Kota Madrid seawal abad ke 9 pernah diperintah oleh gabenur Umayyah Andalusia dan kota ini dikenali sebagai 'majrit' dari kata asal 'majra' yang membawa maksud air atau pemberi rezeki. Pendapat lain mengatakan membawa maksud 'water wheel'. Sewaktu pemerintahan gabenur Muhammad I dari Kerajaan Umayyah, beliau telah membina benteng bagi mempertahankan kota ini dari serangan kerajaan Kristian di sekitarnya. benteng ini dibina sepanjang sungai Manzanares, kerana itu wilayah ini dinamakan 'majrit' iaitu jalur air.
Antara tokoh ilmuan terkenal yang pernah lahir di kota Majrit atau Madrid ini ialah Abu al Qassim Maslamah al Majriti, wafat tahun 1007m, seorang ahli ilmuan astronomi, ahli kimia dan ahli matematik yang hebat
menjelajah kota Madrid dalam sehari di bawah bahang panas mentari menjadikan tidak banyak pengalaman manis yang sempat dikumpul, selain merakam beberapa keping gambar bangunan lama yang tidak banyak bezanya dengan kota-kota lain di Eropah. Madrid, kota gabungan zaman middle age dan klasik Islam adalah kota sederhana untuk dikunjungi bagi orang seusia 50an.
Jika kita bergerak dari Toledo atau bandar-bandar lama lain di sekitar sepanyol, memasuki sempadan daerah madrid kita merasakan sedikit kelainan dari segi binaannya. Jika Cordoba, Toledo, Grenada dan sebagainya, jiwa kita masih dirasai pengalaman dengan persekitaran Muslim terutamanya struktur binaannya, masuk sahaja ke Madrid suasana tersebut seakan berubah dengan ciri-ciri bandar separa moden sehingga kita terlupa bahawa di sini sebenarnya tapak asal kerajaan dinasti Umayyah satu ketika dulu.
Boleh jadi juga kerana dasar pemerintahan kristian sepanyol yang cuba menghapuskan ciri-ciri Islamik, Bandar Madrid tidak kelihatan sangat condongnya walaupun masih banyak terdapat struktur binaan Islam di celahan kesibukan kotaraya Madrid.
Berada di tengah kota ini seakan sama kita berada di Paris, Greece, Sockholm, Belgrade atau bandar lain di Eropah. sehingga kita tidak merasakan Islam pernah bertapak ratusan tahun di sini. Kecuali beberapa bandar yang disebut sebelum ini, Kota Madrid tidak kelihatan seperti kota tinggalan kerajaan Muslim satu ketika dahulu.
Malah masyarakatnya juga seboleh bolehnya ingin menghilangkan terus kesan atau ciri-ciri Islamik yang ada di persekitaran dan lebih menonjolkan kebudayaan dan keagungan kristian seolah-olah kota ini dibangunkan oleh mereka sendiri sejak asal. Mereka cuba menutup sejarah mereka yang pernah diperintah dan ditakluki oleh kerajaan Islam satu ketika dahulu. Selepas mengambil alih dari kerajaan Islam, bukan sahaja satu masjid pun tidak kelihatan, tetapi bangunan yang ada khat dan tulisan arab pun dikikis buang. Bercakap dengan warga Sepanyol, Mr Nabeel Pedro, sungguhpun beliau sendiri beragama Islam dan seorang muslim yang taat, namun riaknya seolah kurang senang bila diajukan Sepanyol pernah dijajah. Semangat nasionalisme di kalangan orang muda sepanyol telah ditanam sebati dalam pemikiran mereka sejak dibangku sekolah bahawa penjajah Islam meninggalkan sesuatu yang buruk untuk rakyat sepanyol dan tidak mengakui mereka yang pernah menguasai dunia bangkit dari ilmu dan perdoman kerajaan muslim satu ketika dahulu.
Amat-amat berbeza dengan kita di Malaysia, yang sedikit bangga pernah dijajah, yang mempertahankan budaya penjajah, malah dinding buruk pun dijaga rapi untuk menunjukkan kita pernah dijajah. Bukan sekadar cara makan dan minum, sistem pendidikan, pergaulan, budaya, pentadbiran dan sebahagian besarnya menerima baik sistem penjajah.
Betul, yang baik kita ambil yang kurang elok kita pinggirkan, apa yang disebut di sini ialah bagi orang sepanyol, semangat nasionalisme itu agak kuat, benci mereka kepada penjajah ditanam kepada rakyatnya hingga kebaikan penjajah itu tidak pernah wujud, yang dikekalkan itu pun kerana boleh menjana ekonomi, kecuali ciri-ciri, budaya, bangsa sahaja yang masih ada, yang lain semua ditukar kepada rupa dan dikristianisasi, malah sejarah pun banyak diubah mengikut persepsi mereka. Kenapa kita tidak begitu?.. Sekadar pandangan peribadi...
Selain sejarah yang kita baca, melihat disekeliling kota ini, tidak terasa pun Madrid pernah diperintah dan dikuasai oleh kerajaan Islam ratusan tahun lamanya....
No comments:
Post a Comment