Wednesday, July 29, 2009

Gudwara Sri Guru Singh Sabha, Southall, Candi Sikh Terbesar di Eropah

Gurdwara Sri Guru Singh Sabha, Southall, London

pagi 27hb Julai 2009, bagi memenuhi subjek interfaith yang paling tidak aku gemari, kami dikehendakki hadir ke sebuah kuil sikh di Southall, london. Kuil tersebut merupakan kuil bagi penganut kepercayaan sikhs yang terbesar di Eropah. Gurdwara Sri Guru Singh Sabha Southall (SGSS) yang terkenal dengan panggilan Sikh Gurdwara terletak di suburban London iaitu di Southall di Havelock Road, Park Avenue. Kuil sikh ini adalah antara yang terbesar di luar India. Kerja-kerja membangunkan candi sikh ini bermula pada bulan Mac 2000 dan mula dibuka pada umum pada 30mac 2003, iaitu 3 tahun kemudian dalam rangka untuk pembangunan dan perkembangan masyarakat sikh.Kos pembinaan candi ini bernilai £ 17,5 juta dan sebahagian bessarnyaa adalah dari sumbangan anggota masyarakat sikh setempat dan atas bantuan pinjaman Allied Irish Bank.
Kuil atau Candi Gurdwara Sri Guru Singh Sabha, Southall ini didirikan di bumi Inggeris oleh masyarakat keturunan Sikhs yang berhijrah ke kepulauan British pada awal tahun 50an dan 60an. Pada tahun 1950-an, sejumlah besar masyarakat keturunan Sikhs tinggaldan berkumpul di Shepherd's Bush Gurdwara.Bagi menyatukan masyarakat Sikhs di Southall, pertubuhan ‘the Southall Sikh Cultural Society’ telah ditubuhkan pada tahun 1960.
lakaran dalam kelas saat-saat diserang mengantuk yang amat sangat...


Organisasi ini mengadakan program mingguannya pada setiap hari minggu di Shackleton Hallsehinggalah mereka berpindah ke Jalan Beaconsfield 11. Imigrasi dari masyarakat Sikhs dari Malaysia dan Singapura menyebabkan pembentukan kelompok lain yang dikenali sebagai - Sri Guru Nanak Singh Sabha. Kedua kelompok ini bergerak secara independen sehinggalah pada tahun 1964. Pada tahun 1962, kedua kelompok masyarakat Sikhs ini kemudiannya bergabung membentuk Sri Guru Singh Sabha Southall. Ia juga merupakan ibu pejabat kepada Sri Guru Singh Sabha.
pada tahun 1967, mereka telah membeli sebuah bangunan di Havelock Road sites.Pada 1997, mereka sekali lagi berpindah, iaitu ke tapak sekarang di Park Avenue, iaitu tapak yang asalnya dibeli sejak tahun 1984 sebelum dibangunkan pada tahun 1997. Bagaimana pun candi seperti yang ada sekarang ini mula dibina pada tahun 2000 sebelum siap sepenuhnya dan mula dibuka pada umum terutamanya kepada masyarakat Sikhs, mulai bulan Mac 2003.
Kuil ini merupakan antara yang terbesar di Eropah selain dari kuil emas Amritsar yang terkenal di India.

Tidak banyak karenah sepertimana kuil Hindu di nesdean yang pernah kami lawati, Kuil Sikhs ini memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk dilawati.

Tanpa membincangkan isu kepercayaan, suka saya bersikap pesimis dengan kebudayaan masyarakat sikh yang meketakkan kepercayaan beragama sebahagian dan sebahagian lagi kepada kebajikan. Maka tidak hairanlah masyarakat ini yang agak tertutup dan sukar didekati di Malaysia kerana mereka tidak cuba untuk mempengaruhi orang lain menyertai mereka. Mereka menekankan kehidupan secara kebajikan dan berbuat baik sesama manusia sepertimana kefahaman agama lain dengan menyarankan kehidupan yang aman dengan bersikap jujur tanpa menumpahkan darah dan keganasan. Mereka menyediakan makanan percuma kepada semua pengunjung dan tidak mengharapkan balasan. Memberi perlindungan kepada semua masyarakat tanpa mengira agama, tidak hairanlah mereka menjadi tumpuan masyarakat Eropah yang mencari kedamaian bukan melalui kepercayaan agama.

Kepercayaan sikh diasaskan oleh Guru nanak(1469-1539) di punjab beberapa ratus tahun dahulu . Keperecayaan Sikhs ini tidak jauh bezanya dengan sebahagian fahaman golongan Muslim kerana ianya Muncul di India pada zaman pertembungan Islam dan Hindu. Dikatakan juga Guru nanak pernah hidup dikalangan masyarakat Muslim malah antara kawan rapatnya sewaktu kecil adalah seorang Muslim dan beliau dikatakan juga pernah mengerjakan haji di Makkah.? Bapanya bernama Mehta Kalku manakala ibunya bernama Tripta. Sebahagian pendapat mengatakan ibunya beragama Islam dan sebahagian pendapat pula mengatakan keduanya adalah beragama Hindu. Tidak berpuas hati dengan kehidupan berkasta, Guru nanak mendapat ilham melalui pembelajarannya dan kawan-kawannya mengenai kesaksamaan hidup sehinggalah lahirnya agama Sikh. Kepercayaan ini dijelmakan dalam bemtuk scripture yang dihasilkan oleh beberapa guru selepasnya dan dua darinya dikatakan oleh orang islam yang bernama Farid dan kabir.? Apa pun, ianya terlalu asas bagi saya dan tidak berhasrat untuk mengulasnya.

Pertemuan dengan Kelab Melayu di Cricketfield, Clapton, East London,Peluang Untuk Berbakti Kepada Anak Bangsa

26hb Julai 2009, kurang lebih seminggu yang lalu, kami dijemput untuk memberi sedikit tazkirah kepada Persatuan Melayu United kingdom. Kelab Melayu ini adalah salah satu dari dua kelab melayu yang terkenal di East London. Pemimpinnya bertukar ganti. Dahulunya kelab ini terkenal sebagai kelab sosial yang ditubuhkan oleh pekerja-pekerja Melayu Malaysia yang datang berdagang, mencari nafkah dan bekerja disini.

Kami kesana dengan kereta yang dijemput khas oleh Bro Amir, seorang yang peramah dan mudah mesra. Menetap di London sejak 1992, secara tak formalnya bermula tahun 80an. Beliau berkahwin dengan gadis Bosnia dan telah mendapat PR Britain sejak beberapa tahun lalu. Sepanjang perjalanan, beliau petah bercerita mengenai sejarah silam seawal kehadirannya di bumi England ini.


Kelab Melayu Malaysia ini terletak di CricketField Road, Clapton, Hackney, East London. Perjalanan ke sana dari Thames Valley university, Brentford mengambil masa 45 minit perjalanan. Agak jauh juga. Setibanya kami disana, Ahmad Bajrai bin Salleh, yang lebih mesra dipanggil pak mat, sudah sedia menunggu dan menyambut kami dengan mesra. Sambil berborak ringkas, kami minta diri untuk menunaikan solat asar sebelum menyambung perbualan dan memulakan tazkirah ringkas.



Rumah Kelab Melayu Malaysia United Kingdom, Cricketfield Street, Clapton, East london


Kelab ini dibangunkan disebuah rumah teres dua tingkat yang mana bahagian bawahnya disewa oleh persatuan melayu United Kingdom dari keluarga Yahudi sejak lebih 40 tahun dahulu. Di tingkat atasnya, rumah ini disewa oleh satu keluarga lain yang turut menjaga keselamatan dan kebersihan isi kelab ini.


Seawal tahun 50an, kelab ini adalah terdiri daripada pekerja-pekerja kapal yang ingin mengubah nasib dan mencari rezeki di bumi Britain. Mereka terdiri dari sekitar 20-30 orang yang kebanyakannya adalah bujang dan senahagiannya sudah mendirikan rumahtangga. Sekitar tahun 60an sehingga awal 70an, ahli kelab ini bertambah dengan kehadiran beberapa keluarga melayu yang berkhidmat dalam angkatan tentera udara British. Dianggarkan jumlah mereka adalah antara 50-60 keluarga. Bagaimana pun menurut Presidennya, Ahmad Bajrai bin Salleh, 70an, hanya 40 keluarga sahaja yang aktif dalam aktiviti kelab. Manakala pada tahun 80an, 90an dan akhir abad 20 sehingga sekarang, ahli-ahli kelab ini tidak lagi mempunyai pertambahan ahli kecuali mereka yang datang untuk bertugas dan bekerja di Uk serta ahli keluarga mereka sahaja dan jumlah mereka adalah tidak begitu ramai. Antara lain penubuhan kelab ini ialah bagi menjaga kebajikan Masyarakat Melayu dalam pelbagai sudut.


Menurut En Ahmad Bajrai lagi, ahli-ahli kelab ini pada tahun 50an dan 60an adalah hidup dalam keadaan bergembira dan berseronok. Rumah kelab ini tidak teratur dan lebih kepada pusat sosial sehinggalah kehadiran ustaz Jaiz Anuar. Ustaz jaiz meninggal pada awal 2009 dan merupakan bekas Presiden kelab ini yang dihormati dan disegani. Menurut En Ahmad Bajrai, kehadiran ustaz jaiz ke bumi London dan datang mengajar ilmu agama serta memberi nasihat kepada isi kelab ini adalah sesuatu yang tidak dapat dilupakan. Sambil mengimbau sejarah lalu, Pak Mat dengan nada terharu bercerita bahawa beliau (arwah) telah mengubah status kelab ini kepada seperti yang ada sekarang. Ustaz jaiz Anuar adalah mantan pemimpin Pemuda PAS tahun 60an (atau seawal 70an). Beliau adalah sezaman dengan Hassan shukri dan merupakan menantu kepada Dato Asri bin Haji Muda. Beliau yang memiliki ijazah B.A dan sarjana dari timur tengah, mengembara ke bumi London untuk menyambung pelajaran diperingkat PHD, bagaimanapun hasrat tersebut terbantut dan beliau meneruskan khidmat murninya untuk mengajar ilmu agama kepada masyarakat melayu di UK, khususnya di Clapton ini. Beliau juga diangkat sebagai Presiden Kelab ini. Jasa dan budi allahyarham ustaz Jaiz tak dapat dibandingkan dan ianya menjadi bapa kepada masyarakat melayu di Uk waktu itu khususnya di Cricketfield street, Clapton. Menurut En Ahmad atau Pak Mat lagi, Kehilangannya menyebabkan kelab Melayu Clapton seolah-olah hilang arah dan tidak mempunyai panduan terutamanya dalam memberi tunjukajar khususnya dalam bidang agama. Kehadiran kami ke kelab tersebut amatlah dihargai dan ditunggu-tunggu oleh mereka. Saya agak terharu dengan kenyataan tersebut dan jelas dari riak wajah Pak Mat, mengharapkan sesuatu dari kami, bukan berbentuk wang, tetapi mereka dahagakan ilmu pengetahuan khususnya ilmu agama dan maklumat yang banyak tercicir sewaktu muda mereka.

