Friday, May 7, 2010

Gula Ike Puyu

 Ini keluhan Faridah yang kena pukul bantai oleh suaminya. Cuba hayati bait-bait ini.


Sapo dio gak tak malu
Hati mano nak tehe
Salahnyo beli ike ppuyu
Kita gulai dia nak make singge


Bakpo demo tak ghoyat dulu
Sapa taghik muko mase
Masuk ddapur nyo katok lekung guri budu
Kutip rembah habih makuk pingge


Agoknya ambik gi lah  puyuk buyung  de skali genok beghah
Supit kaghung cawe dan gelaah
Kain bughuk kain saghung  kain lepah
Hok dia tinggal hok dok lindung cupak tepurung ado besa ppirah

Sapo dia gak tak rasa malu
Hati mano nak tehe
Dapat salah sajo banyok tu
Sapa hati demo piyat gode
Alah kedemo begitu lalu
Denge bini tak dak belah kasihe
De kelah sapa tigo minggu
Sakit ambo jasa sepak tende
Sapo dia gak tak malu
Hati mano nak tehe


Kalu hok bini demo tak kira laso
Selama ke ni cuba kigho berapa tahun
Kalu begini saja nasib ambo tak beruntung
Menerap mengiring sapa tonggek punggo punggo
Tak de keghing air mata air hidung
Balik keghumah kain sela sepunggung


Sapo dio gak tak malu
Hati mano nak tehe
Salahnyo beli ike ppuyu
Kita gulai dia nak make singge

FARIDAH BOBBY. Dipopularkan oleh MAT YEH

Walau sekadar ianya lagu satira dan hiburan masyarakat kampung era 70 an, lagu ini mempunyai makna yang mendalam. Bait bait liriknya adalah ekspresi masalah suami isteri dan sikap panas baran suami yang  menjadikan isteri sebagai tempat melepas geram dan menunjukkan kekuatan. Sesuai dengan keadaan masyarakat waktu itu, pembelaan isteri gagal diketengahkan dan sering dipersalahkan walau kerana punca yang kecil, si isteri yang tiada tempat mengadu meluahkan perasaan melalui lagu lagu. Kesedihan dihilangkan dengan sorak hilai penonton. 




No comments:

Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah

 Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...