Tuesday, August 24, 2010

Terima Kasih al-Azhar Media !

Alhamdulillah, beberapa hari sebelum bermulanya ramadhan lalu, kira-kira awal bulan Julai 2010, saya berkesempatan bertemu dengan Ustaz Khairi bin Zainuddin, Pengarah Urusan 1 Al Azhar Media Enterprise. Pertemuan yang diatur oleh seorang sahabat yang juga seorang peguam di Negeri Sembilan telah menghasil satu perbincangan yang akhirnya memberi kata putus dan persetujuan bagi menerbitkan karya-karya saya. Terima kasih ustaz kerana mempercayai hasil buah tangan saya dan kesanggupan untuk melaburkan sedikit usaha dan kewangan  dalam menerbitkan karya-karya tersebut. Persetujuan tersebut memberikan saya satu semangat baru untuk terus menulis dan membantu anak bangsa.


Ust Khairi bin Zainuddin


Ustaz Khairi, adalah penyusun kamus al Miftah yang tersohor dan merupakan Pengarah Urusan 1 kepada syarikat Al Azhar Media Enterprise yang ditubuhkan pada 8 Januari 2004 hasil gabungan beberapa orang siswazah lepasan Universiti Al Azhar, Mesir. Ia adalah milik penuh Bumiputra yang berhasrat menabur bakti di dalam bidang ilmu kepada masyarakat. 

Pada peringkat awalnya, ia beroperasi di Terengganu dan kini telah berpindah di Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Memulakan operasi perniagaan dengan menerbitkan buku berkaitan dengan Agama Islam dan memberi khidmat rekabentuk grafik serta percetakan kepada pelanggan.

Pada tahun 2007, Al Azhar Media Enterprise berjaya menerbitkan Kamus Moden Al Miftah dan ia dilancarkan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan.

Pada September 2007 telah berkerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menerbitkan Buku Teks Kelas Al Quran dan Fardhu Ain (KAFA). Semoga dengan tertubuhnya Syarikat Al Azhar Media ini dapat memberi manafaat kepada agama, bangsa dan negara.

Persetujuan secara lisan antara al Azhar Media dan Karya Kreatif memberikan semangat baru untuk saya terus berjuang dan menghasilkan lebih banyak lagi karya bermutu, khususnya dalam bidang undang-Undang Syariah. Semoga usaha murni ini dipermudahkan oleh Allah SWT .

Eayoouu...Ular kat kaki!

petang tadi, rasa ngantuk dan lemah badan kerana seharian bekerja, jam dah pun menunjukkan pukul 3.15 petang. aku bersiap-siap nak ambil wudhuk selepas menggeliat panjang kat kerusi. Lampu dalam kamar ofis pula balam-balam  kerana aku baru je tutup  satu lampu  sebentar tadi. Mulanya ingat nak sambung tidur dan rehat kejap kerana kes kebetulannya pospon. Teringatkan aku belum lagi solat zohor, aku gagahkan juga diri untuk mengangkat punggung dari sofa dan mencari selipar tandas untuk mengambil wudhu'. Aku dengan lemah dan ngantuk menarik stokin dari kaki dan mencampakkan ke penjuru  bilik. Ku cabut lagi satu stokin dan ku campak kan jauh sedikit dari stokin yang pertama.  mataku tersentak pabila tetiba je stokin sebelah yang ku campakkan itu tu bergerak-gerak seolah berjalan sendiri. Alamak! aku tersentak dan bagai ada satu kuasa mengangkat aku ke atas meja ofis  secara tiba-tiba bila ku lihat stokin yang ku campakkan tadi rupanya disondol oleh seekor ular yang menjalar bergerak berputar-putar kerana matanya terselimut oleh stokin itu.

Eayoouu!!! aku menjerit dan melompat ke atas kerusi sofa secara spontan bila hujung jari kakiku hampr saja tersentuh badan ular yang berlingkar itu! Suasana tetiba je jadi gempar, semua rakan ofis ku meluru ke dalam bilik. mereka tertanya-tanya apa dah jadi tiba-tiba je aku melalak sakan petang tu... Tercungap-cungap aku beritahu mereka bahawa ada ular berlingkar kat bilik aku. Tapi macam silap mata je, bila aku beritahu mereka, ular tu dah hilang dari pandangan mata... cepat betul dia menghilang. Aku dah naik risau.

Setengah jam aku menyelongkar bilik tu mencari 'ular' tadi tak juga jumpa. Aku mula rimas, besok rasanya aku tak kan masuk dalam bilik ni lagi selagi aku tak jumpa 'ular' tu. Buatnya melingkar dalam laci ke, bawah meja ke, dalam jubah ke, atau mana-mana je, rasanya boleh pengsan aku.... Aku nekad 'ular' tu mesti aku cari dan dapatkan juga petang ni. Rakan-rakan sekerjaku aku dah mula bengang. Ada pula yang kata aku mungkin ngantuk dan fikiran aku  je yang nampak 'ular' tu. Aku bersumpah pada mereka, aku betul-betul nampak 'ular' tu. Memang aku kenal itu adalah 'ular' bukan cacing atau ulat besar. Aku tak bermimpi.. Sebahagiannya dah mula fed up bila cari 'ular' tu tak jumpa. Mereka mula beransur keluar dari bilik aku dan menyambung kerja, macam tak ada apa yang berlaku. Aku makin resah....


suasana dalam kamar ofis yang berselerak masa cari 'ular' tu. 
Gambar diambil dari pandangan sudut atas, sebab semua mencari sambil
duk atas kerusi...takut terpijak atau terpatuk atau.... ee seramlah nak cakap....

Tanpa putus asa, aku selak akhbar-akhbar yang berselerak selepas kami balik-balikkan tadi. Tiba-tiba kami ternampak seekor ular sedang berlingkar diam dicelah rak-rak buku dan akhbar betul-betul di belakang kerusi aku. Naik seram bulu roma nengoknya. Memang betul ular beb, bukan anak cacing! aku tak mimpi dan aku tak tidur lagi....

dia nyorok celah-celah susunan buku dan akhbar betul-betul kat belakang kerusi aku...


Setengah jam kemudian, kakitangan JPA 3 datang beberapa orang selamatkan aku yang dah nak pengsan tu... Terima kasih bang... banyak pahala abang bulan puasa ni....fuhh baru lega rasa hati ini... besok pagi mesti seramn sejuk nak masuk bilik ni....


Tak de le besar sangat... tapi terkezut juga...

Abang JPA 3 tu selamba je pegang. Aku jelous dia berani mengalahkan aku,
sebab tu tak ambik gambar muka dia...

ini le rupe dia...

Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah

 Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...