Friday, May 31, 2013

TITIPAN KENANGAN


Satu titipan kenangan perjalanan mengerjakan umrah  di kota suci Makkah.

Wednesday, May 29, 2013

INGAT PESE MAK


PESAN MAK
Halim Yazid

ingat sokmo hak mok pese
na-nak kali ambo nak turun jjale
jange lupo ke Tuhe
kito ore isele tokleh tingga semaye

ingat sokmo hak mo pese
walau jauh duduk tempat ore
jange lupo kapung lame
warih waroh di klate
tokleh sombong ngan ore

pese ibu bapok
ambo tak tlupo
pese ibu bapok
ingat pah bilo-bilo

pese turon pulok
royak wi kat nok ambo
kito harto takdok
pesane jadi ssako

ingat sokmo hak mok pese
kito susoh jange tupe ore
tak soh pinje berute
kalo de banyok ute
kito payoh nok sene

hok mok pese hari-hari
panda panda jaga diri sdiri
bala cekah jamge dicari
tempat susoh jange di gi
ore krenat keno lari

maso kito kayo
rama lah saing sorbat
de takdok gapo sekaro
kucing pun tak dok dekat
mase sene lego
ramai lah kaum kerabat
de takdok gapo sekaro
lalat pun tak sei hinggap

ingat lagi hak mok kato
hati hati dale wat kira caro
lidoh maruah kito
hati ore keno jago
tak baik mengupat mengata

hok mok pese hari hari
kito keno kenal diri sendiri
mano asal kito mari
pah mano kito nak gi
baik baik jago diri

ingat sokmo hak mo pese
walau jauh duduk tempat ore
jange lupo kampung lame
warih waroh di klate
jange sombong ngan ore

pesene mok ambo
iklasnyo dari hati
pese ko anok dio
jak mulo sampa lo ni

ingat sokmo hak mok pese
na-nak kali ambo nak turun jjale
jange lupo kan tuhe
kito ore isele
tokleh tingga semaye

ingat sokmo hak mok pese
ingat sokmo hak mok duduk pese
ingat sokmo hak mok pese

Dalam kenangan...
al-fatihah

KURSUS PEMAHAMAN UNDANG-UNDAANG KETERANGAN KOMPREHENSIF DI MH RESIDENT CHERAS

Menerima jemputan dari Tuan Hafiz Abdul Hamid Bahagian Latihan JKSM untuk menyampaikan ceramah mengenai Undang-undang keterangan di MH Hotel & Resident Cheras beberapa hari lalu tidak patut dilepaskan peluang begitu saja kerana ruang waktu itu boleh diisi dengan bertukar-tukar pandangan dengan adik-adik JKSM lantikan tahun 2010 termasuklah bekas anak-anak buah di JBG.  Tawaran menyampaikan ceramah itu sukar untuk ditolak memandangkan sudah 3 bulan di MSWP ni hanya duduk mengadap komputer sahaja. menunggu tauliah yang entah bila dapat diselesaikan kemelutnya, ruang kosong begini dapatlah membasuh otak dan menggerakkan kembali fikiran yang dah lama bersalut....


 Dato Yusuf Musa YA Hakim MRyS menyampaikan ucapan penutup program


  Sebahagian peserta wanita yang hadir

 Sebahagian peserta lelaki


Bergambar kenangan sejurus tamat kursus


 Antara tajuk yang disentuh sepanjang 8 jam slot yang diberikan ialah 'pembuktian, Pemberian keterangan, saksi, kesaksianm tazkiah al-syuhud dll. Semoga adik-adik lantikan 2010 mendapat banyak  manfaat dari kursus tersebut.

 

Wednesday, May 22, 2013

Seni guaman syarie


TUGAS sebagai peguam syarie bukanlah suatu yang mudah, lebih-lebih ketika mengendalikan prosiding mahkamah yang mencabar selain berhadapan kerenah anak guam.

Hal demikian memerlukan bimbingan dan latihan supaya para peguam syarie lebih mampu mengendalikan kes-kes mahkamah syariah dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.
Oleh itu sebagai seorang peguam, mereka memerlukan seni ketika berinteraksi dengan pihak-pihak terlibat ketika prosiding berlangsung.

Menurut peguam syarie, Abdul Razak Muhidin seni guaman membawa maksud kebolehan untuk memujuk dan menyakinkan serta menambat minda mahkamah dan mendorong dengan logik.

