Thursday, September 11, 2014

Persidangan Ketua-Ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia (PKJ) Ke-94

Persidangan Ketua-Ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia (PKJ) Ke-94
 Submitted by najmuddin on Ogos 23, 2014 - 2:12pm


14  – 15 Ogos 2014, JAKIM dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perlis telah mengadakan Persidangan Ketua-Ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia (PKJ) Ke-94, di Hotel Seri Malaysia, Kangar, Perlis.
Seramai 75 orang ahli dan wakil dari Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) Seluruh Malaysia telah menghadiri persidangan tersebut yang bermula pada 14 hingga 15 Ogos 2014 dan telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM. Antara yang turut serta dalam persidangan tersebut ialah YBrs. Tuan Haji Mohamad Sokri bin Haji Hussin, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis, YBhg. Dato' Haji Razali bin Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) JAKIM, Tuan Haji Mohamad Nordin Bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, YBhg Tuan Haji Awang Khalid bin Mat Ali, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JAKIM, Pengarah-Pengarah, JAKIM dan Pegawai-Pegawai Kanan JAIN/MAIN serta wakil Agensi-agensi berkenaan.
Persidangan ini merupakan salah satu platform utama bagi menyelaraskan pelbagai isi-isu semasa hal ehwal Islam di peringkat pusat dan negeri di samping berkongsi idea, pandangan dan pengetahuan bagi memastikan setiap perancangan dan tindakan perkembangan Islam di negara ini berjalan lancar, bersepadu dan berkesan.
Persidangan ditangguhkan pada jam 11.00 pagi pada 15 Ogos 2014 dan diakhiri dengan sesi bergambar.



Tarikh: 
 Aug 18, 2014

ihsan: http://www.islam.gov.my/persidangan-ketua-ketua-jabatanmajlis-agama-islam-negeri-seluruh-malaysia-pkj-ke-94

No comments:

MADRID II

  Kota Madrid seawal abad ke 9 pernah diperintah oleh gabenur Umayyah Andalusia dan kota ini dikenali sebagai 'majrit' dari kata asa...