Sunday, August 7, 2022

ANAK-ANAK PENJUAL CENDERAMATA DI PERKAMPUNGAN BAWAH TANAH CARDAK, GOREME, NEVSEHIR CAPPADOCIA

Setibanya di Goreme View point, perkampungan batu di wilayah Nevsehir, kami disambut oleh beberapa orang anak kecil yang membawa dulang kayu menjual barangan cenderamata. Anak-anak kecil berusia antara 7-10 tahun  yang petah berbicara ini merapati kami sambil menyanyi riang menawarkan jualan mereka. Anehnya mereka agak fasih berbahasa Melayu dan cukup mesra dengan pelancong. Ketika ditanya mana asal mereka, mereka mengakui tinggal berdekatan di rumah-rumah batu yang menjadi lokasi lawatan kami.

Kawasan ini juga dikenali sebagai Underground city. Underground City yang kami kunjungi ini ialah underground city yang ada di Cardak  yang merupakan salah satu dari 52 kota bawah tanah yang masih ada. Underground yang paling terkenal di Kaymakli, sekitar 19 kilometer dari Nevsehir, Cappadocia.



Göreme  terletak di antara formasi batu batu yang juga dikenali sebagai  "fairy chimney atau serombong dongeng", ialah sebuah bandar di Cappadocia, wilayah bersejarah di Turki. Ia terletak di Wilayah Nevşehir di Anatolia Tengah dan mempunyai populasi sekitar 2,000 orang.

Nama-nama lama bagi bandar ini ialah Korama, Matiana, Maccan atau Machan, dan Avcilar. Lembah Göreme  dijadikan oleh kerajaan Turki sebagai destinasi pelancongan yang penting dan sebagai pusat  atau ibu untuk semua pelancongan di Cappadocia, nama bandar ini kemudiannya telah ditukar kepada Göreme kerana ianya lebih praktikal. Antara tapak bersejarah Göreme ialah gereja Bezirhane, Durmus Kadir, Ortahane, dan Yusuf Koç, di samping Tokali Kilise yang dihias mewah, Gereja Apple, dan beberapa rumah serta rumah merpati yang diukir di dalam formasi batu batuan di bandar ini.

Tidak diketahui pula bilakah Göreme pertama kali didiami, tetapi dianggarkan  terdapat penempatan di sana semasa era Hittite, antara 1800 dan 1200 SM. Selama berabad-abad, lokasi ini berada di tengah-tengah antara empayar yang sentiasa bersaing ketika itu, seperti Hurri-Mitanni, Empayar Hittite, Empayar Assyria Tengah, Empayar Neo Assyria, Empayar Achaemenid Parsi dan Empayar Seleucid Greek. Penduduk asal perkampungan ini akan melalui terowong di dalam yang dipahat untuk melarikan diri dari pergolakan politik. Semasa era Rom, kawasan itu menjadi rumah kepada penganut Kristian berdasarkan wujudnya beberapa gereja batu yang masih boleh dilihat hari ini.




Perkampungan bawah tanah atau underground city of Cardak, ini ialah kawasan gua yang dipahat sebagai tempat pemukiman, pertahanan dan komuniti satu ketika dahulu. Dalam gua batu kapur ini ada ruangan untuk memasak, ruang ibadah, ruang utama, ruang tempat penyimpanan bahan makanan-termasuk haiwan ternak dan pelbagai ruangan lainnya, termasuk ruang untuk pengalirani udara (ventilasi) sehinggalah lorong menuju tempat persembunyian  sulit untuk dijangkau oleh musuh-musuh.

No comments:

MADRID II

  Kota Madrid seawal abad ke 9 pernah diperintah oleh gabenur Umayyah Andalusia dan kota ini dikenali sebagai 'majrit' dari kata asa...