Bro Zaki kemudiannya menyampaikan sedikit tazkirah berkait dengan isra’ mi’raj. Satu tajuk yang mengupas banyak perkembangan sains dan alam semesta. Tajuk yang amat menarik dan banyak maklumat baru termasuk untuk saya sendiri. Syabas Bro Zaki. Ahli-ahli kelab seramai lebih kurang 15-20 orang agak teruja dan mereka mengajukan pelbagai soalan, sehinggakan kami lewat untuk makan malam dan bergegas menunaikan solat maghrib yang diimamkan oleh Ustaz Ramly, Kadhi besar johor yang amat saya hormati dan kagumi, yang juga sahabat karib saya sepanjang di London ini.



Bro zaki sedang khusyuk menyampaikan ceramah bertajuk isra' mikraj.



Ustaz Ramly memperkenalkan diri kepada para tetamu kelab.

Ahli keluarga Persatuan sedang sibuk menyediakan juadah makan malam untuk kami




Ruang solat yang sempit untuk memuatkan ahli jemaah yang ramai. Semoga pihak berwajib sudi memberi bantuan.



Selesai solat, kami sekali lagi berkumpul dan apabila menyedari kehadiran saya yang bertugas di Mahkamah Syariah di Malaysia, mereka tak putus-putus menghalakan soalan seolah-olah tidak mahu benarkan kami balik ke hostel. Pelbagai isu ditimbulkan termasuklah perkembangan undang-undang Syariah sehinggalah masalah hukum hudud. Saya cuba menjawab secara berhati-hati kerana tidak ingin meninggalkan kesimpulan yang mungkin berbaur politik dan cuba mengelak soalan-soalan yang sensitive. Bagaimanapun rata-rata dari mereka memerlukan maklumat yang tepat terutamanya mengenai perkembangan Mahkamah Syariah dan masalah undang-undang seperti perwarisan, murtad, perkahwinan berlainan ras, perebutan anak dan sebagainya.



Antara ahli Kelab yang hadir mendengar tazkirah kami.



Masa yang semakin lewat malam tidak membenarkan kami untuk terus memberikan khidmat kepada mereka di kelab Melayu Clapton hari tersebut. Terpampang kekecewaan diantara mereka kerana terpaksa berpisah dan mengharapkan kami datang lagi pada minggu-minggu seterusnya. Saya hanya mampu memberi janji dan bukan jaminan, ianya bergantung kepada masa dan kesesuaian, tapi memikirkan hanya itu sahaja bantuan yang kami boleh berikan, saya berazam untuk terus datang lagi selagi terdaya, untuk minggu-minggu seterusnya, kerana itulah bakti yang mampu dicurahkan kepada anak bangsa, walaupun mereka sebahagiannya bukan lagi warganegara Malaysia, tetapi sebagai anak melayu, biarpun mereka terpaksa menukar pemastautinan demi sesuap kehidupan, sesukar manapun, agama bukanlah taruhan! Mereka tetap berpegang teguh kepada pendirian agama, dan itulah hasrat mereka untuk mengekalkan hasrat yang sama kepada generasi seterusnya. Kami sedar, kekosongan yang ditinggalkan oleh Ustaz Jaiz mestilah diisi, sekurang-kurangnya oleh kami buat sementara waktu. Semoga sekembaalinya kami nanti, ada seseorang yang memandang dan mendengar keluhan mereka di Clapton! Untuk itu, saya menyeru supaya seorang lagi Ustaz Jaiz tampil untuk memimpin kelab ini, bukan semata-mata untuk ahli kelab Melayu di Cricketfield Street ini, tetapi lebih jauh dari itu, untuk anak-anak generasi mereka yang semakin jauh dihimpit kemodenan kota London, anak-anak bangsa kita yang bernasabkan melayu dan beragama Islam!

al Manar Islamic Centre, Pusat Perkembangan Ilmu dan Dakwah Islamiah di Cardiff, Wales, United Kingdom.

Rabu 29hb Julai 2009, lebih kurang jam 10 pagi, kami bersiap awal untuk berkumpul di pekarangan Thames valley University Hostel bagi menunggu MPV yang bakal membawa kami ke Cardiff, ibu Negara Wales, di barat laut United Kingdom. Pagi ini cuaca agak sejuk dan berangin. Kebanyakan dari kami ber5siap dengan memakai baju tebal serta masing-masing membawa payung, persediaan awal jika hujan akan turun. Sepertimana biasa, aku hanya selesa dengan kot yang diperolehi di Charity Shop dan topi baretta bagi mengalas kepala kalau-kalau hujan turun, sekadar mengelakkan dari diserang selsema. Dalam beberapa hari ini, aku tidak lagi selesa menyandang beg di bahu kerana kesan kesakitan bahu yang dialami sejak di Malaysia tempohari semakin ketara terutamanya apabila cuaca sejuk.

Kami mula bertolak seawal jam 10.15 pagi dari Brentford. Perjalanan ke Cardiff agak lama dan membosankan. Perjalanan mengambil masa kira-kira dua jam setengah, lebih teruk lagi apabila sepanjang perjalanan hujan lebat tanpa menunjukkan suasana akan reda. Perjalanan melalui motorway yang sibuk dan tak banyak tempat rehat untuk kami berhenti lenguh menambahkan lagi ketidak selesaan kami. Berbeza dengan Malaysia, motorway di UK (Dimalaysia dikenali dengan Highway) tak banyak menyediakan tempat rehat, kami mengambil masa 1 jam lebih sebelum berhenti rehat dan bergegas mencari tandas awam.

Tiba di Cardiff, antara jam 2.15 petang, kami disambut mesra oleh Imam dan Bilal al Manar Islamic and Culutral Centre yang terletak di 2-4 Glynrhondda Street, Cathays, Cardiff CF24 4AN, Wales, United Kingdom. Kami dipelawa masuk melalui pintu hadapan sebuah bangunan yang terdiri dari asalnya dua buah rumah teres yang disewa dan dijadikan Pusat Islam di Cardiff ini. Sebaik kami menjengah ke dalam, bangunan tiga tingkat tersebut merupakan bukan sahaja dijadikan sebagai Pusat Islam, tetapi juga merupakan sebuah masjid yang mampu menampung lebih kurang 400-500 jemaah dalam satu masa. Di dalam masjid, seorang pemuda Malaysia lingkingan dua puluhan sedang emnunggu kami dan menyambut kami dengan sapaan mesra, beliau ialah Bro redza, dari Kl dan merupakan salah seorang ahli jawatankuasa masjid di pusat Islam alManar ini, Syabas kepada Redza kerana usaha dan perjuangannya untuk meningkatkan kesedaran Islam kepada masyarakat islam di Britain dan lebih-lebih lagi untuk dirinya sendiri. Saya tidak sempat berbual panjang dengan saudara redza kerana sebagai ketua delegasi, terpaksa member sedikit tumpuan kepada pihak pengurusan Pusat ini terutamanya tuan Imam , Bro kamel al-Idrisi atau terkenal dengan panggilan Abu Yasser yang agak bersungguh-sungguh melayani kami.


al-manar Mosque, 2-4 Glynrhondda Street, Cathays, Cardiff


Kami diberi taklimat ringkas mengenai Pusat ini dan sedikit sessi soal jawab.kami kemudiannya dihidangkan dengan minuman ringan. Belumpun selesai kami minum the panas, kami dihidangkan pula dengan makan tengahari yang lazat, kambing panggang, ayam bakar dan salad serta nasi arab, roti nan dan sos salad dan pelbagai menu lagi. Mereka nampaknya teruja dengan kehadiran kami dan kami agak terkejut dengan layanan yang diberikan. Terima kasih kepada Al-Manar Centre!

kehadiran kami disambut mesra oleh Bro Redza dan bro Abu Yaseer (tiada dalam gambar)



Al-Manar Centre merupakan salah satu organisasi Ahlus-Sunnah, yang dibangunkan di kota Cardiff, Wales UK pada bulan Rajab, tahun 1412 H. (1992 AD). Sebelumnya, sekitar 1980an, Pusat ini dikenali sebagai Abu hurairah Mosque sebelum bertukar nama kepada al-manar.Pada tahun 1997, pusat ini didaftarkan secara resmi mengikut undang-undang pendaftaran Britain.
Terletak di 2-4 Glynrhondda St, Cathays, Cardiff CF24 4AN, iaitu berada ditengah-tengah pusat Bandar Cardiff, Wales UK, yang mana faktor terpenting Bandar Cardiff dipilih sebagai pusat perkembangan Islam di Wales, antaranya adalah kerana sebahagian besar dari masyarakat muslim di barat laut UK tinggal di sini. Masyarakat Muslim di Cardiff terdiri dari komuniti Muslim yang berasal dari Somalia, Yaman, Pakistan, Bangladesh dan negara-negara Arab lainnya, terdapat juga sebahagian besar pelajar-pelajar islam yang belajar di pusat-pusat pengajian tinggi di Cardiff. Penduduk asal yang beragama Islam di Bandar Cardiff, Wales ini dikatakan berjumlah dalam sekitar sebelas ribu orang termasuk pelajar-pelajar yang sering bertukar ganti saban tahun dan dari masa ke semasa. Al Manar Islamic Centre juga berperanan dalam memperkenalkan keindahan Islam kepada penduduk non Muslim sekitarnya. Menurut Dr mahmood, salah seorang tenaga pengajar tetap di masjid al manaar, Cardiff ini, selepas peristiwa 9/11 di New York dan Underground Bombing 7/7 di London, masyarakat Britain cuba mengenali dan mendalami Islam, kewujudan al Manar Islamic Centre merupakan masa dan peluang yang tepat ketika itu untuk menjelaskan bahawa tindakan jihad tersebut adalah bertentangan dengan kehendak Muslim sebenar. Pada masa yang sama, masyarakat Britain, khususnya di Cardiff mengenali Islam dan pusat ini memainkan peranan yang besar dalam membersihkan imej Islam sebagai masyarakat yang lemah lembut dan bersopan, tidak sepertimana anggapan sebahagian besar masyarakat Britain waktu itu yang melabelkan Islam sebagai Komuniti pengganas atau terrorist.