Kata beliau lagi, seni guaman itu juga menjelaskan dan mendapatkan apa yang dikehendaki dalam mahkamah dengan kekuatan hujah serta alasan ketika memulakan prosiding mahkamah termasuk memfailkan tuntutan dan sebagainya.

Abdul Razak memberitahu, seni seorang peguam dalam mahkamah bergantung kepada persediaan sebelum prosiding sama dan akhirnya terhasil ketika mengendalikan perbicaraan.

"Maka kesan guaman berseni adalah kepentingan klien atau pihak-pihak terlibat berjalan dengan teratur dan berkesan selain menampakkan keindahan terhadap proses keadilan serta membina keyakinan.
"Yang paling penting dengan seni guaman adalah ia boleh menyakinkan dan boleh mempengaruhi semua pihak," jelas Abdul Razak.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kertas kerja bertajuk, Seni Guaman dalam seminar anjuran Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) di Putrajaya, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Abdul Razak berkata peguam berkemahiran adalah mereka menyedari banyak tidak diketahui, bertanya perkara yang tidak diketahui dan menilai perkara serta memproses yang diketahui bagi menentukan kesahihan.

"Melihat daripada sudut pandang pihak defendan menilai kelemahan, memperkasa kekuatan dan membangunkan asas kukuh untuk berhujah," kata beliau.

Namun pokok pangkalnya kata peguam itu asas utama bagi seorang pengamal undang-undang adalah berkomunikasi dengan mempersembahkan dan mengendalikan kes dengan berkesan.

Fahami hukum syarak

Nada sama turut disuarakan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Mohamed Fouzi Mokhtar yang antara lain beliau berkata elemen penting bagi seorang peguam syarie adalah memahami hukum syarak.

Mohamed Fouzi, hal berkenaan menepati prinsip enam asas dakwaan seperti mana terkandung dalam kitab Hasyiah I'anat al-Talibin iaitu:
"Dakwaan yang mendakwa mesti terang dan terperinci, yang didakwa kena terikat dengan dakwaan, hendaklah ditentukan orang didakwa, dakwaan dilihat tidak bercanggah dengan dakwaan lain, bahawa tiap-tiap orang yang mendakwa mesti mukalaf, setiap pihak mestilah terikat dengan hukum hakam," katanya.

Ketika membentangkan kertas kerja, Mohamed Fouzi menasihatkan agar para peguam syarie supaya melengkapkan diri dengan persediaan ilmu, dokumen dan lain-lain lagi sebelum tiba hari perbicaraan.
Menurut beliau, persediaan dokumen dan fakta adalah penting selain jangan meletakkan perkara tidak perlu agar perjalanan prosiding teratur dan tersusun.

Selain kedua-dua penceramah itu, turut membentang kertas kerja ialah peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hasan yang bertajuk Seni Guaman Semasa Perbicaraan yang antara lain beliau menyentuh pemahaman tentang undang-undang digunapakai dalam mahkamah syariah.

Tingkat kualiti peguam syarie

Seminar Seni Guaman Syarie 2013 itu bertujuan untuk mendukung ke arah kecemerlangan dan membina kepakaran dalam profesion peguam dalam kalangan peguam syarie sama ada berpengalaman atau masih baru dalam bidang berkenaan.

Bagi Presiden PPMM, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, hal ini berkenaan dilihat apabila sejak kebelakangan ini, kualiti peguam syarie menurun khususnya dalam kalangan peguam muda ketika mengendalikan kes-kes mahkamah.

Zainul Rijal memberitahu terdapat banyak aduan dan laporan berhubung perkara itu walaupun mereka dikatakan telah dilatih sama ada ketika menjadi pelatih dalam kamar atau di universiti, namun masih terdapat lagi kekurangan dalam kalangan peguam muda.

Jelas beliau, pihaknya bertanggungjawab untuk mengalas tugas bagi melatih peguam-peguam muda supaya lebih ke hadapan agar perjalanan prosiding mahkamah syariah berjalan dengan lancar.

"Banyak lagi program PPMM akan diadakan khususnya berkenaan latihan program syarie selain seminar pengukuhan dan pemahaman undang-undang syariah.

"Diharapkan mereka mengambil manfaat daripada program dianjurkan seperti ini," ujar beliau.

