Maso dok
tengoh cari bahan, ambo belek-belek terjupo la link ni, http://gdwkgpauh.wordpress.com/. Cerita pasal dikir barat. Minta apun mitak
maaf dari tuan kijo ambo nak mintak
tupe artikel dikir barat ning. Comel benar tulise dia untuk kita pakat kongsi. Rasonya anak-anak
kito tak tahu doh pasal asal usul goni. Jadi demi untuk tatapan semua rakyat
marhaen termasuk ambo ni, terima kasih banyak-banyak kepada penulis kerana
maklumat yang amat bernilai dan bermutu. Di sini ambo ‘quote’ artikel tu untuk
bacaan kita rama-rama. Ambo tak pinda sikit pun… seleke baco…
Posted on 24 Jun 2012 by Kampung Pauh, Temangan
Kredit untuk: http://gdwkgpauh.wordpress.com/
Generasi
hari ini hanya mengenali Dikir Barat sebagai hiburan semata-mata. Bila ditanya
dari mana asal-usulnya, jarang diketahui. Dalam merayau internet, terjumpa
laman http://koiry.multiply.com/journal yang membicarakan asal usul Dikir
Barat. Diperturunkan semula catatan tersebut untuk pengetahuan umum dan pahala
untuk penulisnya. Jasa ilham kaji oleh pemiliknya serta susah payah dan pahit
jerih pencariannya dikenang oleh pengikut blog ini. Diperturunkan semula ilham
kajian itu.
DIKIR BARAT
PENGENALAN
Permainan
dikir barat adalah suatu teater tradisional yang paling digemari oleh
masyarakat Melayu di Kelantan dan Patani. Secara umumnya, tidak seperti teater
tradisional lain, permainan ini lebih popular di kalangan masyarakat biasa
daripada kalangan istana. Di dalam persembahan dikir barat terdapat satu
kumpulan yang diketuai oleh seorang tukang karut dan tok juara (atau dikenali
sebagai juara sahaja). Mereka akan mengarut sambil berbalas pantun dan diikuti
oleh awok-awok sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang.
Dikir
barat boleh dipersembahkan sebagai hiburan ataupun pertandingan. Permainan ini
biasanya dimainkan oleh masyarakat tani di musim menuai padi dan juga majlis
perkahwinan serta berkhatan. Di samping itu, pertandingan sering diadakan oleh
persatuan-persatuan belia tempatan, badan-badan kerajaan mahupun pihak tertentu
untuk mengutip wang. Dikir barat adalah permainan yang baru jika dibandingkan
dengan teater tradisional lain.
Perkembangan teater ini amat unik
kerana dikir barat sering berubah bentuk persembahan dari semasa ke semasa
mengikut perkembangan zaman.
Juara dalam Dikir Barat
Perkataan
dikir adalah hasil dari kombinasi dua perkataan, iaitu dikir dan pantun atau
dikir dan karut. Pengertian karut itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam
bentuk pantun atau syair. Jadi dikir barat, dikir karut, dikir pantun dan dikir
syair merujuk kepada perkara yang sama. Walau
bagaimanapun, di Kelantan permainan ini lebih dikenali sebagai dikir barat dan di Patani sebagai dikir karut.
bagaimanapun, di Kelantan permainan ini lebih dikenali sebagai dikir barat dan di Patani sebagai dikir karut.
ASAL-USUL
a) Dikir Barat Berasal dari Patani
Beberapa
pendapat telah diperkatakan tentang asal usul dikir barat. Setengah pendapat
mengatakan permainan ini berasal dari Patani. Sebenarnya dikir barat, yang
lebih terkenal dengan nama dikir karut, dibawa dari Patani. Mengikut
orang-orang Kelantan perkataan barat ini bermakna Patani. Ini tidak dapat
dinafikan kerana pada satu ketika dahulu negeri Kelantan pernah diperintah oleh
kerajaan Siam. Rakyat dari kedua-dua buah negeri ini sering berulang-alik dan
secara tidak langsung dikir dibawa ke sana dan diterima pula oleh masyarakat di
situ. Ketika dibawa ke Kelantan, dikir barat adalah dalam bentuk dikir dan di
sana permainan ini telah ditambah dengan pantun, diubahsuai dari segi
persembahan serta loghatnya sesuai dengan keadaan sekeliling dan suasana
tempatan.
