Tuesday, September 3, 2019
MENDAKI PUNCAK "THE PEAK"
JAM 1pm, usai program bersama High Court and Family Court of Hong Kong, perut dah mula berkeroncong. Kami tidak mangambil masa lama untuk bergegas ke Muslim Centre Hong Kong untuk menikmati makanan halal di kantin Pusat Islam yang terletak di aras 4 kompleks Islam Osman Ramju Sadik yang menumpang satu bangunan dengan masjid Amar Hong Kong di WanChai.
Bangunan Masjid Ammar. and Osman Ramju Sadick Islamic
Centre Hong Kong. Di Aras 2 bangunan masjid ini terdapat
kantin yang menyediakan makanan halaluntuk umat Islam di Hong Kong,
Sebaik menyelesaikan makan tengahari dan menunaikan solat,kami mula bergerak ke 33 Garden Road, Central Hong Kong untuk mendaki 'The Peak' atau 'Victoria Peak', iaitu puncak tertinggi di kepulauan Hong Kong. "
Pengembaraan ke Hong Kong tak akan sempurna jika tidak merasai pengalaman di Victoria Peak (扯旗山) yang menggabungkan sejarah bandaraya Hong Kong moden, pusat membeli belah dan hidangan makanan lazat yang menjadikan pengalaman di Hong Kong sesuatu yang amat sukar dilupakan." Selain dari merupakan tempat tertinggi di Hong Kong, The Peak juga merupakan kawasan kejiranan paling eklusif. Di sini juga di katakan menjadi pilihan tempat tinggal kebanyakan selebriti Hong Kong yang terkenal seperti Jacky Chan, Chow Yuen fatt dan lain-lain.
Victoria Peak atau lebih dikenali dengan "The Peak" oleh orang tempatan merupakan tempat pelancongan popular kerana banyak sebab. Pertamanya kerana lokasi tersebut kita dapat melihat keseluruhan Victoria Harbour yang terkenal, keduanya tempat ini amat mudah untuk dituju sama ada dengan menaiki kereta kabel, bas atau berjalan kaki mendaki ke puncak. Dari puncak kita boleh melihat pemandangan laut Cina Selatan yang di penuhi dengan pulau-pulau kecil. Kita juga boleh menaiki sky terrace di puncak The Peak untuk menyaksikan pemandangan bandaraya Hong Kong atau boleh juga memilih melihatnya dari atas bangunan 'The Lions Pavilion yang hanya berdekatan dengan menara di The Peak.
Mr Kelvin, our Tourist Guide
Pemandangan bandaraya Hong Kong jelas dari puncak The Peak
waktu petang pemandangannya agak berkabus
bandaraya Hong Kong sebagai latar langit 'The Victoria Peak"
MEETING WITH THE HON JUSTICE MDM AU YEOUNG JUDGE OF 1ST INSTANCE HIGH COURT JUDGE AND HON JUDGE OF HONG KONG FAMILY COURT
28 OGOS 2019 Jam 9.00 pagi, selepas sarapan pagi di hotel, kami yang telah siap berpakaian resmi, bergegas ke lobi hotel kerana bas dah sedia menunggu untuk misi utama lawatan kerja ke Hong Kong ini, iaitu Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Keluarga Hong Kong. Kami dikhabarkan Hakim Mahkamah Tinggi Hongkong yang mengetuai agensi tersebut telah menangguhkan perbicaraan pagi ini kerana menunggu ketibaan kami dan akan mempengerusikan meeting seperti yang dijadualkan.
Di hadapan Silka Seaview Hotel, bersiap untuk ke Mahkamah Tinggi Hong Kong
sempat lagi mentelaah atas bas sebelum tiba ke lokasi mesyuarat
Mahkamah Tinggi Hong Kong terletak di 38 Queensway, admiralty. Bangunan 20 tingkat ini dibina pada 1985 dan menempatkan Supreme Court Of Hong Kong. Lokasinya betul betul di hadapan jalan 'Suporeme Court Road' Hong kong. Bangunan High Court ini direkacipta oleh arkitek bernama K. M Tseng.
Setibanya kami di lobby bangunan tersebut, kami disambut mesra oleh kakitangan High Court Hong Kong dan diiring naik ke aras 24 bangunan terus ke bilik mesyuarat. Kami disambut dan disapa mesra oleh The Homours Justice madam Au yeoung dan Hakim Mahkamah keluarga HK iaitu Honourable Judge George Own. Turut bersama ialah Adminstrative officer HKHC iaitu Mr David Lim.
Kami disambut oleh Justice Mdm Au Yeong , Judge of 1st Instance High Court
Bersama The Hon Justice Of 1st Instance High Court Mdm Eu Young
and High Court Judge George Own
wakil konsulat yang turut bersama kami dalam mesyuarat tersebut,
mrs. Grace Rebecca Teh
Sewaktu taklimat, Justice Madam au yeong memperkenalkan wakil Mahkamah Tinggi Hong Kong dan mempersilakan Judge George Own untuk memberi sedikit taklimat mengenai Family Court dan mediasi di Hong Kong. kami bertukar-tukar pandangan dan suasana perbincangan yang harmoni dan begitu banyak maklumat yang kedua-dua pihak perolehi. Perbincangan yang asalnya hanya dijadualkan berlangsung selama sejam berakhir lebih kurang jam 1.00 tengahari, iaitu satu jam lebih dari yang dirancangkan. Perbincangan diakhiri dengan kedua-dua pihak bertukar-tukar cenderahati dan bergambar kenangan di halaman depan Mahkamah Tinggi Hong kong yang bersejarah.
