Saturday, December 29, 2012

Memelihara anak Ayam Belanda


Ayam Belanda  atau nama sainsnya ialah Meleagris gallopavo ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam: haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Ayam Belanda ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Ayam Belanda tidak bergigi.

Banyak makanan yang sesuai dengan haiwan ini. Ia termasuk la makanan semula jadi terdiri daripada rumput serta tumbuhan hijau. Bagi kebanyakkan penternak, penggunaan dedak mengikut gred adalah suatu yang harus dilakukan bagi tumbesaran haiwan ini.Ruji makanan bagi ayam belanda adalah tidak rumit memandangkan ia memiliki selera yang besar untuk tumbesarannya.


gambar ihsan wikipedia


ayam Belanda betina

Ayam Belanda terdapat hampir di seluruh dunia. Kebanyakannya memlihara ayam Belanda sebagai binatang ternakan, peliharaan sebagai hobi dan sebagainya. Ayam Belanda dikenali dengan  pelbagai nama, antaranya:

Wild Turkey’, adalah panggilan biasa ayam Belanda dalam bahasa Inggeris dan Amerika Utara. Dalam bahasa Arab pula dikenali sebagai  dīk rūmī  yang bermaksud “Roman rooster”. Di Catalan, ayam Belanda dikenali sebagai ‘gall d’indi,’ membawa maksud “ ayam India’. Orang-orang Cina pula memanggil ‘huoji () ‘ bermaksud  “fire chicken”,dinamakan berdasarkan warna merah di kepala ayam tersebut. Di negara  Czech disebut ‘ krocan divoký’ iaitu dari bahasa Belanda yang berasal dari perkataan ‘kalkoen’ yang diambil dari kota Calicut di India, begitu juga orang-orang  Danish dan  Norwegian menyebut ‘kalkun’ Orang-orang Sweden pula menyebut ‘kalkon’, orang Poland dan Finland pula menyebut ‘Kalkkuna’. Di Perancis ayam Belanda dikenali sebagai  la dinde’ iaitu dari perkataan ‘poulet d’inde’ atau bermaksud ayam dari India.

Orang Jerman menyebutnya sebagai der Truthahn. Di Greek dikenali sebagai  ‘gallopoula’ iaitu bermaksud ‘French chicken’ atau ‘French girl’. Bangsa Hebrew menyebut ‘tarnegol hodu '(תרנגול הודו)’ yang bermaksud ‘Indian rooster’.

Di Indonesia pula ayam Belanda dikenali sebagai ‘kalkun’ iaitu diambil dari perkataan Belanda kalkoen. In Japanese, the turkey is called ‘shichimencho' yang diterjemahkan dari ‘seven-faced bird’ (七面鳥). Di Korea juga ayam Belanda dikenali sebagai chilmyeonjo’ yang juga diterjemahkan sebagai  “seven-faced bird” berdasarkan keupayaan ayam ini khususnya ayam Belanda jantan yang boleh mengubah rupanya mengikut mood. Di Malaysia ayam Belanda juga dikenali sebagai ‘Ayam Piru’ iaitu dari perkataan  Portugis atau ‘Ayam Belanda(Dutch chicken).

Orang Portuguese, menyebut ‘peru’ iaitu merujuk kepada negara Peru. Lihat Wikipedia.

Anak ayam Belanda adalah antara yang sukar dijaga terutamanya sewaktu masih kecil. Untuk menjaga anak ayam Belanda, agak mencabar kerana perlukan perhatian yang lebih berbanding dengan ayam biasa. Pada peringkat umur seminggu, kadar kematian adalah tinggi. Untuk jagaan yang bersistematik, dicadangkan agar reban yang tertutup adalah lebih baik. bagaimanapun reban ini mestilah mendapat pengaliran udara yang baik dan segar. Ini disebabkan masalah nyamuk adalah penyerang utama anak ayam Belanda. Ini akan menyebabkan penyakit puru. Seboleh-bolehnya anak ayam ini jangan dibela di atas tanah. Jerami padi adalah pelapik yang sesuai untuk reban ayam kerana penyimpan haba yang baik. Lampu adalah sumber pemanasan dan juga mengelak nyamuk dan perlu dipasang pada waktu senja sehingga pagi.

Anak ayam yang berumur 1-15 hari perlu diberi perhatian lebih kerana ianya menentukan masa depanayam itu. Anak-anak ayam perlu diberi haba, minuman dan makanan yang cukup. Jika anak ayam bBelanda itu sakit dalam tempoh tersebut, kebiasaannya ia akan sakit seghingga akhirnya membawa mati, begitu juga jika ia tempang, maka ia akan tempang sampai bila-bila. Kebanyakan Bloggers menasihatkan agar jika ingin mebeli anak-anak ayam Belanda, belilah setelah berumur lebih 15 hari kerana risikonya sakit atau matinya kurang.