© Utusan Melayu (M) Bhd

Friday, May 10, 2013

KISAH YANG TAK RAMAI DIKETAHUI MENGENAI KAABAH

Kaabah, rumah Allah sejuta umat muslim merindukan berkunjung dan menjadi tetamu – tetamu Allah sang maha pencipta. Kiblatnya (arah) umat muslim dalam melaksanakan solat, dari mana-mana negara semua ibadah solat menghadap ke kiblat ini.

Istilah Ka’bah adalah bahasa al quran dari kata “ka’bu” yg bererti “mata kaki” atau tempat kaki berputar bergerak untuk melangkah. Ayat 5/6 dalam Al-quran menjelaskan istilah itu dg “Ka’bain” yg bererti ‘dua mata kaki’ dan ayat 5/95-96 mengandungi istilah ‘ka’bah’ yang ertinya nyata “mata bumi” atau “sumbu bumi” atau kutub pusingan utara bumi.

Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah
.
Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata menggantung di kawasan yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?.”

Para astronot telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayang nya 21 hari kemudian website tersebut ghaib yang sepertinya ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan website tersebut.

Setelah melakukan kajian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berujung), hal ini dibuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus.

Para penyelidik Muslim mempercayai bahawa radiasi ini mempunyai ciri-ciri dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

Makkah Pusat Bumi
Prof. Hussain Kamel mencari suatu fakta mengejutkan bahawa Makkah adalah pusat bumi. Pada mulanya ia meneliti suatu cara untuk menentukan arah kiblat di kota-kota besar di dunia. Untuk tujuan ini, ia menarik garis-garis di atas peta, dan sesudah itu ia mengamati dengan saksama kedudukan ketujuh benua terhadap Makkah dan jarak masing-masing. Ia memulai untuk menggambar garis-garis sejajar hanya untuk memudahkan unjuran garis bujur dan garis lintang.


Setelah dua tahun dari pekerjaan yang sukar dan berat itu, ia dibantu oleh program-program komputer untuk menentukan jarak-jarak yang benar dan variasi-variasi yang berbeza, dan banyak hal lainnya. Ia kagum dengan apa yang ditemui, bahawa Makkah merupakan pusat bumi.
qrdGM

Ia menyedari kemungkinan menggambar suatu lingkaran dengan Makkah sebagai titik pusatnya, dan garis luar lingkaran itu adalah benua-benuanya. Dan pada masa yang sama, ia bergerak bersamaan dengan keliling luar benua-benua tersebut. (Majalah al-Arabiyyah, edisi 237, Ogos 1978). Gambar-gambar Satelit, yang muncul kemudian pada tahun 90-an, menekankan hasil yang sama ketika kajian-kajian lebih lanjut mengarah kepada topografi lapisan-lapisan bumi dan geografi waktu daratan itu diciptakan. Telah menjadi teori yang mapan secara ilmiah bahawa lempengan-lempengan bumi terbentuk selama usia geologi yang panjang, bergerak secara teratur di sekitar lempengan Arab. Lempengan-lempengan ini terus menerus memusat ke arah itu seolah-olah menunjuk ke Makkah.

 Kajian ilmiah ini dilaksanakan untuk tujuan yang berbeza, bukan dimaksud untuk membuktikan bahwa Makkah adalah pusat dari bumi. Bagaimanapun, kajian ini diterbitkan di dalam banyak majalah sains di Barat.

Allah berfirman di dalam al-Quran al-Karim sebagai berikut:
Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Makkah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya ..’ (Asy-Syura: 7)

Kata ‘Ummul Qura’ berarti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya menunjukkan Makkah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya. Lebih dari itu, kata ummu (ibu) mempunyai erti yang penting di dalam kultur Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Makkah juga merupakan sumber dari semua negeri lain, sebagaimana dijelaskan pada awal kajian ini. Selain itu, kata ‘ibu’ memberi Makkah keunggulan di atas semua kota lain.

Makkah atau Greenwich
Berdasarkan pertimbangan yang saksama bahwa Makkah berada tengah-tengah bumi sebagaimana yang dikuatkan oleh kajian-kajian dan gambar-gambar geologi yang dihasilkan satelit, maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Makkah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. Hal ini akan mengakhiri kontroversi lama yang bermula empat dekad yang lalu. Ada banyak perbalahan ilmiah untuk membuktikan bahawa Mekah merupakan wilayah kosong bujur sangkar yang melalui kota suci tersebut, dan ia tidak melewati Greenwich di Britain. GMT dipaksakan pada dunia ketika majoriti negeri di dunia berada di bawah jajahan Inggeris. Jika waktu Makkah yang diterapkan, maka mudah bagi setiap orang untuk mengetahui waktu solat.