b) Dikir Barat Berasal dari Pulau Kerengga
Mengikut keterangan yang diberikan oleh Nik Abd. Rahman bin Nik Dir (Pak Nik
Man) dikir barat berasal dari Pulau Kerengga iaitu satu daerah di dalam jajahan
Narathiwat di selatan Siam. Seorang yang bernama Pak Sa berasal dari Pulau
Kerengga telah masuk ke Kelantan dalam tahun 1931 dan telah ditangkap oleh Pak
Nik Man sendiri ketika bertugas sebagai pegawai kastam. Pak Sa telah masuk
tanpa pasport dan menyeludup barang. Pak Sa telah ditangkap dan dipenjarakan
tetapi setahun kemudian beliau telah memperkenalkan dikir barat kepada orang-orang
Kelantan. Oleh kerana beliau berasal dari Pulau Kerengga maka timbullah
pendapat yang mengatakan dikir
berasal dari sana.
berasal dari sana.
c) Dikir Barat Berasal dari Ilham Budak-Budak Penjaga Lembu
Ada
juga pendapat yang mengatakan bahawa dikir barat berasal dari permainan
budak-budak yang menjadi gembala lembu di padang rumput. Pada tahun 1930-an
terdapat ramai pencuri lembu berkeliaran di padang rumput. Oleh kerana
ketakutan budak-budak penjaga lembu ini duduk berkelompok dan berdikir
beramai-ramai. Mereka akan menyanyi dan berpantun sambil sindir-menyindir
sesama mereka untuk menghibur hati dan melupakan perasaan takut terhadap
perompak tadi. Dari peristiwa inilah timbulnya permainan dikir barat.
d) Dikir Barat Berasal dari Pulau Tebu
Ada
orang mengatakan bahawa dikir barat berasal dari Pulau Tebu kerana pengasasnya
ialah Husain Mok Nah Lombong yang berasal dari kawasan tersebut. Sewaktu beliau
memperkenalkan dikir barat ramai menganggap permainan ini sebagai satu hasil
seni yang baru sebab iramanya boleh disesuaikan dengan irama yang telah sedia
ada seperti rebana besar.
e) Dikir Barat Berasal dari Ciptaan Mat Leh Tapang
Bila
memperkatakan dikir barat nama Mai Leh Tapang tidak boleh dilupai kerana ramai
orang mengenali beliau melalui dikir barat. Mat Leh Tapang atau nama sebenarnya
Haji Mat Salleh bin Haji Ahmad berasal dari Kampung Tapang. Beliau telah
mengakui bahawa dikir barat ini sebenarny a berasal dari Patani. Beliau telah
mengubahsuaikan permainan ini dengan memasukkan pantun. Jadi, pada awalnya
dikir barat yang dibawa ke Kelantan itu masih lagi dalam bentuk dikir tanpa
pantun. Semasa pemerintahan Jepun, Datuk Menteri Kelantan pernah memanggil
beliau untuk meriwayatkan sesuatu dengan cara berpantun. Pada zaman itu juga
terdapat sebuah kumpulan dikir yang diketuai oleh Jaffar Wakaf Mek Zainab yang
emperkenalkan dikir barat di kampungnya. Awok-awoknya terdiri daripada
orang-orang Melayu Barat (Selatan Siam). Mereka mendendangkan lagu-lagu yang
dibawa dari Selatan Siam dan Mat Leh Tapang pula berperanan menggubah serta
menambah dikir tersebut dengan pantun untuk menyedapkan lagi dikir barat.
PERSEDIAAN SEBELUM BERMAIN
Bermacam-macam
persediaan perlu dilakukan sebelum pertunjukan dikir barat dapat dipersembahkan
di hadapan khalayak.
a)
Menempah Tukang Karut dan Juara
Jikalau
sesuatu pertunjukan dikir barat itu dianjurkan oleh sesebuah badan terpulanglah
kepada penganjur tersebut untuk menempah tukang karut dan juara yang sesuai.
Awok-awok tidak payah ditempah kerana setiap juara sudah mempunyai awok-awok
sendiri. Selalunya penganjur mahukan tukang karut dan juara yang popular.
Penganjur boleh menempah tukang karut dan juara sama ada secara formal atau
sebaliknya iaitu di rumah tukang karut sendiri, melalui orang tengah, di tempat
pertunjukan ataupun di mana sahaja mereka dapal berjumpa.
b) Mendapat
Kebenaran Bermain
Satu lagi tugas penganjur ialah mendapatkan kebenaran pertunjukan dari pihak
berkuasa seperti penghulu, penggawa, pegawai polis dan ketua jajahan / daerah.
