Tuesday, August 24, 2010

Terima Kasih al-Azhar Media !

Alhamdulillah, beberapa hari sebelum bermulanya ramadhan lalu, kira-kira awal bulan Julai 2010, saya berkesempatan bertemu dengan Ustaz Khairi bin Zainuddin, Pengarah Urusan 1 Al Azhar Media Enterprise. Pertemuan yang diatur oleh seorang sahabat yang juga seorang peguam di Negeri Sembilan telah menghasil satu perbincangan yang akhirnya memberi kata putus dan persetujuan bagi menerbitkan karya-karya saya. Terima kasih ustaz kerana mempercayai hasil buah tangan saya dan kesanggupan untuk melaburkan sedikit usaha dan kewangan  dalam menerbitkan karya-karya tersebut. Persetujuan tersebut memberikan saya satu semangat baru untuk terus menulis dan membantu anak bangsa.


Ust Khairi bin Zainuddin


Ustaz Khairi, adalah penyusun kamus al Miftah yang tersohor dan merupakan Pengarah Urusan 1 kepada syarikat Al Azhar Media Enterprise yang ditubuhkan pada 8 Januari 2004 hasil gabungan beberapa orang siswazah lepasan Universiti Al Azhar, Mesir. Ia adalah milik penuh Bumiputra yang berhasrat menabur bakti di dalam bidang ilmu kepada masyarakat. 

Pada peringkat awalnya, ia beroperasi di Terengganu dan kini telah berpindah di Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Memulakan operasi perniagaan dengan menerbitkan buku berkaitan dengan Agama Islam dan memberi khidmat rekabentuk grafik serta percetakan kepada pelanggan.

Pada tahun 2007, Al Azhar Media Enterprise berjaya menerbitkan Kamus Moden Al Miftah dan ia dilancarkan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan.

Pada September 2007 telah berkerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menerbitkan Buku Teks Kelas Al Quran dan Fardhu Ain (KAFA). Semoga dengan tertubuhnya Syarikat Al Azhar Media ini dapat memberi manafaat kepada agama, bangsa dan negara.

Persetujuan secara lisan antara al Azhar Media dan Karya Kreatif memberikan semangat baru untuk saya terus berjuang dan menghasilkan lebih banyak lagi karya bermutu, khususnya dalam bidang undang-Undang Syariah. Semoga usaha murni ini dipermudahkan oleh Allah SWT .

2 comments:

Anonymous said...

boleh tlg bagi email x? -drp alumni maahad...

Tuan Snake said...

email dah ada kat blog. tkasih.

Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah

 Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...