Saturday, August 1, 2009

Sulaymaniye Mosque; Masjid yang menggambarkan peradaban Turki


Minggu ini kami menunaikan solat jumaat di masjid Sulaymaniyye, iaitu di 212-216, Kingsland Road, Shoreditch, London. Susah juga gambarkan perjalanan kesana kerana ia agak jauh dari tempat penginapan kami. kami ke sana naik bas dari Brentford ke steseyen Tube di Boston Manor, Dari boston Manor kami mengambil keretapi picadilly line menuju ke King Cross, kemudian tukar keretapi di King Cross untuk mengambil Northern Line ke Old Street. Dari Old Street naik bas pula beberapa minit, baru sampai ke masjid Sulaymaniye ini. Jauh betul. Tapi tak apa, sepanjang perjalanan Allah bekalkan pahala kerana niat untuk datang tunaikan solat di masjid.

Walaupun agak kurang sihat dan perjalanan ke Masjid ini yang agak jauh dan meletihkan, ianya agak berbaloi kerana kami dapat mempelajari sesuatu di sini, iaitu mengenali masyarakat Turki dengan lebih dekat.

Masjid Suleymaniye merupakan salah satu dari masjid–masjid yang terdapat di kota London. Masjid ini dibuka pada awal tahun-tahun 1990-an, dan telah dibangun dengan bantuan dana dari kerajaan Turki. Oleh kerana kedudukannya yang berdekatan dengan Bandar Old Street, masjid ini sentiasa dikunjungi oleh orang ramai. Kebanyakan jemaah di Masjid ini didominasi oleh masyarakat Turki, tetapi ramai juga masyarakat Islam lain yang hadir untuk menunaikan solat di masjid ini seperti warga Somalia, Malaysia dan sebagainya.

Rekabentuk Masjid ini memaparkan cirri-ciri kerajaan Turki Ottmaniyyah suatu masa dahulu. Rekabentuk disebelah luar dan dalaman masjid ini sungguh indah dan mengasyikkan mata memandang. Suatu ketika dahulu, iaitu seawal tahun 2002, Masjid ini menerima kunjungan tamu istimewa iaitu HRH The Prince of Wales, Prince Charles.

Kami tiba ke masjid ini agak awal, iaitu seawal jam 11.30 pagi. Penat untuk berjalan dan meronda sekitar pekan Old Street, aku menolak ajakan kawan-kawan dan mengambil kesempatan untuk rehat dan masuk ke Masjid lebih awal.

Masjid ini terdiri dari 3 tingkat, bawahnya tempat parking, aras satu terdapat bilik pejabat, Islamic Centre, kelas belajar agama dan al Quran, termasuk sebuah kantin yang lapang. Tingkat atasnya pula adalah dewan masjid yang besar dan mampu menampung 1000 jemaah dalam satu masa. Bilik-bilik di bawah juga akan dibuka jika jumlah jemaah bertambah.

Masjid ini didominasi oleh majority Masyarakat Turki bermazhab sunni. Aku agak selesa menunaikan solat dimasjid ini, seakan sama seperti di Malaysia dan sesekali bagai berada di Masjid nabawi di Madinah. Bilal dan Imamnya mengalunkan bacaan al-Quran dan sedikit tazkirah sebelum masuk waktu Zohor. Sebaik azan kedua selesai dialunkan, imam bergegas membaca khutbah di dalam bahasa Turki dan bahasa Inggeris. Anak-anak kecil seawal usia 5-12 tahun berbaris masuk ke tengah dewan masjid untuk mengambil tempat. Mereka beratur dan seorang demi seorang mengambil tempat. Sesuatu yang jarang disaksikan secara spontan kecuali diawasi oleh guru atau seseorang. Anak-anak kecil ini tidak pula bergurau atau membuat bising seperti mana pemandangan biasa kita di mana-mana masjid. Mereka tekun mendengar tazkirah yang disampaikan oleh imam. Orang dewasa pula tidak menghalang mereka mengambil saf depan di dalam masjid.

Selesai solat, Masjid ini ada menyediakan makanan percuma, nasi berlauk daging Turki dengan sayur dan salad, serta soup beserta roti dan air kosong. Ok juga, aku mengambil peluang makan di masjid tersebut sambil berderma. Bezanya dengan masjid-masjid lain yang pernah aku hadir di kota London ini, Masjid Sulaymaniye adalah lebih teratur, kemas, berdisiplin dan masyarakat turki yang peramah. Tak macam Arab yang kasar, Bangladeshi yang gopoh, Pakistani yang suka buat hal sendiri dan Somali yang kelam kabut.. Apa pun, ianya Cuma sekadar rentetan pengalaman disini. Tapi Masyarakat Turki memang ada kelas, dan memang patut dan munasabah mereka pernah menguasai dunia suatu waktu dahulu.

No comments:

MADRID II

  Kota Madrid seawal abad ke 9 pernah diperintah oleh gabenur Umayyah Andalusia dan kota ini dikenali sebagai 'majrit' dari kata asa...