Wednesday, September 15, 2010

Jika Arwah ayah masih ada....

Khamis 9 September bersamaan 30 Ramadhan, suasana di kampung masih sepi. Setibanya kami sekeluarga dari Kuala Lumpur disambut oleh ibu yang satu-satunya menghuni di rumah usang peninggalan aewah ayah. Tergenang air mata gembira seorang ibu bila menyambut anak cucunya kembali untuk meraikan aidil fitri tahun ini. Ibu yang sudah uzur  merupakan penghuni tetap rumah usang ini sejak peninggalan arwah ayah beberapa tahun dahulu. Sebenarnya agak janggal meninggalkan ibu keseorangan di rumah usang ini memikirkan sakit peningnya yang sudah tentulah sukar untuk diuruskan kerana semua anak-anak berada jauh dirantauan.  Pun begitu, meski puas dipujuk, ibu masih tetap berkeras untuk terus tinggal berseorangan dikampung. memahami kehendak naalurinya yang mungkin tersimpan seribu kenangan pahit manis bersama arwah ayah di rumah ini, kami adik beradik membiarkan ibu terus kekal di rumah usang ini. Sesekali jika berkelapangan, kami akan bergilir-gilir membawa ibu ke rumah masing-masing di KL, Penang, Nilai, Damansara, kedah dan Kemaman.

Tahun ini, ibu agak sugul apabila sehingga hari terakhir puasa pun, anak-anak masih belum menjengah muka. Kebetulan kami pula sukar untuk menghubungi ibu apabila seminggu sebelum puasa apabila telefonya hilang dicuri oleh pembantu rumah sewaktu beliau berada di Kemaman, rumah adik. Jadi adik beradik yang lain langsung tak dapat menghubungi ibu untuk memaklumkan mereka akan balik bercuti di kampung tahun ini. 

Tidak seperti kebiasaannya pada tahun-tahun sebelumnya, Tidak semua adik beradik kami dapat berkumpul pada hari raya, maklumlah semuanya sudah berkeluarga, ada yang balik Penang, Terengganu, Kedah dan ada yang tak dapat cuti. Menurut ibu, tahun ini juga mungkin tidak semua adik beradik yang lain juga dapat berkumpul kerana setakat hari ini, cuma kami sekeluarga sahaja yang muncul, dan esok sudah hari raya. Jelas sugul di muka ibu bila kami bertanyakan hal tersebut.

Beberapa jam sebelum berbuka hari terakhir Ramadhan itu, satu  demi satu kereta muncul memenuhi ruang laman yang sempit di rumah usang peninggalan arwah ayah. 15 minit sebelum azan maghrib berkumandang, kereta kelapan muncul di hadapan rumah dan tidak ada lagi ruang untuknya 'parking' menjadikan sawah kontang di penjuru rumah sebagai tempat lepak kereta 'baru' tersebut, menjadikan semua anak-anak ibu beraya dan berkumpul bersama tahun ini. Tak sangka pula, pada tahun ini sebahagian besar telah kembali ke kampung asal mereka termasuklah anak-anak menantu dan cucu-cucu serta cicit yang telah berkeluarga pun menjadikan rumah ibu pusaka arwah ayah sebagai tempat berkumpul yang tidak dirancang bagi tahun ini. 

Kegembiraan jelas terpancar di wajah ibu yang sibuk ke sana kemari gelisah kerana tidak menyangkakan semua akan balik bercuti tahun ini. Masalah ibu hanya satu, beliau tidak sempat menyediakan makanan untuk juadah berbuka kerana tidak menjangkakan semua akan pulang. Juadah yang disediakan hanya untuk kami sekeluarga kerana hanya kami yang tiba awal, iaitu sebelum zohor tengahari tadi. Pakcik yang keluar sebelum jam 6 petang tadi untuk membeli juadah berbuka pun masih belum kembali lagi mungkin dah terperangkap dalam kesesakan di Pekan. Resah ibu mula terubat apabila kereta ke sembilan tiba beberapa detik sebelum azan maghrib membawa murtabak daging sebanyak 30 keping yang sempat di'tapau' dalam perjalanan dari Pulau Pinang. Menyedari mungkin semua sudah ada dikampung, adik bongsu ini telah 'booking' semua murtabak dari gerai kenalannya di Tanah Merah semata-mata untuk dibawa balik bagi juadah berbuka. Apalagi, meriahlah suasana berbuka pada hari terakhir Ramadhan di rumah usang ini yang hampir setahun tidak dipijak oleh kami kecuali ibu berseorangan. Selepas solat maghrib, sewaktu tahmid dialunkan dari corong masjid  kedengaran sayup-sayup, cucu cicit ibu dah meredah reban menangkap dua-tiga ekor ayam dara bagi santapan malam itu dan untuk lauk raya besok harinya. Meskipun kami lambat pekena nasi selepas berbuka kerana menunggu gulai  ayam  siap dimasak,  murtabak daging dan sedikit kurma sudah memadai bagi mengalas perut ala kadar sebelum kami sekali lagi menghadap hidangan untuk menjamah nasi  gulai ayam bagi 'berbuka puasa' yang sebenarnya malam itu. meskipun kami sebenarnya berbuka jam 11.00 malam pada malam raya itu, tidak ada seorang pun dari kami mahupun cucu-cicit ibu yang merungut mereka lapar. Semuanya kenyang dengan keseronokan dan gembira berkumpul bersama malah kami sebenarnya terlupa untuk makan jika tidak dipanggil oleh ibu.