c) Menampal
Iklan-Iklan dan Poster
Iklan-iklan
ditampal, disebar dan didedahkan di sekitar kawasan kampung dalam bahasa atau
loghat daerah. Walau bagaimanapun pengumuman melalui pembesar suara sangat
popular. Pihak penganjur akan pergi ke kampung-kampung yang berdekatan pada
waktu petang sebelum pertunjukan itu dan turut memberi tahu bahawa permainan
tersebut akan diadakan di kampung yang tertentu pada waktu lain. Di antara
pengumuman tersebut berbunyi begini :
Jage lupa adik kakak ini male ni dikir barat
di pade sekolah Alo Bakat denge
tuke karutnya mat Yeh de Sudin: Tok Joranya
Ripin ana denge Daud Bukit Abal serta penyanyi
wanita Che Esah Sayonara de
Zaleha Gula Batu
Datela berghama-ghama
di pade sekolah Alo Bakat denge
tuke karutnya mat Yeh de Sudin: Tok Joranya
Ripin ana denge Daud Bukit Abal serta penyanyi
wanita Che Esah Sayonara de
Zaleha Gula Batu
Datela berghama-ghama
d)
Tempat Bermain
Permainan
dikir barat dimainkan di atas pentas. Biasanya, bentuk pentas dibina mengikut
corak permainan sesebuah dikir barat.
i.
Bangsal atau Pentas Untuk
Pertunjukan Percuma
Jika permainan ini dipertunjukkan di hari perayaan atau
majlis perkahwinan maka bangsal atau pentas didirikan setinggi 4 kaki.
Pertunjukan ini percuma dan semua penonton dapat melihat dari jauh. Bangsal ini
biasanya diperbuat daripada buluh berlantaikan papan dan beratapkan daun
kelapa.
ii.
Bangsal atau Pentas Untuk
Pertunjukan Yang Dikenakan Bayaran
Kadang kala terdapat juga penganjur yang mengadakan
permainan ini dengan tujuan mengutip wang. Penonton dikenakan bayaran masuk.
Para penonton menyaksikan persembahan dikir barat Kedudukan pentas pertunjukan
ini amat rendah. Oleh itu, hanya orang yang masuk ke kawasan panggung sahaja
dapat melihat pertunjukan. Pentas ini berlantaikan papan dan beratapkan daun
kelapa dan dibina di tengah-tengah padang yang dikeliling oleh pagar yang juga
diperbuat daripada daun kelapa.
PERSEDIAAN ALAT-ALAT MUZIK
Rebana Ibu
dan Anak
Rebana ini mempunyai satu muka berbentuk bulat dengan
menggunakan belulang kambing dipasang pada badan dengan siratan tali rotan
kepada cincin rotan di bawah rebana itu. Badan alat ini diperbuat daripada kayu
yang tidak dalam (5″ – 6″ dalam). Belulang dikemaskan dengan menggunakan
pancang kayu di antara cincin dan bahagian bawah badan rebana. Rebana anak
lebih kecil daripada rebana ibu.
Tetawak
Tetawak diperbuat daripada perunggu berbentuk bulat. Alat
ini mempunyai dinding yang tebal serta berbusut di tengah permukaan. Bunyi
pukulan tetawak lebih tinggi daripada gong. Biasanya tetawak digantung dan
dipalu pada busutnya.
PAKAIAN
Permainan
dikir barat di Kelantan yang berasal dari Patani tidak mempunyai pakaian
tertentu atau menarik untuk dipakai oleh juara, tukang karut mahupun awok-awok.
Ini tidak dapat dinafikan kerana permainan ini merupakan permainan rakyat biasa
yang diadakan di kawasan sawah padi dan kampung. Oleh itu, mereka tidak
mementingkan pakaian kerana tujuan utama ialah memberi hiburan yang berupaya
memuaskan selera penonton. Jadi pasukanpasukan dikir barat dari kelompok ini
memakai pakaian biasa ketika membuat persembahan.
AHLI-AHLIKUMPULAN
Setiap
pasukan dikir barat mempunyai seorang tukang karut, seorang juara dan beberapa
orang awok-awok (selalunya antara 15-30 orang).
a)
Awok – awok
Awok
– awok adalah sekumpulan orang yang berdikir dalam permainan dikir barat.
Kebiasaannya awok-awok terdiri dari muda-mudi belasan tahun (tetapi mereka
tidak pernah bercampur) dan kerana faktor usia inilah orang menamakan mereka
sebagai budak-budak dikir. Pada praktiknya orang dewasalah yang lebih ramai
menjadi awok-awok. Awok-awok menyanyikan korus sambil duduk dalam kedudukan
secara bulatan 8…Gelaran awok-awok ini mengambil sempena dari nama kumpulan
orang-orang nelayan yang turun ke laut dalam sebuah perahu di bawah jagaan
seorang ketua dipanggil sebagai jeragan dan keadaan ini disesuaikan dengan
pelakon awok-awok dalam permainan dikir barat yang di bawah jagaan ketua mereka
iaitu juara. Tugas awok-awok ialah mengikut atau mengulangi secara beramai-ramai.