Pusat Islam Al-Manar didaftarkan di bawah Suruhanjaya Kebajikan (Charity For England and Wales). Pusat ini juga menawarkan pelbagai khidmat kemasyarakatan di Cardiff, khususnya minority Islam.

Antara objektif utama Pusat ini ialah untuk;
1. Untuk memperkemaskan keseragaman masyarakat dan menyediakan wawasan kebudayaan dan pendidikan kepada seluruh masyarakat Islam, khususnya populasi Sunni di Wales, melalui pertemuan pada setiap kali solat waktu, solat jumaat, kuliah harian dan mingguan, forum awam semasa, penerbitan buku dan risalah serta perayaan-perayaan keagamaan pada setiap tahun;
2. Untuk meningkatkan pendidikan masyarakat terutamanya dalam pengajian 'al-Qur'an' dan 'Bahasa Arab';
3. Untuk mengembangkan kemampuan, kemahiran dan keterampilan anggota masyarakat di Cardiff, khususnya umat Islam yang berpendapatan rendah, etnik minority, orang-orang yang tidak berkeupayaan, orang-orang tua, sehingga mereka mampu dan dapat bersaing dan memberi sumbangan kembali kepada masyarakat; 4. Menyediakan khidmat nasihat dan perdamaian (conciliation) terutamanya kepada pasangan suami isteri yang bermasalah, hadhanah, akses kepada kanak-kanak dan sebagainya;
5. menyertai kempen local council, bagi mendorong penyertaan anak-anak muda atau remaja dalam program khidmat awam secara sukarela, iaitu mempromosikan masyarakat yang berhemah dan mendorong penyertaan masyarakat secara lebih serius kepada kebaikan atau kebajikan dalam usaha mencegah perkara-perkara yang buruk atau sebarang perlakuan jenayah;dan
6. Untuk membantu dalam mengurangkan kadar kemiskinan, kesukaran dan tekanan dikalangan masyarakat Muslim di United kingdom melalui saluran kebajikan sepertimana yang diperlukan atau mengikut saluran yang sah.

Aktiviti-aktiviti lain al Manar Centre

Sejak ianya mula beroperasi, Pusat ini bukan sahaja menyediakan kegiatan yang semata-mata memfoluskan kepada perkembangan pengetahuan ataupun pendidikan mengikut methodology ilmu yang sebenar, tetapi juga merupakan pusat ibadah. Di Pusat ini juga terdapat sebuah masjid besar yang mampu menampung 400-500 jemaah pada setiap kali solat lima waktu, solat jumaat, solat Aid fitr dan Eid al-Adha, termasuk juga aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan dari masa ke semasa seperti:

Perpustakaan umum
Perpustakaan ini didirikan bertujuan untuk menyediakan buku-buku rujukan yang meliputi pelbagai bidang disiplin. Perpustakaan Pusat ini memiliki hampir 1000 buku-buku dan kitab agama yang disusun elok di rak perpustakaan. Mereka mengalu-alukan sumbangan buku-buku dari Malaysia jika ada. Kebanyakan buku-buku di perpustakaan ini adalah sumbangan dari kerajaan arab Saudi dan ianya adalah terhad dan terlalu kurang berbanding keperluan pendidikan yang diperlukan oleh masyarakat Islam di Cardiff. Bilal masjid ini dalam perbualannya dengan saya amat mengaharapkan jika ada sumbangan berbetuk makalah, artikel, bulu-buku, terjemahan al-quran dan sebagainya disumbangkan kepada perpustakaan. Saya mencadangkan kepada beliau untuk berhubung secara resmi dan kami akan usahakan yang termampu dengan bantuan JAKIM, jika diizinkan, dan mereka menyambut baik cadangan tersebut.
Friday Lessons
Setiap petang Jumat, diadakan program pengajian yang terdiri dari dua sesi dan yang diselenggarakan oleh Pusat ini. Sesi ini biasanya meliputi tafsiran al Quran serta pelbagai topik yang meliputi iman, 'Aqeedah dan Sirah. Program ini biasanya disampaikan oleh Imam masjid di Pusat ini yang memberikan sumbangan sepenuh masa.
Kuliah Bulanan
Kuliah bulanan biasanya diatur pada setiap bulan sama ada dalam bahasa Arab atau Inggeris. Kuliah bulanan ini memfoluskan kepada isu-isu kontemporari dan masalah-masalah semasa yang berkait rapat dengan masyarakat Islam. Ceramah bulanan ini biasanya disampaikan oleh cendikiawan-cendikiawan yang terkenal dan penceramah yang berkaliber. Kami difahamkan saudara Hussin Yee dari Malaysia pernah atau akan dijemput untuk memberikan ceramah di Pusat Islam ini.?
Penggunaan tele-Conference
Pusat Islam Al-Manar cuba untuk memenuhi penerokaan teknologi terkini terutamanya teknologi komunikasi moden yang sedia ada. Pusat ini menggunakan sepenuhnya kaedah telekomunikasi moden dalam penyelenggaraan pendidikan seperti penggunaan teknik tele-conference, iaitu penyampaian ceramah agama kepada sejumlah besar penonton yang berada dimasjid yang berlainan dan Pusat Islam yang berjauhan di sekitar United Kingdom. Pusat biasanya mengundang pelajar-pelajar dari pelbagai disiplin pengajian di sekitar Cardiff bagi menyampaikan syarahab atau ceramah agama. Dengan cara demikian, ilmu dapat disampaikan secara menyeluruh kepada masyarakat awam.
Program Muslimah
kegiatan ini merupakan perancangan khusus kepada golongan wanita. Aktiviti yang dirancang biasanya bagi memenuhi keperluan kaum muslimah terutamanya dari sudut pendidikan, ukhuwah dan sosial yang dikendalikan dalan dwi bahasa iaitu Arab ataupun Inggeris. Kelas masakan dan jahitan juga disediakan kepada golongan wanita setempat.
Membantu Pengunjung yang memerlukan bantuan
Selain dari memberi dan menerima zakat serta membuat pengagihan, pusat ini juga menawarkan khidmat yang jarang disediakan di Pusat-Pusat Islam lain di seluruh UK, iaitu bantuan moral dan informasi yang diberikan kepada pengunjung atau pelawat ke Cardiff. Kebanyakan pengunjung ke Bandar Cardiff adalah terdiri daripada penuntut-penuntut Muslim yang belajar di Institusi-institusi pengajian tinggi di Wales serta mereka yang datang untuk mendapatkan rawatan perubatan di sekitar Cardiff. Mereka, pertama kali tiba di sini semestinya memerlukan bantuan dan informasi dan pusat ini bersedia memberikan sumbanagan dalam bentuk tersebut. Pusat Islam al Manar menyediakan kakitangan yang sedia untuk memikul tanggungjawab tersebut dan sumbangan ini adalah antara yang amat berharga yang disediakan oleh Pusat ini terutamanya untuk kaum muslimin diseluruh dunia.
Kami sempat bertukar-tukar cenderamata sebelum menjamu selera

Imam Bro Kamel al idrisi atau Abu yaseer, merasakan tidak cukup untuk membantu kami sekadar dengan maklumat-maklumat tersebut, beliau seoalah-olah merasa bersalah dan terkilan kerana tak dapat melayani kami kerana cadangan asalnya beliau berhasrat untuk membawa kami melawat ke tempat-tempat menarik disekitar Cardiff, terutamanya temapat-tempat perkembangan Islam seperti University Cardiff, masjid-masjid sekitar dan sebagainya. Hasrat beliau tersebut terhalang kerana hujan lebat yang turun mencurah-curah sejak kami masih dalam perjalanan sehinggalah kami bertolak pulang. Kami turut membatalkan hasrat untuk singgah di Stonehenge dan pecan Bath yang terkenal itu seperti rancangan asal kerana hujan seolah-olah mencemburui kami. Dalam perjalanan pulang, saya masih teringat-ingat keluhan abu Yaseer, “masyarakat luar Britain beranggapan kami mempunyai segala-galanya, pusat kebudayaan dan ilmu pengetahuan, tetapi kami sebenarnya hidup dengan sumbangan derma dan tenaga sukarela”, membayangkan perkembangan Islam disini perlu dibantu, bukan kerana ras, tetapi kerana perkembangan ilmu pengetahuan yang tidak formal kepada seluruh masyarakat Islam, termasuk saudara-saudara kita dari Malaysia yang ramai menuntut disini.




bergambar kenangan dengan Bro Abu Yaseer (3 from lft), Dr mahmood (2nd from lft) dan Bro Redza, the Nice Malaysian Guy, one of Committee in al Manar Mosque, (duduk tengah). Thanks Bro!

Friday, July 24, 2009

Finsbury Park Mosque, Masjid Baru Yang Menyimpan Sejarah Lama




Minggu ini kami berpeluang solat jumaat di Finsbury Mosque, sebuah Masjid yang baru dibina pertengahan tahun 90an tetapi menyimpan banyak sejarah terutamanya selepas peristiwa 9/11 di USA dan 7/7 di UK.

North London Central Mosque, di Finsbury Park, London ini dibina pada tahun 1990-an bagi kemudahan sebahagian besar penduduk Muslim dikawasan sekitarnya. Memiliki kapasiti jemaah seramai 1800 orang dalam satu masa. Mulai tahun 2005, Masjid ini dikenali dengan nama Finsbury Park Mosque, London dan terkenal sebagai pusat pengembangan Islam Radikal di London yang diketuai oleh Imamnya Abu Hamza al-Masri waktu itu.

Bangunan utamanya dibina pada tahun 1994 dengan upacara yang penuh gemilang yang dihadiri dan diresmikan oleh Prince Of Wales, Putera Charles.Lokasi Masjid ini adalah terletak di seberang jalan berhadapan dengan Stesyen bawah tanah Finsbury Park, tidak jauh dengan Kelab Bolasepak Arsenal dan Emirates Stadium. Satu ketika, masjid ini dikatakan pernah dijadikan sebagai tempat operasi al Qaeda, termasuk "shoebomber" Richard Reid dan Zacarias Moussaoui juga dikatakan pernah menghadiri Masjid ini. Pada tahun 2002 masjid ini juga dilaporkan pernah dijadikan sebagai tempat latihan dan penyimpanan senjata oleh terrorist.