Dari kiri Judge Of Family Court, Honourable Mr George Own,
Justice Mdm Au Yeong dan Mr David Lim the Senior
Administrative officer of hong High Court.
di hadapan bangunan High Court Of Hong kong, Queensway
Sunday, September 1, 2019
MAKAN MALAM DI 'HALAL FOOD' RESTORAN HONG KONG
USAI kunjung hormat bersama Konsul Besar Malaysia di Hong Kong, jam sudah menunjukkan pukul 6 petang. Perut pun sudah berkeroncong dan mahu kan input!. Mr Kelvin, Tourist Guide kami mencadangkan kami dan rombongan ke Cheung Sha Wan Road, Hong Kong untuk merasai dim sum yang enak!
Berita baiknya, Di Hong Kong mudah untuk mendapatkan makanan halal, antaranya Restoran Ma's
yang terletak di No 21-25 Jalan Sha Wan, Hong Kong. Kami ikut je...
Dah sampai
makanan di sini ternyata sedap.
Lepas makan, kita bergambar dulu, yukk!
Selesai makan, kami di bawa ke Muslim Centre dan masjid Kowloon untuk tunaikan solat maghrib.
Hanya bebrapa minit dari Restoran kami makan malam tadi.,
Hadapan Muslim Centre. Bas dua tingkat peninggalan
kolonial masih banyak kelihatan di Hong Kong
Hampir jam 10.00 malam barulah kami berpeluang balik semula ke Hotel Silka Sea View yang terletak di tanah besar China. jarak perjalanan yang agak jauh dan badan pun dah mula kepenatan, Tapi malam tu kami gagahi jua untuk keluar merayap di 'night market' sekitar hotel penginapan kami. Sengaja ditempah hotel tersebut untuk memberi kami peluang meronda ke night market dan melihat budaya masyarakat Hong Kong secara realiti...
.....memang banyak yang hendak diperkatakan...
...kami balik pun dah jam 2 pagi...
....Esok jam 9 kami akan hadiri meeting pula di High Court Of Hong Kong...
...apa pun belum prepare lagi...
...Sebagai ketua rombongan, persediaan perlu dibuat...
...Tapi ...peluang tak datang banyak kali...
sedang berbincang dengan tuan KP, mana arah yang hendak dituju malam ni...
KUNJUNG HORMAT KE PEJABAT KONSUL BESAR MALAYSIA DI HONG KONG
BAS rasmi sudah sedia menunggu kami di pekarangan Hotel Silka Sea View untuk membawa kami ke pejabat Besar Konsulat Malaysia di Hong Kong seawal jam 2.30pm. Kami diberitahu perlu bergerak awal bagi mengelakkan trafik jem yang dikatakan agak dahsyat juga di Hong Kong.
Perjalanan menaiki bas dari hotel ke pejabat Konsulat yang lokasinya terletak di 24th Floor, Malaysia Building 47-50, Gloucester Road Wanchai memakan masa lebih kurang 40 minit. Alhamdulillah perjalanan adalah smooth dan tanpa gangguan trafik.
Tiba di Malaysia Building, kami diminta naik ke tingkat 24 kerana pejabat Konsulat Besar Malaysia di sana. Kami disambut mesra oleh Konsul Muda Tn Kamaruzzaman Musa yang kami temui di airport sebelum ini. Turut melayani kami ialah Puan Grace Rebecca Teh, ketua Censori yang akan membantu keperluan kami di Hong Kong nanti.
Di Lobi CG Office
sempat posing sambil menunggu CG bersiap menemui kami
menandatangani buku pelawat
Di bilik meeting. Menunggu ketibaan CG Mr Yap Wei Sin
Lebih kurang jam 4.30pm, kami diminta menunggu di bilik mesyuarat sementara Consul General Malaysia bersiap selepas menamatkan discussion dengan pegawainya. kami dialu-alukan kehadiran ke Hong Kong oleh CG Mr Yap Wei Sin, dengan ucap selamat dan rasa teruja beliau kerana sepanjang perkhidmatannya belum ada agensi agama yang datang bertandang sebagai tamu di pejabat konsul melainkan sekali, itupun hampir sepuluh tahun dahulu oleh JAKIM.
Bertukar-tukar pandangan dengan CG
KHS Melaka dan Konsul Besar Malaysia di Hong Kong
Selepas sesi diskusi bersama Tuan CG, kami dibawa melawat ke tingkat paling atas bangunan Malaysia yang menjadi pejabat Consul General sejak sekian lama. Pemandangan yang indah dan terus ke laut menjadikan bangunan tersebut adalah amat strategik... terfikir juga kenapa kerajaan berhasrat untuk menjual bangunan tersebut.. mungkin kos penjagaannya tinggi kerana bangunan yang sudah lama dan mungkin juga penjualannya mendatangkan keuntungan dan lasba kepada pihak kerajaan Malaysia. Apa pun, kami sempat menghayati keindahan pulau Hong Kong dari bumbung bangunan 'Malaysia Building' yang penuh bersejarah ini... Puncak-puncak batu melatari langit Hong Kong jelas melalui pandangan dari sisi bangunan ini...
Belanja gambar dulu sepukul....
Sempat juga merakamkan ucapan selamat hari Kemerdekaan Kali ke 62
bersama CG Hong Kong dan Macao. Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah
Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...
-
White-rumped Shama From Wikipedia, the free encyclopedia Jump to: navigation, search White-rumped Shama Male White-rumped Shama Male White-r...
-
Keliling bandar Melaka menaiki beca adalah satu pengalaman yang menyeronokkan! itulah luahan suara anak-anak. Mereka melihat beca sebagai ...