Seni kata lagu yang didendangkan oleh juara dan tukang karut mereka.
Sebenarnya, awok-awok melahirkan suara latar atau korus bagi permainan dikir
barat.
b) Juara (Tok
Juara)
Juara
merupakan orang yang kedua penting dalam satu pertunjukan dikir barat. Tugasnya
ialah berdikir sebelum tukang karut mengarut. Pada waktu tertentu juara juga
terpaksa mengarut iaitu sewaktu menunggu ketibaan tukang karut (biasanya di
awal permainan) tetapi karutnya tidak panjang. Juara tidak menyanyi tetapi
berdikir sambil duduk di sepanjang masa permainan. Tukang karut pula
mendendangkan karutnya sambil berdiri dan menari. Suara juara yang baik dan
merdu boleh menaikkan semangat tukang karut dan awok-awok pasukannya. Tema yang
dibawa oleh juara selalunya menjadi panduan kepada tukang karut untuk mengarut
kerana selepas juara berdikir tukang karut akan mengarut pula.
Awok-awok
berpakaian seragam. Mereka duduk dalam dua barisan dan kedudukan ini sudah
menjadi kelaziman apabila berada di alas pentas. Juara juga bertindak sebagai
ketua dan guru kepada seluruh awok – awoknya sebab segala bentuk dikir yang
merupakan suara latar atau korus, yang diperlukan adalah dari ajaran dan arahan
juara. Walau bagaimanapun, tukang karut tidak terikat dengan tindakan juara
atau awok-awok sewaktu berlangsungnya persembahan. Lagu dan seni kata boleh
dianggap sebagai ciptaan juara. Awok-awoknya dilatih terlebih dahulu sebelum
permainan dikir barat diadakan dan seorang juaranya selalu mempunyai beberapa
pasukan awok-awok yang terdekat dengan tempat permainan dikir barat akan
dipilih atau ditugaskan oleh juara bagi mewakili pasukannya ketika mengadakan
persembahan di daerah tersebut.
c) Tukang
Karut
Orang
yang memainkan peranan utama dalam pasukan dikir barat ialah tukang karut.
Tugas tukang karut yang penting ialah berpantun dan bersyair. Pantun dan syair
yang didendangkan mengikut selera tukang karut. Idea, isi, bahasa dan persoalan
yang terkandung dalam puisi berkenaan (pantun dan syair) selalunya dikemukakan
secara spontan. Tukang karut juga boleh menyanyi pelbagai jenis lagu. Biasanya,
lagu-lagu sendiri lebih dipentingkan oleh tukang karut dan kerap kali menjadi
masyhur, terkenal serta menjadi sinonim dengan namanya seperti Seman Wau Bulan,
Dolah Kulai Malam, Awang Ikan Duyung, Dollah Tok Deh dan Iain-lain. Tukang
karut merupakan watak yang mempunyai kebolehan semulajadi kerana tidak semua
orang boleh menjadi tukang karut.
CARA PERSEMBAHAN
Dalam
permainan ataupun persembahan dikir barat selalunya ada dua pasukan yang
mengambil bahagian pada suatu masa. Mereka akan berbalas pantun,
sindir-menyindir ibarat orang berkelahi. Walau bagaimanapun, keadaan ini hanya
dianggap sebagai hiburan dan disampaikan dalam loghat Kelantan. Permainan akan
dimulakan tepat pada pukul 10.00 malam. Berkemungkinan keadaan sunyi dan sepi
pada waktu malam memberikan sumber ilham kepada tukang-tukang karut. Manakala
awok-awok kedua-dua pasukan pula mengambil tempat masing-masing iaitu duduk
bersila mengelilingi pembesar suara ibarat orang yang sedang menghadapi satu
hidangan.
