Artikel ini dipetik dari www.dikirbarat.net.com mengenai kesenian yang dilupakan. Terasa ianya penting dan perlu diketahui oleh generasi seterusnya, saya salin semula untuk tatapan diblog ini. « on: February 10, 2008, 08:39:48 AM » |
Pada masa ini Kelantan adalah sebuah negeri yg terletak di pantai timur semenanjung tanah melayu. Dalam membicarakan hal kebudayaan Kelantan kita seharusnya tidak dapat memisahkan Kelantan dengan negeri Patani dan Trengganu. Cara hidup perbahasaan dan adat resam penduduk negeri itu adalah sgt ketara persamaannya. Keturunan raja2 Kelantan adalah nyata dari keturunan diraja Patani juga. Oleh kerana keadaan politik begitu jauh berubah sehingga Patani dan Kelantan terpisah masing2 tinggal di dalam negara berasingan, maka kita tidak begitu mengetahui dan merasa tentang Patani dan Kelantan adalah pada dasarnya negeri yg sama kebudayaannya. Kelantan di anggap sebuah negeri dalam Patani sehinggalah proses Kelantan masuk di bawah naungan negeri2 yg di sebut "Negeri Bernaung" selesai dan sehinggalah sekarang berada dalam Malaysia.
Sebagaimana kita maklum, bahawa kerajaan melayu di kepulauan melayu adalah hidup dgn kebudayaan sendiri sehinggalah campurtangan dari barat mulai meresap dari semenjak kemasukan Pertugis, Belanda, Perancis dan Inggeris. Sistem beraja adalah hidup dengan baiknya, kemajuan dalam satu-satu negeri di tumpu sepenuhnya terhadap raja dan kerajaan.
Tom Pires seorang orientalis pernah menceritakan bahawa di istana Patani, pembesar drajanya menaungi ahli2 seni. Senitari, seninyanyi, senimuziknya sudah tersusun sehingga pertunjukan yg mengkagumkan dapat di pertontonkan dgn baik. Kalu di Roman dan Greece terdapat Mascaena kesenian seumpama pembesar2 negeri Patani maka nyatalah kesenian melayu Patani juga bernilai tinggi. Hal ini tersebar ke Kelantan sehingga sekarang masih dapat di lihat dan di hayati kesan peninggalan kebudayaan yang tinggi nilainya itu.
Awal kurun XIX, Abdullah Munshi melawat Kelantan, banyak hal2 menarik khususnya hal berkaitan dengan kebudayaan di tulis oleh beliau. Lapangan kesusasteraan yang berhubung dengan manuskrip amat terang di nyatakan. Alam kesenian juga di nyata begitu baik perlaksanaannya. Permainan seumpama menora , makyung, wayang kulit dan tarian amat maju masa itu. Tiap pembesar negeri amat mengambil tahu akan hal2 permainan tradisi ini sehingga sanggup mengadakan kumpulan khas. Dalam hal ini Tengku Bendahara Tengku Chik Tuan Abdullah, Tengku Temenggung Abdul Ghffar dan lain2nya yang selalu mengawasi urusan kesenian Kelantan patutlah di kenang dan di bangga oleh rakyat Kelantan.
Dalam Negara Kretagama di sebutkan negeri2 di pantai timur termasuk Patani dan wilayahnya amat maju dalam pemerintahan. Perhubungan antara Patani termasuk Kelantan dengan Majapahit yang masyhur itu sudah tidak asing lagi yg menggambarkan Kelantan adalah tinggi nilai kebudayaannya. Dalam sejarah Majapahit terdapat suatu helah yg di ajukan oleh Patih Aria Gajah Mada tentang usaha mencari jodoh kepada Ratu Majapahit. Dalam hal ini ada imbasan yg dapat di andaikan bahawa puteri yg di cadangkan adalah puteri dari Kelantan. Kemasyhuran kecantikan dan keagungan puteri Kelantan itu juga pernah di nyatakan oleh Ibnu Batuttah. Banyak sarjana berpendapat yg negeri Kilu Krai adalah Kuala Krai di mana Paduka Cik Siti Wan Kembang menjadi ratunya.