Pada 3 Oktober 2004, juga dilaporkan bahawa Kamel Rabat Bouralha, seorang warga Inggeris bersama dengan Osman Larussi dan Yacine Benalia, pengikut setia kepada Panglima Perang Chechen iaitu Shamil Basayev,juga sering hadir ke masjid ini. Penyelidik British percaya bahawa ketiga-tiga orang tersebut, antara dalang yang mengambil bahagian dalam perang/pertempuran pada tahun 2001 di Chechnya. Pada tahun 2003 lebih dari seratus polis yang lengkap bersenjata telah mengepung bangunan masjid ini. Imam Abu Hamza telah ditangkap dan didakwa serta dihukum penjara selama tujuh tahun pada tahun 2006 setelah disabitkan bersalah merancang pembunuhan dan menimbulkan kebencian antara kaum.


masyarakat Muslim pernah solat di luar masjid ini sewaktu ketegangan dengan kerajaan British sekitar tahun 2004-2005.



Imam Abu Hamzah Al Misri dilarang dari menyampaikan khutbah di dalam masjid pada awal tahun 2005.

Kepimpinan masjid dan imam disini kemudiannya diganti oleh golongan yang lebih liberal dengan pemantauan kerajaan Inggeris. Buat masa ini, masjid Finsbury park menumpukan kepada pengajian al Quran dan fiqh dan amalan-amaln sosial lain. Perkembangan politik radikal agak terkawal dan seakan tidak lagi punyai pengaruh besar. Rata-rata pengunjung masjid di sini terdiri dari masyarakat arab dan Algeria dan khutbah dibaca dalam bahasa Arab, bagaimanapun khutbah kedua dibaca dalam bahasa Inggeris . Imam mengulas tajuk mengenai kemuliaan bulan syaaban dan menyeru masyarakat Muslimin mendekati cara hidup Islam. Perbincangan ringkas dengan pegawai masjid, mereka menafikan adanya pengaruh Islam radikal di masjid ini dan mereka tidak berhasrat untuk mengembangkan Islam di England melalui kekerasan. Apa yang berlaku beberapa tahun dahulu adalah sejarah lama bagi masjid yang masih baru ini.

The Emirates, Stadium Bolasepak Arsenal yang canggih.

Jumaat 24th july 2009, kami dijadualkan solat jumaat di Finsbury park, tak jauh dari Emirates Stadium, stadium bolasepak pasukan Arsenal yang tersohor. Memikirkan waktu yang masih awal, baru jam 10 pagi, Aku dan Bro arif berjalan kaki lebih kurang 10 minit menuju ke Ashburton Grove untuk mendekati Stadium tersebut. Walaupun tak lah minat sangat dengan pasukan ni, tapi alang-alang dah datang inilah peluang untuk mengenali the Gunners secara lebih dekat.

Arsenal Football Club (juga dikenali sebagai Arsenal atau The Arsenal, atau lebih terkenal dengan gelaran The Gunners) adalah sebuah kelab bolasepak profesional Inggeris yang berasas di Holloway, utara London. Kelab bolasepak ini adalah antara pasukan utama di Premier League dan merupakan salah satu kelab yang Berjaya di kepulauan British. Pasukan Arsenal pernah memenangi tiga belas kali kejuaraan Liga Division satu dan Premier League serta sepuluh kali kejuaraan piala FA. Pasukan ini juga memegang rekod tanpa kalah sebanyak 43 kali dan masih belum dipecahkan oleh mana-mana pasukan setakat ini.

Kelab bolasepak Arsenal pertama kali ditubuhkan pada tahun 1886 dan mulai menyertai liga bolasepak pada tahun 1893. Kejuaran besar pertama yang dimenangi oleh mereka ialah seawal tahun 30an dengan lima kejuaraan League Championship dan dua FA cups. Pada musim 1970/71, mereka telah memenangi kejuaraan berganda iaitu piala UEFA dan FA cup. Warna merah dan putih merupakan jersi tradisi kelab ini sejak dari dulu. Lokasi kelab pula telah berubah seiring dengan perubahan waktu. Pasukan bolasepak Arsenal awalnya bertapak di Woolwich, sebelah tenggara London, dan pada tahun 1913 mereka berpindah ke utara kota London iaitu di Arsenal Stadium, Highbury. Pada tahun 2006 mereka sekali lagi berpindah ke stadium yang lebih selesa, tidak jauh dari tapak asal, iaitu dikenali dengan Stadium Emirates di Holloway.

Pada ketika ini, Arsenal merupakan salah satu kelab terkaya di England (bernilai lebih dari £ 600M sehingga 2008). Arsenal menghabiskan sebahagian besar waktu mereka dengan bermain di padang kecil di iaitu di Manor Ground, Plumstead. selama tiga tahun mereka bermain di Invicta Ground iaitu antara tahun 1890 dan 1893. The Manor Ground awalnya hanya padang biasa sehinggalah mereka menyertai Liga bolasepak England pada bulan September 1893. Mereka bermain di manor ground sebagai tuan rumah selama dua puluh tahun sehinggalah mereka berpindah ke utara London pada tahun 1913. Stadium Arsenal sebelum ini dikenali sebagai Highbury, iaitu sejak September 1913 sehinggalah Mei 2006. Asalnya stadium ini dirancang oleh arkitek terkenal iaitu Archibald Leitch, dan memiliki rekacipta umum yang memenuhi kehendak bolasepak Inggeris waktu itu.

Pada zaman kemuncaknya, stadium Highbury dapat menampung seramai 60,000 penonton sehingga awal tahun 1990-an (Termasuk berdiri atau tanpa tempat duduk). Taylor Reports dan Peraturan Premier League kemudiannya memaksa Arsenal menukar stadium Highbury supaya menyediakan tempat duduk kepada semua penonton. Keadaan itu menjadikan jumlah penonton hanya sekitar 38,419 sahaja bagi musim 1993-94. Kapasiti jumlah penonton ini terpaksa dikurangi lagi pada musim 1999/2000 sewaktu kejuaraan liga bagi menyediakan tempat duduk kepada penontton. Keadaan ini tidak cukup bagi menampung jumlah penyokong yang semakin meningkat memaksa Arsenal menjadikan stadium Wembley di London sebagai stadium tuan rumah yang boleh menampung sehingga 70,000 penonton dalam satu masa.

Masalah penempatan penonton menjadikan pasukan Arsenal berada dalam keadaan yang meruncing waktu itu kerana bimbang tertinggal dalam arus perkembangan sukan bolasepak di England. Dari segi kewangan misalnya, Arsenal kerugian 900,000 pound seminggu semata-mata kerana pengurangan 30,000 penyokong yang gagal menyaksikan perlawanan kerana kekurangan tempat duduk. Keadaan itu memaksa pihak pengurusan mencari jalan untuk menambah pembesaran stadium atau mencari tapak baru bagi pembinaan stadium baru. Keputusan telah diambil dengan memilih membangunkan sebuah stadium baru yang boleh memuatkan kapasiti 60,355 orang penyokong atau penonton dalam satu masa. Pada tahun 2000 Arsenal diajukan sebuah bangunan baru berdekatan dengan Ashburton Grove,dan dinamakan dengan Emirates Stadium, iaitu sekitar 500 meter ke barat laut Highbury. Pembinaan stadium baru ini selesai pada bulan Julai 2006 dan bermula pada 2006-07 mereka mula bermain sebagai stadium bagi tuan rumah kepada kelab Arsenal yang diberi nama mengikut penaja terbesar mereka iaitu Emmirate. Sebahagian besar penyokong yang tidak bersetuju dengan nama stadium tersebut menggelar stadium Arsenal sebagai Ashburton Grove, atau Grove. Bagaimanapun selepas beberapa perundingan, pihak penaja dan pengurusan kelab bersetuju menamakan stadium tersebut sebagai the Emirates secara resmi sehingga tahun 2012 dan Fly Emmirates terus kekal sebagai penaja resmi sehingga akhir musim 2013-2014.

The Emirates Stadium

Itulah secara ringkas sejarah Arsenal dan stadiumnya. Melawati stadium Emirates ini anda dikenakan bayaran sebanyak GBP12 untuk sekali lawatan. Stadium ini memang besar dan merupakan antara stadium yang tercanggih di Eropah. Di sebelah hadapan berdekatan dengan pintu masuk stadium ialah Production homes, menempatkan ruang produksi Tv. (Arsenal punyai siaran TV sendiri). Sebelah kanannya pula merupakan club level yang menempatkan bar dan restaurant serta tempat santai untuk ahli-ahli kelab yang berdaftar. Mewah juga. Ditingkat atas pula terdapat bilik media centre, satu ruang yang cukup luas dan selesa bagi pengulas-pengulas sukan dan media membuat liputan yang dilengkapi dengan system jalur lebar, internet dan sebagainya yang cukup mudah bagi petugas media berinteraksi dan menyampaikan maklumat secara online. Di aras yang sama, terdapat bilik Press conference yang boleh memuatkan 100 tempat duduk. Disinilah Arsene Wenger akan buat ulasan kalau teamnya kalah ditempat sendiri. Director Box pula ialah bilik eklusif pengerusi kelab ini iaitu Peter Hill-Wood. Biliknya amat luas, mempunyai ruang santai dan lebih kurang 10 meja minum vip dan kerusi menghadap terus ke padang stadium.

Diamond Club pula ialah bilik eklusif untuk ahli kelab yang diketuai oleh Raymond Blanc. Bilik ini juga mempunyai restoran dan bar dan kerusi atau tempat duduk eklusif menghadap ke stadium. Memang syok tengok Fabregas dan Adebayor dari sudut ini.

Saya juga berpeluang meninjau bilik persalinan the Gunners. Wah memang besar. Berbentuk oval dengan garisan melengkung dan petak-petak . Terdapat lebih kurang 32 petak dan setiap petak diisi dengan nama setiap pemain. Terdapat nama pemain di setiap petak tersebut dimulai dengan jersey No 1 (keeper lah tu) Lehman, sehingga 11 dan beberapa nama pemain simpanan. Sebelah kanannya masih banyak petak yang kosong. Mungkin akan tergantung baju Amri Yahya atau mana-mana pemain Malaysia suatu hari nanti disini. Insyaallah.

All Arsenal !

Kelab bolasepak Arsenal yang juga menjual barangan sukan
Arsenal berdekatan stesyen tube di Finsbury park

Bro Arif dengan pose selamba di hadapan Stadium The Emirates



Diluar stadium, bersebelahan dengan production house terdapat kedai menjual cenderamata dan pakaian sukan Arsenal. Saya tak lepaskan peluang untuk meneroka dan cari mana-mana jersey Arsenal, itu pun yang ada diskaun lah. Semua ada, tak yah citer lah. Dekat juga ada muzium bolasepak Arsenal. dari tahun 1880 sampai sekarang. Biasak la, macam baca majalah Shoot! atau Premier League. Gambar-gambar dan kasut bola star dia orang. Best juga, bayaran dikenakan sebanyak GBP6 sahaja untuk masuk ke muzium ini.








