Tuesday, October 3, 2023

MADRID

 Madrid ialah ibu kota dan bandar paling ramai penduduk di Sepanyol. Bandar ini mempunyai hampir 3.4 juta penduduk dan penduduk di kawasan metropolitan kira-kira 6.7 juta. Ia adalah bandar kedua terbesar di Kesatuan Eropah (EU).kawasan kota ini meliputi 604.3 km2 (233.3 batu persegi) kawasan geografi.Madrid terletak di Sungai Manzanares di bahagian tengah Semenanjung Iberia pada kira-kira 650 meter di atas paras laut. Merupakan ibu kota  negara Sepanyol sejak 1983, ia juga merupakan pusat politik, ekonomi dan kebudayaan negara.


Kota ini maju kerana pengeluaran ekonomi, taraf hidup yang tinggi, dan saiz pasaran, Madrid dianggap sebagai pusat kewangan utama dan hab ekonomi terkemuka di Semenanjung Iberia dan Eropah Selatan. Kawasan metropolitan menempatkan kebanyakan syarikat-syarikat besar Sepanyol yang utama seperti Telefónica, Iberia, BBVA dan FCC. Ia menumpukan sebahagian besar operasi perbankan di negara ini dan kebanyakan penduduknya  berbahasa Sepanyol.
Madrid menempatkan ibu pejabat Pertubuhan Pelancongan Dunia PBB (UNWTO), Sekretariat Agung Ibero-Amerika (SEGIB), Pertubuhan Negara-negara Ibero-Amerika (OEI), dan Lembaga Pemantauan Kepentingan Awam (PIOB).
Madrid juga adalah tuan rumah kepada dua kelab bola sepak terkenal dunia, Real Madrid dan Atlético Madrid.
 
Walaupun Madrid memiliki infrastruktur moden, ia masih mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah terutamanya di kawasan jalanan dan kejiranan utama seperti Plaza Mayor, Istana Diraja Madrid; Teater Diraja dengan Rumah Opera 1850 yang telah dipulihkan; Taman Buen Retiro, yang diasaskan pada 1631; bangunan Perpustakaan Negara abad ke-19 (diasaskan pada 1712) yang mengandungi beberapa arkib sejarah Sepanyol; Istana dan Air Pancut Cibeles yang merupakan  salah satu simbol monumen bandar ini.
 
Dari sudut sejarah, kewujudan penempatan  di Madrid bermula dari zaman Islam. Pada separuh kedua abad ke-9, Emir Umayyah Muhammad I membina sebuah kubu di tanjung berhampiran sungai Manzanares sebagai salah satu daripada banyak kubu yang diperintahkan untuk dibina di sempadan antara Al-Andalus,  kerajaan León dan Castile, dengan objektif untuk melindungi Toledo daripada pencerobohan orang-orang Kristian dan juga sebagai titik permulaan bagi kerajaan  Muslim untuk melancarkan serangan. Selepas perpecahan Khilafah Córdoba pada awal abad ke-11, Madrid telah disatukan di Taifa Toledo.
 
Pada 1079, Madrid telah dirampas pada 1083 oleh Alfonso VI dari León dan Castile, yang berusaha untuk menjadikan kota ini sebagai pos pertahanan terhadap bandar Toledo,yang kemudiannya ditakluki pada tahun 1085. Selepas penaklukan itu, orang Kristian menduduki pusat bandar, manakala orang Islam dan Yahudi dipindahkan ke pinggir bandar.
Madrid, yang terletak berhampiran Alcalá (di bawah kawalan Muslim sehingga 1118), kekal sebagai kawasan sempadan untuk seketika.  Bandar ini telah disahkan sebagai villa de realengo  (yang dikaitkan dengan Mahkota) pada tahun 1123, semasa pemerintahan Alfonso VII.
 
 
Bermula pada pertengahan abad ke-13 dan sehingga akhir abad ke-14, koncejo Madrid bersaing untuk menguasai wilayah Real de Manzanares menentang koncejo Segovia, sebuah bandar di utara banjaran gunung Sierra de Guadarrama.
 
Kota ini bertukar tangan beberapa kali semasa Perang Penggantian Sepanyol: daripada kawalan Bourbon ia berpindah kepada tentera "Austracist" yang bersekutu dengan  Portugis dan Inggeris yang memasuki bandar itu pada akhir Jun 1706,kemudian direbut semula oleh tentera Bourbon pada 4 Ogos 1706. Tentera Habsburg yang diketuai oleh Archduke Charles memasuki bandar itu untuk kali kedua pada September 1710,seterusnya selepas 3 bulan kemudian Philip V memasuki ibu negara pada 3 Disember 1710.Sewaktu di bawah kawalanPhilip V, beliau telah membina Istana Diraja, Kilang Tapestry Diraja dan Akademi Diraja yang utama. 

Sewaktu pemerintahan Charles III, yang kemudiannya dikenali sebagai "datuk bandar terhebat Madrid", menyaksikan usaha untuk menjadikan bandar itu sebagai ibu kota yang moden dengan pembinaan pembetung, lampu jalan, tanah perkuburan di luar bandar dan beberapa monumen dan institusi kebudayaan.
 
Bandar ini pernah diceroboh oleh tentera Perancis pada 24 Mei 1823.


 
Kota Madrid juga terkenal sebagai tuan rumah plaza de toros (gelanggang lembu) terbesar di Sepanyol, Las Ventas, yang ditubuhkan pada tahun 1929. Las Ventas dianggap oleh ramai sebagai pusat laga lembu utama dunia dan mempunyai kapasiti tempat duduk hampir 25,000. Musim laga lembu di Madrid bermula pada bulan Mac dan berakhir pada bulan Oktober. Pertarungan lembu diadakan setiap hari semasa perayaan San Isidro (paderi suci pelindung Madrid) dari pertengahan Mei hingga awal Jun, dan setiap Ahad, dan cuti umum, sepanjang musim.  Las Ventas juga menganjurkan konsert muzik dan acara lain di luar musim laga lembu. 

No comments:

Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah

 Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...