Makkah adalah Pusat dari lapisan-lapisan langit.

bt9ur
Kota-mekah-dan-Madinah
makkah-space

Ada beberapa ayat dan hadits nabawi yang menyiratkan fakta ini. Allah berfirman, ‘Hai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan.’ (Ar-Rahman: 33)

Kata aqthar adalah bentuk jamak dari kata ‘qutr’ yang bererti dia, dan ia merujuk pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter. Dari ayat ini dan dari beberapa hadis dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, maka itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit. Selain itu ada hadis yang mengatakan bahawa Masjidil Haram di Makkah, tempat Ka’bah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh bumi (maksudnya tujuh lapisan yang membentuk bumi)


KREDIT TO: http://amirulaslam.com/fakta-sebenar-kaabah-yang-dirahsiakan.html





TITIP KENANGAN BERSAMA ISTERI DI TANAH HARAM

Gambar-gambar ini bukan hanya 
merakam pengalaman, malah menitipkan 
rindu untuk sekali lagi bertandang
 dan menjadi tamu di tanah haram Mu.











Sebaik selesai tawaf ihram di Baitillah il Haram

Shalat Maghrib di Masjidil Haram

Monday, May 6, 2013

Menziarahi Perkuburan Baqi'

Hari pertama di Kota Madinah, sebaik selsai menunaikan solat subuh di Masjid nabi, kami bertiga bersama abang Jaafar dari Slim River menemani abangnya ustaz Bakar menziarahi perkuburan Baqi', tempat di mana isterinya disemadikan.
Abang Jaafar, Tok APa, Ayah Dho dan Ust Bakar di makam Baqi'.


Perkuburan Baqi’ terletak di tenggara Masjid Nabawi di Madinah. Di satu sudut di Masjid Nabawi terdapatnya kubur junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw, Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab. Perkuburan Baqi’ juga dikenali dengan Jannatul Baqi’ atau Taman Syurga. Perkuburan Baqi’ juga mempunyai gelaran lain iaitu Baqi’ul Qarqad atau Taman Qarqad.
Gelaran Baqi’ul Qarqad diberikan kepada perkuburan Baqi kerana sebelum tanah tersebut digunakan sebagai wakaf perkuburan Baqi’, tanah tersebut telah dipenuhi dengan pohon Qarqad. Pohon Qarqad adalah sejenis pohon renek yang berduri. Ia mampu hidup subur di iklim sederhana dan subtropika. Kepada yang tidak mengetahui apakah itu pohon Qarqad ini, Rasulullah saw pernah bersabda,
“Tidaklah akan berlakunya kiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, “Hai orang Islam, inilah orang Yahudi di belakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah ia!” kecualipohon Qarqad, kerana sesungguhnya pohon ini adalah dari pohon Yahudi”
Jenazah pertama yang disemadikan di Perkuburan Baqi’ adalah seorang sahabat Rasulullah saw daripada golongan Ansar iaitu Asa’ad bin Zararah. Oleh yang demikian, Asa’ad bin Zararah tercatat sebagai sahabat Rasulullah saw pertama yang disemadi di Perkuburan Baqi daripada golongan Ansar. Manakala, jenazah pertama yang disemadikan di Perkuburan Baqi’ daripada golongan Muhajirrin adalah Uthman bin Mahzun. Ahlul Bait pertama disemadikan di perkuburan mulia ini adalah anak perempuan Rasulullah saw, Ruqayyah bin Muhammad saw.
Perluasan pertama yang dilakukan terhadap Perkuburan Baqi’ adalah pada zaman pemerintahan Muawiyyah bin Abi Sufian. Beliau telah membeli beberapa ladang yang berhampiran dengan Perkuburan Baqi’ untuk dijadikan wakaf perkuburan.
Kemudian Muawiyyah telah membina kubah di atas kubur Saidina Uthman bin Affan yang juga merupakan warisnya. Kubur Saidina Uthman bin Affan adalah kubur pertama yang dibina kubah di Perkuburan Baqi. Selepas daripada pembinaan kubah di kubur Saidina Uthman bin Affan, banyak lagi kubah telah dibina untuk para sahabat dan tabien yang mashyur oleh para khalifah Islam yang bersilih ganti.