Suasana lengang beberapa jam sebelum berbuka puasa  30 Ramadhan 1431H


 
Jam 6 petang, kereta anak menantu dan cucu cicit ibu dah 
memenuhi ruang laman rumah pusaka arwah ayah.

Itu kisah berbuka. bayanglah betapa peningnya ibu nak sediakan juadah berbuka untuk 35 orang dewasa tidak termasuk anak-anak kecil dalam satu masa? Ibu hanya diberi masa 3 jam sahaja oleh anak cucunya, dari jam 5 petang - 9 malam untuk menyediakan semua itu. 3 kali kami ke pasar meredah jem dan kesesakan untuk membeli lauk bagi juadah berbuka dan anak-anak buah meredah reban menangkap, menyembelih dan menggulai ayam dara selepas berbuka. Dua kotak tamar Yusof Taiyyob habis sekelip mata diratah oleh anak-anak buah buat hidangan berbuka menantikan gulai ayam siap yang dimasak tergesa-gesa. Pun begitu langsung ibu tidak menunjukkan kesusahan hatinya malah dia yang uzur menjadi sihat secara tiba-tiba menyediakan itu semua untuk kami. 

Jam 12 malam sebaik kami selesai makan, ibu sekali lagi terbongkok-bongkok  menyelongkar almari mencari tilam, cadar, selimut, bantal dan segala barang untuk anak cucunya selesa tidur kerana esok pagi mereka akan keluar beraya. Bayangkan macamana susahnya ibu nak menyusun dan mengagihkan segala tilam kekabu, span, cadar, selimut dan bantal untuk 11 keluarga dari 9 buah kereta yang tiba-tiba memenuhi ruang rumahnya! Ibu sebagai arkitek mengatur susun tempat tidur kami di tengah-tengah balai rumah. Ruang yang siang hari tadi adalah amat luas bagi kami sudah menjadi terlalu sempit bila malam hari hingga untuk menyusun tapak kaki pun menjadi terlalu sukar. Malam itu tidak ada ruang kosong di atas rumah pusaka arwah ayah bila segenap inci papan reput itu dihuni oleh kami. Rumah yang biasanya dihuni oleh ibu seorang diri yang hanya dipenuhi oleh suaranya mengaji al-Quran, tiba-tiba malam ini menjadi sukar untuk melangkah kerana ada saja tubuh anak-anak yang tidur bergelimpangan dan bingit dengan bun yi mercun dan teriak tawa anak-anak cucu. Semua bilik dipenuhi oleh adik-adik dan anak buah yang baru berkahwin dan yang ada anak kecil, manakala segenap ruang lantai dialas oleh tilam dan cadar oleh kami anak beranak. Secara mudahnya kalau sebuah kereta diisi sekurang-kurangnya satu keluarga dengan 5 ahli, jika ada 9 kereta bermakna 45 orang, sekurang-kurangnya 35 dewasa dan 15-20 kanak-kanak! Itu hanya anggaran kerana tidak pula dibuat kiraan. Yang pastinya malam itu kami tidur seperti dalam dewan Balairaya waktu bulan disember tatkala kampung digenangi banjir. Bagi yang ada anak kecil, ibu sibuk menggantung kelambu dan separuh ubat nyamuk Fumakilla jadi mangsa malam itu. 