Pada musim hujan, pastikan reban sentiasa kering, lapik lantai dengan rumput kering yang telah “di-spray” dengan larutan antibiotik DETTOL untuk elak jangkitan bakteria. Bakteria mudah merebak dalam keadaan lembab. Gunakan kreativiti untuk membina reban yang kalis nyamuk, sama ada menggunakan jaring halus atau sebagainya. Nyamuk adalah musuh utama anak ayam. Gigitan nyamuk membuatkan ayam Belanda dijangkiti puru. Bersihkan reban setiap hari, gas ammonia dari najis ayam juga boleh mengakibatkan penyakit pneumonia.

Anak ayam Belanda seeloknya dipelihara dalam kotak khas (brooder) yang dibekalkan mentol sebagai pemanas. Boleh gunakan mentol yang mempunyai 40-60 watt. Jika musim hujan, mentol yang mempunyai watt 60 – 100  boleh digunakan mengikut kesesuaian. Pastikan tiada angin luar yang masuk terutama waktu malam kerana angin malam boleh memudaratkan anak ayam yang masuk ke dalam paru-paru. Jika dibiarkan anak ayam akan kesejukan dan  berhimpit-himpit. Bagi anak ayam yang lemah, akan mati dihimpit. Jika terlalu p[anas juga boleh memudaratkan anak ayam tersebut yang akan mati disebabkan kepanasan. pemerhatian diperlukan untuk melihat pergerakan anak ayam. Jika anak-anak ayam bebas bergerak, maknanya haba yang ada adalah cukup. Jika anak-anak ayam berhimpit-himpit maknanya  maknanya haba kurang. Anak ayam elok dijemur selama beberapa jam pada waktu pagi untuk medapat vitamin D dan antibodi dari matahari.



 anak ayam Belanda berumur lebih kurang  2 bulan lebih


Air yang mencukupi perlu untuk kestabilan dan keseimbangan badan anak-anak ayam Belanda. Jangan biarkan anak ayam haus terlalu lama. Elakkan memberi air yang berklorin dan tidak bersih. Jika dapat air bertapis atau dari sumber semulajadi lagi bagus. Boleh larutkan vitamin+ antibiotik dalam air untuk menguatkan anak ayam dan elak penyakit berjangkit.

Dari sudut makanan pula, elok bagi dedak pemula ayam daging (starter) yang telah dirumus khas untuk anak ayam. Elok diberikan dedak jenama yang ada Gold Coin 201C, Cargill 901C atau Hong Lee 501C dan lain-lain. Lebih menjimatkan, makanan anak-anak ayam Belanda ini disediakan sendiri dengan sedikit campuran temukut,dedak padi,hampas kelapa, jagung hancur, ikan baja, gandum hancur dan sebagainya tapi pastikan zat mencukupi. Selepas sebulan, makanan tersebut bolehlah dicampur dengandedak penggemuk (grower). Elakkan menukar jenis makanan atau dedak yang biasa diberi dengan makanan lain yang ayam tak biasa makan secara tiba-tiba. Tukar secara perlahan-lahan hingga anak-anak ayam itu boleh terima makanan tersebut. Boleh juga disulam dengan rumput. Lihat http://shawnagrofarm.wordpress.com/2010/01/01/cara-memelihara-anak-ayam-belanda-a-k-a-turkey-a-k-a-piru/

Anak ayam Belanda yang baik untuk dipelihara ialah yang berada  dalam keadaan cergas tidak bermata luyu atau mengantuk. Kaki anak ayam belanda keadaannya bulat  tidak kurus. Paling penting anak ayam belanda diberi ubat nyah kuman di bahagian uluran selama lima hari dalam minggu yang pertama. 

Jika anak ayam belanda berak warna coklat cair ketika umurnya dua minggu, berkemungkinan ada jangkitan kuman pada ususnya dan jika tidak di ubati ia akan mati  perlahan-lahan. Anak ayam  yang sihat najisnya berketul putih/ hitam.
.
http://id.scribd.com/doc/51592156/Projek-Ternakan-Ayam-Belanda

No comments:

MADRID II

  Kota Madrid seawal abad ke 9 pernah diperintah oleh gabenur Umayyah Andalusia dan kota ini dikenali sebagai 'majrit' dari kata asa...