Pada 1 Mei 1925, Perkuburan Baqi’ telah dimusnahkan atas arahan Raja Abdul Aziz al-Saud dan ulama-ulama Mazhab Wahabbi. Ulama-ulama Wahabbi yang berpegang teguh dengan prinsip anti-Bidaah itu memusnahkan seluruh moseleum, kubah dan struktur binaan di Perkuburan Baqi’. Tindakan yang disifatkan mereka sebagai ‘penyucian daripada khurafat dan bidaah’ sebenarnya menyahut pegangan mazhab Wahabbi yang melarang sebarang struktur dibina di atas makam.
Tindakan ulama-ulama Wahabbi dan Raja Abdul Aziz ini dianggap melampau dan keterlaluan oleh sesetengah pihak terutama puak Syiah. Puak Syiah menyifatkan tindakan ulama Wahabbi meruntuhkan dan meratakan kesemua binaan Ahlul Bait seperti makam Fatimah binti Muhammad, Masjid Fatimah, Rumah Rasulullah saw di Mekah, makam Bani Hasyim di Mekah, Mesoleum dan rumah Imam pertama Syiah, Imam Jaafar al-Sadiq dan banyak lagi adalah melampau dan sangat keterlaluan. Mereka mengingati peristiwa ini sebagai Yaumi Gham atau Hari Kesedihan.


Sebenarnya, tindakan ulama-ulama Wahabbi yang merata dan memusnahkan seluruh binaan di Perkuburan Baqi’ ada rasional dan nasnya. Ulama Wahabbi menggunakan beberapa hadis Rasulullah saw yang melarang sebarang binaan dan tulisan dicatatkan di kuburan.
Diriwayatkan dari Abi Sa’id al-Khudri ra menceritakan;
“Sesungguhnya Nabi saw menegah dari membuat binaan di atas kubur” (Riwayat Imam Ibnu Majah dengan sanad yang soheh).
Hadis yang lain turut menyatakan Rasulullah saw melarang daripada membina binaan di perkuburan.
“Rasulullah menegah dari melapisi kubur dengan kapur putih, dari duduk di atasnya dan dari membuat binaan di atasnya” (Riwayat Imam Muslim ra dari Jabir ra).

Tindakan tegas ulama Wahabbi ini telah menyebabkan protes oleh puak Syiah yang sering mengunjungi beberapa tempat dan kuburan yang dianggap mereka sebagai suci seperti makam Fatimah, makam Imam Jaafar as-Sadiq, makam Ibnu Abbas, Qubbat’ al-Thanaya(makam gigi Rasulullah saw ditanam semasa Perang Uhud) dan beberapa lagi tempat lain.

Mereka sering berada di tempat tersebut untuk membayar nazar atau berdoa meminta berkat. Ia benar-benar menyalahi hukum syarak dan ini diambil oleh ulama Wahabbi sebagai punca kepada pemusnahan kesemua tempat-tempat suci pada pandangan mereka.

Harus dipuji kepada tindakan Wahabbi ini adalah mereka ternyata tidak pilih kasih kepada segala tindakan yang telah dibuat. Sebagai contoh, tanah perkuburan yang dikhaskan kepada keluarga diraja Raja Saudi iaitu Perkuburan Al-Oud, tiada satupun binaan mahupun tanda batu bertulis di perkuburan tersebut. Perkuburan Al-Oud berlainan dengan perkuburan-perkuburan diraja lain di dunia di mana perkuburan diraja lain dilengkapi dengan kubah dan moseleum yang mahal dan mewah seperti Taj Mahal, Perkuburan Diraja Adhamiya di Baghdad dan lain-lain.

Di Perkuburan Baqi’, terdapat beberapa tempat yang sering dikunjungi kerana ia menempatkan makam para Ahlul Bait, isteri-isteri Rasulullah saw(kecuali Siti Khadijah binti Khuwailid kerana beliau dikuburkan di Jannatul Ma’ala), para sahabat besar, para tabien, para syuhada dan ulama-ulama salaf. Walaubagaimanapun, kubur tersebut tidak bertanda kerana telah dimusnahkan atas arahan Raja Saudi dan ulama-ulama Wahabbi.


Perkuburuan ini menempatkan makam para Syuhada al-Hurrah. Para syuhada ini digelar sedemikian rupa adalah kerana mereka telah rebah syahid semasa tragedi al-Hurrah. Tragedi al-Hurrah adalah tragedi di mana Yazid bin Abi Sufyan telah mengarahkan bala tenteranya membunuh dan menghukum penduduk Madinah yang enggan memberi kerjasama terhadapnya. Kempen berdarah ini diketuai oleh Muslim bin Uqbah dan telah mengorbankan ramai sahabat dan golongan tabien. Kesemua mereka disemadi di Perkuburan Baqi’.

makam syuhada al-Hurrah

Perkuburan ini juga menempatkan makam Imam Malik bin Anas ra dan gurunya Imam Nafi ra. Nama sebenar Imam Nafi ra adalah Nafi’ bin Abdul Rahman bin Abi Na’im. Beliau yang dilahirkan sekitar 70H meninggal dunia pada 169H. Di sini juga menempatkan makam para isteri Nabi saw kecuali Siti Khadijah binti Khuwalid ra. Siti Khadijah binti Khuwalid ra disemadikan di Jannatul Ma’ala di Mekah. Sepertimana Perkuburan Baqi’, Jannatul Ma’ala turut diratakan oleh pemerintah Arab Saudi.
Selain itu, perkuburan ini juga menempatkan tiga orang Ahlul Bait iaitu anak perempuan bongsu Rasulullah saw, Siti Fatimah, bapa saudara Rasulullah saw, Abbas bin Abi Mutallib dan cucu Rasulullah saw, Hasan bin Ali. Ketiga-tiga ahlul bait ini ditempatkan di satu sudut di belakang tembok setinggi 2 meter.

Berada di tengah-tengah komplek Perkuburan Baqi’ adalah makam Saidina Uthman bin Affan. Saidina Uthman adalah sahabat besar Rasulullah saw dan juga khalifah Islam ketiga selepas Abu Bakar as-Siddiq dan Umar bin Al-Khattab. Di satu sudut yang lain pula, terdapat makam ibu susuan Rasulullah saw iaitu Halimahtul Saadiah, sepupu Rasulullah saw, Jaafar dan Uqail bin Abi Talib, ibu kepada Ali, Jaafar dan Uqail, Fatimah binti Assad, sahabat nabi saw, Abu Said al-Qudri ra dan Abu Sufyan ra serta ramai lagi.


Halimahtul Saadiah merupakan ibu susuan kepada Nabi Muhammad saw. Beliau daripada suku Saad yang miskin. Diriwayatkan, sebelum Halimahtul Saadiah menyusu junjungan besar kita ini, susu Halimahtul Saadiah hampir kering. Namun, selepas menyusu, susunya mula banyak sehingga mampu menyusu anak sendiri sehingga kenyang.

SELAMAT BERANGKAT KE TANAH SUCI

Riuh rendah suara anak-anak, kaum kerabat dan saudara terdekat pada petang 21 April 2013 semakin suram dan hening menjelang pagi 22 April 2013 bersamaan 11 Jamadil Akhir 1423H lalu bila mana kenderaan dan teksi untuk menhantar kami ke lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sudah siap menunggu di laman. keheningan amat terasa terutama anak-anak yang bakal menahan rindu selama 2 minggu apabila ditinggalkan ibu bapanya untuk berangkat ke tanah suci. Neissa dan Nuha ternyata nampak begitu sugul. Najah dan nabella juga tidak lagi ceria. Jika petang semalam suasana di teratak Malinja, Nilai Impian riuh rendah dengan suara anak-anak saudara dan jiran terdekat yang turut hadir kenduri doa selamat, suasana pagi ini nyata amat berbeza.

Kami suami isteri ditemani oleh bapa dan ibu mertua serta ipar mula bertolak perlahan-lahan dari rumah se awal ja, 10 pagi selepas selesai solat dhuha, solat musafir dan soalat hajat menuju ke airport dengan rasa sayu kerana bakal meninggalkan anak-anak untuk ke tanah suci. 

Menaiki penerbangan Saudi Arabian Air tepat jam 2.00 petang, tetapi kami diminta berkumpul di KLIA sewal jam 11 pagi untuk taklimat terakhir. Bersama kami berlima ialah 29 orang lagi jemaah yang menyertai al-Aadiyat Travel bagi program menunaikan umrah ke tanah Suci Makkah al-Mukarramah.



Di  hadapan terminal  pelepasan antarabangsa

beberapa minit sebelum take off

Semoga mendapat umrah yang mabrur buat kami suami isteri, Tok Apa, Tok Ma dan Ayah Dho. Rabbi Yassir wala tu'assir....

Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah

 Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...