Sedang que untuk beli tiket tour in stadium




Saya tak nak komen apa-apa pasal pasukan Arsenal dan Stadium Emirates ni. Pasal Stadium rasanya kita tak lah jauh ke belakang, malah sebelum Stadium Emirates ini wujud tahun 2006, Stadium Bukit Jalil lagi canggih dari Highbury, tempat duduk pun hanya sekitar 30,000 orang sahaja, selebihnya penonton terpaksa berdiri. Tapi bab main bola ni, tak payah komen la.. mereka walaupun tak ada fasiliti, tapi masih boleh jadi juara. Stadium highbury yang asal tu sekali tengok lebih teruk dari stadium sultan Muhammad ke IV di kota Bharu, tapi Arsenal tetap juga menang Cup Winners Cup, Malaysia ada beberapa buah stadium yang canggih macam Bukit Jalil termasuk kat trengganu yang baru roboh tu, tapi masih tak boleh menang Tiger Cup. Harap-harap keadaan berubah suatu hari nanti.

Wednesday, July 22, 2009

HM Prison Brixton, Penjara yang melahirkan banduan celik agama di Britain




Penjara HM Brixton atau HM Prison Brixton adalah penjara lelaki. Lokasinya berada di London Borough of Lambeth, di Inner –South london, England. Jaraknya lebih kurang 45 minit perjalanan menaiki tube dari Ealing Common, London. Mirip penjara kajang di selangor Malaysia, penjara ini mempunyai beberapa bangunan utama yang di bahagikan dengan beberapa sektor seperti tempat pengajian akademik, sukan dan kesihatan termasuk bangunan gym (indoor recreation), bilik tahanan atau sel, dapur selain ruang pejabat dan kawasan pentadbiran.

Beberapa hari sebelumnya, kami telah membuat temujanji dengan pihak opengurusan penjara Brixton ini bagi tujuan membuat lawatan sambil belajar. Antara lain fokus kami ialah mengenai keadaan tahanan Muslim yang ditempatkan disini, fasiliti atau kemudahan yang diperolehi selain dari layanan pihak pemerintah terhadap mereka.

Sesampainya kami di Jeb Avenue, Bro. Kalam Ahmed, imam penjara berkenaan telah sedia menunggu kami. Kami kemudiannya di bawa masuk ke pintu utama penjara ini yang dikawal ketat. Seperti mana di Malaysia, kami perlu menanggalkan semua perhiasan seprti cincin, jam, pen dan sebagainya. Barang-barang sensitif seperti kunci, telefon bimbit termasuk kamera dan sebagainya tidak digalakkan di bawa masuk. Oleh kerana kami telah dimaklumkan lebih awal, persediaan telah dibuat dimana kami tidak membawa banyak barang-barang yang boleh menimbulkan masalah, jadi kawalan ke atas kami tidaklah terlalu ketat sepertimana pelawat-pelawat lain.

Melepasi dua pintu pertama, yang merupakan pintu kawalan keselamatan, kami kemudiannya memasuki kawasan sebenar penjara Brexton ini. Bangunan asal penjara ini telah dibina pada tahun 1819 atau 1820 dan dikenali sebagai Surrey House of Correction. Pada waktu itu,ianya menempatkan 175 bilik sel tahanan. Namun, secara kasarnya kapasiti tahanan adalah melebihi 200 orang banduan. Kepadatan jumlah tahanan atau banduan menjadi satu masalah besar kepada penjara ini ditambah lagi dengan bilik sel yang sempit dan keadaan penjara yang agak teruk menjadikan penjara ini sebagai sebuah penjara yang terburuk di London ketika itu. Masalah kepadatan tahanan atau banduan dipenjara ini akhirnya diselesaikan apabila perluasan dan penambahan bangunan baru dibuat pada tahun 1853. Sebanyak lebih 800 sel ditambah dan ini mengurangakan masalah kepadatan dan memudahkan kawalan pengurusan.

Pada tahun 1862, bangunan penjara ini kemudiannyta telah dijual kepada kerajaan dan dijadikan sebagai penjara untuk banduan wanita. kerajaan Britain juga menempatkan banduan wanita tertuamanya bagi banduan yang memilih untuk tinggal dipenjara berbanding dideportasi ke Australia pada waktu itu..

Dua puluh tahun kemudian, iaitu pada tahun 1882, penjara ini sekali lagi diubah dan dijadikan sebagai pusat tahanan tentera., dan pada tahun 1898, penjara ini telah dikembalikan kepada suruhanjaya Penjara.Bangunan asalnya telah diperbesarkan dan ditambah. Penjara ini juga dijadikan tempat perbicaraan dan tahanan reman bagi seluruh kawasan London. Sejak itu, penjara ini hanya menempatkan banduan lelaki dan tahan reman yang menanti perbicaraan khususnya di mahkamah majistret tempatan dan juga Crown Courts. Penjara ini juga merupakan tempat tahanan sementara yang akan menunggu kes rayuan mereka didengar di Mahkamah Rayuan Bahagian Jenayah (Court of Appeal Criminal Division (COACD) di Royal Courts of justice.

Selepas sedikit taklimat dan bertukar-tukar fikiran dengan Pengurus besar penjara ini, kami kemudiannya dibawa melawat ke tempat-tempat khas yang melibatkan secara langsung dengan banduan Muslim.

Menurut Bahagian Pengurusan penjara ini, sehingga sekarang terdapat lebih kurang 800 banduan yang ditempatkan di penjara ini. Tidak ada figure atau statistik mengenai agama tetapi dianggarkan banduan Muslim seramai 245 orang. Satu jumlah yang agak besar iaitu lebih kurang ¼ penghuni penjara. Majoriti mereka adalah dari Pakistan, Bangladesh, lebanon, mesir dan sebagainya. Mereka ditahan rata-ratanya kerana pelbagai kesalahan dari kesalahan jenayah kecil seperti menipu, mencuri, merompak, bergaduh, rogol sehinggalah membunuh.

Kami berpeluang berinteraksi dengan banduan-banduan Muslim yang kebetulannya sedang mendengar ceramah agama yang disampaikan salah seorang imam yang bertugas. Dari perbualan ringkas, kami dimaklumkan oleh salah seorang banduan yang namanya hanya dikenali sebagai Kamel, seorang pemuda keturunan Mesir yang lahir di Kent, England, mengakui beliau bersyukur dimasukkan ke penjara ini kerana beliau dapat belajar banyak selok belok agama Islam yang tidak pernah diamalinya sebelum ini. Beliau yang ditahan atas kesalahan memalsukan kad kredit mengakui beliau banyak mendapat ilmu agama dari imam yang mengajar mereka selama di dalam penjara berbanding pengetahuan yang diperolehi di sekolah atau di luar penjara. Seorang banduan lain, Razib juga dari Mesir mengakui hal yang sama. Pendidikan agama lebih banyak diperolehi di dalam penjara berbanding di luar penjara. Menurut Razib, mungkin jadual waktu yang tersusun dan kesunyian menyebabkan mereka tidak ada pilihan lain selain memfokuskan kepada pengajian agama berbanding di luar penjara, banyak masa dihabiskan kepada berfoya-foya dan enggan untuk mempelajari atau mendalami ilmu agama walau pun kadang kala dipaksa oleh keluarga. Keadaan persekitaran juga menyebabkan mereka tidak mengambil peduli mengenai ilmu agama selama mereka berada di luar penjara. Peluang untuk belajar agama Islamini dipergunakan sepenuhnya oleh sebahagian besar banduan Muslim disini.

Mengesahkan hal demikian, Imam kalam Ahmed menyatakan bahawa banduan diajar mengenai pelbagai ilmu agama dengan penekanan kepada tauhid dan fiqh amali. Mereka melakukan solat jumaat setiap minggu, berpuasa sebulan di bulan ramadhan dan dapat mengamalkan ajaran agama dengan baik dan sempurna di penjara Brexton, malah mungkin setengahnya lebih baik dari di luar penjara. Imam kalam Ahmed juga mengakui pihak pengurusan penjara banyak berdiplomasi dalam hal ini. Kerajaan Britain tidak mengamalkan pilih kasih terhadap Banduan dan semua banduan dilayan sama rata. Seperti mana kristian, Hindu dan sebagainya, islam juga diberi tempat yang agak baik dipenjara ini. Buku buku agama ada disediakan walau pun agak terhad, banduan bebas untuk membacanya. Kelas-kelas agama diatur setiap hari dan imam akan bergilir-gilir memberi tazkirah dan mengimamkan solat fardhu. Maka tidak hairanlah ramai banduan dari agama lain memeluk islam di penjara ini.

Kami yang masih ragu-ragu dengan penerangan tersebut telah dibawa melawat kawasan dapur, iaitu kawasan terpenting dalam institusi penjara ini, ianya agak bebas dan sebahgian besar banduan bertugas di dapur boleh bergerak bebas dengan kawalan melalui kamera dan pemantauan warder. Kami agak terkejut sebaik memasuki dapur kerana keadaan yang sungguh bersih. Di fahamkan dapur ini mendapat pengiktirafan dari Kementerian Kesihatan Britain dan petugasnya yang terdiri dari banduan diberikan sijil yang diperakukan diluar penjara. Setiap dua minggu sekali, pegawai dari Kementerian berkenaan akan datang melawat dapur penjara bagi memastikan kebersihannya mencapai piawaian yang diperlukan. Kerajaan Britain memperuntukan GBP1.90 seorang bagi setiap banduan untuk sekali makan yang merangkumi makan pagi, makan tengahari, makan malam dan supper. Kami juga dibawa melihat dapur bagi memasak makanan halal. Merupakan dapur yang berbeza dan berasingan dari dapur-dapur masakan yang lain, masakan halal disediakan dengan kawalan pegawai yang bertugas dan nasihat dari Imam penjara dari masa ke semasa. Menurut Imam Kalam Ahmed, makanan halal menjamin hati lebih kudus dan mudah mendapat hidayah. Keperluan kepada makanan halal adalah diperlukan di penjara dan mereka bersyukur kerana usaha sedikit demi sedikit yang dibuat selama ini membuahkan hasil. Mereka memperolehi dapur khusus yang luas dan selesa untuk memasak makanan halal dan tempat simpanan makanan halal yang luas dan berasingan dengan makanan lain. Saya amat kagum dengan pencapaian kaum Muslim Britain dalam hal ini.
Mengakhiri lawatan di penjara ini, Imam Kalam Ahmed sekali lagi memberi taklimat akhir disamping soal jawab yang diajukan oleh peserta. Menerima hadiah senaskhah alquran terjemahan bahasa inggeris pimpinan ar Rahman oleh JAKIM dari delegasi kami amat dialu-alukan oleh beliau. Dari anak matanya jauh terpahat hasratnya yang masih tidak ketentuan dengan nasib banduan Muslim di Penjara Brexton, England. Meskipun agak membanggakan kerana Berjaya menarik ramai banduan Muslim mendekatkan diri dengan tuhan selama mereka berada dipenjara ini, tapi peratusan banduan Muslim dari sehari ke sehari semakin meningkat dan amat membimbangkan. Sungguhpun usaha Imam Kalam Ahmed meningkatkan pengetahuan agama Islam di kalangan banduan disini adalah agak Berjaya, tetapi beliau tidak pasti sama ada pengetahuan agama itu berterusan atau tidak setelah mereka keluar dari penjara. Sempat juga saya berbisik sambil berseloroh dengan imam Kamel Ahmad, “ Mesir melahirkan graduan Muslim yang Berjaya di Azhar, apakah England melahirkan banduan Muslim yang Berjaya di Brexton?”. Insyaalah, jawabnya ringkas dan yakin sambil melirikkan senyuman. Dia tahu, saya sebenarnya bukan mengejek beliau.