kerana penat, jam 1.45 pagi aku dah tertidur kerana penat seharian di hujung anjung tanpa peduli riuh bising mercun anak-anak buah yang membingitkan telinga. sebelum terlelap, sempat juga terfikirkan bahawa aku mesti bangun seawal pagi yang boleh untuk mandi sunat aidil fitri besok pagi. bayangkanlah kalau aku terlewat besok pagi, kerana bilik air hanya satu, ada hampir 50 orang yang akan beratur menunggu giliran, jika seorang mengambil masa 5 minit untuk mandi, bermakna hampir 250 minit untuk semua selesai. Jika bermula jam 6.00 pagi bagi orang pertama, maknanya orang terakhir akan selesai mandi jam 10 atau 11 pagi...sah tak akan sempat solat hari raya besok! tengah berkira-kira itu tak tahu bila masa aku terlena sesedarnya aku abang dah mengalunkan azan  untuk kami solat subuh berjemaah pada pagi aidil fitri yang mulia. Sambil menggosok mata, aku terkenang, jika arwah ayah masih ada.......Aidil fitri ini mungkin yang paling gembira baginya......

ziarah kubur arwah ayah  hari raya pertama

HIMPUNAN ALUMNI MAAHAD MUHAMMADI (L) 4 SYAWAL 2010

Alhamdulillah, 4hb Syawal 1431H  bersamaan hari Isnin 13hb September 2010 lalu berlangsungnya majlis perjumpaan Alumni Maahad Muhammadi di SMMM(L) jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan.  Seramai lebih kurang 600 orang telah hadir ke Majlis tersebut. Turut hadir ialah Prof Madya Ida Madiha Abdul Ghani Azmi selaku Penasihat Alumni MM(P) sebagai tetamu kehormat, guru-guru, sahabat handai dan sebagainya. Kagum dengan sambutan luar biasa bekas-bekas pelajar, pihak urusetia memaklumkan satu perjumpaan besar-besaran akan diadakan pada tahun hadapan, insyaallah.

Sekalung tahniah kepada Ahli Jawatankuasa bertindak yang mengusahakan majlis ini iaitu Dato' Hj Nik Abdul kadir (mantan Mudir) sebagai penasihat, dan Ust Muhammad yunan (pengerusi), Ust Azhar, Ust Zaki, Ahmad Fazlan, Ust Efendy, Ust Zulkifli dan sebagainya. Usaha kalian amat dihargai.

Bagaimanapun, kehadiran pada hari itu yang agak lewat dan terlupa membawa kamera, menjadikan peristiwa bersejarah bertemu rakan-rakan agak mengecewakan kerana tidak ada gambar kenangan yang dapat dirakam. Apa pun pada rakan2 lain, semoga pada tahun-tahun yang akan datang, sudi-sudilah mengahdirkan diri dan beramah mesra.
jaiz


Tok Wan
 Dwan, Nik Mat Lobil dan Jaiz

Saturday, September 4, 2010

seminggu sebelum ghayo sewaktu ambo balik cuti

ceghito sayo, 
seminggu sebelum ghayo sewakto ambo balik cuti
sayo duk nengung atah palo tanggo, ralit dok perati
Tengok ko pakdo Iso anak beranak laki bini
nok make lauk buko poso, 
satu keluargo berambat nak pitah serati guling bating
bercawat kote pulok Pak Do rukah Nyo

Golok di pingge ikat semuta atah ppalo
kalu lah belawe nge beghuk pun laju pak do
beruk gerenti akat tangan selendar, 
"ooo terer lagi Pak do.."
Setakat nyayur begulai belake ghumoh serba ado
Tak payoh nak gi kkedai tak payoh keluar belanjo
Tanah berekar ekar buleh menane buleh megho
Kalu gawat balik lah satu Malaysia, 
relek jah Pak Do

Jauh tak seghupo denge sayo dok Bandar
Punya la sekso kalu bini kato " Abee nok gulai.."
Pruungg setat kegheta,
supermarket kedai besar tempat mahal
Baghu sebutir nyo keno dekat dua riyal

Ambo di bandar denge jiran tak pernah bertengkar
Tak pernoh bekasar, tak pernoh bergurau
Duduk sebelah pagar, namo pun tak kenal
Lu lu Gua Gua apa pasal
selisih bertembung, akat kening akat mato
Buke kato sombong, tapi doh samo-samo beso

Semayang terawih pong kosong,
saf pertamo belake tok Imam jah sajo
Kalu tepat gotong royong,
  penoh, semuanya ahli jawate kuaso

Baghu-baghu ni kegheta jire Oghe maghi taghik
Saya dok ddale, diee, kkurung dale bilik
Buke tak berani, sajo malah keluar takut besabit
Sebab kegheta saya sendiri pung jenih kegheta sakit

Seminggu sebelum ghayo, sewaktu saya balik cuti
Lape raso dada sejuk dale hati
Tengok anok daro arwah Pak Su Ali
Comel doh So, baik, warok pulok sekali
Male lepah Iso, syahdu ambo dengar
Sedapnyo sogho, quran dia hafal
Kelua soo..soo... 
seghupa denga dale speka
Kalu buat bini mudoo...
Bini tuo buleh tupe belajar...

