TIDAK SAH lawatan ke luar negara tanpa singgah ke pejabat Kedutaan Malaysia di Luar Negara. Bagi tujuan itu, kami mengambil kesempatan masa yang terluang dengan menghubungi pejabat kedutaan dan menyatakan hasrat untuk ke sana. kami tidak membuat temujanji awal kerana kepadatan jadual dan hanya sekadar memaklum kehadiran kami ke bumi Sepanyol sahaja sebelum ini. kebetulannya TYT Duta Besar Dato Akmal bin Che Mustaffa ada program beberapa hari di Cordova dan tidak dapat bersama kami. Bagaimanapun kami amat beruntung kerana Penasihat Kedutaan yang juga merupakan Ketua Canseri menyambut kehadiran kami pada pagi yang hening tersebut.
Monday, July 17, 2023
SINGGAH DI PASSEO DE LA CASTELLANA, KEDUTAAN MALAYSIA DI SPAIN
Terletak di Passeo De la Castellana, 91-10, Edificio Centro 23, 28046, Madrid Spain, dikelilingi rumah agam dan kejiranan mewah serta pejabat kerajaan, walaupun tidak jauh dari kota Madrid, namun bebas dari bingit kenderaan dan kesibukan kota yang amat mendamaikan.
Kami disambut mesra oleh Ketua Canseri Encik Farhan Dan Puan Nor Adilah Adnan seawal jam 8.30am. Bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh pejabat kedutaan amat mengkagumkan kami, khususnya membantu memudahkan proses penyediaan laporan polis dan terjemahan teks ke bahasa Inggeris amat kami sanjungi. Kebetulannya ada di kalangan peserta delegasi kami yang ditimpa musibah apabila kenderaan kami dipecah masuk dan melibatkan kehilangan beberapa dokumen serta barangan peribadi.
Sebelum berangkat pulang, Delegasi MSNM diminta menandatangani buku lawatan. Kami juga dijamu sarapan pagi dengan makanan ringan dan teh Sepanyol yang sedap dan mengasyikkan. InsyaAllah berkebetulan masa kita bertemu lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah
Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...
-
White-rumped Shama From Wikipedia, the free encyclopedia Jump to: navigation, search White-rumped Shama Male White-rumped Shama Male White-r...
-
Keliling bandar Melaka menaiki beca adalah satu pengalaman yang menyeronokkan! itulah luahan suara anak-anak. Mereka melihat beca sebagai ...
No comments:
Post a Comment