Awal Jun lalu saudara Fitree dari Anugerah Cekal Sdn Bhd menunjukkan kepada saya design baru untuk cover buku Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah Prinsip dan Amalan. Design baru itu tidak jauh bezanya dengan design lama cuma sedikit pembaharuan. Antara sebab dikekalkan design lama kerana alasan pembaca sudah mengenali buku tersebut dan perubahan besar-besaran mungkin akan menjejaskan pemasaran.
Dummy awal bagi edisi baharu juga telah disiapkan dengan penambahan lebih 40 halaman dan insyaallah memberi maklumat baharu kepada para pembaca. Apa pun sebagai penulis saya tidak mahu mengulas lanjut kerana sebahagian besar pembaca sudah memaklumi kandungannya. Penambahan ketara pada tajuk-tajuk baru dengan rujukan kepada lebih 27 kes baru yang dilaporkan dalam jurnal. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, undang-undang tatacara mal adalah suatu yang hidup dan tidak bersifat kontemporari semata-mata kerana perkembangan undang-undang berkembang melalui keputusan kes, sehubungan dengan itum banyak kes-kes terbaru yang dilaporkan dimuatkan dalam edisi baharu ini yang sedikit sebanyak mengubah paradigma sisitem kehakiman syariah di Malaysia.
InsyaAllah edisi baharu buku Undang-Undang Tatacara Mal Mahakmah Syariah: Prinsip dan Amalan akan berada dipasaran pada hujung bulan Jun 2013.
Selamat membaca. Tempahan juga boleh dibuat dari sekarang.