orang lain, tetapi terpulang di atas penilaian kita sendiri. Dan, penilaian kita sudah semestinya berbeza dengan pandangan orang lain, Harus diingat, biru kata kita, hijau kata orang, jika semua kata hijau, terimalah yang biru sebagai hijau, ianya mungkin sukar pada kita, tapi sekurang-kurangnya menyelamatkan komuniti kita dari berpecah, sehinggalah semua orang menukar fikiran mereka kepada biru. Itu satu pengalaman yang diperolehi disini. Dan ianya bukan sahaja kepada kumpulan kecil mengikuti program kursus ini, tetapi juga seluruh komuniti Muslim di bumi England ini. Mereka gagal menjadi komuniti yang kuat hanya kerana masing-masing ada pendapat tersendiri, lebih teruk lagi, masing-masing mahu menjadi ketua. Maka kita lihat di atasnya ada Hizbul Tahrir, di bawahnya ada muhajirun, ada neobandi, ada ikut etnik dan pelbagai lagi. Malangnya .....

"Seekor lalat, tak semestinya hinggap di makanan, tetapi sekawan langau, sudah pasti menghurung bangkai…." maka ikutlah kata ramai, kita tak mungkin silap. dan kalau ada pun, peluangnya adalah amat sikit, kerana dalam komuniti yang ramai akan ada yang akan memperbetulkan kesilapan itu...
Ya, apa pun, tahniah kepada semua peserta kerana dah konvo 21 Ogos yang lalu. Alhamdulillah, semua dah selesai dan kami bersiap-siap untuk packing barang. Banyak gak yang kena pikul bawa balik ke Malaysia nanti. Apa-apa hal pun, anda teruskanlah kerjaya anda sebaik pulang nanti. Anda adalah yang terbaik pada pandangan mata saya. Yang buruk itu hanya akan menjadi rahsia peribadi saya dan tak akan saya sampaikan walaupun pada anda sendiri. Jika anda faham, ubahlah persepsi, jika tidak, ianya tidak merugikan kami.
Komen-komen keras dari Pengetua Kolej, Dari MSD dan dari beberapa orang tertentu hanya akan menjadi rahsia peribadi saya. Cukup banyak saya mengenali peribadi anda sekelian sepertimana anda mengenali peribadi saya selepas 90 hari kita berkampung disini. Maaf jika kerana nak menyampaikan perkara itu kepada anda sekalian, menyebabkan anda kecil hati, mungkin bahasa saya tidak begitu baik....

Menghitung Hari....

Salam,
Hari-hari yang dilalui semakin banyak ditinggalkan. Tidak terasa waktu yang ditempuhi itu semakin singkat dan mata-mata jernih anak-anak kecil yang menanti di rumah semakin kerap terbayang. Petanda tempoh untuk terus berjejak di bumi asing ini semakin pendek. Pun begitu, 90 hari adalah satu jangka waktu yang singkat berbanding pengalaman yang diperolehi. Semoga apa yang dilalui dirantau ini boleh dijadikan pengalaman dan sempadan untuk mengharung hari-hari yang terus mendatang.

Ingatan berputar kembali bagaimana hari pertama kami tiba di bumi Inggeris ini. layanan istimewa diberi kepada kami. 90 hari disini terasa bagai hanya beberapa minggu. terlalu banyak pengalaman dicurahkan oleh MEREKA kepada kami. Kesempatan di ruang yang terluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang tidak terhingga. Sesungguhnya kebaikan yang diperolehi dari ilmu dan pengetahuan yang dicurahkan kepada kami tidak terbalas dan tak mampu kami ganti.


our principle

imam shahid raza

The Brilliant, Mushtak parker


Centre Of Muslim Jewish Director, Univ. of Cambridge


Bro from al Manaar Islamic Centre, Cardif, Wales


Of Course, our project manager, Bro Shahwiqar Shahin...





Hanya Allah yang membalas jasa baik kalian.....



Friday, August 21, 2009

Happy convocation, Tahniah....

20/8/08...
Sedih ada, seronok ada, macam-macam lah...
lain-lain tu..
No Comment....






Our Principal and a guest...

bergambar ramai-ramai, ye lah..konvo....


macam, biasa, pas tu mesti makan..

yang pasti, tak lama lagi kami akan balik ke Malaysia......

Kunjungan hormat ke JPA London; Ramah Mesra dengan En Amran Hasan, Councellor (Training)

Salam, hari ni 21/8/09. Sebahagian masyarakat Islam di UK setakat ini masih lagi sepakat untuk mula puasa pada 22/8/09, hari sabtu, sepertimana di Malaysia. So, memandangkan program kursus dah tamat, kami dengan beberapa orang ahli kumpulan program Kursus Khas ke London mengambil keputusan untuk membuat kunjungan hormat ke JPA London buat kali kedua sepanjang kami berada di sini. Kali pertama kalau tak silap kami datang secara resmi pada 19/6/2009 yang lalu. Kunjungan kali kedua ini adalah satu kunjungan tak resmi kerana kami difahamkan En Khairul Adib, Pegawai Kaunselor (bahagian latihan) JPA telah berpindah ke KL sejak 28/7/2009. Pengganti beliau yang baru datang ke kota London ini bagi menyambung tugas-tugas En Adib ialah En Amran Hasan.






Memandangkan Kursus kami pun dah tamat, besok pula dah mula puasa, kami mengambil inisiatif sendiri untuk datang mengunjungi En Amran di pejabat beliau di 30-34 QUEENSBOROUGH TERRACE LONDON W2 3ST . Malangnya kunjungan kali ini hanyalah disertai oleh beberapa orang sahaja dari kumpulan kami kerana kebanyakan peserta lain telah merancang program masing-masing. maklumlah dah konvo!


Antara peserta yang bersama-sama mengunjungi bangunan MSD yang mana terdapatnya pejabat JPA London ini ialah My self, Bro Zaki, Sis Norliah dan Sis Haznita. Turut sama ialah Bro Shahwiqar Shahin, Penyelaras Projek di Muslim College London, seorang Pakistani British.


kami tiba di pejabat En Amran dengan disambut mesra oleh beliau pada jam 11.15 pagi. kesempatan pertemuan tersebut digunakan sepenuhnya mengucapkan selamat datang kepada beliau ke bumi England ini dan bertukar-tukar pandangan. Kami juga berkesempatan menyentuh sedikit mengenai kursus yang yang dianjurkan oleh JAKIM serta masa depan kursus tersebut mengikut pandangan JPA London.