Jauh tak serupo denge anak jiran sebelah alik kiri
Jire sebekah ambo di Kuala Lupo, 
anok drebar teksi
Baghu tikate tigo, doh berenti ngaji
Tak tahu nok jadi begapo, hidup supo mati
Rambut hok ite, dia gi celup kuning
Di telinga ada limo sube, 
tiga tambah atah kening
skirt ketat, baju jaghe kemah keming
Tok lebai nge Tok Imam pun dua tiga kali jeling

Belum masuk iso, ujung-ujung maghrib
Ado muto ado kegheto
Berebut maghi ambik
Tak tahu bawok gi kemano, 
kade kade tak balik
Serupo teksi ayoh dia 
asalkan tambe, 
sapo-sapo pun buleh naik

Sekali, seminggu sebelum ghayo sewaktu ambo balik cuti
Hati ambo berkato, 
duduk kkapong baik lagi
Agama demo jago, 
Adab Budaya nilai murni
Di bandar ning, 
tak dok apo-apo, 
Hile jati diri


Selamat Hari Rayo.
Sabri Yunus

Beli baju ghayo anok

Haghi ni, sabtu 4 bule semile 2010 bersamae 25 ramadhan 1431H. Hari cuti tak kkijo. Lepah subuh pagi tadi ambo tido tekejut bedegar nyo kosek ko anok. Demo tu gege dok ngajok  nak gi beli baju ghayyo. Nak maroh pun, janji doh haghi ni nak gi bbeli ke puak-puak dio. Baso dia lah budok-budok. Time nok ghayo ggini suko bena bila ppakat beli baghang beghaya.

Caghi baju ghaya tidaklah susoh sangat. setat kegheta kalu gi alah kulu ko seremban, alah kilir ke Kola lupur. Alik hnaik ke Kajang atau Putrajaya, alik jjatuh Nilai 3. Sebut jah mano, buleh gi janji ada pitih so kkagho.

Tubit pagi-pagi kelik puko 3. Ada sekeghat kegheta bbeli baghe ghayo. Baju gaun ado, baju t shirt ado, seluar jeans ada, pendek kata kalu buleh alamanda Putrajaya pung nak beli wat balik. Gilo sungguh beli baghang ghayo. Ambo pulok tak leh nge anok-anok. Taghik tange sikit tunjuk nak ggotu ggoni, tak sey beli kan ingat ko anok. Beli kan, menengung ada seminggu sebab habih pitih.

Sebut beli baju ghayo ni, teringat ambo zame budok-budok dulu. Haghi mulo-mulo poso tu sebut doh nak beli baju ggapo ko muloh ayoh. Suko sangat kalu masuk bule poso, sebab muloh ayoh akan beli baju baghu. Tiap-tiap haghi tanyo muloh ayoh bila nak gi beli baju baghu. kalu sebule posa, duo tigo haghi nak ghayo baghu beli. Ambo masa tu pong tak pehe bakpo. tapi ghapat nok ghayo baghulah demo sibuk pusing kedai caghi baju ghayo anok. Ambo pulok kughe 3 haghi nak cukop sebule teringat ko baju ghayo. Haghi-haghi sebut. Buke apo, zaman dulu kalu tidak musim ghayo jange haghaplah oghe tuo beli baju baru. Seingat ambo bab beli baju baghu ning hanyo dua kali setahun jah. Bule 12 nak masok kelah baghu denge bule poso dua tigo haghi nak ghaya. Kalu tidak jange haghap nak baju baghu. Ghaya haji pun paka baju lamo. Baju ghayo poso tak jejah lagi.
Gi beli baju, tidak lah jauh mano. Ambo tak kenal Kota Baghu. Kedai ssohor maso tu ialah kedai Beghehim Cina di Kedai Teghe. Beli baju ghayo ning muloh ayoh tak pernah bawak gi supermarket. kalu ado pun maso tu tak kenal supermarket. Pernoh jugok mok ambo keno maghoh ko muloh ayoh bilo dia ajak bbeli baju ghayo anok di Kota Bhaghu. Muloh ayoh kato wat penamo beli di Kota Baghu, tambe prebet sapu pun tigo amah soghe, wat ppunoh ke pitih jah. Pade beli di Keda Teghe pun belana kok na doh. 