Friday, July 17, 2009

Solat Jumaat Dua kali di Hounslow Jamia Masjid, London

Jumaat 17hb Julai 2009, sepertimana minggu-minggu sebelumnya, pada minggu ini kami berpeluang untuk solat jumaat di Masjid Jamia Hounslow, di Wellington Road South, Hounslow, Barat London. Terletak agak terpinggir dan jauh sedikit daripada pekan, Masjid Hounslow ini di kelilingi oleh taman perumahan yang dihuni sebahagian besarnya oleh warga Pakistan dan Somali. Berada di masjid ini kami terasa seolah-olah berada di negara sendiri kerana pandangan seperti ini tidak jauh bezanya dengan masjid Pakistan, di Kuala Lumpur.

Terletak di jalan Wellington Road, South Hounslow, Middlesex, berjalan kaki lebih kurang 20 minit dari stesyen tube Hounslow Centre, tidaklah memenatkan kerana kebetulannya cuaca agak sejuk dan suasana yang agak tenang. Berbeza dengan masjid-masjid yang pernah kami lawati sebelumnya, Masjid Jamia Hounslow agak jauh sedikit dari pekan dan bebas dari kesibukan trafik.

Tidak banyak maklumat yang kami perolehi daripada masjid ini kecuali sebahagian besarnya dipengaruhi oleh etnik Muslim Pakistan. Masjid ini didirikan di tapak persendirian dan tidak sepertimana kebanyakan masjid-masjid lain di London yang didirikan daripada bekas rumah atau gereja lama yang dibeli, masjid ini didirikan dengan sumbangan derma dan usaha penduduk tempatan dan sedikit bantuan daripada kerajaan Saudi.



40 minit sebelum masuk waktu zohor, imam telah memulakan tugas pada hari jumaat dengan memberi ceramah atau 'al bayan'. al Bayan disampaikan oleh Imam dalam bahasa urdu, Arab dan Inggeris. Tajuk yang diberi penekanan pada minggu ini ialah mengenai isra' mi'raj Rasulullah saw ke sidratul muntaha. Sebaik masuk waktu solat zohor, bilal mengalunkan azan. selepas azan kedua, sekali lagi imam memainkan peranan dengan menaiki ke mimbar dan membaca khutbah. Khutbah yang disampaikan adalah sangat ringkas, iaitu kira-kira 5 minit sahaja. Amalan ini adalah kebiasaan sepertimana di pakistan kerana imam telah memberikan ceramah yang panjang sebelum waktu solat. Selesai solat jumaat, kami berpeluang menunaikan solat jenazah almarhumah Maryam bt Mahmud, seorang etnik Pakistan yang meninggal sakit tua.



Apa yang agak menghairankan kami ialah, solat jumaat di masjid ini dibuat sebanyak dua kali. kali pertama sebaik saja masuk waktu zohor jam 1.05, dan solat jumaat bermula pada jam 1.30 tengahari. Manakala solat jumaat yang kedua bermula pada jam 2.30 petang. Tidak pula dapat dipastikan sama ada diimamkan oleh Imam yang lain atau sebaliknya. Saya cuba bertanya kepada beberapa orang pengunjung disini, tapi mereka tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Oleh kerana cuaca agak kurang baik dan hujan mulai turun, kami mula bergerak untuk meninggalkan masjid tersebut tanpa mendapat jawapan yang diperlukan.


Wednesday, July 15, 2009

St Paul Cathederal, London; Kekaguman yang mampu mempengaruhi


Hari ini 15hb Julai 2009, kami sekali lagi dijadualkan membuat lawatan luar. Yang tak seronoknya, lawatan kali ini dibuat ke sebuah gereja lama di kota London. Nak tak nak terpaksa juga ikut kerana ia telah diprogramkan. Sebenarnya aku tak berapa berkenan sangat nak ikut lawatan ke gereja ni kerana, ya lah faham-fahamlah, gereja. Itu hari kami dah terperangkap kat kuil Hindu, Tak pasal-pasal terselit dicelah hindu yang syok berdoa. Gerun pula rasanya nak pergi kali ni.Rasanya kita sebagai orang Islam tak yah lah nak lawat-lawat tempat suci dia orang ni, tak banyak manfaatnya pun, tapi jadual dah disediakan, Kolej dah arrengekan, tambang dah bayar, Cikgu (Ms Deborah) pun sedia tunggu dan mengira kami sorang demi sorang, so aku tak ada can nak belah dan kami ikut sahaja. Apa pun blog ini bukanlah nak gambarkan kebesaran gereja yang dilawati, tapi sekadar nak tunjukkan kepada kawan-kawan sekalian apa yang ada dalam gereja tersebut, apa yang mereka buat dan apa yang patut kita fikirkan. Selain itu, di barat perbincangan mengenai interfaith adalah suatu yang lumrah, kehadiran orang kristian ke masjid, orang islam di kuil Hindu dan gereja dan sebagainya adalah perkara biasa dan bukan sebagai satu ibadat. Pada mereka ianya bukan satu syiar dan tiada apa-apa maksud kecuali menghormati sesama agama. ini lah cara orang Muslim di barat belajar. So anda buatlah penelitian sendiri.



Gereja St Paul atau St Paul Cathederal ini terletak betul-betul ditengah kota London. Lokasinya tak jauh dari Trafalgar Square. Kalau jalan kaki lebih kurang 10 minit kita dah sampai kat Trafalgar yang juga berdekatan dengan Picadilly circus.
Gereja ini dibangunkan oleh seorang arkitek bernama bernama Sir Christopher Wren antara tahun 1675 hingga 1710 setelah bangunan sebelumnya musnah dalam satu kebakaran besar di kota London.Ianya dihasilkan setelah beberapa kali pelan binaanya ditolak oleh queen Victoria. Dikatakan pelannya yang ketiga barulah dipersetujui oleh pihak istana dan bangunan itulah sebagaimana yang ada pada hari ini. 10 tahun selepas gereja St paul ini disiapkan, Sir Christopher wren meninggal dunia, so sempatlah juga dia melihat hasilnya. Bagi orang kristian, besar jasanya orang yang membina cathederal ni, Cathederal adalah bangunan gereja yang lebih besar dari Church, manakala church pula lagi besar dari chapel. Chapel ni kalau tak salah perkiraan aku, mungkin surau lah kot kalau bagi kita orang Islam, kecil je.




Arkitektur dan artistik bangunan ini dihasilkan bagi mencerminkan lima generasi monarki yang memerintah England dan merupakan antara gereja yang terbesar dan terindah di London yang menggambarkan keperibadian istana waktu itu.

Sejak ianya dibangunkan pada 1697,Gereja hasil arkitektur Christopher Wrens ini selain dari tujuan keagaamaan kristian, ianya juga digunakan sebagai tempat urusan resmi kerajaan yang penting khususnya istana dan perkara-perkara lain. Antara peristiwa-peristiwa besar yang dirakamkan disini ialah seperti majlis perkabungan, perkahwianan dan peringatan terhadap pejuang-pejuang kebangsaan yang telah meninggal dunia. Selain itu majlis perkabungan makam negarawan Inggeris juga disimpan disini seperti Lord Nelson, the Duke of Wellington dan Sir Winston Churchill; Demikian juga perayaan Jubli intan pemerintahan Queen Victoria; peringatan penamatan perang dunia pertama dan kedua, pelancaran festival Britain; Peringatan untuk 11 September 2001, sambutan ulangtahun ke 80 dan 100 tahun Ratu Elizabeth dan ibu Ratu, majlis perkahwinan Prince Charles, Prince of Wales dan Lady Diana Spencer dan sebagainya.
Selama berabad, gereja St paul ini berubah mengikut perubahan masa dan keadaan. Banyak dekorasinya dibuang atau ditambah mengikut keperluan semasa. Orang-orang Inggeris mencatatkan sejarah perkembangan bangsa mereka dengan catatan dan arca yang diukir dalam bentuk batu dan besi serta dijadikan sebagai satu karya seni dan monument yang diletakkan di segenap sudut bangunan gereja besar ini.

Di ruang bawah tanah, dinding-dinding batu asal yang dibina masih kekal utuh. Ilham cipta Christopher Wren yang asal, iaitu pintu besi yang indah hasil tempaan Jean Tijou dari tahun 1700 yang masih kukuh, di satu sudut, sebuah galeri yang boleh kedengaran bisikan atau lantunan suara di antara jarak 37 meter yang dikenali sebagai ‘whispering Gallery’.

Ruang dalam gereja ni amat luas dan besar, Kubahnya tinggi sebanyak 3 lapis. Dongak kat atas terdapat pelbagai lukisan, terfikir juga bagaimana orang dulu-dulu lukis gambar kat kubah tu yang punya lah tinggi. besarnya lebih kurang tiga tingkat bangunan. nak menyiapkan lukisan tu rasanya bengkok tengkok kerana melukis sambil mendongak. Rasanya lah...

Kubah (the Dome)

Kubah besar ditengah-tengah gereja ini setinggi 365 kaki di atas kota London. salah satu dari kubah terbesar di dunia. terletak ditengah-tengah bangunan gereja. seperti yang disebut sebelum ini, sekeliling kubah tersebut terdapat lukisan mural oleh pelukis Sir James Thornhill yang menggambarkan senario kehidupan st Paul dalam tahun 1715-1719. kubah setinggi 111.3 meter ini seberat 65000 tan dan disokong oleh 8 tiang utama. sekeliling kubah itu juga disusun marmar menggambarkan jesus dan malaikat yang dibuat sekitar tahun 1864-1888.