Pertemuan berakhir kira-kira 45 minit kemudian apabila kami dibawa ke restoran di tingkat bawah MSD untuk menjamu makan tengahari dan seterusnya solat jumaat di Masjid Malaysian Hall yang juga turut berada di bangunan yang sama. Secara kebetulannya, Ust jamali Adnan, salah seorang peserta dari grup kami akan mengimamkan solat jumaat dan membaca khutbah pada hari ini.



Sunday, August 16, 2009

Kunjungan silaturrahim Ke Rumah Atase Pendidikan MSD di Cleveland Road;

Pada 16hb Ogos 2009, jam 3pm kami beramai-ramai mengadakan kunjungan silaturrahim kerumah Ustaz Mohd Erfino Johari, Atase Pendidikan di Malaysian Student Department (MSD). Ustaz Mohd Erfino, akhir 30an, adalah seorang pegawai yang disegani dan dihormati di UK. Boleh dikatakan beliau dikenali oleh sebahagian besar rakyat Malaysia disini terutamanya pelajar-pelajar Malaysia di United Kingdom kerana beliau sebenarnya bertanggungjawab di atas segala kebajikan pelajar-pelajar Malaysia disini yang dianggarkan seramai 11,000 orang.



Setibanya kami di Ealing Broadway, stesyen tube yang paling hampir dengan tempat tinggalnya, beliau sudah sedia menunggu dan membawa kami menaiki kereta MPV beliau menuju kerumahnya di Claveland Road , Ealing . Beliau tinggal bersama isteri dan empat anak lelaki di sebuah rumah yang disewa khas berhadapan dengan satu kawasan padang rehat di Claveland. Di rumahnya, isterinya sudah sedia menunggu dan kami disambut penuh mesra. Sebaik tiba dirumah, beliau mempersilakan kami masuk dan sedikit ucapan terima kasih kerana kesudian mengunjungi rumah beliau dan kami memulakan majlis dengan sedikit tahlil doa selamat.


Kami kemudiannya dijamu dengan makan tengahari yang agak lazat juga dan dihidangkan dengan pelbagai kuih muih. Selepas makan tengahri, kami berbual panjang dengan ustaz Erfino dan pelbagai topik disentuh yang kebanyakannya menjurus kepada isu-isu agama dan kontemporari terutamanya isu-isu yang sering berlaku di Britain yang meyentuh mengenai agama Islam dan kedudukan orang-orang Muslim di Britain. Beliau juga seronok bercerita mengenai pengalaman beliau sepanjang berkhidmat selama 3 tahun sebagai Atase Pendidikan di MSD.



Seronok bersembang hingga tidak terasa waktu sudah agak lewat petang, kami mohon untuk kembali semula ke TVU setelah hampir dua jam berada di rumah beliau. Keramahan dan kemesraan beliau suami isteri jelas terserlah apabila beliau sekali lagi sudi menghantar kami sehingga ke perhentian bas yang terdekat.



Terima kasih kerana melayani kami. maka tidak hairanlah beliau amat dikagumi dan dihormati oleh pelajar-pelajar Malaysia disini. Budi baik Ustaz akan terus kami kenang!

Saturday, August 15, 2009

Merdeka Carnival 2009 di Brickendonbury; Ramahnya Rakyat Malaysia di United Kingdom...






Merdeka carnival 2009 di Brickendonbury, Hertford

Brickendonbury, The Tun Abdul Razak Research Centre





Hari ini 15hb Ogos 2009, satu Karnival tahunan kemerdekaan Malaysia diadakan di Brickendonbury, Hertford. Karnival Merdeka ini adalah satu acara tahunan yang dianjurkan oleh Malaysian Community di United Kingdom dan The High Commision of Malaysia in United Kingdom.

Brickendonbury, Hertford adalah agak jauh jika hendak dihitung dari tempat tinggal kami di Brentford. Bagaimanapun, memikirkan Rakyat malaysia yang lain mengambil masa 4-6 jam perjalanan ke sana semata-mata memeriahkan sambutan kemerdekaan Malaysia, dan adalah lebih patriotik bagi kami sebagai kakitangan kerajaan, kami mengambil keputusan untuk hadir juga ke sana walaupun jaraknya agak jauh. bagaimanapun, tidak semua dari 15 peserta dari grup kami yang dapat hadir memandangkan bas yang disediakan hanya mampu menyediakan 10 tempat duduk sahaja untuk kumpulan kami. Oleh kerana jarak yang jauh, iaitu lebih kurang 2 jam perjalanan dari Brentford, kami dengan kerjasama kelab Melayu Malaysia yang berpusat di Clapton, Hackney, menaiki bas yang ditempah khas bagi membawa kami ke Brickendonbury, yang mana perjalanan kesana mengambil masa lebih kurang satu jam lagi dari Hackney.

Kami pada awalnya bertolak dari Brentford seawal jam 7.00am menaiki tube di setesyen Briston Manor. Perjalanan menaiki tube melalui picadilly line mengambil masa selama 1 jam sebelum tiba di Manor House. Dari Manor House, kami menaiki bas no 354 menuju ke Clapton, iaitu kelab Melayu Malaysia di Cricket Road yang mana bas dijadualkan menunggu kami di sana. Setibanya di Cricket Road, mungkin masih terlalu awal, bas yang masih belum tiba memberikan kami peluang sementara untuk berehat dan santai di rumah kelab Melayu dan bersembang-sembang dengan ahli kelab lebih kurang 20 minit sebelum bas yang dijanjikan tiba. Kami mula bertolak dari Cricket Road menuju ke Brickendonbury lebih kurang jam 9.30 pagi. Perjalanan ke sana agak jauh juga dan melalui perkampungan di utara London. Pemandangan perkampungan yang cantik dan agak mengasyikkan menjadikan perjalanan yang mengambil masa satu jam terasa begitu cepat tiba ke destinasinya. Kami tiba di Tun Abdul Razak Research Centre di Brickendonbury lebih kurang jam 10.30am dan kelihatan sudah ramai pengunjung yang kebanyakannya terdiri dari rakyat Malaysia yang menetap dan tinggal di serata England sudah mulai ramai berkumpul.






