Pulau Mabul terletak di pesisir tenggara negeri Sabah, Malaysia. Pulau ini terkenal kerana dekat dengan Pulau Sipadan. Pulau kecil dan melengkung ini terkenal kerana terdapatnya banyak batu karang pelbagai jenis. batu karang menjadi tumpuan pelabagai jenis ikan marin kerana banyaknya makanan planton. dasarnya yang tidak dalam sesuai dengan kejadiannya sebagai pentas benua di Laut Sulawesi. kedalaman sekitar 25-30 meter sesuai untuk aktiviti 'scuba diving'. Banyak sekali hidupan eksotik seperti sotong kurita, cephalopods, udang geragau, ketam. rumpai laut lain dan sebagainya. Disini anda adalah dilarang dari menangkap atau membunuh hidupan laut tersebut, akan tetapi ianya dah memadai apabila anda boleh memegang dan menyentuh ikan-ikan jinak itu !
Jika anda impikan untuyk bercuti di tempat yang mempunyai air jernih bak cermin, langit biru dan chalet indah di atas air laut, Pulau Kapalai yang terletak di timur sabah, mungkin tempat menyelam yang terbaik di dunia untuk dilawati. pengalaman indah di sana akan menjadi kenangan seumur hidup!
Welcome to Kapalai Resort... mengasyikkan. Di sini sempat
juga aku beli magnetic freeze utk kenang-kenangan
Resort yang terapung di atas air....
Kapalai bukanlah hanya sebuah pulau, tetapi jalur pasir berhampiran dengan Pulau Sipadan dan Mabul, yang merupakan kepulauan yang indah.
amacam?
Kapalai Island telah wujud beberapa ratus tahun yang lalu, Pulau Kapalai adalah sebuah pulau yang sebenar, dengan tanah yang tebal dan permukaan yang lebih besar. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh proses hakisan, pulau ini telah berubah menjadi timbunan pasir, di mana hanya satu lapisan nipis pasir muncul atas perairan Laut Sulawesi. Pulau Kapalai yang merupakan Terumbu Ligitan dan tanah berpasir hanya muncul beberapa ketika apabila air pasang rendah. Selepas itu, keseluruh resort kelihatan terapung di atas air apabila air laut mulai pasang.
Not bad!
No comments:
Post a Comment