Sunday, July 31, 2022

MENELUSURI JEJAK SUFI JALALUDDIN AL RUMI DI BUMI ANATOLIA III

MENJEJAK KAKI DI BUMI SUFI

ANKARA ESENBOGA TURKIYE AIRPORT

Selepas perjalanan panjang menaiki Mohan Air bebarapa jam  dari Esfahan/ Tehran Iran, kami akhirnya tiba di Lapangan Terbang Ankara Esenboğa Turkiye lebih kurang jam 9.00 am waktu tempatan. 

Agak kepenatan kerana tidur yang kurang lena dan tidak selesa dari Tehran, namun kami sedikit teruja apabila sampai dengan selamat di Lapangan Terbang Ankara, Turkiye. Destinasi pertama  yang menjadi tumpuan tugasan kami.

Lapangan Terbang Ankara Esenboğa (Ankara Esenboğa Havalimanı) ialah lapangan terbang antarabangsa Ankara, ibu kota Turki. Ia telah beroperasi sejak tahun 1955. Pada tahun 2017, lapangan terbang itu telah memberi perkhidmatan kepada lebih daripada 15 juta penumpang secara keseluruhan, 13 juta daripadanya adalah penumpang domestik. Ia menduduki tempat ke-4 dari segi jumlah trafik penumpang (selepas Lapangan Terbang Atatürk, Lapangan Terbang Antalya dan Lapangan Terbang Sabiha Gökçen).

Lapangan terbang ini terletak di timur laut Ankara, 28 km  dari pusat bandar. Lapangan terbang ini dihubungkan dengan Kızılay (pusat bandar) dan Terminal Bas Antara Bandar Ankara ( Ankara Şehirlerarası Terminal İşletmesi, AŞTİ) dengan bas bandar EGO bernombor 442 (dari 6 pagi hingga 11 malam).

Nama lapangan terbang itu berasal dari kampung Esenboğa, yang secara harfiah bermaksud "Lembu Lembu Berangin" atau "Lembu Tenang", bentuk moden Isen Buqa, nama seorang panglima perang Turki dalam tentera Timur yang menempatkan tenteranya di sini semasa Pertempuran Ankara pada 1402.

Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboğa telah dianugerahkan sebagai lapangan terbang terbaik di Eropah oleh ACI Europe (Airport Council International) dan anugerah itu disampaikan kepada pegawai lapangan terbang pada 17 Jun 2009 di Manchester.



Di ruang menunggu / lobby airport, sudah siap sedia Mr Nice Guy Ali Ihsan  wakil  MKM Travel agent sudah siap menunggu untuk membawa kami ke Hotel.


No comments:

MADRID II

  Kota Madrid seawal abad ke 9 pernah diperintah oleh gabenur Umayyah Andalusia dan kota ini dikenali sebagai 'majrit' dari kata asa...