Wednesday, September 17, 2014

Lawatan kerja rombongan Malaysia kukuhkan kerjasama



Menteri Kewangan (II) di JPM, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim semasa berucap mengalu-alukan rombongan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Malaysia, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom, berlangsung di Royal Berkshire Hall, Royal Brunei Polo & Riding Club. (Foto: Haji Ariffin Mohd. Noor)
JERUDONG, Isnin, 8 September. - Serombongan 31 orang dari Malaysia diketuai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Malaysia, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom mengadakan lawatan kerja selama dua hari ke Negara Brunei Darussalam bermula 7 hingga 8 September 2014.
Ketibaan rombongan tersebut di Royal Berkshire Hall, Royal Brunei Polo and Riding Club, di sini, dialu-alukan oleh Menteri Kewangan II (Kedua) di JPM, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim.
Pada Majlis Mengalu-Alukan Lawatan Kerja Menteri di JPM, Malaysia dan ahli-ahli rombongan itu ialah Yang Berhormat Menteri Kewangan II (Kedua) di JPM dalam ucapannya antara lain sangat menghargai kunjungan Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir ke negara ini.
Perjumpaan yang diadakan bukan saja menjadi suatu perbincangan dan akan menambah khazanah ilmu, malah yang paling utama ianya juga akan mengukuhkan lagi hubungan mesra dan kerjasama serta silaturahim yang telah sekian lama terjalin di antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia.
Semasa majlis tersebut rombongan juga diberikan penerangan dan berbincang mengenai latar belakang dan sejarah undang-undang syariah yang disampaikan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.
Juga hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman
http://www.brudirect.com/0-national/national/national-bahasa-melayu/item/9273-lawatan-kerja-rombongan-malaysia-kukuhkan-kerjasama

No comments:

MADRID II

  Kota Madrid seawal abad ke 9 pernah diperintah oleh gabenur Umayyah Andalusia dan kota ini dikenali sebagai 'majrit' dari kata asa...