menulis tidaklah sepenat membajak sawah, atau memikul konkrit membina bangunan batu, tidak juga sesukar mencari kaca dalam timbunan pasir, tapi menulis tidak pula semudah menyuap nasi ke mulut..menulis perlukan minat, kesungguhan dan cita-cita yang besar. azam yang kukuh dan semangat untuk berkongsi.
Menghasilkan sesuatu penulisan meskipun nampak mudah, tapi penuh dengan cabaran. Jika tidak kerana hasrat yang besar, rasanya tidak terhasil buku ketiga ini. Ianya bukan sekadar mengarang, tetapi mencurahkan pengalaman, bukan bertujuan mengajar, tetapi lebih kepada berkongsi panduan. Menyiapkan penulisan separa ilmiah seperti ini memerlukan kesabaran dan ketabahan. Mungkin dari segi pasarannya tidaklah begitu diharapkan, tetapi melihat ianya disusun di gedung atau toko buku pun sudah memadai.
Isinya santai. Bahasanya mudah. tetapi ianya bukan cerita panjang seperti novel cinta, atau rencana yang mengisi ruang majalah. Bukan juga titipan pengalaman perjalanan hidup. Jauh sekali dari teks bacaan anak-anak sekolah, tetapi ia sekadar tulisan mengenai panduan bagaimana mahu menjadi seorang Peguam Syarie yang dikupas dari gabungan undang-undang, peraturan, pengalaman dan teks bacaan.
Bukanlah satu bacaan yang berat, boleh dibaca santai dalam kereta, komuter atau menunggu bas. Boleh juga dijadikan hadiah, sumbangan atau motivasi bagi meningkat cita-cita adik-adik tersayang, teman atau anak yang mungkin putus asa dengan karier masa depan...Buku ini mungkin boleh memberikan sesuatu yang bermakna kepada mereka......
Buku setebal 244 halaman ini bakal
menemui pembaca sebelum akhir
tahun ini, insyaAllah.
Menghasilkannya mungkin nampak agak mudah. Ditulis sewaktu lapang kembara kerja sepanjang mengendalikan kes di seluruh negara. Dititipkan pengalaman suka duka di mahkamah bicara, disusun menjadi panduan yang amat berguna untuk mereka yang ada cita-cita..Mungkin banyak yang tidak kena tetapi cukup untuk kita belajar darinya. Untuk menjadi pandai kita perlukan masa, untuk menjadi tahu kita perlu membaca! Nah, buku ini sudah cukup untuk kita, anak-anak dan adik-adik yang baru ingin bermula!
Menulis buku ini tidaklah mengambil masa, tetapi untuk melihatnya berada di kedai amat lama. Bermula pada April dan selesai pada Jun tahun yang sama, tetapi malang tiada penerbitan yang mahu terima, alasannya ia tidak komersial dan sukar dibeli pembaca. 3 tahun berlalu, namun tidak pernah putus asa, ia bukan sekadar untuk dijual, tetapi hasrat untuk berkongsi ilmu dan memartabatkan Syariah yang paling utama, biar banyak dugaan dan cabaran yang menjelma, cita-cita yang satu akhirnya terlaksana. Pun begitu ia tetap memakan masa. Tiada penerbit yang mahu menderma, kerana mereka pentingkan berniaga. Akhirnya Karya Kreatif yang tidak segah mana, sudi berkongsi cita-cita, menyahuit cabaran arus perdana, ilmu yang ada paling utama, bonus jika ada yang membelinya!
InsyaAllah, ia akan berada dipasaran tidak berapa lama lagi, cuma mungkin designnya yang berbeza.!