Tuesday, September 20, 2011

Jelajah Informasi Mesra JKSM 2011 di Dewan Jubli Emas, Kg. Endah, Banting Selangor.



Bagi menjayakan usaha pemantapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan, satu Program Jelajah Informasi Mesra JKSM 2011 telah diadakan pada 16 April 2011 bersamaan  12 Jamadilawwal 1432H bertempat di Dewan Jubli Emas, Kg. Endah, Banting Selangor. 
Program anjuran Unit Komunikasi Korporat (UKK) JKSM ini merupakan salah satu siri program yang telah diatur untuk mempromosikan JKSM agar masyarakat Islam dapat pelbagai maklumat berkaitan perkhidmatan  dalam kes-kes mahkamah syariah, tuntutan nafkah, isu hadanah, Bantuan Sokongan Keluarga (BSK), khidmat bantuan guaman dan sebagainya.
Program yang merupakan satu kesinambungan kepada program Mahabbah yang telah dimulakan sejak tahun 2007 ini menyasarkan pemimpin masyarakat, Ketua/AJK kampung/mukim, penduduk sekitar Parlimen Sepang serta agensi kerajaan dan swasta di sekitarnya. Ia juga merupakan satu kerjasama erat JKSM dengan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS), DUN Tanjung Sepat serta JKKKP Kg. Endah.
Pelbagai acara telah diadakan pada hari tersebut antaranya penyertaan pameran oleh agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri seperti YAPEIM, Jabatan Bantuan Guaman Selangor, Lembaga Tabung Haji Banting, JAKESS, Yayasan Wakaf Malaysia, Yayasan Taqwa Malaysia, Perbadanan Wakaf Selangor dan JKSM sendiri yang mana para pengunjung berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat lagi perkhidmatan-perkhidmatan menarik yang disediakan oleh agensi-agensi tersebut seperti membersihkan barangan emas secara percuma oleh Ar-Rahnu YAPEIM mahupun khidmat nasihat guaman oleh pegawai-pegawai syariah yang berpengalaman.


 

 panelis forum

Program tersebut diserikan lagi dengan satu forum bertajuk “Undang-Undang Keluarga Islam: Apa Hak Anda?”. Forum yang telah berlangsung selama hampir dua jam tersebut merupakan satu platform yang amat sesuai kepada para pengunjung terutamanya para penduduk di Parlimen Sepang untuk menambah ilmu pengetahuan tentang undang-undang dan hak-hak yang terdapat dalam perlembagaan syariah terutamanya berkaitan dengan urusan tuntutan cerai dan nafkah. Forum tersebut telah dikendalikan dengan jayanya oleh para panel yang berpengalaman seperti Tuan Muhamad Abdul Karim bin Wahab; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Latihan dan Kehakiman JKSM yang bertindak sebagai pengerusi, Tuan Hj. Dr. Naim bin Hj Mokhtar; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) JKSM, Tuan Mohd Nadzri Bin Abd. Rahman; Timbalan Ketua Pengarah Syariah Jabatan Bantuan Guaman dan Puan Noor Huda binti Roslan; Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).


 Ahli Dewan Undangan Negeri Tg. Sepat
YB Dato’ Dr. Hj. Karim bin Mansor
telah sudi merasmikan program

 Ahli Dewan Undangan Negeri Tg. Sepat YB Dato’ Dr. Hj. Karim bin Mansor telah sudi hadir bagi merasmikan program tersebut sekaligus memberikan perangsang dan sokongan kepada pihak JKSM dalam meneruskan hasrat murni untuk memberi informasi yang sahih dan berkesan kepada masyarakat berkaitan sokongan kerajaan terhadap kewujudan undang-undang syariah negara yang berwibawa sehingga menjadi rujukan dan panduan kepada masyarakat antarabangsa.

Tuan Mohd Nadzri Bin Abd. Rahman;
Timbalan Ketua Pengarah Syariah 
Jabatan Bantuan Guaman


Tuan Hj. Dr. Naim bin Hj Mokhtar; 
Ketua Penolong Pengarah Bahagian 
Sokongan Keluarga (BSK) JKSM,
  
Pengerusi Forum, 
Tuan Muhamad Abdul Karim bin Wahab;
Ketua Penolong Pengarah Bahagian
Latihan dan Kehakiman JKSM

 
Puan Noor Huda binti Roslan; 
Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman
Syariah Selangor (JAKESS)

Usaha ini sejajar dan diperkukuhkan menerusi agenda utama Negara iaitu “1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, Pelan Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi, Model Baru Ekonomi (MBE)  dan Rancangan Malaysia Ke-10. Ia juga diharapkan dapat memberi pendedahan dan impak yang tinggi kepada rakyat dalam mewujudkan kesedaran (create awareness) akan hak-hak dan undang-undang syariah yang telah wujud yang boleh diguna pakai demi kehidupan yang lebih sempurna. InsyaAllah.

sumber: http://www.jksm.gov.my/jksmv2/index.php?option=com_content&view=article&id=365%3Aprogram-jelajah-informasi-mesra-jksm-2011-&

No comments:

MADRID II

  Kota Madrid seawal abad ke 9 pernah diperintah oleh gabenur Umayyah Andalusia dan kota ini dikenali sebagai 'majrit' dari kata asa...