Kedudukan kedua-dua pasukan dalam persembahan
LAGU KARUT DIKIR BARAT
Kebanyakan
lagu karut dikir barat lahir secara spontan dari ilham tukangtukang karut itu
sendiri sewaktu mengarut di dalam permainannya. Apabila sedap didengar lagu
berkenaan akan menjadi terkenal dan menjadi ikutan tukang karut lain. Nama
lagu-lagu ciptaan ini amat terkenal dan menjadi kesukaan ramai. Di antara lagu
dikir barat yang terkenal ialah :
i. Karut Kelantan cepat
ii. Karut Kelantan anyo’ (Perlahan)
iii. Karut Petani
iv. Karut Wok Yoh
v. Karut pendek
vi. Karut Yengki Cepat
vii. Karut Yengki Anyo’
viii. Karut Yengki Tengah (Sederhana)
ix. Karut Yengki a ding dong
x. Karut Alo
xi. Karut Selampit
xii. Karut Menora
xiii. Karut Jenaka Mak Yong
xiv. Karut Wau Bulan
ii. Karut Kelantan anyo’ (Perlahan)
iii. Karut Petani
iv. Karut Wok Yoh
v. Karut pendek
vi. Karut Yengki Cepat
vii. Karut Yengki Anyo’
viii. Karut Yengki Tengah (Sederhana)
ix. Karut Yengki a ding dong
x. Karut Alo
xi. Karut Selampit
xii. Karut Menora
xiii. Karut Jenaka Mak Yong
xiv. Karut Wau Bulan
Terdapat tiga jenis dikir :
i. Irama Melayu Asli
ii. Irama Padang Pasir
iii. irama Hindustan
i. Irama Melayu Asli
ii. Irama Padang Pasir
iii. irama Hindustan
Alat-alat
muzik dipalu oleh awok-awok yang terdiri dari rebana ibu, rebana anak, tetawak,
buah rumba dan seruling. Persembahan bermula apabila juara pasukan A
mengalunkan lagu dikirnya mengalu-alukan kedatangan penonton penonton. Di
antara lagunya berbunyi demikian :
Inilah resam dunia
Insan rang sama dibeza-beza
Yang miskin mengapa dihina
Yang kaya selalu dimulia … (suara latar)
Selamat malam selamat datang
Para penonton budiman
Terlebih dahulu harap maafkan
Salah silap jangan dicaci jangan
Malam ini sungguhlah bertuah
Cahayanya terang cuaca
Pantun dan lagu kami mempersembahkan
Untuk hiburan saudara dan saudari
Dunia ini hanya sementara
Tempat mencari bekalan
Miskin kaya mengapa dibeza
Hanya bahagia diharapkan
Tempat mencari bekalan
Walau di buku dan di hutan
Hanya bahagia diharapkan
Tetapi yang miskin mengapa ketinggalan
Walau di bukit dan di lautan
Kerjasama bergotong-royong
Tetapi yang miskin selalu ketinggalan
Mungkinkah itu salah ibu mengandung.
Juara
ini terpaksa menambah beberapa rangkap pantun lagi sementara menunggu tukang
karut pasukannya naik ke pentas. Antaranya :
Terima kasih saudara
Mana datang ini malam
Tukang karut masuk mari
Lewat masa sampai jam
Terima kasih tuan kerja
Dan juga kongsi-kongsi
Ambo tera nok mulo-mulo
Buat mula tanda jadi
Terima kasih ketua kampung
Tuan penghulu dan penggawa
Silap salah minta ampun
Baso dia main goni
Mana datang ini malam
Tukang karut masuk mari
Lewat masa sampai jam
Terima kasih tuan kerja
Dan juga kongsi-kongsi
Ambo tera nok mulo-mulo
Buat mula tanda jadi
Terima kasih ketua kampung
Tuan penghulu dan penggawa
Silap salah minta ampun
Baso dia main goni
Selepas
itu pasukan B mengambil giliran dan juaranya akan berdikir seperti yang
dilakukan oleh pasukan A iaitu memperkenalkan diri serta mengucapkan selamat
datang serta perlu menambah beberapa rangkap pantun lagi seandainya tukang
karut kumpulannya belum sampai. Apabila tiba giliran pasukan A semula tetapi
tukang karutnya tidak juga muncul, jadi terpaksalah tukang nyanyi wanitanya
naik ke pentas untuk mempersembahkan beberapa buah lagu. Kebanyakan lagu yang
