Sunday, July 31, 2022

MENELUSURI JEJAL SUFI JALALUDDIN AL RUMI DI BUMI ANATOLIA V

 MENGENALI JALALUDDIN AL RUMI

Maulānā Jalāluddīn Muhammad Rūmī (مولانا جلال الدین محمد رومی, Mevlânâ Celâleddin Mehmed Rumi), juga dikenali sebagai Maulānā Jalāluddīn Muhammad Balkhī (محمد بلخى), atau Rumi lahir pada 30 September, 1207 dan wafat pada 17 Disember, 1273, merupakan penyair, Qadi dan ahli teologi Parsi Muslim abad ke 13 Farsi (Tājīk). Namanya membawa maksud ‘Keagungan Agama’, Jalal bererti "agung" dan Din bererti "agama".

Jalaluddin al-Rumi telah dilahirkan di Wakhsh (Tajikistan), daerah Balkh Afghanistan. di Balkh (ketika itu sebahagian dari Khorasan Besar di Negeri Parsi, kini dalam wilayah Afghanistan) dan meninggal dunia di Konya (kini di Turki). Tempat lahir dan bahasa ibunda atau tempatannya menggambarkan latar belakang Farsi. Beliau juga menulis puisi Farsi dan karya-karyanya tersebar di Iran, Afghanistan, Tajikistan, dan dialih bahasa di Turki, Azerbaijan, Amarika Syarikat, dan Asia Tenggara. Sebahagian besar hayat dan era penulisannya ketika pemerintahan Empayar Seljuk. Disamping puisi, beliau juga menulis beberapa rangkap syair atau puisi dalam bahasa-bahasa Arab, Yunani, dan Turki Oghuz.

   Balkh, tempat asal kelahiran Maulanan Jalaluddin al Rumi

Bapanya Bahauddin Valad merupakan seorang tokoh agama yang tersohor. Di bawah didikannya, Jalaluddin menerima pendidikan daripada Syed Burhanuddin. Ketika berumur 18 tahun, keluarga Jalaluddin menunaikan haji dan seterusnya berpindah ke Konya, Turki dan menetap di sana.

Ketika berumur 25 tahun, beliau telah dihantar ke Aleppo (Halab) untuk meneruskan pengajian dan seterusnya ke Damsyik. Jalaluddin al-Rumi meneruskan pengajiannya sehingga berumur 40 tahun. Walau bagaimanapun beliau telah menjadi seorang ‘professor’ atau tenaga pengajar di salah sebuah madrasah di Konya ketika baru berumur 24 tahun iaitu setelah kematian bapanya. Antara gurunya yang terkenal ialah Syed Burhanuddin dan Shamsuddin al-Tibriz. Beliau meninggal dunia di Konya pada tahun 672 Hijrah bersamaan 17 Disember 1273 Masihi setelah dikenali sebagai seorang maulana dalam tarikat kesufian.

Kepentingan Rumi melangkaui batas bangsa, budaya dan negara. Sepanjang abad beliau mempunyai pengaruh besar dalam Kesusasteraan Parsi di samping Kesusasteraan Urdu dan Kesusasteraan Turki. Sajak-sajak karangannya dibaca dengan meluas di negara-negara seperti Iran, Afghanistan dan Tajikistan dan banyak diterjemah ke pelbagai bahasa di dunia dalam pelbagai bentuk.

Potret  Jalaluddin Muhammad Rumi

No comments:

MADRID II

  Kota Madrid seawal abad ke 9 pernah diperintah oleh gabenur Umayyah Andalusia dan kota ini dikenali sebagai 'majrit' dari kata asa...