Tuesday, July 1, 2014

LAWATAN ILMIAH : PERSATUAN PELAJAR UNDANG-UNDANG KULIYYAH AHMAD IBRAHIM, UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)

Oleh : Suhaini Bitnti Saad /  suhaini@esyariah.gov.my

20 Mac 2013, Kuala Lumpur - Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan menerima kehadiran kira-kira 15 orang pelajar Undang-undang Kuliyyah Ahmad Ibrahim,Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) sempena lawatan ilmiah bagi berkongsi ilmu berkaitan perundangan syariah.



Sejurus sampai di ruang lobi Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, para pelajar dibawa ke masuk ke Dewan Pentauliahan,Aras 4 bagi sesi penerangan berkaitan struktur Mahkamah Syariah dan prosedur perundangan yang diamalkan di mahkamah. Taklimat disampaikan oleh Pendaftar MSWP serta tayangan video korporat dipersembahkan kepada semua yang hadir.








Temubual ringkas bersama Hakim Mahkamah Tinggi Syariah turut diadakan bagi merungkai beberapa persoalan yang dikemukan oleh pelajar-pelajar yang hadir.Sebelum berakhir penyampaian cenderahari penghargaan diberikan dan para pelajar juga dibawa untuk melawat beberapa lokasi sekitar mahkamah.Antara lokasi yang dilawati adalah Dewan Mahkamah Rendah Syariah dan Galeri MSWP.






Kepulangan semua pelajar diiringi doa kejayaan dalam pelajaran dan moga mendapat ilmu yang bermanfaat hasil lawatan tersebut,Insya Allah.








Pihak jabatan juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua urusetia yang terlibat dalam menjayakan lawatan ini.Keterlibatan semua pihak amatlah dihargai.


dipetik dari: http://testing-server.biz/mswp2/index.php/ms/berita-semasa/140-lawatan-ilmiah-persatuan-pelajar-undang-undang-kuliyyah-ahmad-ibrahim-universiti-islam-antarabangsa-malaysia-uiam

No comments: