Semalam 7hb Mei 2010 adalah hari terakhir pelajar dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) iaitu Athirah Che Azimi dan Nurul Hidayah M Sharifuddin berkhidmat di JKNS. Mereka di sini bagi menamatkan kursus pengajian dan latihan di JKNS adalah bagi menyempurnakan ijazah masing-masing. Sepanjang 3 bulan mereka di sini pelbagai sepak terajang pahit manis kehidupan di lalui.
Selama 3 bulan juga mereka bergilir gilir di bawah seliaan saya. Syabas kepada mereka berdua kerana berjaya menamatkan praktikal masing-masing dan bakal melalui kehidupan sebenar tak berapa lama lagi. Semoga pengalaman mengurus dan mengendalikan kes di Mahkamah menjadikan mereka satu teladan dan panduan. Kerja yang tip top dan sering berusaha untuk mempelajari sesuatu yang baru memberi kelebihan kepada mereka dan memudahkan banyak tugas-tugas saya. Terima kasih dan Semoga maju jaya!
1 comment:
mahkamah?
Post a Comment