Tuesday, December 20, 2011

Ceramah Undang-Undang Tatacara Mal di Cempaka Suite Service, KL


KUALA LUMPUR - Bahagian Latihan jksm telah mengadakan Program Kursus Pemahaman Undang-Undang Tatacara Mal, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) di Seri Cempaka Service Suites, Kuala Lumpur pada 26 hingga 28 April 2011. Kursus Pemahaman Undang-Undang Tatacara Mal adalah merupakan sebahagian daripada kursus-kursus teras yang menjadi dasar kepada bahagian latihan yang diwujudkan untuk memberikan pendedahan secara total kepada Pegawai-Pegawai Syariah lantikan baru berkaitan Undang-Undang Tatacara Mal yang digunapakai di Mahkamah Syariah.

Matlamat utama program ini ialah untuk memantapkan dan meningkatkan tahap pengetahuan dan kefahaman secara komprehensif kepada peserta dalam Undang-Undang Tatacara Mal supaya pelaksanaan tatacara mal di semua negeri dapat diseragamkan.

Peserta terdiri daripada Pegawai-Pegawai Syariah lantikan baru tahun 2010 dalam gred LS 41 seramai 40 orang yang terlibat secara langsung  dalam tugas kehakiman dan pengendalian kes di Mahkamah  sebagai Pegawai Sulh, Peguam JBG, Pegawai Penyelidik dan Pendakwa Syarie yang berkhidmat di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri-Negeri, JBG dan Jabatan Agama Islam. Oleh kerana, mereka ini masih baru berkhidmat sebagai Pegawai Syariah  maka kekurangan pengalaman merupakan satu halangan untuk bekerja secara professional dan mereka  belum mantap dari segi perundangan tatacara mal, maka satu pendekatan yang lebih praktikal dan komprehensif hendaklah dilaksanakan bagi memberikan pendedahan berterusan di samping memberikan keyakinan diri dan memantapkan ilmu para peserta.

 Sedang menyampaikan ceramah Unadang-Undang Tatacara Mal

 Antara peserta yang hadir
 
 Saya telah  diberikan tanggungjawab sepenuhnya bagi memenuhi objektif kursus ini dengan menyampaikan  ceramah  berkaitan pemahaman Undang-Undang Tatacara Mal. Sebanyak 3 slot iaitu lebih kurang 6 jam telah diperuntukkan bagi tujuan tersebut. Tenaga pengajar lain yang memikul amanah sama ialah Tuan Zulfikri Bin Yasoa - Pegawai Penyelidik Hakim Rayuan dan Tuan K.P. Ramachandran - Mantan Pesuruhjaya Cukai Pendapatan.
Peluang menyampaikan ceramah ini digunakan sepenuhnya  bagi menyebarkan ilmu kepada pegawai-pegawai lantikan baru dan persediaan  saya untuk pembentangan kertas kerja yang lebih besar di IKIM tak lama lagi. Peluang yang sama juga telah digunakan untuk mempromosikan buku karangan terbaru 'Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah- Prinsip dan Amalan'. Alhamdulillah buku tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan.

No comments:

MADRID II

  Kota Madrid seawal abad ke 9 pernah diperintah oleh gabenur Umayyah Andalusia dan kota ini dikenali sebagai 'majrit' dari kata asa...