Friday, September 30, 2011

Ziarah Mak di Hospital Pulau Pinang

23 September jam 2.00am lalu aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari adik yang tinggal di bukit Mertajam Pulau Pinang. katanya Mak ditahan di Hospital seberang jaya kerana sedikit komplikasi di pembuluh darahnya. Dia ditahan diwad sejak 22 September jam  kurang lebih 12 tengah malam. Adik lambat inform kerana  biroraksi dihospital yang akhirnya selesai hampir jam 12 tengah malam. Tu pun selepas dia menghabiskan supper dulu setelah berlapar dari jam 6,00 petang. katanya keadaan mak tak lah teruk sangat. Perjalanan darah dalam tubuhnya tidak stabil dan mulanya dibawa ke hospital swasta berdekatan sebelum dicadangkan ke Hospital Seberang jaya untuk pemeriksaan pakar.

petang 23/9/2011, selepas uruskan anak sekolah, kami sekeluarga bersiap ke Penang. bertolak kurang lebih jam 8 malam. Perjalanan yang mengambil masa beberapa jam tidaklah terlalu sukar kerana highway PLUS yang kurang sibuk waktu itu. Kami sampai di Bukit Mertajam rumah adik lebih kurang jam 11.30 malam dan sempat makan malam disebuah restoran nakanan Thailand berdekatan.  selepas makan kami terus ke Hospital seberang jaya. tetapi dimaklumkan ibu telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang keadaannya agak serius. memikirkan tak ada apa yang boleh kami buat, kami berpatah balik ke rumah adik  tengah malam itu untuk berehat dan akan ke Hospital Pulau Pinang seawal pagi esok.

Hospital Pulau Pinang, jalan Residensi

24/9/2011 jam 7 pagi, kami dah tiba di Hospital Pulau Pinang, jalan residensi. Perjalanan yang melenguhkan dalam keadaan kami yang teraba-raba dan sering tersalah haluan.  Apa pun kami masih tiba dalam waktu yang sesuai kerana jam 8  pagi kami dibenarkan untuk berjumpa mak seketika sebelum Nurse dan guard yang bertugas mengarahkan kami keluar kerana bukan waktu melawat. Apa pun waktu singkat itu amat bermakna kerana aku sempat bertemu mak dan amat senang hati bila mengetahui sakitnya tidaklah serius cuma memerlukan rawatan pakar.


mak nampak ceria menyembunyikan kesakitannya 
bila dikelilingi oleh anak cucu.

jam 12 kami sekali lagi berpeluyang jumpa mak dan dan masa melawat yang agak panjang lebih kurang2 jam digunakan sepenuhnya. keadaan mak agak tenang dan nyata terpancar kegembiraan bila kami sekeluarga menziarahinya. Aku mengambil cuti 3 hari untuk bersama mak dihospital. Semuanya berjalan lancar, menurut doktor, mak hanya mengalami masalah saraf dan tiada perkara yang perlu dibimbangkan. hati kami semakin senang.

melihat keadaan mak semakin pulih dan dan tiada apa yang perlu dirisaukan, kami mengambil kesempatan utk pulang dulu ke KL memandangkan najah perlu hadir sekolah. Lagipun minggu depan dia akan menghadapi PMR. kami bertolak semula ke KL 26/9/2011.

27/9/2011, sekali lagi aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari adik bahawa mak akan dibedah 28/9/2011 kerana keadaannya kembali serius. Sekali lagi aku bergegas ke Pulau Pinang. kali ini memandu sendirian. Aku tidak benarkan Najah ikut sama kerana dia akan ambil exam hanya beberapa hari lagi. Isteri dan anak-anakku yang lain hanya mendoakan mak sehat dan operation ke atasnya berjalan lancar. Aku tiba semula di Penang lebih kurang jam 3pm setelah bertolak jam 11 pagi 27/9/2011.Sesampainya aku disana makkelihatan sugul dan pucat. dia seharian berpuasa hari tersebut.

28/9/2011, seawal jam 8 pagi, mak dibawa ke operation theater. keadaannya nampak sugul.  menurut Doktor, pembedahan akan mengambil masa  selama 4-5 jam. Satu perjuangan yang besar dan panjang untuk mak. sepanjang hari itu aku hanya bertafakur disurau Hospital dan berdoa kehadrat Allah agar keselamatan mak dipelihara oleh Allah. jam 5 petang, baru nampak kelibat mak dibawa keluar dari dewan bedah. nampak wajahnya agak penat dan letih. Apa pun, aku bersyukur mak selamat dan doa kami terkabul. Saat-saat menunggu mak didewan bedah adalah saat paling kritikal dalam jiwaku. ketika itu baru aku sedar, aku perlukan seorang mak. dan bersyukur Allah masih memakbulkan doaku. Ya Allah, kasihanilah ibuku sebagaimana dia mengasihaniku semasa ku kecil. terasa amat beruntungnya aku kerana masih ada Mak!

No comments:

Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah

 Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...