Tun Abdul Razak Research Centre (TARRC) ini merangkumi sebuah kawasan lapang yang dikelilingi bukit dan padang serta lanskap yang amat menarik. Satu kawasan dengan keluasan lebih kurang 36 ekar, dipenuhi dengan pelbagai pokok hutan yang rimbun dan padang rumput yang luas dengan lanskap yang bersih dan terjaga rapi amat menarik pandangan kami. TARRC ini pernah pada satu masa dahulu diwar-warkan untuk dijadikan sebagai kompleks sukan bagi melatih atlit sukan Malaysia di London, bagaimanapun kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, perancangan kompleks itu dikatakan dibatalkan.

TARRC ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri sebelum ianya dimiliki oleh Malaysian Rubber Board, iaitu pusat penyelidikan getah Malaysia semenjak tahun 1974 dan diresmikan oleh Perdamna Menteri Malaysia waktu itu, Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Kawasan ini sebenarnya mempunyai sejarah yang panjang sebelum ianya dijadikan sebagai Pusat penyelidikan Tun Abdul Razak iaitu sejak zaman saxon (300 AD) lagi. Pada asalnya kawasan yang berbukit dipersekitaran tersebut dikatakan dimiliki oleh orang-orang Saxon, Brica. Manakala perkataan ‘Don’pula bermaksud bukit. Perkataan ‘bury’ pula telah ditambah pada zaman medieval yang merujuk kepada sebuah rumah bangsawan; maka perkataan ‘Brickendonbury’ membawa maksud sebuah rumah milik bangsawan yang dikelilingi oleh bukit Brica. Kedudukannya ialah memanjang menyelusuri sungai Lea ke utara.

Pada tahun 1016, hartanah ini dimiliki oleh Waltham Abbey, dan seterusnya oleh Edward The Confessor pada tahun 1062 dan juga oleh Harold II sebelum berlakunya Penaklukan Norman pada tahun 1066.


Estate ini kemudiannya bertukar tangan dari masa ke semasa . Pada tahun 1542, ianya dimiliki oleh Thomas Knighton dari Little Bradbury, selanjutnya berpindah milik kepada Edmond Allen pada tahun 1588 sebelum dijual kepada Stephen Soame (Soames) dan anaknya William, dari Suffolk, sebanyak £1000. Pada tahun 1682, Edward Clarke, seorang pedagang yang Berjaya, telah membeli tanah tersebut dari keluarga Soames'. Beliau adalah seoarang pedagang yang memiliki rangkaian perniagaan Merchants Taylors sekitar tahun 1690-1691 sebelum dilantik sebagai Datuk Bandar London pada tahun 1696. Selepas Sir Edward Clarke meninggal pada tahun 1703, estet tersebut berpindah milik kepada anak perempuannya Jane Morgan. Keluarga Morgan terakhir yang tinggal di Brickendonbury adalah George Gould Morgan yang meninggal di situ pada tahun 1845. Rumah ini kemudiannya disewa oleh Russel Ellice, yang meninggal pada tahun 1873 di Brickendonbury. Ellice adalah Ketua syarikat perdagangan British yang terkenal waktu itu iaitu British East India Company. Syarikat ini menjalankan perusahaan perladangan dan pertanian terutamanya di Asia Tenggara. Seorang Peniaga dari Nottingham bernama Charles Grey Hill, kemudian membeli tanah tersebut dari Morgan, bagaimana pun sebelum sempat rumah itu dibaik pulih dan diduduki, beliau terlebih dahulu meninggal dunia . Pada tahun 1893, tanah itu kemudiannya dibeli oleh George Pearson dengan nilai yang semakin bertambah iaitu £ 30.000;

George Pearson kemudiannya meninggal pada tahun 1902 dan rumah itu diserahkan kepada Sir Edward, seorang jurutera dan juga seorang jaksa Pendamai di Hertfordshire dan merupakan High Sheriff for the County pada tahun 1909. Dia juga merupakan Datuk Bandar kepada Hertford. Pada tahun 1930an, sewaktu era perang dunia pertama 1939-1945, rumah ini telah dikosongkan dan agak terbiar. Sebahagian bangunannya telah rosak dan binasa sebelum dibaiki semula pada tahun 1971 dan dijadikan sebagai pusat penyelidikan getah oleh kerajaan Malaysia dengan nama Tun Abdul Razak Research Centre. Pusat tersebut telah diresmikan oleh Perdana Menteri Malaysia waktu itu Tun Hussein Onn. Sehingga kini, ianya masih menjadi hak milik TARRC dan menjadi lokasi Karnival Merdeka pada setiap tahun bermula sejak beberapa tahun yang lalu. Demikianlah sejarah panjang mengenai Brickendonbury ini yang dapat direngkaskan.
Brickendonbury ini sekarang merupakan kawasan yang menjadi kemegahan rakyat Malaysia, dengan kawasan yang luas dan lapang, lanskap yang menarik dan dipenuhi pokok-pokok yang terjaga rapi, adalah suatu tempat yang amat sesuai dan selesa sebagai tempat pertemuan rakyat Malaysia di seluruh England, dan mungkin kerana itulah juga kawasan ini menjadi pilihan penganjur walaupun ianya agak jauh dari Kota London dan agak tersembunyi dan tersorok dari keriuhan dunia luar.



Sejak dari jam 9.00am lagi, pengunjung telah mula memenuhi kawasan ini. Dianggarkan antara 500-1500 pengunjung telah datang dalam satu-satu masa. Kebanyakan pengunjung adalah terdiri dari semua lapisan masyarakat Malaysia yang pelbagai bangsa. Mereka datang dengan membawa keluarga dan rakan taulan termasuklah masyarakat tempatan yang turut memeriahkan carnival. Selain dari dihiburkan oleh persembahan kebudayaan yang pelbagai dari semua ras dan etnik oleh masyarakat Malaysia disini, Syawal AF juga didatangkan khusus oleh Malaysian Airline System untuk menghiburkan orang ramai. Pengunjung yang hadir boleh menjamu selera di 24 gerai yang telah disediakan dengan pelbagai juadah makanan Malaysia yang lazat-lazat selain dari bersantai di kawasan yang terbuka menghadap ke pentas persembahan. Mereka siap membawa alas untuk rehat seperti tikar, tuala bahkan kerusi lipat termasuk mejanya sekali dan ada yang memasang khemah. Kami sempat beberapa kali mengelilingi kawasan carnival, mungkin 7-9 kali dalam kesesakan orang ramai yang berpusu-pusu disitu. Ianya tidak menghairankan kerana satu suasana yang amat seronok dan membanggakan apabila berjumpa rakyat Malaysia yang peramah. Biarpun kami tak pernah bersua sebelum ini, setiap orang saling menyapa sesama sendiri dan sentiasa tersenyum. Cukup mudah untuk berkenalan dan mendapat kawan, anda hanya perlu memandang, melemparkan senyuman, dan saling bertukar bussines card, anda mampu mendapatkan 20 orang rakan baru dalam masa hanya beberapa jam. Masyarakat Malaysia yang peramah dan mesra. Sesuatu yang mungkin tidak berlaku di bumi asal Malaysia, walaupun oleh orang yang sama!. Aneh bukan?






