Monday, July 17, 2023

LA MEZQUITA MAYOR DE GRANADA: MASJID PERTAMA DI GRANADA SELEPAS KEJATUHAN ANDALUSIA



La Mezquita Mayor de Granada (The Greater Mosque of Granada) ialah masjid yang dirasmikan pada tahun 2003 di bandar Granada yang mewakili komuniti autonomi Andalusia, Sepanyol Selatan. Ia merupakan masjid pertama yang dibina di bandar ini sejak 1492, selepas terhenti selama 500 tahun.

Masjid ini mempunyai Pusat Pengajian Islam sendiri yang menjalankan pelbagai program seperti persidangan, kelas bahasa Arab, pameran dan kursus mengenai topik berkaitan Islam dan warisan Islam di Sepanyol. Di samping itu, ia juga mempunyai pusat bantuan untuk golongan yang memerlukan dan umat Islam amnya serta perpustakaan dengan teks dan bahan audiovisual mengenai Islam dalam bahasa Arab, Inggeris dan Sepanyol.

Lokasi masjid ini yang terletak di Plaza San Nicolás, dalam kejiranan Albaicín yang penuh sejarah. Masjid Agung Granada ini terdiri daripada tiga elemen atau struktur binaan yang berbeza: taman, ruang solat (iaitu masjid itu sendiri) dan Pusat Pengajian Islam.

Taman ini menghadap ke lembah sungai Darro dan Gunung Sabika, yang di atasnya terdapat istana Alhambra yang indah dan terkenal. 

Masjid Agung ini dihias dengan unsur-unsur murni yang diambil daripada tradisi kesenian Islam. Mihrabnya menunjukkan arah solat adalah replika mihrab di Masjid Córdoba. Panel kayu cedar Atlas yang diukir buatan tangan mengandungi ayat Al-Quran dan asma al-Husna yang indah.


Panel marmar dengan warna yang berbeza adalah sama dengan panel yang terdapat di Masjid Al Aqsa di Baitulmaqdis. Tingkap kiblat yang besar adalah salinan atau gambaran seperti yang terdapat di Masjid Biru Istanbul Turkiye.. Air pancut dan mozek di laman pula memberikan akses ke ruang solat telah dibina oleh tukang dari Fez Maghribi, yang mengekalkan reka bentuk dan teknik yang sama yang digunakan di Granada pada era Muslim 1,000 tahun lalu.

Pusat Pengajian Islam mengandungi perpustakaan dengan teks tentang Islam dalam bahasa Arab, Sepanyol dan bahasa lain, serta media audiovisual. Ia juga termasuk bilik persidangan dengan kapasiti untuk 140 orang dan dewan pameran. Di tingkat bawah dan di dewan pintu masuk utama adalah penerimaan dan kedai buku, kraftangan dan cenderamata Masjid atau Mezquita Mayor de Granada 

Imam  Syeikh Ahmed Barmenjo

Imam Syeikh Ahmed Barmenjo adalah imam yang bertugas di Mezquita Mayor De  Granada sejak beberapa tahun yang lalu, Berusia awal 40an dan merupakan kelahiran Granada,  seorang yang berperwatakan peramah, lemah lembut dan kaya dengan senyuman. kesempatan menziarahi beliau merupakan satu peluang besar yang diberi oleh Allah swt di mana kami  saling bertukar fikiran dan berbincang mengenai keadaan semasa khususnya hubungan komuniti setempat dan kewujudan masjid ini dan hubungan yang baik dengan kerajaan sepanyol sehinggalah masjid ini terbina. Beliau juga tidak lekang mengucapkan terima kasih kepada kerajaan sepanyool ketika itu atas dasar terbuka mereka sehingga wujudnya masjid ini.Kewujudan masjid ini merungkai banyak perkara khususnya melibatkan kesatuan dan kebajikan kaum muslimin khasnya di Granada setelah 500 tahun terabai. 





Bersama Imam Syeikh Ahmed Barmenjo dan 
seorang tetamu dari Turkiye


Berehat selepas menunaikan solat zohor di Mezquita De Granada





Istana al Hambra dari laman belakang Mazquita mayor De Granada


No comments:

Buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah

 Atas permintaan ramai buku Peguam Syarie dan Litigasi Mal di Mahkamah Syariah telah dibuat cetakan semula, semoga buku ini dapat membantu a...