Monday, May 6, 2013

SELAMAT BERANGKAT KE TANAH SUCI

Riuh rendah suara anak-anak, kaum kerabat dan saudara terdekat pada petang 21 April 2013 semakin suram dan hening menjelang pagi 22 April 2013 bersamaan 11 Jamadil Akhir 1423H lalu bila mana kenderaan dan teksi untuk menhantar kami ke lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sudah siap menunggu di laman. keheningan amat terasa terutama anak-anak yang bakal menahan rindu selama 2 minggu apabila ditinggalkan ibu bapanya untuk berangkat ke tanah suci. Neissa dan Nuha ternyata nampak begitu sugul. Najah dan nabella juga tidak lagi ceria. Jika petang semalam suasana di teratak Malinja, Nilai Impian riuh rendah dengan suara anak-anak saudara dan jiran terdekat yang turut hadir kenduri doa selamat, suasana pagi ini nyata amat berbeza.

Kami suami isteri ditemani oleh bapa dan ibu mertua serta ipar mula bertolak perlahan-lahan dari rumah se awal ja, 10 pagi selepas selesai solat dhuha, solat musafir dan soalat hajat menuju ke airport dengan rasa sayu kerana bakal meninggalkan anak-anak untuk ke tanah suci. 

Menaiki penerbangan Saudi Arabian Air tepat jam 2.00 petang, tetapi kami diminta berkumpul di KLIA sewal jam 11 pagi untuk taklimat terakhir. Bersama kami berlima ialah 29 orang lagi jemaah yang menyertai al-Aadiyat Travel bagi program menunaikan umrah ke tanah Suci Makkah al-Mukarramah.



Di  hadapan terminal  pelepasan antarabangsa

beberapa minit sebelum take off

Semoga mendapat umrah yang mabrur buat kami suami isteri, Tok Apa, Tok Ma dan Ayah Dho. Rabbi Yassir wala tu'assir....

No comments:

MADRID II

  Kota Madrid seawal abad ke 9 pernah diperintah oleh gabenur Umayyah Andalusia dan kota ini dikenali sebagai 'majrit' dari kata asa...