tak nampak pula kelibat Tn Professor kali ni, mana dia ye, sihat kah dia?


Karnival sehari ini diresmikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom dan Ireland, Dato’ Abdul Aziz Mohammed dan berakhir pada jam 6.00 petang. Beberapa ketika sebelum carnival ini tamat, kami sempat mencuri peluang untuk berjumpa dengan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia dan Timbalannya Dato’ Rostam Yahya. Ternyata beliau masih ingat dan cam kami yang pernah bertandang ke ofisnya, di Malaysian Hiccom pada 19hb Jun yang lalu.

Ybhg Dato' Rustam menyampaikan kata alu-aluan

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom dan Eire, TYT Datuk Abdul Aziz Mohammed sewaktu ucapan meresmikan Karnival Merdeka


Kami bertolak pulang ke Thames Valley University lebih kurang jam 5.00 petang dan tiba di bilik hostel seawal jam 7.00 petang, setelah seharian di Brickendonbury, sempat juga merebahkan badan sementara menunggu solat maghrib sambil termenung mengenangkan keramahan rakyat Malaysia di UK, saya tersenyum sendirian . Dalam hati berbisik, kalau jumpa kat pasar malam Bangi, mahu ke dia orang ni pandang aku?…… Ya, budaya kita amat unik…

Sunday, August 9, 2009

Bravo Chelsea!

wave of chelsea fans


Premier League Champions Manchester United and 2009 FA Cup winners Chelsea, battle it out today at Wembley Stadium in a bid to win the Community Shield—or Charity Shield as it will forever be known by football enthusiasts of a certain era.

The last time they met, the Red Devils won. Sir Alex Ferguson still has one of the world’s toughest teams at his disposal, despite the sale of the both Ronaldo and Tevez.



For Chelsea, John Terry will start in defense, and he’s likely to be alongside Ricardo Carvalho. While Ancelotti will assess whether he feels his most efficient attacking option is through a pairing of Drogba and Anelka, or one of them deployed as a lone striker.




The match kicks-off at 4:00 p.m.




UPDATE: Salomon Kalou scored the winning penalty as Chelsea beat United 4-1 in a shootout to clinch the Community Shield. The London side scored all four of their spot-kicks, while Ryan Giggs and Patrice Evra both missed their penalties for the Reds.





Watch the highlights below:





10 badan pentadbir agama Islam NS terima tauliah


Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Mohamad Hasan (duduk dua dari kiri) bersama anggota badan pentadbir Islam Negeri Sembilan selepas majlis penyampaian tauliah di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, semalam.



KUALA PILAH 6 Ogos - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini berkenan menyampaikan tauliah kepada 10 badan pentadbir agama Islam Negeri Sembilan dalam satu majlis yang diadakan di Istana Besar Seri Menanti di sini.


Antara yang menerima tauliah berkenaan termasuk 17 Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), 11 orang Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan dan enam Ahli Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Sembilan.


Turut menerima tauliah ialah seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, tujuh Hakim Mahkamah Rendah Syariah dan seorang Ketua Pendakwa Syarie.


Pada majlis tersebut juga, Tuanku Muhriz berkenan menyampaikan tauliah kepada 12 pentadbir dalam urusan perkahwinan, penceraian dan rujuk negeri ini, dan seorang Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah negeri.


Antara penerima tauliah MAINS ialah Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Pengerusi dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Razak Mansor sebagai timbalannya.


Lain-lain penerima tauliah Ahli MAINS ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hassan, Penasihat Undang-Undang negeri, Datuk Ishak Sahari, Pegawai Kewangan negeri, Datuk Ab. Radzak Ab. Rahman, Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad, Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh dan Pengarah Jabatan Agama Islam negeri, Johani Hassan.


Penerima lain ialah Datuk Mohamed Husein, Datuk Borhan Hashim, Datuk Baharum Hasbullah, Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin, Datuk Zainal Abidin Ahmad, Datuk Mohd. Kamil Abd. Aziz, Datuk Mohd. Najeeb Abdullah, Datuk Mohd. Fadzli Yusof dan Rosman Abdullah.


Sementara itu, Mohd. Yusof turut menerima tauliah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Fatwa negeri daripada Tuanku Muhriz, manakala Timbalan Mufti negeri, Nor Azamir Alias menganggotai jawatan kuasa berkenaan.


Turut berada dalam senarai Jawatankuasa Fatwa negeri ialah Borhan, Baharum, Dr. Zulkifli Mohamed Al Bakri, Jamil Abdul Wahab, Ahmad Labib Md. Yusof, Mohd. Khalil Sheikh Ahmad, Sheikh Muhammad Fuad, Ahmad Azhari Talib dan Zamani Ibrahim.


Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah ialah Tan Sri Sheikh Ghazali Abd. Rahman, Tan Sri Ibrahim Lembut, Datuk Muhammad Asri Abdullah, Datuk Abu Bakar Ahmad, Baharum dan Arshad Abd. Samad.


Sementara itu, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah ialah Mohd. Nazri Abdul Rahman dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah ialah Mohd. Abu Hassan Abdullah, Hamizan Mohd. Nor, Japri Bahari, Sukran Yusof, Mohd. Alimi Mohammed, Mohd. Mirza Abdul Rashid dan Abdul Rashid Ramli.


