Sunday, November 22, 2009

Kata Pengantar oleh YAA Ketua Pengarah JKSM, Tan Sri Haji Ibrahim Lembut

KATA PENGANTAR I


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T. tuhan sekelian alam. Selawat dan salam kita panjat kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. dan semua penyambung perjuangan Baginda di mana jua mereka berada.

Pada kesempatan ini, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada saudara Mohd Nadzri bin Abdul Rahman atas inisiatif beliau melahirkan buku bertajuk “Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah, Prinsip dan Amalan” yang pada saya akan sedikit sebanyak memberi manfaat kepada para pembaca.

Dengan adanya buku seumpama ini, pasti ianya akan dapat memperkayakan lagi bahan penulisan dan pembacaan dalam bidang Perundangan dan Kehakiman Syariah di Negara kita ini. Pada keseluruhannya penulis banyak membuat rujukan kepada Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003 dan Enakmen-enakmen lain yang kebanyakannya  berkuatkuasa di Negeri Sembilan serta penulis telah mencurahkan pengalaman-pengalaman beliau semasa bertugas di beberapa agensi kerajaan sebagai seorang Pegawai Syariah. Ini pastinya, suatu pendedahan ilmu yang diperolehi secara praktikal yang amat bernilai untuk dikongsi bersama dengan para pembaca.

Buku ini yang mengandungi 17 bab yang boleh dijadikan sebagai satu panduan yang amat bermanfaat kepada pengamal undang-undang, pelajar undang-undang, mahu pun untuk orang awam yang ingin mengetahui tatacara atau prosiding di Mahkamah Syariah.

Semoga usaha sebegini akan menjadi contoh kepada Pegawai-pegawai Syariah yang lain dalam menyumbangkan idea dan pengetahuan dalam bidang kehakiman dan perundangan Islam di Negara kita ini. Saya juga mengambil kesempatan ini menyeru agar lebih ramai lagi Pegawai Syariah menceburi bidang penulisan dan menghasilkan karya yang bermutu untuk kegunaan kita semua. Mudah-mudahan melalui bahan penulisan yang baik akan mengubah paradigma masyarakat kita terhadap Mahkamah Syariah di Negara kita ini.

sign KP

Y.A.A. TAN SRI  HJ IBRAHIM BIN LEMBUT
KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM SYARIE JKSM

Dipetik dari Kata Pengantar 1, Buku Tatacara Mal Mahkamah Syariah: Prinsip dan Amalan
oleh Mohd Nadzri bin Haji Abdul Rahman Ibrahim





Buku Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah: Prinsip dan Amalan


Bagi pengamal undang-undang Syariah khususnya mereka yang sentiasa berurusan di Mahkamah Syariah sama ada mengendalikan kes atau terlibat secara langsung dengan pentadbiran Mahkamah, buku ini memberikan panduan yang amat besar. Peguam syarie, Pendakwa syarie, pegawai sulh, pendaftar, pegawai BBG, pelajar mahu pun mereka yang berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Universiti, buku ini banyak memberikan input dan maklumat secara langsung terutamanya mengenai cara pengendalian kes di Mahkamah Syariah, khususnya di dalam dewan bicara!
Ditulis berdasarkan pengalaman dan situasi sebenar di dalam mahkamah dari sudut dan kacamata mahkamah  berpandukan otoriti-otoriti kes yang telah diputuskan.
Setebal lebih  300 muka surat dengan 'hard cover', sesuai untuk panduan, rujukan mahupun sebagai hadiah yang tidak ternilai!
Boleh hubungi pengarang secara langsung = MOHD NADZRI BIN HAJI ABDUL RAHMAN IBRAHIM
melalui email nadzri@agc.gov.my
                    snakelidi@yahoo.com
                    nadzrirahman@gmail.com
atau 0163119010.

Selamat Datang Shah Shahin Ke Malaysia


15hb Oktober 2009 yang lalu, Bro Shahwiqar  Shahin, Programme  Manager peserta Kursus Malay College, London telah datang ke Malaysia bagi tujuan lawatan kerja dan mengunjungi rakan-rakan di Malaysia. kehadiran beliau ke Malaysia atas arahan pengurusan Muslim College of London telah digunakan sepenuhnya. JAKIM telah mengatur lawatannya ke Malaysia dengan menetapkan lawatan tak formal ke pejabat-pejabat berkaitan khususnya terdapat pegawai-pegawai Malaysia yang pernah mendapat khidmatnya semasa di London. Kesempatan itu juga digunakan sepenuhnya oleh saya untuk menjemput beliau makan malam di rumah kami sambil bersembang panjang.
Lawatan selama 40 hari ke Malaysia telah dipenuhinya dengan melawat sebahagian tempat-tempat menarik di Malaysia. Menurut Bro Shah, dia sungguh teruja dengan pengalaman menyelam di Manukan Island Sabah, Keheningan dan keseronokan di Balik pulau, Penang, Kota Melaka dan Bandaraya Kuala Lumpur. Beliau berjanji akan datang lagi ke Malaysia dalam tempoh terdekat. Berita yang terbaru dari beliau, kemungkinan besar beliau akan menyambung pelajaran di peringkat Phd di Malaysia dalam bidang interfaith dan suasana di Malaysia memberinya idea baru bagi tujuan tersebut.
Beliau yang beberapa kali datang ke rumah, telah dilayan sebagai tetamu istimewa dan amat rapat dengan anak-anak. Sikapnya yang mudah mesra dan melayani karenah anak-anak menjadikannya cepat mesra dan rapat dengan anak-anak. Pada 21hb November 2009 yang lalu, beliau telah berangkat pulang ke United Kingdom dengan pesawat AirAsia. Kehadirannya ke Malaysia amat meninggalkan kesan kepada kami sekeluarga dan tentunya kami merindui beliau.