dinyanyikan merupakan lagu – lagu yang popular pada ketika itu tetapi
disampaikan dalam loghat Kelantan. Selesai sahaja penyanyi wanita menyanyi juara
akan berdikir semula. Di antara lagu tersebut berbunyi demikian :
Muda mudi di bangku pelajaran
Jago diri jangan diabaikan
Dirimu itu wajiblah dijaga
Janganlah sampai tergoda … (suara latar)
Dengarlah adik abang berkata
Nasihat abang sebagainya pelita
Bolehlah menerang segalalah benda
Untuk dirimu dek masalah tua
Andainya jadi kecemaran
Rosakkan diri meranalah badan
Jiwa terseksa di dalam badan
Hidup derita dek sepanjang zaman
Di bangku pelajaran jangan main asmara
Ikutlah dek gurumu berkata
Jauhlah dadah dan ganja
Itu perkara dek jadi merhahaya
Sekaranglah ini dah dapat dilihat
Bagaimana gara-gara orang yang terlibat
Hidup terseksa oh sungguhlah dahsyat
Dikeji diseksa oleh masyarakat
Dengarlah dek abanglah berkata
Jangan menyalahgunakan dadah
Perbuatan sia-sia tidaklah terkira
Mugopun salah undang-undang pun salah
Sekianlah dahulu abanglah berkata
Lepaslah adik lelaki dan perempuan
Carilah ilmu penuh di dada
Untuk kemudahan diri hari kemudian
Jago diri jangan diabaikan
Dirimu itu wajiblah dijaga
Janganlah sampai tergoda … (suara latar)
Dengarlah adik abang berkata
Nasihat abang sebagainya pelita
Bolehlah menerang segalalah benda
Untuk dirimu dek masalah tua
Andainya jadi kecemaran
Rosakkan diri meranalah badan
Jiwa terseksa di dalam badan
Hidup derita dek sepanjang zaman
Di bangku pelajaran jangan main asmara
Ikutlah dek gurumu berkata
Jauhlah dadah dan ganja
Itu perkara dek jadi merhahaya
Sekaranglah ini dah dapat dilihat
Bagaimana gara-gara orang yang terlibat
Hidup terseksa oh sungguhlah dahsyat
Dikeji diseksa oleh masyarakat
Dengarlah dek abanglah berkata
Jangan menyalahgunakan dadah
Perbuatan sia-sia tidaklah terkira
Mugopun salah undang-undang pun salah
Sekianlah dahulu abanglah berkata
Lepaslah adik lelaki dan perempuan
Carilah ilmu penuh di dada
Untuk kemudahan diri hari kemudian
Setelah
selesai juara pasukan A ini berdikir, tiba-tiba tukang karutnya naik ke pentas
dan ini diikuti oleh tukang karut pasukan B. Tukang karut pasukan A mula
mengarut dan bunyinya demikian.
Selamat malam saudara
Terima kasih saudari
Hilang royak timbul cerita
Mulo-mulo ambo gori
Terima kasih saudari
Kecil besar tuo mudo
Mulo setak mula gori
Walau letih tubuh ambo
Kecil besar tuo mudo
Peminat dikir barat
Letih lesu tubuh ambo
Tubuh badan kure sihai
Hilang royak timbul cerita
Mulo-mulo ambo gori
Terima kasih saudari
Kecil besar tuo mudo
Mulo setak mula gori
Walau letih tubuh ambo
Kecil besar tuo mudo
Peminat dikir barat
Letih lesu tubuh ambo
Tubuh badan kure sihai
Tukang
karut ini akan mencipta pantun atau karutnya di atas bangsal atau pentas secara
spontan. Mereka akan mengemukakan berbagai – bagai tema. Di antaranya ialah
budi dan jasa, pelajaran, pembangunan, dakwah dan percintaan. Kadang kala
tukang karut ini akan sindir-menyindir, kata-mengata, keji-mengeji dan pukul
memukul di antara satu sama lain. Ini dilakukan dengan tujuan berhibur
semata-mata. Tukang karut terus menyambung karutnya :
Karut Kelantan Slow (perlahan)
Hilan royak balik sana
Nok timbul alik sini
Nati dengar kawe demo
Nak royak gitu gini
Pada perkara masa sekare
Kena kita berjago-jago
Kerajaan kita duduk lare
Dia royak semo-semo
Bagi yan ore muda
Jangan amal salah dadah
Keno kita berjago-jago
