Thursday, December 31, 2009

SELAMAT TINGGAL 2009


 good bye 2009!

Sesungguhnya 12 bulan sepanjang tahun 2009 meninggalkan banyak kenangan pahit dan manis. Tahun ini merupakan tahun yang banyak suka duka. Apa pun, tiada banyak bezanya daripada tahun-tahun sebelumnya, yang pasti semakin kita kedepan, semakin dekat kita dengan kematian. Kehidupan kita banyak berubah dengan memperoleh kesenangan duniawi, harap kita tidak lupa dengan kehidupan akhirat nanti. Rasanya, makin senang hidup kita, semakin susah untuk mendekatkan diri kepadaNYA. Semoga Allah membuka pintu hidayah kita dan murahkan lagi rezeki serta menjauhkan diri kita dari perkara yang melalaikan.

Azam tahun baru? Setakat ni tak ada apa-apa azam baru. Kerja seperti biasa. Sememangnya makin banyak kita melakukan kerja, semakin banyak kita sedar kelemahan kita.Sepertimana kata Imam Syafie, semakin banyak aku mendalami ilmu, semakin terasa kebodohanku...

2009 adalah tahun ilmu. Sepanjang tahun ini alhamdulillah dapat aku gapai 2 gulung ijazah. LLM di UIA pada Oktober 2009 dan sebelumnya Special Course Certificate at Muslim College London pada Ogos 2009.
Tahun ini  juga my 3rd daughter memasuki alam persekolahan. Tahniah Nuha. Dah nak masuk tahun 2 dah tahun depan (esok). Anak sulung pula berjaya memperolehi 5A dalam UPSR. Tahniah Najah. You're the best!

Tahun ini juga 2 buku diterbitkan. Edisi kedua  buku Penghinaan Mahkamah pada awal januari 2009 dan November 2009 pula buku Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah. Ok lah tu untuk sepanjang tahun ini.

Tahun ini juga mendapat penghormatan dan sumbangan dari YAB MB NS pada bulan Mei 2009. Bolehlah buat belanja sepanjang di UK tempohari. Terimakasih YAB Datuk Seri Utama!

Niat dihati untuk menulis dan menerbitkan buku sendiri. Setakat ni impian untuk menerbitkan sendiri buku masih belum terkabul. Insyaallah, tahun 2010 nanti hasrat tersebut diharap tidak lagi sekadar mimpi.

2010? belum ada azam kagi. Nantilah, esok baru masuk tahun baru. Pagi-pagi besok boleh fikirkan apa azam untuk tahun 2010. Selamat tinggal 2009....

No comments:

MADRID II

  Kota Madrid seawal abad ke 9 pernah diperintah oleh gabenur Umayyah Andalusia dan kota ini dikenali sebagai 'majrit' dari kata asa...