The Nave

Lokasi pertama yang dapat dilihat oleh pengunjung sewaktu memasuki Cathedral ialah The Nave. ‘The Nave’ merupakan bahagian tengah di dalam gereja tempat berhimpun sewaktu majlis keagaamaan atau peresmian peristiwa penting (Ruang atau dewan utama di tengah gereja) . Ruang ini mengarah terus kea rah Dome. Ini adalah ruang awam yang besar dan luas bagi kegunaan majlis dan upacara tertentu. Pintu Besar di sebelah Barat yang mempunyai ketinggian setinggi sembilan meter hanya digunakan untuk upacara tertentu yang penting sahaja. Terdapat tiga chapels di hujung gereja- chapel all souls dan St Dunstan's aisle di utara dan Chapel Order of St Michael dan St George di selatan aisle. Sebaik saja kami masuk melalui ruang besar ini, kedapatan satu keluarga iaitu seorang perempuan dengan anak lelakinya sekitar umur 10 tahun memasukkan syiling 30 pence bagi menyalakan lilin. Lilin yang diletakkan diatas para bagi tujuan meminta hajat. Melihat kepada ramainya pengunjung yang masuk bukan hanya sebagai pelawat, tetapi juga mengambil kesempatan utk sembahyang dan membuat hajat, menggambarkan masih ramai orang barat yang berpegang teguh pada ajaran kristian walaupun diluarnya mereka agak modernis. Masuk kedalam gereja itu barulah anda tahu bahawa mamat punk yang bimbit radio besar sambil lepak kat dataran kompleks rupanya hadir juga ke gereja untuk sembahyang. Sama ke dengan mat rempit kita?


Masuk kedalamnya dikenakan bayaran tiket. Amalan ini dibuat sejak tahun 1700an lagi atas arahan Ratu Victoria masa itu. Bagaimanapin, kami melalui surat resmi yang diuruskan oleh Muslim College dan cikgu bahasa, Ms Deborah, dibenarkan masuk percuma Cuma dilarang mengambil gambar. Secara tersorok, sempat juga aku rakamkan beberapa keping.


Aisle Utara

Aisle Utara ialah laluan tepi yang dibahagikan dengan tiang-tiang besar ditengahnya. Terletak di kiri pintu masuk sebelah barat. Ruang ini termasuklah Chapel all soul, Chapel St Dunstan dan patung (monument) Wellington.


Chapel of All souls

Terletak di aras bawah sebelah tenggara menara. Chapel ini dibina pada tahun 1925 dan dibina sebagai kenangan kepada Marshal Lord Kitchener (1850-1916) dan tentera yang terkorban dalam perang Dunia pertama pada tahun 1914-18. Ia juga dikenali sebagai Kitchener Memorial Chapel. Di antara skulptur artefak yang ada disini ialah patung-patung St Michael dan St George,sebuah patung Virgin Mary yang memegang Jesus, dan gambar Lord Kitchener.

Chapel St Dunstan

Chapel ini dibina pada tahun 1699, merupakan bahagian kedua dari ilham asal Wren yang digunakan.Pada tahun 1905,ruang ini telah didedikasikan untuk St Dunstan, iaitu seorang Bishop of London dan Archbishop of Canterbury 1000 tahun yang lalu. Sebelum ini, ruang chapel ini dikenali sebagai Morning Chapel.Dinamakan demikian kerana setiap pagi urusan pejabat dibuat bermula dari ruang ini.

Patung /Tugu Duke Of Wellington

tugu ini dibina khusus untuk memperingati Duke of Wellington, seorang tentera British yang terbilang dan seorang negarawan Inggeris yang terulung, meninggal dalam tahun 1852, bagaimanapun tugu ini disiapkan pada tahun 1912, sebagaimana tarikh yang tercatit di patung punggung kuda yang ditungganginya.

South Aisle

Laluan tepi sebelah selatan pula menempatkan Chapel St Michael dan St George yang terletak di sebelah selatan aisle. Chapel ini pada asalnya adalah dewan consistory – iaitu tempat bishop duduk sebagai paderi (tempat buat pengakuan).Ruang ini kemudiannya menjadi sebuah studio sementara sewaktu pembinaan tugu peringatan Wellington antara tahun 1858 dan 1878.


North Transept

Secara ringkas, ianya adalah gambar lukisan hasil karya William Holman Hunt yang bertajuk The lights of The World. Lukisan ini dihasilkan sekitar tahun 1900.








South Transept

Tugu atau patung laksamana Nelson yang menggambarkan pahlawan lagenda British yang juga merupakan laksamaana Angkatan laut british yang terkenal kerana Berjaya menewaskan tentera napoleon. Beliau meninggal dunia dalam peperangan ‘Battle of Trafalgar 1805’. Tugu ini dilengkapi dengan sepasang singa sebagai symbol keberanian pahlawan yang terkorban di medan perang. Tugu lain yang diletakkan disini ialah peneroka kapten Robert Scott, yang meninggal dunia sekembalinya dari kutub Selatan pada tahun 1912 dan lukisan lanskap JMW Turner.








The Organ

Organ lama ini telah disimpan di gereja ini sejak tahun 1695 dan ianya telah dibaiki beberapa kali. Artifak ini adalah antara yang terpenting di gereja ini dan merupakan Organ yang ketiga terbesar di UK. Ia memiliki 7189 paip,lima keyboard dan 138 stop. Masih boleh dimainkan dengan sekali putaran. Bunyinya agak membingitkan.






High Altar

Awalnya, Gereja ini hanya mempunyai sebuah meja kecil yang sederhana sebagai altar.Bagaimanapun pada tahun 1958, sebuah altar baru dibina daripada batu marmar dan kayu oak yang diukir. Altar ini juga menggantikan altar asal yang musnah terkena bom dalam perang Dunia kedua.











North Quire Aisle

Iaitu sebuah pintu besi yang kukuh di sebelah Utara yang dihasilkan oleh Jean Tijou, seorang pakar kerja besi dari Perancis. Berdekatan dengannya juga terdapat figura patung Ibu dan Anak oleh Henry Moore. Malangnya saya tak berapa faham apa maksud patung-patung ini.










The Apse

Terletak di bagian timur sekali di gereja ini. Iaitu di belakang Altar yang tinggi, Ia dibina bagi memperingati rakyat Amerika yang terkorban dalam Perang Dunia II, dan dibina pada tahun 1958. Terdapat lebih dari 28,000 nama rakyat Amerika yang terkorban yang membantu kerajaan British sewaktu perang Dunia II. Ramai gak tentera Amerika yang mati masa perang dunia II dulu ye.

Ini baru tingkat bawah. Atas ada lagi. menaiki 259 anak tangga ke atas kita akan temui kubah yang dikenali sebagai 'the whispering gallery". Anda hanya perlu berbisik dan boleh didengari 37 meter, iaitu diseberang sana.... Hebat juga. Tapi seperkara yang perlu diberi perhatian, bila anda mula mendaki, anda tak boleh undur kembali kerana tangga hanyalah satu lorong dan anda perlu habiskan 400 lebih anak tangga untuk turun semula mengikut lorongnya. Tak payah lah bersusah-susah melenguhkan kepala lutut naik tangga gereja, tak dapat pahala pun. Aku ambik gambar je..pura-pura naik dan pas tu dalamhati nak cari jalan untuk cabut.

Ada lagi stone gallery, golden gallery dan the ball and lantern kat atas sana. Nak sampai ke stone gallery kena daki lagi 378 anak tangga dan nak sampai kat golden gallery kena habiskan 530 anak tangga. Nak mampus, tak dapat pahala pulak tu naik letih-letih... aku dah tak tahan...pura-pura masuk toilet, terus cabut, singgah kat oxford street beli souvenir lagi bagus... pas tu aku tak tahu lagi apa yang ada kat atas tu.


Seperkara yang nak dikongsi disini, memanglah diakui bangunan gereja ini amat mengkagumkan binaannya. Bukan saja dijadikan tempat pemujaan atau keagamaan, bahkan juga majlis-majlis resmi kerajaan. Gordon Brown juga menyampaikan ucapannya dalam mesyuarat G8 di sini dan juga dijadikan sebagai tempat perasmian majlis-majlis kenamaan yang besar. Ia bukan saja sebagai menggambarkan kegemilangan dan kehebatan sejarah inggeris, tetapi juga melambangkan kebesaran kristian. Kekaguman itu sebenarnya mampu mempengaruhi!

Friday, July 10, 2009

East London Mosque, Masjid Bangladesh di Timur london atau Masjid Timur London di Bangladesh?


Hari ini jumaat 10hb Julai 2009. Kami dijadualkan untuk solat jumaat di East London Mosque, iaitu sebuah Masjid komuniti Bangladeshi yang terbesar di London. Terletak diTower Hamlet, berdekatan dengan pinggir kota London dan diantara Aldgate dan Whitechapel, di Timur London. London East Mosque adalah antara masjid terbesar di London. Masjid dan London Islamic Cultural Centre ini jaraknya hanya beberapa mimit berjalan kaki baik dari stesyen tube bawah tanah Aldgate East atau stesyen Whitechapel.



Sejarah masjid ini bermula pada tahun 1910,apabila beberapa orang tokoh agama terkemuka memutuskan untuk membangunkan sebuah masjid di London dan menyediakan tabung masjid. Pada peringkat awalnya, hanya sebuah bilik kecil yang disewa dari rumah penduduk tempatan bagi kegunaan solat jumaat. Namun pada tahun 1926, Dana yang dikumpul semakin bertambah sehingga satu ‘Deed Of Declaration Of Trust’ diwujudkan.


Pada tahun 1940, tiga buah rumah telah dibeli di Commercial Road, London E1 dan diubah serta dijadikan sebagai sebuah masjid. Masjid ini telah dibuka secara resmi pada hari jumaat 1 Ogos 1941. Lt. Col Sir Hussain Suhrawardy, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Tabung Masjid London, merupakan Pemegang Trustee pertama Islamic Cultural Centre and East London Mosque ini. Solat yang pertama di masjid ini telah diimamkan oleh Duta Arab Saudi iaitu Shaikh Hafiz Wahab pada hari tersebut.



Beberapa orang tokoh terkemuka telah dilantik bagi menguruskan tabung atau dana yang terkumpul, antaranya ialah Syed Ameer Ali, Privy Councill India yang pertama,Maharaja Aga Khan juga pernah berkhidmat sebagai Presiden Board Of Trustee seumur Hidup.Selain itu, Tokoh penterjemah al-Quran yang terkenal seperti Allahyarham Abdullah Yusuf Ali dan Muhammad Marmaduke Pickthall, juga merupakan pernah menjadi trustee bagi tabung masjid ini.