Turut mengiringi baginda pada majlis tersebut ialah Undang Luak Rembau, Datuk Muhamad Sharip Othman; Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Dohak; Undang Luak Johol, Datuk Mohd. Jan Abdul Gani; Undang Luak Jelebu, Datuk Musa Wahab serta Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri. - Utusan Malaysia 7/8/09.
Tahniah kepada penerima-penerima tauliah daripada Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan. Malangnya ana tidak ada bersama kerana keuzuran untuk memeriahkan majlis.

Thursday, August 6, 2009

10 Tips to Improve Your Speaking Voice

10 Tips to Improve Your Speaking Voice
One of the most important components of public speaking is the sound of your voice. It influences the impact of your message, and might even make or break the success of your speech. Fortunately, for many people, good voice quality can be learned.Instructions :
1. Breathe from your diaphragm -Practice long and controlled exhales. When you speak, use breath to punctuate your point. For example, take a breath at the end of each phrase whether you need to or not. Use that opportunity to pause and let the listeners absorb what you say.
2. Use pitch - Lower pitches generally are more soothing to hear. However, modulating your pitch for emphasis will keep your listeners engaged. Develop your pitch by practicing humming.
3. Moderate your volume - Find out if you speak too loudly or too softly. When you begin speaking, ask your audience how your volume is (each situation is different). Try to stay at the appropriate volume throughout your speech.
4. Moderate your pace - This one is also closely related to breath. If you speak too quickly, people can't keep up. If you speak too slowly, people will lose interest. Record your speech to determine if you need to change your pace. Get feedback from others.
5. Articulate - Try exaggerating your lip movement to reduce mumbling. Practice articulating tongue twisters and extending and exaggerating vowel sounds. Become an expert at articulating tongue twisters as quickly and crisply as possible. Focus on the ones you find difficult.
6. Practice Your speech in advance and determine where you want to pause for a breath. For more emphasis, pause for more than one breath. Mark your breathing points in your notes.
7. Loosen upBefore you begin. Look side to side. Roll your head in half-circles and roll your shoulders back. Shift your rib cage from side to side. Yawn. Stretch. Touch your toes while completely relaxing your upper body, then slowly stand up, one vertebra at a time, raising your head last. Repeat as needed.
8. Posture - Stand up straight and tall to allow full lung capacity and airflow.

9. Record your voice repeatedly using different ways of speaking. Determine which one is most pleasing.

10. Practice breath control - Take a deep breath, and while you exhale, count to 10 (or recite the months or days of the week). Try gradually increasing your volume as you count, using your abdominal muscles—not your throat—for volume. Don't let your larynx tense up.
quote from:

Tuesday, August 4, 2009

Madame Tussaud; Patung Orang mati Yang Hidup di London





Hari ini 4hb ogos 2009, Selasa jam 2,30pm. Tugasan seterusnya ialah hadir ke Muzium lilin, Madame Tussaud yang mana lokasinya terletak di tengah kota London iaitu di Marylebone Road, Paddington, NW1 5020 , London. Asalnya agak keberatan juga untuk masuk ke Muzium ini, apatah lagi pagi tadi dapat berita yang agak kurang baik apabila diberitahu mengenai anak perempuan yang ditahan di hospital. Memikirkan tidak ada apa yang mampu dibuat dalam keadaan yang berjauhan seperti ini, selain dari setiap detik berdoa agar keselamatan dan kesihatannya dipelihara oleh Allah swt, aku hadir juga ke muzium ini dengan hati yang gundah. Sekurang-kurangnya hilang juga keresahan itu seketika.

Madame Tussauds adalah museum lilin di London di mana cawangannya dibina di serata Bandar-bandar besar di seluruh dunia. Ianya didirikan oleh tukang ukir patung lilin terkenal iaitu Marie Tussaud. Marie Tussaud dilahirkan pada tahun 1761 dan telah meninggal dunia pada tahun 1850. Beliau dilahirkan di Strasbourg, Perancis. Ibunya bekerja sebagai pembantu rumah untuk Dr Philippe Curtius, seorang ahli fizik yang mahir dalam kerja-kerja mengukir lilin. Majikan ibunya ini telah mengajar Marie Tussaud mengenai kemahiran menghasilkan patung-patung lilin.Pada tahun 1765,Dr. Curtius telah menghasilkan lilin Marie-Jeanne du Barry,isteri kepada Raja Louis XV. Patung tersebut adalah antara yang tertua dihasilkan yang masih wujud sehingga hari ini. Pada tahun 1770, Dr Curtis telah menghasilkan pameran patung lilinnya yang pertama dan menarik ramai penonton mengunjunginya. Pameran patung lilin ini kemudiannya dibawa ke Palais Royal di Paris pada tahun 1776. Dr Curtis kemudiannya membuka lokasi pamerannya yang kedua di Boulevard du Temple juga di Paris pada tahun 1782.

Marie @Madame Tussaud, orang yang mempopularkan seni ukiran lilin yang dipelajari dari mentornya Dr. Philippe Curtis dan merupakan seorang tutor seni di King Louis XVI’s sister at the Palace Of Versailles sewaktu berumur 17 tahun. Beliau kemudiannya dipaksa mengukir patung lilin daripada mould mayat mangsa French Revolution yang mengubah kehidupannya selepas itu.


Marie Tussaud, membuat pameran patung lilin yang pertama kali pada tahun 1777 di Voltaire. Antara model terkenal yang diukir oleh beliau waktu itu ialah Jean-Jacques Rousseau dan Benjamin Franklin.Marie telah berkahwin dengan Francois Tussaud pada tahun 1795 dan sejak dari tarikh tersebut beliau telah memakai nama akhir sebagai Tussaud dan seterusnya dikenali sebagai - Madame Tussauds. Pada tahun 1802,Madam Tussaud telah mengembara ke London. Bagaimanapun, ekoran daripada perang Perancis -Inggeris waktu itu, beliau tidak dapat kembali semula ke Perancis, jadi beliau telah mengembara ke seluruh England dan Ireland untuk mempamirkan koleksinya.Pada tahun 1831, Madame Tussaud telah menyewa satu lot kedai di “Baker Street Bazaar” (di sebelah barat Baker Street antara Dorset Street dan King Street). Tapak ini kemudiannya menjadi rumah dan tempat pameran tetapnya sejak 1836.

