Sunday, November 22, 2009

Selamat Datang Shah Shahin Ke Malaysia


15hb Oktober 2009 yang lalu, Bro Shahwiqar  Shahin, Programme  Manager peserta Kursus Malay College, London telah datang ke Malaysia bagi tujuan lawatan kerja dan mengunjungi rakan-rakan di Malaysia. kehadiran beliau ke Malaysia atas arahan pengurusan Muslim College of London telah digunakan sepenuhnya. JAKIM telah mengatur lawatannya ke Malaysia dengan menetapkan lawatan tak formal ke pejabat-pejabat berkaitan khususnya terdapat pegawai-pegawai Malaysia yang pernah mendapat khidmatnya semasa di London. Kesempatan itu juga digunakan sepenuhnya oleh saya untuk menjemput beliau makan malam di rumah kami sambil bersembang panjang.
Lawatan selama 40 hari ke Malaysia telah dipenuhinya dengan melawat sebahagian tempat-tempat menarik di Malaysia. Menurut Bro Shah, dia sungguh teruja dengan pengalaman menyelam di Manukan Island Sabah, Keheningan dan keseronokan di Balik pulau, Penang, Kota Melaka dan Bandaraya Kuala Lumpur. Beliau berjanji akan datang lagi ke Malaysia dalam tempoh terdekat. Berita yang terbaru dari beliau, kemungkinan besar beliau akan menyambung pelajaran di peringkat Phd di Malaysia dalam bidang interfaith dan suasana di Malaysia memberinya idea baru bagi tujuan tersebut.
Beliau yang beberapa kali datang ke rumah, telah dilayan sebagai tetamu istimewa dan amat rapat dengan anak-anak. Sikapnya yang mudah mesra dan melayani karenah anak-anak menjadikannya cepat mesra dan rapat dengan anak-anak. Pada 21hb November 2009 yang lalu, beliau telah berangkat pulang ke United Kingdom dengan pesawat AirAsia. Kehadirannya ke Malaysia amat meninggalkan kesan kepada kami sekeluarga dan tentunya kami merindui beliau.

No comments:

MADRID II

  Kota Madrid seawal abad ke 9 pernah diperintah oleh gabenur Umayyah Andalusia dan kota ini dikenali sebagai 'majrit' dari kata asa...