Friday, January 24, 2014

KDN tubuh Unit Polis Syarie


PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan bekerjasama menubuhkan Unit Polis Syarie sebagai langkah menyelesaikan isu-isu berkaitan penguatkuasan dan perundangan Islam.


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, KDN mendapat persetujuan Jakim untuk menubuhkan unit itu, yang antara lain, akan mempunyai anggota polis berkelulusan ijazah dan ijazah sarjana.

Beliau berkata mereka akan ditempatkan di Jakim namun tarikh pelaksanaannya belum ditetapkan.

"Umat Islam di Malaysia kini berhadapan dengan pelbagai cabaran antaranya penggunaan kalimah Allah oleh Kristian, fahaman Syiah, ajaran sesat dan tuntutan keterlaluan oleh Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango).

"Mengenai isu kalimah Allah, mengapa mereka (golongan Kristian) masih berdegil dan tidak menghormati keputusan Mahkamah...penggunaan kalimah Allah dalam Bible hanya dibenarkan di Sabah dan Sarawak dan bukannya di Semenanjung Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival 'Rasul in My Heart'  dan melancarkn projek Al-Quran, Waqaf dan Ibtida anjuran Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Telaga Biru Sdn Bhd di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, malam ini.

Turut hadir perintis projek Al-Quran, Waqaf dan Ibtida Tan Sri Hassan Azhari, Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Hazarudin Baharudin dan Pengarah Urusan Telaga Biru Sdn Bhd Zahazan Mohamed.

Karnival tiga hari itu berkonsepkan dakwah, tarbiyah dan tijarah (perniagaan) di perkarangan masjid berkenaan.

Ahmad Zahid berkata, umat Islam di Malaysia harus mengetepikan kepentingan politik masing-masing dan bersatu dalam menyelesaikan isu-isu semasa berkaitan Islam.

Beliau juga menjelaskan bahawa Perkara 10 yang dipersetujui Kerajaan Pusat bagi membenarkan import, penggunaan dan pencetakan Bible versi bahasa Melayu di negara ini, bukanlah Perlembagaan sebaliknya terikat sebagai undang-undang sesebuah negeri. - Bernama

Sinar Harian 25/1/2014

No comments:

MADRID II

  Kota Madrid seawal abad ke 9 pernah diperintah oleh gabenur Umayyah Andalusia dan kota ini dikenali sebagai 'majrit' dari kata asa...