Friday, November 6, 2009

Diarah sara ibu bapa sepanjang hayat-


KASSIM (dua kiri) bersama Fatimah (kiri) dan ahli keluarga berbincang dengan peguam mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, semalam.

Oleh Hussain Said
hussain@bharian.com.my

SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam memerintahkan seorang pensyarah universiti yang berkelulusan ijazah doktor falsafah (PhD) dan suaminya memberi nafkah kepada ibu bapanya sepanjang hayat.

Hakim Mohd Nadzri Abdul Rahman Ibrahim, juga memerintahkan Raja Suzana Kassim, 39, dan suaminya, Zulazli Hashim, 43, memenuhi lima tuntutan lain yang difailkan Kassim Othman, 74, dan isterinya, Fatimah Salleh, 66, iaitu membenarkan mereka sepanjang hayat tinggal di sebuah rumah di Kampung Jiboi Baru, Ampangan.

Mahkamah turut memerintahkan pasangan warga emas itu diberi kebebasan bergerak dan melakukan aktiviti dalam rumah itu serta kawasan persekitaran; diberi kebebasan dilawati anak lain pada bila-bila masa sepanjang hayat; menghormati dan menjaga kebajikan mereka serta membiayai mereka mengerjakan haji.

"Saya juga memerintahkan defendan pertama membayar nafkah RM500 sebulan, iaitu RM250 kepada plaintif pertama (Kassim) untuk membayar bil utiliti dan kos penyelenggaraan kawasan rumah serta RM250 kepada plaintif kedua (Fatimah) untuk kos perbelanjaan harian pada setiap akhir bulan sepanjang hayat mereka.

"Saya fikir bayaran nafkah itu mencukupi untuk pasangan warga emas seperti mereka kerana anak lain juga perlu bertanggungjawab menanggung mereka. Perintah ini berkuat kuasa serta-merta," katanya dalam penghakiman ringkas kes itu.
Bagaimanapun, hanya Zulazli hadir ketika hakim membacakan keputusan itu. Raja Suzana, anak kelima daripada lapan beradik tidak hadir kerana mahkamah diberitahu peguamnya, Norzaini Nordin, bahawa anak guamnya terpaksa mengendalikan peperiksaan akhir semester penuntutnya.

Pada April 2007, Kassim dan Fatimah yang diwakili Haniff Hassan, memfailkan enam tuntutan termasuk nafkah sepanjang hayat daripada anak perempuan dan menantunya kerana didakwa memungkiri janji dan mengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan menantunya itu.

Pada 1993, Raja Suzana serta Zulazli mendirikan rumah tangga dan pada 2002, Kassim memindah pemilikan tanah kepada defendan selepas mereka berjanji, antara lain menanggung nafkah plaintif selagi mereka hidup serta membenarkan kedua-dua plaintif tinggal di rumah itu.

Lecturer ordered to pay upkeep of parents

2009/11/05
By Patrick Sennyah

SEREMBAN: The Syariah High Court yesterday ordered a university lecturer with a doctorate and her husband, who were sued by her parents for not paying them nafkah (financial maintenance), to make the payments for the rest of the couples' lives.
Judge Mohd Nadzri Abdul Rahman Ibrahim also ordered Raja Suzana Kassim, 39, and husband Zulazli Hashim, 43, to fulfil five other requests sought by Kassim Othman, 74, and wife Fatimah Salleh, 66, including allowing them to live in a house in Kampung Jiboi Baru, Ampangan, here, for as long as the latter live.

The court also ruled that the elderly couple be allowed to move freely in the house and surrounding areas; be given freedom to visit any of their other children at any time; that the defendants respect them and look after their welfare as well as bear their expenses to perform the haj.

"I also order the first defendant to pay RM500 nafkah a month, which is RM250 to the first plaintiff (Kassim) for all household utilities and maintenance, and RM250 to the second plaintiff (Fatimah) for their daily expenses.

"The payment must be made at the end of each month for the rest of their lives," said Nadzri.

"I think the amount is sufficient for the elderly couple, since their other children must also take responsibility to care for them. This ruling takes effect immediately."
Only Zulazli was present in court when the judge read out his decision.

Raja Suzana, who is the fifth of eight children, was not present and the court was informed by her lawyer, Norzaini Nordin that her client had to conduct her students' final semester examinations.

In April 2007, Kassim and Fatimah, who were represented by Haniff Hassan, had filed six claims, including for lifetime nafkah payments from their daughter and son-in-law whom they claimed had gone back on their promise and chased them out of the house after it was transferred to the defendants.

In their statement of claim, Kassim said he was awarded a plot of land in Kampung Jiboi Baru, Ampangan, in August 1971 and had built a house, and raised eight children, including the first defendant.

In 1993, Raja Suzana and Zulazli were married and in 2002, Kassim transferred ownership of the land to the defendants after they promised to bear the plaintiff's nafkah for as long as they lived and also allow them to stay in the house, among others.

MADRID II

  Kota Madrid seawal abad ke 9 pernah diperintah oleh gabenur Umayyah Andalusia dan kota ini dikenali sebagai 'majrit' dari kata asa...