Saturday, November 19, 2011

Seminar Antarabangsa 3 Hari Perundangan Islam di Pusat Pameran Pertahanan Antarabangsa Brunei(BRIDEX) 12-14 Oktober 2011, Jerudung Park Brunei Darussalamntarabangsa

Belumpun reda kesedihan kehilangan arwah ibu tersayang pada 8 Oktober yang lalu, panggilan tugas memaksa ana ke bandar Seri Begawan untuk menghadiri Seminar Antarabangsa Perundangan Islam yang berlangsung di Pusat Pameran Pertahanan Antarabangsa Brunei (BRIDEX) yang berlangsung pada 12-14 Oktober 2011. Perjalanan ke sana menaiki Royal Brunei  di KLIA pada 11 oktober 2011  jam 5.40pm  yang mengambil masa 2 jam penerbangan. Meskipun sepanjang perjalanan hati masih meronta terkenangkan arwah ibu yang kuburnya tak sampai 2 hari dikebumikan, arahan majikan perlu dipatuhi demi tugas.

Tiba di Bandar Seri Begawan lebih kurang jam 8 malam telah ada teksi hotel yang sedia menunggu. Johny, pemandu teksi yang ramah berbangsa Philipine membawa kami terus ke HOliday Lodge hotel yang jaraknya lebih kurang 35 minit perjalanan dari lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. Sesampainya ke Hotel ana terus check in dan mengambil kesempatan untuk solat dan terus tidur kerana kepenatan.

12 Oktober 2011, pendaftaran seminar bermula  dengan titah baginda Sultan Brunei  merasmikan perasmian. Ana tabik dengan para pembentang dan wakil-wakil kerajaan  Brunei Darussalam yang lantang dan berani bercakap mengenai perundangan Islam, sesuatu yang sukar untuk kita temui disini kecuali melalui kancah politik. ianya tidaklah menghairankan kerana suasana tersebut direstui oleh pemerintah tertinggi kerajaan Brunei.

sebagai peserta jemputan luar negara, kami disediakan makan tengahari. keadaan ini amat menguntung kami kerana lokasi seminar adalah terpencil dan terletak dipinggir bandar  di mana amat sukar untuk mencari kedai makan.  Lokasi BRIDEX yang menjadi tempat persidangan adalah berdekatan dengan JERUDUNG PARK, iaitu taman hiburan sekeluarga yang terbesar di Brunei.

Bergambar di hadapan Dewan Seminar BRIDEX

 Antara peserta dari Malaysia

hari-hari lapang kami habiskan dengan bersiar di sekitar Bandar Seri Begawan yang tidaklah sesibuk metropolitan KL tetapi suanasana yang tenang tanpa hiruk pikuk traffic dan pemandu yang berhemah menjadikan kami merindui Bandaraya ini.  Kebanyakan kedai dan pasaraya serta hotel-hotel ternama dimiliki oleh bumiputra Muslim. papan tanda kedai juga rata-ratanya bertulisan jawi. Syiar Islam amat teserlah di sini. Mencari kedai makanan halal adalah sesuatu yang amat mudah dan kita tak perlu ragu-ragu kerana hampir keseluruhan kedai menjual makanan halal dan terkawal.

bertolak balik Ke KLIA pada hari jumaat 14 Oktober 2011, hari yang sama berakhir seminar. Ana tidak menunggu lama untuk pulang ke KL kerana kesedihan kehilangan ibu masih terasa menjadikan mood untuk bersiar-siar langsung tidak ada ditambah dengan suasana berkabung, meskipun masa yang panjang boleh digunakan untuk tujuan tersebut. 

papan tanda premis niaga kebanyakannya bertulisan jawi

Apa pun, lawatan yang singkat  dan observe ringkas membuatkan saya sudah hampir mengenali negara Brunei Darussalam secara dekat. keramahan rakyatnya dan suasana yang tenang menjadikan hati terlalu rindu untuk menjejak kaki sekali lagi ke kota ini.




No comments:

Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah

 Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...