Madame Tusaaud yang menetap di Baker Street, London, dan telah membuka sebuah muzium lilin disitu. Apa yang menjadi tarikan orang ramai untuk memenuhi muzium tersebut ialah ‘Chamber of Horrors’ iaitu pameran yang memaparkan korban semasa Revolusi Perancis. Selain dari membina patung-patung lilin, Marie Tussaud juga ada menghasilkan gambar lukisan potret dirinya yang masih ada hingga sekarang dan digantung di pintu masuk Muzium. Marie Tussaud meninggal dunia pada 15hb April 1850 sewaktu tidur.


Pemandangan biasa setiap kali cuti musim panas di mana pengunjung beratur panjang untuk masuk ke dalam muzium .




Selepas beberapa tahun kematiannya,muzium tersebut telah dijaga dan diuruskan oleh cucunya iaitu Joseph Randall. Pada tahun 1883, oleh kerana ruang pameran yang sempit, cucunya Joseph Randall telah memindahkan ruang pameran ke Marylebone Road, iaitu satu kawasan yang lebih luas dan selesa seperti yang ada sekarang. Kawasan baru ini telah dibuka kepada umum secara resmi pada 14 julai 1884.Sejak itu muzium ini terus berkembang dan pelbagai patung lilin yang baru ditambah dari masa ke semasa termasuklah patung-patung asal yang dihasilkan oleh Marie Tussaud sendiri. Jumlah asal patung-patung lilin waktu itu adalah dianggarkan sebanyak 400 patung. Bagaimanapun, kebanyakan patung-patung tersebut telah rosak akibat dijilat api dalam satu kebakaran dalam pada tahun 1925, manakala sebahagian besarnya musnah akibat serangan bom tentera jerman pada tahun 1941. Sebahagian dari patung-patung tersebut telah dibuat semula, manakala patung-patung asal yang masih ada antara yang tertua dan kekal hingga kini ialah patung Madame Du Barry, Robbiespierre, George III dan Benjamin Franklin.


Bersama Washington dan John Travolta


Muzium lilin Madame Tussaud terus berkembang sehingga sekarang dan menjadi semakin maju dan terkenal. Penambahan telah dilakukan oleh kerajaan British dan pengelola muzium tersebut dengan menambah muzium baru yang dikenali sebagai London Planetarium di sebelah kanan muzium asal ini.cawangannya juga telah diperluaskan ke serata dunia termasuklah di Amsterdam, Berlin, Las Vegas, New York City, Hong Kong, Shanghai, Washington, DC, dan cawangan baru yang dijangka dibuka pada umum pertengahan tahun 2009 di Hollywood.Pada hari ini, patung lilin di Tussauds telah ditambah dan diperluaskan kepada model-model serta tokoh terkenal dalam pelbagai bidang seperti tokoh sejarawan, ahli politik, bintang filem,ahli sukan dan sebagainya. Kini Muzium ini dimiliki dan diuruskan oleh Syarikat Merlin Entertainment & Co.

Bayaran masuk untuk meninjau di dalam muzium ini dikenakan sebanyak GBP20.50 (tiket berkumpulan), satu jumlah yang agak mahal. Bagaimanapun anda tidak akan merasa kecewa atau menyesal dengan bayaran yang tinggi tersebut kerana banyak yang anda akan perolehi sewaktu menelusuri sepanjang muzium ini. Meskipun ianya Cuma sekadar patung lilin yang biasa, ianya memaparkan hasil kerja zaman British seawall tahun 1700an yang lampau.

bergambar bersama Prince Of Wales, Putera Charles dan isterinya,

Bagi cuti musim panas ini, keadaan pengunjung adalah agak ramai dan amat sesak. Kami yang tiba agak lewat sedikit seperti yang dijanjikan, iaitu lebih kurang jam 2.30pm, terpaksa beratur panjang walaupun tiket telah tersedia. Sebaik masuk ke dalam muzium, kami melalui ruang selebriti yang memaparkan patung lilin George Clooney, Jonathan Ross, morgan Freeman, John Travolta dan sebagainya. Patung-patung itu seakan-akan sama seperti orang yang hidup kecuali tidak bernyawa, malah disatu sudut, kami agak kelirudan sukar untuk membezakan antara orang sebenar atau patung lilin, itulah hebatnya ciptaan manusia!.



Bersama Dato Bandar London dan Nelson Mandela.


Anda juga tentunya terhibur dengan ‘Chamber of Horrors’ iaitu hasil seni yang diilhamkan oleh Marie Tussaud pada tahun 1800an dulu dari peristiwa sebenar revolusi perancis, dimana mangsa-magsa yang terkorban adalah dari rupa dan badan asal mereka!Di sini anda boleh mengenali dan menghayati bagaimana Perancis melalui zaman yang membawa kepada perubahan kepada masyarakat mereka.


Di ruang yang lain pula, anda berkesempatan untuk mengenali kota London secara lebih dekat mengikut perubahan zamannya.Patung-patung asal tahiun 1700-1800an diletakkan diruang ini. Dengan menaiki replika teksi yang disediakan, anda meneroka kota London sejak tahun 1700an. Ruang ini memaparkan kehidupan masyarakt bawahan London yang merempat di zaman itu. (Fakta bahawa tahun-tahun pertengahan 1700, London menghadapi isu perumahan, setinggan, pengangguran, kemiskinan dan penyakit kolera yang serius. Berada disitu seolah-olah anda hidup di zaman abad ke 18. Teksi seterusnya membawa anda melalui zaman-zaman seterusnya, bagaimana kerja-kerja pembinaan dan penambahbaikan gereja St Cathederal dibuat, penggunaan alat-alat pertukangan dan kemahiran pada zaman tersebut sehinggalah kepada zaman moden yang serba maju. Teksi kemudiannya berhenti sebaik sahaja anda sampai ke pintu keluar muzium, dan sediakan wang untuk bayar gambar candid yang diambil tanpa pengetahuan anda!

Malu-malu sebab kena gelak sakan oleh Jim Carey kerana tak pandai nyanyi....