Pada tahun 1975, London Council membenarkan sebuah tapak sementara didirikan di Commercial Road sehinggalah bangunan baru dan kekal dibina di Whitechapel Road. Pada tahun 1982,kerja-kerja pembinaan mula dijalankan dan hasilnya pada tahun 1985, Jumaat 12hb Julai, sebuah masjid baru di Timur London telah mula digunakan untuk solat jumaat bagi pertama kalinya dengan diimamkan oleh Md. Sulaiman Jetha, yang juga merupakan Pengerusi kepada ‘the Council of Management of the East London Mosque, ‘ dan Imam di Masjid baru tersebut.
Selepas beberapa tahun, Masjid ini semakin dikunjungi ramai dan semakin padat dengan jemaah terutamanya pada setiap hari jumaat, bulan Ramadhan dan perayaan Aidil Fitri dan Adha, Usaha untuk memperluaskan ruang binaan masjid ini telah diajukan kepada pihak berkuasa British dan beberapa kempen serta melalui pungutan derma orang ramai. Hasilnya pada tahun 1999,Prince Charles dan putera Mohamed Al-Faisal dari Arab Saudi telah bersetuju untuk membangunkan London Muslim Centre pada tahun 2001. Kerja-kerja penambahan bangunan dilakukan dan pada bulan Jun 2004, bangunan baru London Muslim Centre bersebelahan masjid London East ini telah dibuka untuk operasi pentadbiran masjid dan komuniti islam setempat. Penambahan bangunan adalah berukuran lebih kurang 8300m2 sepertimana yang ada sekarang.






Masjid ini mampu menampung 4500 orang jemaah dalam satu masa.
Mempunyai dua ruang besar, sebuah galeri, ruang kelas dan bilik pejabat pentadbiran.Manakala penambahan yang dibuat di Muslim Centre pula menempatkan dua ruang serbaguna, bilik seminar, sebuah taman, ruang kelas pembelajaran, sebuah perpustakaan kecil, stesyen radio dan unit pejabat.

East London Mosque adalah masjid yang dipelopori oleh Muslim Bangladesh sebagai komuniti paling ramai di kawasan ini selain dari komuniti Muslim Somalia, banyak dipengaruhi oleh fahaman tradisi Deobandi. Masjid ini di dalam khutbah jumaatnya menggunakan tiga bahasa utama iaitu Bahasa Arab, Bahasa Bangladesh dan Bahasa Inggeris. Maka tidak hairanlah khutbahnya antara yang terpanjang disekitar London. Khutbah mula dibaca selepas azan Zohor jam 1.05 minit, selesai khutbah kedua pada jam 1.50 minit.Antara khutbah terpanjang yang pernah saya hadiri setakat ini. Khutbah tersebut dibacakan oleh Imam S.M. Abdul Qayyum yang juga menimamkan solat Jumaat. sepertimana biasa, sepanjang 1 jam di dalam masjid ini untuk mengerjakan solat jumaat, terasa tidak lagi berada di London, tetapi berada di timur, Bangladesh! kerana 98% adalah etnik Muslim Bangladeshi.

Kami juga berpeluang menunaikan solat jenazah sepasang suami istri etnik Bangladeshi yang meninggal akibat kemalangan jalan raya. Dalam perbincangan ringkas dengan Imam SM Qayyum, beliau amat teruja dengan kehadiran delegasi dari Malaysia. Beliau juga tidak asing dengan rakyat Malaysia kerana pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa beberapa tahun dahulu. Menurut beliau juga, pada tahun 2004, mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah melawat masjid ini.

Selesai solat jumaat dan solat jenazah serta berinteraksi dengan Imam SM Qayyum, kami bergerak perlahan menyusuri Whitechapel Road terdapat gerai-gerai Bangladesh disepanjang jalan sehingga stesyen tube Whitechapel berhadapan dengan East London Hospital. Tidak ada apa yang menarik sepanjang gerai ini kecuali hiruk pikuk etnik Bangladesh. Benarlah, hampir 4 jam disini terasa anda bukan berada di bumi England, tetapi Negara Bangladesh yang sejuk!


Thursday, July 9, 2009

Gambaran budaya dan perkembangan masyarakat barat melalui gambar di National gallery

England terkenal dengan muzium-muzium yang banyak disekitar London. Daripada muzium hidup seperti tumbuh-tumbuhan di Kew Garden, termasuklah muzium patung seperti Madame Tussaud dan pelbagai lagi. Selain dari muzium, kota london juga dipenuhi dengan pelbagai galleri yang menyimpan hasil seni lukis, arca, figura dan sebagainya. Salah satu galleri yang kami berpeluang untuk lawati ialah National Gallery. Peluang tersebut tiba pada 8hb Julai 2009, setelah Ms Deborah, tenaga pengajar dari Edward English School menawarkan pilihan kepada kami untuk melawat salah satu dari dua galleri lukisan lukisan yang terkenal di London, national Gallery dan National Art Gallery. National gallery memaparkan galeri lukisan yang dikumpul sejak abad ke 12 Masihi sehingga sekarang, manakala National Art Gallery pula memfokuskan hasil lukisan moden. Kami memilih untuk melawat National Gallery.

National gallery terletak betul-betul ditengah Kota London, setentang dengan Trafalgar Square dan tidak jauh dari Eye of London, House of parliament dan hanya 5 minit perjalanan dari National Art Gallery atau beberapa langkah dari stesyen tube picadilly Line. Berada di pusat Kota merupakan satu kelebihan bagi gallery ini dan mudah dikunjungi selain dari tidak dikenakan sebarang bayaran. Beroperasi selama 361 hari dalam setahun, bermakna galleri ini tidak pernah ditutup kepada orang awam.
Lukisan pertama yang terdapat digalleri ini ialah datangnya dari seorang ahli perbankan dan pengumpul lukisan iaitu Julius Angerstein. Beliau mengumpul hasil seni yang kebanyakannnya daripada Italy termasuklah lukisan altar oleh Sebastian Del Piombo, hasil seni dari Belanda, Flemish dan sebahagian dasil seni dari England sendiri.




Pada tahun 1823, pelukis landskap dan pengumpul hasil seni terkenal, Sir George Beamont (1753-1827), berhasrat untuk untuk memaparkan kepada umum hasil seni yang dikumpul oleh Julius Angerstein secara terbuka . Satu tempat khas perlu disediakan bagi tujuan tersebut.

Pada bulan April 1824, House Of Common bersetuju untuk membayar sebanyak £ 57.000 dari koleksi John Julius Angerstein. 38 keping gambar miliknya dipilih sebagai koleksi kebangsaan bagi tujuan pendidikan dan untuk tatapan masyarakat. Gambar-gambar tersebut dipamerkan di Pall Mall, iaitu di rumah Angerstein sehinggalah sebuah bangunan khusus didirikan pada tahun 1838, di Trafalgar, iaitu tempat di mana ia berada sekarang. Trafalgar Square dipilih kerana ia berada dipusat kota London yang sibuk dan menjadi tumpuan pengunjung.

Jawatan Pengarah bagi mengurus dan mengawal selia galeri ini dimulakan pada tahun 1855,iaitu setelah 31 tahun galeri ini dibina. Tugas Pengarah galeri ialah memilih dan mengumpul semua hasil seni yang diperolehi, serta menguruskan hal ehwal pentadbiran galleri yang mempunyai hamper 300 kakitangan termasuk pekerja sukarela.


Secara ringkasnya, galleri dua tingkat ini mempunyai 66 bilik pameran. Hasil-hasil seni dikumpulkan di dalam bilik mengikut susunan tertentu dan kurun ianya dihasilkan. Sebagai contohnya, bilik 51-66 adalah koleksi lukisan yang dihasilkan pada tahun 1200-1500M dan dibahagikan mengikut Negara seperti dari Italy, Belanda dan sebagainya. Manakala lukisan dari abad ke 16M pula dikumpulkan di bilik no 2-14, abad ke 17 dibilik no 15-37 dan bilik no 15-37 dan bilik no 33-46 bagi lukisan-lukisan dari abad ke 18 hingga abad ke 19.




Galeri ini memaparkan lebih dari 2300 keping gambar pelbagai saiz yang dihasilkan oleh pelbagai pelukis dari pelbagai kurun dan Negara seluruh Eropah. Darilah Jon Van Eyck, S. Bothicelli, Giovanni, Bellini, Titian, Raphael, Leonardo Da Vinci, Michaelangelo, Rembrandt hinggalah kepada Vincent Van Gogh dan lain-lain lagi.

Meninjau gambar-gambar lama di galeri ini adalah amat mengkagumkan saya. Lukisan yang dihasilkan pada tahun 1200 m masih terjaga dan kekal sepertimana ia baru disiapkan. Kebanyakan gambar-gambar pada abad 13-15M lebih memaparkan unsur-unsur kristian, malaikat dan kesengsaraan Jesus serta ketabahan Mariam. Gambar-gambar biasanya dihasilkan di altar untuk tujuan penghormatan diletakkan bersama patung Jesus. Kebanyakannya pada zaman ini warna diperolehi daripada sejenis baatu permata dan batu gunung yang terpilih, diasah menjadi serbuk halus yang mengeluarkan pelbagai warna.

Dari potret jesus, Mariam dan malaikat-malaikat yang digambarkan bersayap, penerokaan seni lukis sedikit berubah pada abad ke 16M. kebanyakan hasil seni lebih menggambarkan kepada kehidupan istana, ahli politik, paderi yang berkuasa dan lanskap tertentu. Hasil seni yang lebih moden dapat dilihat pada abad 17 M, kebanyaakan gambar-gambar potret peribadi, tokoh terkenal, rakaman perisrtiwa bersejarah dihasilkan.

Apa yang menakjubkan, anda dapat memahami budaya masyarakat Eropah apabila merenungi gambar-gambar ini satu persatu.Kita dapat menerokai kehidupan mereka dari awal abad ke 12 sehinggalah sekarang. Gambaran kebudayaan, agama, reality kehidupan feudal dapat dirasai dengan meneliti gambar-gambar tersebut. Kita dapat menghayati kehidupan masyarakat barat dari kurun 12 M dan menerokai kemajuan pesat mereka serta perubahan pemikiran dan budaya mereka dari kurun ke kurun. Benarlah seperti kata pepatah Inggeris “ A picture tell 1000 stories”, sekeping gambar menceritakan seribu peristiwa..





for neissa too...

also for neissa.....




and

lot of souveneirs for everyone....



happy birthday bella....