Hok termake payah bedoah
Kalau sapo-sapo ke rumah
Kena pakat-pakat payung
Kalau tubuh kita lemoh
Keno jago kesihate
Saudara saudari
Ibu-ibu bapa-bapa
Mulo-mulo tanda jadi
Mulo-mulo buka tekok
Keluarga muslimin
Anak cucu Tok Adam
Baso dia main goni
Mulo-mulo pembukaan
Pembangunan adik kakak
Benar benar di Malaysia
Keno fikir dengan otak
Fikir dengan akal
Aman makmur bahagia
Melayu, Cina dan India
Bersatu pada di Negara
Itulah negara Malaysia
Keno hapus segala musuh
Yang pertama ni komunis
Bersatu kita baru kukuh
Walau belia beliawanis
Hilan royak balik sana
Nok timbul alik sini
Nati dengar kawe demo
Nak royak gitu gini
Pada perkara masa sekare
Kena kita berjago-jago
Kerajaan kita duduk lare
Dia royak semo-semo
Bagi yan ore muda
Jangan amal salah dadah
Keno kita berjago-jago
Hok termake payah bedoah
Kalau sapo-sapo ke rumah
Kena pakat-pakat payung
Kalau tubuh kita lemoh
Keno jago kesihate
Saudara saudari
Ibu-ibu bapa-bapa
Mulo-mulo tanda jadi
Mulo-mulo buka tekok
Keluarga muslimin
Anak cucu Tok Adam
Baso dia main goni
Mulo-mulo pembukaan
Pembangunan adik kakak
Benar benar di Malaysia
Keno fikir dengan otak
Fikir dengan akal
Aman makmur bahagia
Melayu, Cina dan India
Bersatu pada di Negara
Itulah negara Malaysia
Keno hapus segala musuh
Yang pertama ni komunis
Bersatu kita baru kukuh
Walau belia beliawanis
Setelah
itu tiba masanya pula untuk tukang nyanyi wanita pasukan B menyanyi dan ini
akan diikuti oleh juaranya berdikir. Seterusnya tibalah giliran pasukan A
sekali lagi. Juaranya akan berdikir dan tukang karutnya akan mengarut. Kemudian
tiba pula giliran pasukan B. Juaranya akan berdikir dan selepas itu disambut
oleh tukang karutnya. Temanya juga sama dengan pasukan A. Biasanya tukang karut
pasukan A tidak melagukan lagu yang serupa dengan pasukan B walau pun temanya
sama. Mereka akan bergilir-gilir membuat persembahan ini hingga pukul tiga pagi
atau waktu rehat. Ketika mereka berdikir dan mengarut inilah diselitkan
selingan atau penambahan unsur-unsur nyanyian lagu-lagu lucu, lucah, dan
sebagainya. Lagu-lagu ini dalam loghat Kelantan ataupun lagu-lagu saduran dari
piring hitam. Lagu ini sebagai hiburan ataupun untuk menghilangkan rasa
mengantuk para penonton. Jam pada pukul tiga pagi adalah waktu rehat. Tukang
karut dan juara akan turun berjalan-jalan di sekeliling tempat bermain. Pada
masa inilah penganjur mengumumkan pertandingan, tikam pulut, tikam rokok, kain
lepas, tikam basikal dan lain-lain permainan. Ketika itu juga peminat-peminat
dikir barat mengambil kesempatan menempah tukang karut dan juara untuk bermain
di tempat mereka pula. Selepas waktu rehat kedua-dua pasukan ini akan naik ke
pentas semula. Mereka akan memulakan dengan lagu dikir yang lebih panas.
Kebanyakan yang disampaikan pada waktu ini adalah lagu-lagu berunsur lucah.
Begitu pun terdapat juga lagu yang berunsur pengajaran dan nasihat di
sebaliknya. Sebelum acara berakhir tukang karut akan mengarut serentak.
Misalnya, tukang pasukan A memberi pembayang manakala tukang karut pasukan B
pula akan memberi maksud pantun. Akhir sekali untuk penghabisan persembahan,
tukang karut sebelah pihak akan mengalunkan lagu sedih. Di antaranya lagu Wau
Bulan, Kilat Malam, Ikan Duyung, Layang-layang dan lain-lain lagi. Di samping
itu, tukang karut ini meminta maaf dan mengenangkan nasib sebagai tukang karut.