Meneroka muzium ini bukan hanya menyeronokkan kerana dapat menyaksikan kemahiran dan ketelitian patung-patung yang diukir dengan lilin, tetapi juga anda dapat menghayati sejarah setiap watak patung tersebut. Kebanyakan patung-patung yang ada adalah patung-patung orang ternama yang telah mati, tetapi seperti kata Marie Tussaud sendiri, dengan membina semula patung orang yang telah mati, ianya bertahan untuk terus hidup dalam diri manusia generasi seterusnya. Walaupun membina patung lilin ini adalah cara barat untuk mengembangkan seni dan kemahiran, mereka secara tidak langsung telah meninggalkan sejarah dengan gambaran yang kekal dan asli yang tidak ternilai kepada generasi sekarang. Sejarah tu, bukan patung…

Monday, August 3, 2009

Bas Merah London; Bukan sekadar merah yang menyerlah...

The Red London Bus merupakan salah satu daripada ikon kota London, bermula dari bas dua tingkat yang menggunakan pintu masuk dari arah belakang sehinggalah kepada bas double decker generasi moden hari ini menjadikan bas merah ini dikenali seluruh dunia. Sejarah bas di London jika ditinjau sebenarnya bermula di kota London sejak tahun 1829 lagi, apabila George Shillibeer memulakan operasi syarikatnya dengan mengambil penumpang menggunakan kereta kuda dari Paddington ke kota London. Manakala pada tahun 1855, Syarikat The London General Omnibus Company atau LGOC diasaskan oleh beliau untuk mengurus dan mengatur perkhidmatan bas yang beroperasi di seluruh kota London.


Selari dengan perkembangan industri bermotor waktu itu, Syarikat LGOC mulai menggunakan enjin wap pada tahun 1902, dan mereka membina sendiri enjin tersebut pada tahun 1909 dengan menyesuaikannya kepada dua jenis bas iaitu type x dan Type B. Manakala saingan LGOC, Thomas Tilling, yang menubuhkan Thomas Tilling Group pada 1900an pula mula menggunakan khidmat bas yang beroperasi dengan enjin bermotor pada tahun 1904. LGOC menggunakan khidmat bas-kereta kuda yang terakhir pada 25 Oktober 1911 dengan mengambil penumpang dari stesyen London Bridge ke Moorgate, sungguh pun begitu khidmat kereta kuda masih terus digunapakai sehinggalah pada tahun 1914.




LGOC menggunakan perkhidmatan bas-kereta kuda double-decker yang terakhir pada
25 Oktober 1911 dari stesyen London Bridge ke Moorgate, London.

Pada tahun 1909, Thomas Tilling Group dan Syarikat LGOC telah mengadakan perjanjian bagi menamatkan persaingan bas penumpang di Kota London. Mereka menguasai perkhidmatan bas di seluruh kota London waktu itu. Bagaimanapun, pada 1909 juga, Thomas Clarkson, menubuhkan syarikat The National Steam car Company yang menjalankan perkhidmatan bas kuasa stim bagi menyaingi Syarikat LGOC dan Thomas Tilling. Pada tahun 1919, Syarikat National Company telah mencapai kata sepakat dengan Syarikat LGOC dan menamatkan khidmat operasi bas di London, dan kemudianya diikuti oleh bas kuasa stim pada tahun yang sama. Pada tahun 1912, The Underground Group, iaitu syarikat yang memiliki sebahagian besar sistem London Underground telah membeli syarikat LGOC. Pada tahun 1933, LGOC bersama dengan Underground Group, membentuk London Passenger Transport Board (LPTB). Nama Syarikat LGOC (London General) kemudiannya ditukar kepada London Transport, yang mana logo syarikat itu sendiri berwarna merah, kerana itulah bas kota London sinonim dengan warna merah.


LGOC membina bas dengan enjin wap Type X


Type B


LPTB diberi tanggung jawab untuk mengendalikan semua perkhidmatan bas di Kota London. Mereka memberi khidmat kepada penumpang di sekitar 30 batu dari pusat Kota London. Perkhidmatan ini termasuklah mengendali dan memantau perkhidmatan bas dari syarikat lain seperti London Green Country Buses, Green Line Coaches dan sebahagian perkhidmatan Tilling Group dan syarikat-syarikat persendirian yang lain.



Perkhidmastan bas London ini berterusan di bawah pengurusan LPTB dari tahun 1933-1948, kemudian perkhidmatannya bertukar pula kepada The London Transport Executive pada tahun 1948-1963, Dari tahun 1963-1970 di bawah pengurusan London Transport Board, Greater London Council (1970-1984)dan seterusnya di bawah pengurusan London Regional Transport dari tahun 1984 sehingga tahun 2000. Bagaimanapun pada tahun 1969, perkhidmatan The Green Country Services, bersekutu dengan Green Line Coaches merupakan satu syarikat yang berasingan dan menubuhkan London Country Bus Services, yang mana pada tahun 1970 mereka membentuk syarikat yang bernama The National Bus Company. Sekitar tahun 1980-an, kerajaan Britain di bawah Perdana Menteri Margaret Thatcher waktu itu memutuskan untuk menswastakan perkhidmatan operasi bas di United kingdom, yang mana ketika itu perkhidmatan bas penumpang di London di dominasi oleh London Transport iaitu perkhidmatan bas nasional yang dimiliki penuh oleh kerajaan. Bagi membezakan dengan perkhidmatan bas-bas lain di seluruh Negara, perkhidmatan bas di London yang dikenali sebagai ‘London Buses’ telah ditubuhkan. Pada tahun 2000, perkhidmatan pengangkutan dan operasi bas dikendalikan sepenuhnya di bawah 'transport organisation of The Mayor of London'.


New Routmaster/bendy bus


Konsep bas ini diperkenalkan sejak 18 April 1966 bagi menggantikan bas double decker kepada long single-decker buses. Bas panjang ini asalnya bagi menggantikan bas double decker yang dikatakan tidak mesra pengguna. Bas panjang ini juga mempunyai kapasiti penumpang yang lebih ramai dan mempunyai dua atau tiga pintu dan selesa kepada pengguna serta cepat dan mudah berbanding bas double decker. Bas ini juga adalah mesra penumpang kerana lantainya lebih rendah dan memudahkan bagi penumpang golongan kurang upaya atau penumpang yang menggunakan kerusi roda. Bagaimanapun, operasi bas ini akan ditamatkan secara berperingkat dan sebahagian operasinya telah pun dihentikan pada pertengahan tahun 2009 kerana penggunaanya dikatakan tidak ekonomik dan agak membahayakan pengguna jalanraya lain terutamanya pejalan kaki dan penunggang basikal.