Buleh baju sepase ambo simpe dalam almaghi saye nak paka. Haghi ghayo pun paka semeta-semeta. Bimbe takut cemar. Mugo baju sela. Selua pulok ambo tak pehe bakpo muloh ayoh ni suko sangat beli selua pendek kala bighu. Ambo tak sey pun hak tu lah nanak tahun dia beli. Ghupo-ghuponya supo nge selua skolah, buleh paka jare-jare wat gi sekolah. 
Beli kasut ghayo pun satu hal. Ambo paka kasut saiz 4. tapi muloh ayoh beli saiz 5. nanak tahun dia beli kasut besar. Sebabnya mudoh jah, buleh paka tahun depe. kalu ambo tak gi sekali, male-male dia ukur tapak kaki paka daun rokok. Hati ambo tak puah sokmo pasal nanak kali beli tak pernoh keno.
Antaro baju ghayo yang paling ambo nak sangat ghitu gak baju  oghe terbang 'Ralph' hok rambut kerotok. Berjerit sakan ambo mengamok nok baju tu muloh ayoh tak sey beli. dia kato wat mmunoh jah, oghe tak pakai wat ghayo baju belah tu.  Maso tu TV tengoh ssohor ceghito 'The Great Amarican Hero'. Paka baju tu seghupo lah dengan superman haghi ni. Buleh wat teghebang. Dok atah ppalo tanggo terjun tughun. Kalu tak make hmiat, keno lah penampar sebutir duo.  Buleh pakai baju tu ssohor ko saing-saing seminggu tak pecat. Bbalah gege nge mok ambo sebab dia kutip basuh, ambo tak bui dia ambik pasa nak pakai nanak haghi.  Hok paling sedap bila pakai baju tu time naik basikal. Dia ada sayap alik belake, perase seghupo tengoh teghebe, mulut pulok tak begheti nyanyi "biliebit oronot oooo woking noneyy ..." (believe it or not, oo walking on the air...)

Suko ingat jame budok dulu...rego baju tu lima amah jah (2.50). Tujuh amah sekali nge selua. Banding nge baju anok ambo  lo ni, sepase kat dua ratus...baghu soghe..pakai tigo pat kali, cemuh doh, pah ngamok nok baju lain.



keda Teghe lo ni. 


mercu tando kedai teghe selepas tahun 90an...

gambar ihsan ZainalTajudin.photopages.com

Perjumpaan alumni Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu 2010


Pada 27hb Ogos 2010 yang lalu, saya ada menerima sms dari seorang hamba Allah. Malangnya dia tak memperkenalkan dirinya. Pun begitu saya percaya dia mengenali diri ini. Apa pun terima kasih kerana sms itu mengandungi hebahan bahawa khabarnya pada 4hb Syawal 1431H bersamaan 13hb September 2010 bertempat di padang sekolah Men Maahad Muhammadi (L) Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan berlangsungnya perjumpaan alumni bekas pelajar Maahad Muhammadi (L) dari tahun 1960an-2000an. Majlis gilang gemilang itu akan turut dihadiri oleh YAB Dato Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sebagai tetamu kehormat disamping Dato' Tuan Guru Haji Nik Dir, mantan Pengetua (mudir) sekolah Maahad Muhammadi (L) dan semua guru-guru serta bekasa guru-guru yang pernah mengajar disekolah ini juga khabarnya turut dijemput.

Majlis dijangka berlangsung dari jam 9.00 pagi dan semua bekas-bekas pelajar adalah dijemput menghadirkan diri. Insyaalah. 

Terima kasih kerana menyampaikan khabar berita ini dan pada sesiapa yang terbaca memo ini, ramai-ramailah kita ke sana untuk bertemu dan beramah mesra dengan rakan-rakan taulan, guru-guru mursyid kita yang pastinya dah lama tidak kita ketemui. Apa khabar mereka sekarang ini. Insyaalah kita ketahui nanti pada 4hb Syawal 1431H nanti.
Maahad Muhammadi (L)




Di padang sekolah inilah nanti bakal berlangsungnya majlis yang gilang gemilang yang akan mempertemukan semua bekas pelajar, guru-guru dan bekas guru Maahad Muhammadi Lelaki 1960an-2000an nanti.

MADRID II

  Kota Madrid seawal abad ke 9 pernah diperintah oleh gabenur Umayyah Andalusia dan kota ini dikenali sebagai 'majrit' dari kata asa...