Lagu Wau Bulan
i wa i wa bulan
wau bulan teraju tiga …
Minta maaf adik kakak sekalian
Kalau ada silap jangan simpan dalam dado
Tinggal kasih menolak sayang
Kalau panjang umur semula pulok kita jumpo
Oh samo-samo paling belakan
Selamat tinggal nok baliklah ambo
Oh ambo ini pakar ilmu tolo saran
Orang sayang orang merai waktu muda
Kalau dah tua habis Sayan ni aban
Taruh butir buat bako letok atas paro
Tak dak aroh ini malam
Sampai pun ye time dan maso
Oh ada salah nok minta maaf
Aban jangan taruh bimban dalam dado
Takut terkasar takut tersalah benar
Mana tahu kerajaan puak ambo
Oh rasa bebas cari makan
Turut untuk badan kecil jual suara
Ni ibarat burung terbang
Di mana dahan di situlah tempat ambo
Oh ada anok betina atau jantan
Mintok aban jangan tiru pengarai ambo
Kalau tak adok ilmu pengujian
Balah ni contoh buat kijo
Oh kita taat ambo nak pesan
Kalau dah habis tok sah ingat bila-bila
Maklum saja demo rama amba soran
Tok boleh nok buat tok boleh nok jago
Oh selamat tinggal selamat baik selamat jalan
Tok payah tunggu nok sudahlah ambo
Oh ni assalamualaikum ambo beri salam
Hilan royak doh habis alik ambo
wau bulan teraju tiga …
Minta maaf adik kakak sekalian
Kalau ada silap jangan simpan dalam dado
Tinggal kasih menolak sayang
Kalau panjang umur semula pulok kita jumpo
Oh samo-samo paling belakan
Selamat tinggal nok baliklah ambo
Oh ambo ini pakar ilmu tolo saran
Orang sayang orang merai waktu muda
Kalau dah tua habis Sayan ni aban
Taruh butir buat bako letok atas paro
Tak dak aroh ini malam
Sampai pun ye time dan maso
Oh ada salah nok minta maaf
Aban jangan taruh bimban dalam dado
Takut terkasar takut tersalah benar
Mana tahu kerajaan puak ambo
Oh rasa bebas cari makan
Turut untuk badan kecil jual suara
Ni ibarat burung terbang
Di mana dahan di situlah tempat ambo
Oh ada anok betina atau jantan
Mintok aban jangan tiru pengarai ambo
Kalau tak adok ilmu pengujian
Balah ni contoh buat kijo
Oh kita taat ambo nak pesan
Kalau dah habis tok sah ingat bila-bila
Maklum saja demo rama amba soran
Tok boleh nok buat tok boleh nok jago
Oh selamat tinggal selamat baik selamat jalan
Tok payah tunggu nok sudahlah ambo
Oh ni assalamualaikum ambo beri salam
Hilan royak doh habis alik ambo
PEMBAHARUAN DALAM PERMAINAN DIKIR BARAT
Semenjak
pihak RTM (Radio Televisyen Malaysia) menyiarkan dikir barat ini sebagai salah
satu rancangannya dan juga semenjak diadakan pertandingan dendang rakyat, dikir
barat mengalami beberapa proses perubahan dari beberapa segi. Perubahan dan
pembaharuan berlaku dalam aspek pakaian, tempat, cara persembahan dan juga
lagu-lagu yang didikirkan untuk permainan ini.
Pada asalnya tiada pakaian seragam dalam permainan dikir barat. Walaubagaimanapun, semenjak diadakan pertandingan dikir barat dalam dendang rakyat kebanyakan pasukan dikir barat mempunyai pakaian masingmasing. Biasanya, awok-awok memakai baju yang sepasang serta bersamping dan kepala dililit dengan kain yang bercorak balik atau sebagainya. Juara, sebagai ketua berpakaian lain daripada awok-awok, berbaju sepasang dan mengikat kain di kepala dan sampin yang juga diperbuat daripada kain batik. Tukang karut pula memakai baju sepasang, baju luar (overcoat) dan mengikat kain di kepala seperti tanjak. Dari segi persembahan, pada asalnya awok-awok duduk bersila mengelilingi pembesar suara seperti sebuah bulatan dan tok juara serta tukang karut duduk di tengah. Semenjak diadakan pertandingan, awok-awok duduk bersila di dalam dua barisan yang menyerupai bentuk separuh bulatan. Pembesar suara diletak di hadapan barisan hadapan iaitu di tengah-tengah kumpulan. Juara dan tukang karut juga duduk di barisan hadapan. Alat-alat muzik dipegang oleh awok-awok yang duduk di tepi. Lagu-lagu yang didikirkan kebanyakannya bertemakan pembangunan, dasar ekonomi kerajaan, pelajaran, perpaduan dan lain-lain. Begitu pun tidak terdapat lagu-lagu yang berunsur lucah didikirkan seperti tahun-tahun sebelum pertandingan.
PENUTUP
Demikianlah
persembahan dikir barat yang asalnya adalah dalam bentuk dikir tetapi
diubahsuai dengan pantun masyarakat Melayu. Kemudian persembahan ini diselitkan
lagu-lagu lucu, sedih yang bertujuan untuk hiburan. Dikir barat berkembang
begitu pesat dengan tertubuhnya beberapa kumpulan dikir barat di tanahair. Pada
masa yang sama permainan ini telah menjalani beberapa proses perubahan serta
pembaharuan. Dikir barat bukan sahaja berfungsi sebagai arena hiburan tetapi
juga mampu menyampaikan amanat kerajaan kepada rakyat dengan berkesan,
terutamanya dalam mengubah cara penghidupan dan pemikiran rakyat sesuai dengan
peredaran masa.
Sumber:
http://koiry.multiply.com/journal
Posted in Uncategorized
| Tagged dikirr barat - ilmiah | Tinggalkan komen