Bas ni panjang sangat. Ada 2 atau 3 pintu. Bahayanya tak adalah
sangat, tapi yang pastinya penumpang boleh mencelah dan
mengelak dari bayar tambang kerana badan bas yang panjang
menyukarkan kawalan oleh pemandu yang sayup jauh di hadapan.

Night Buses


Night Buses memulakan operasi sejak tahun 1913 lagi di Kota London. Kebiasaannya bas yang beroperasi waktu malam ini mudah dikenali dengan tanda 'N'. Bas malam ini beroperasi di central London iaitu melalui Trafalgar Square ke destinasi-destinasi mengikut line stesyen keretapi atau tube yang tidak mengadakan perkhidmatan di malam hari.

Heritage Bus
Walaupun bas yang mempunyai pintu masuk dari arah belakang ini telah ditamatkan perkhidmatan biasanya, tetapi bas ini masih ditagih khidmatnya di dua 'heritages routes' atau laluan di central london. Heritages Routes ini adalah sebahagian daripada jaringan perkhidmatan london Bus. Dua 'route' bas ini ialah dari Royal Albert Hall ke Aldwych dan Trafalgar Square ke Tower Hill. Heritage bus adalah antara bas yang biasa dapat kita lihat di kota London. Kebiasaanya 'heritage bus' adalah bas dua tingkat atau separa terbuka diatas. Bas ini tidak mengambil penumpang seperti biasa tetapi perlu ditempah tiketnya terlebih dahulu melalui ejen-ejen yang disediakan. Tiketnya boleh diperolehi untuk satu hari atau lebih atau mengikut jam. Dalam setengah keadaan, penumpang tidak perlu membuat penempahan tetapi boleh mendapatkan terus tiket daripada pemandu atau dimana-mana hentian bas.




Tour Bus


Pemandangan biasa juga di Kota london ialah Tour Bus. Majoriti bas jenis ini ialah double decker dengan sebahagian bumbungnya adalah terbuka, tujuannya bagi memudahkan pelancong menikmati panorama kota London. Sebelum tiba ke Kota London, melihat bas ini di dalam iklan tv dan movie menyebabkan hati begitu teruja untuk menyaksikannya dengan mata sendiri. Dah tiba sini, menyesal naik... pasal harganya boleh lah tahan.

Long Distance Coaches


Coach Jarak jauh adalah jaringan perkhidmnatan bas London dengan Bandar-bandar sekitar UK dan Bandar-bandar lain di Europe. Kebanyakan perkhidmatan bas jenis ini dijalankan oleh National Express dengan kerjasama European affiliate Eurolines. Bas Nasional Express biasanya berwarna putih dan lebih besar dari bas awam biasa. Bas ini mengambil dan menurunkan penumpang hanya di Stesyen Victoria Coach.


Bas ni lah yang kami naik pergi tour to Europe.....


Selain dari itu ada juga bas airport, Bas Kilang dan macam-macam jenis bas lagi. Tak yah cerita lah, sama je dengan bas express tadi, banyak kat KL. Yang pentingnya ialah bas warna merah di London. kita sering bertanya kenapa bas di London warna merah? satu persoalan yang sudah agak lama saya simpan dalam kepala. Tanya pemandu pun kebanyakannya mereka hanya menggelengkan kepala. kebanyakan pemandu di London adalah berbangsa asing seperti Pakistan, India, Singh dan sebagainya. so, memang mereka ni tak tahu apa-apa selain dari pandu bas saja.

Akhirnya saya dapat juga jawapannya, kenapa sebenarnya bas di London warnanya merah. Warna merah ini adalah sama seperti mana warna merah yang digunakan di "roundel" London underground, dan warna yang sama juga untuk mengenali central line. Mengikut Dokumen 'Transport For London's London Buses Corporate Indentity Colour Standards', ianya mencatatkan bahawa;

Carefully controlled use of corporate, mode, safety and London Underground line colours is highly effective in communicating the strengths of our organisation. Consistent use of colour across journey planners, signage and livery etc, also helps guide passengers to their destinations.”

So, patutlah bas di London ni semuanya warna merah. Memang ada regulation mengenai perkara tersebut. Ingatkan dia saje-saje je kaler merah bagi nampak cantik dan terang, nak publisiti...rupanya Mat Salleh memang buat sesuatu tu bersebab, dan mereka cukup perihatin pada sesuatu termasuklah warna, malah mereka tidak tukar sesuatu itu sewenang-wenangnya walaupun perkara itu mungkin kecil pada kita seperti warna, kerana nak tukar kepada warna lain memerlukan justifikasi yang kuat dan munasabah...


Ini lah sign kenderaan awam darat, Logo nya warna merah. Sama ngan bas merah.

Seperti yang kita maklumi, pengangkutan awam di London adalah antara yang tercekap di dunia, termasuklah pengangkutan bas. Anda tidak perlu risau mengejar masa jika terlepas bas kerana bas seterusnya hanyalah selang 5-10 minit kemudian atau menaiki mana-mana bas lain yang mungkin mengikut laluan yang sama.




Dari segi tiketnya pula, harganya adalah munasabah dan mampu dibayar oleh pengguna. bayaran tiket juga ada disediakan secara mingguan atau bulanan. Maksimum bayaran tiket ialah GBP3.20 untuk sehari perjalanan dan anda boleh naik bas beberapa kali yang anda mahu. Bas pula dilengkapi dengan kamera tertutup dan mesra pengguna terutamanya bagi penumpang yang kurang upaya. Kebiasaannya setiap bas kecuali bas jenis bendy dan heritage, menyediakan pelantar untuk kemudahan kerusi roda dan boleh menempatkan satu atau dua ruang kepada mereka bagi setiap bas. Apa pun, sejarah pengangkutan bas yang panjang di England bermula dari zaman kereta kuda sehinggalah penciptaan enjin dan melangkaui kenderaan hybrid zaman moden ini menjadikan pengurusaan pengangkutan bas di kota London sentiasa ke depan berbanding pengangkutan awam di negara lain.

Setakat ni tak sempat lagi nak bergambar dekat bas merah......


Inilah bas yang setiap hari kami naik nak ke college....

MADRID II

  Kota Madrid seawal abad ke 9 pernah diperintah oleh gabenur Umayyah Andalusia dan kota ini dikenali sebagai 'majrit' dari kata asa...