Sudah menjadi kebiasaan kerajaan kelantan mengadakan sambutan besar-besaran bila menyambut harijadi rajanya(Puja Umur). Serba jenis permainan tradisi di adakan sebagai menyatakan sukaria rakyat terhadap rajanya. Kebiasaannya jenis2 permainan tradisi rakyat Kelantan zaman dahulu ialah:
1. Makyung
2. Menora
3. Asyik
4. Joget (Imitasi gerak wayang melayu, bukannya tarian rentak joget/ronggeng)
5. Wayang kulit kelantan/siam
6. Wayang melayu/jawa
7. Topeng (Tarian joget memakai topeng di depan panggung wayang melayu pada sebelah pagi)
8. Rebana kercing
9. Rebana riba
10. Rebana ubi
11. Rebana Besar
12. Rebana mangkuk
13. Tari inai
14. Gasing pangkah/uri
15. Peteri
16. Bageh
17. Ulek Banda
18. Ulek bubu
19. Wau
20. Main Choh
21. Sepak raga tinggi
22. Sepak bulu ayam
23. Golek para
24. Tikam seladang
25. Gajah/Raja patah
26. Kertok
27. Lokan bertepuk
28. Selampit
29. Silat tari
30. Silat tongkat
31. Dikir laba
32. Dikir barat
33. Belaga kukoran
Kita harus sedar bahawa proses rasa seni pada diri sesaorang adalah tertaman sejak mereka lahir. Anak yg baru lahir sedang menyusu pada ibu biasanya mendengar dodoi, dendangan dan nyanyian belaian ibunya akan tersemat rasa seni itu pada jiwa mereka. Makin besar anak itu makin bertambah pengalaman seni pada diri mereka. Seni muzik, seni suara, seni tari, seni teater akan mempengaruhi anak2 itu.
Dalam hal ini mereka akan merasa senang dan puas hati bilamana mendengar atau melihat apa yang telah di alami oleh mereka semasa kecil dahulu. Mungkin kepada peringkat yang telah berumur akan merasa puas hati dan bersemangat serta gembira bila serunai dan gendang silat di mainkan, lagu makyung di alunkan, lagu dikir barat di nyanyikan dan di hayati oleh generasi tersebut. Anak mereka masih dapat dan sempat mengalami pengalaman ini, tetapi cucu-cucu mereka mungkin proses penerimaan nya sudah mula berkurangan. Anak yang berkurangan pengalaman oleh kerana tiada bersambungnya seni tersebut tidak dapat menghayati rasa seni lagi sebagaimana ayah dan datuk mereka dahulu.
Dalam masa 20 tahun saja jika di perhatikan bahawa anak muda yang lahir menjadi sudah pun berumur 20 tahun. Oleh kerana kekurangan pendedahan kesenian tradisi kita, maka minat mereka sudah pudar. kepada mereka bunyi gong gendang, serunai rebab adalah sebagai bunyi bising yg megganggu mereka sahaja, sedangkan bunyi alat2 tersebut bagi orang2 tua mereka adalah satu kemegahan dan timbul rasa puas hati. Penurunan bahan2 permainan tradisi amat ketara pada mereka sudah tiada lagi. Permainan Makyung, Wayang kulit, silat dan lain2 yang tinggi nilai seninya sudah tidak dapat di hayati lagi. Hal2 seperti ini sekali lagi tidak dapat di persalahkan kepada mereka. Apa yang penting sekarang ialah kita yang masih ada ini hendaklah menjadi kesinambungan kepada generasi terdahulu yang telah pergi meninggalkan kita supaya permainan tradisi kita tetap terjaga , terpelihara dan di kembangkan kepada generasi muda.
No comments:
Post a Comment